Khamis, 14 Februari 2013

Pasukan Faizal FBI juara PETRONAS ‘Switch for XTRA Road Challenge”

 

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku tak join events sejak tinggal di Penang atas sebab menyambung pelajaran di sana.. Namun baru-baru ini aku berpeluang menyertai acara best dengan PETRONAS! Turut serta beberapa blogger seperti Bro Framestone, Eazy Izzuddin dan Dkna. Event kali ni merupakan grand finale bagi PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge.

 

Majlis grand finale diadakan penuh meriah di Rooftop Bar, G Tower Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012. Seawal jam 6 petang kami geng-geng blogger sudah hadir dan kami ambil peluang datang awal ini untuk melepak di tempat acara diadakan sambil menikmati pemandangan dari tingkat 29 ! Wohoo!

 

PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge #Switch4xtra Hanis Zalikha Awal Ashaari Faizal Bin Ismail Scha Alyahya

Bagi yang tidak mengikuti Switch for XTRA Road Challenge, mungkin kalian tak begitu jelas mengenai acara ni. Switch for XTRA Road Challenge adalah rancangan perlumbaan 4 selebriti bersama 8 peminat mereka dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang telah diberi kepada mereka. Rancangan ini juga disiarkan di laman youtube rasmi www.youtube.com/ThePETRONASBrands

 

Selain daripada perlumbaan menyelesaikan cabaran antara selebriti-selebriti di atas, PETRONAS juga membuka peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah sepanjang Switch for XTRA Road Challenge ini: “Take The Challenge” dengan menonton video-video Switch for XTRA Road Challenge, jawab soalan dan reka slogan kreatif untuk memenangi PETRONAS Gift Card bernilai RM100 !

 

 

20130118_180520

Gadis-gadis manis PETRONAS menghampiri kami dan mereka menjelaskan bahawa satu mini contest sedang berlangsung. Kitorang just kena reka dialog kreatif menggunakan gambar-gambar yang telah disediakan, dan 4 peserta yang paling kreatif bakal memenangi sebuah iPad Mini setiap seorang! WAHH best lah PETRONAS! Apa lagi kitorang pun perah otak sampai kering memikirkan dialog kreatif!

 

 

20130118_181757

Pentas grand finale yang berlatarkan skrin besar gituuu…

 

 

cats

Meja-meja untuk para selebriti dan ahli kumpulan mereka yang menyertai PETRONAS ‘Switch for XTRA Road Challenge’ ini.. Korang sokong selebriti mana??

 

 

20130118_195306

Setelah semua jemputan VIP dan para selebriti bersama ahli kumpulan mereka sampai di lokasi grand finale, Daphne Iking selaku host memulakan majlis dengan temubual singkat dengan para selebriti dan ucapan alu-aluan oleh En Akbar Mohd Taiyoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

 

Dalam ucapannya, En Akbar menekankan bahawa PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge adalah salah satu inisiatif pemasaran PDB untuk mendekati pelanggannya melalui laman sosial pula.

 

 

20130118_200831

Maaflah ye para pembaca sekalian, kurang jelas pulak gambar ni sebab aku ambil gambar hanya menggunakan telefon bimbit. Huhuhuu… Tahniah kepada Faizal FBI bersama ahli kumpulannya kerana telah dinobatkan sebagai juara untuk cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge , seterusnya mengalahkan kumpulan Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Hanis Zalikha.

 

Kumpulan Faizal FBI dikehendaki mengumpulkan orang ramai sebanyak 60 orang dan bersenam bersama mereka di tempat awam! Haha kalau tengok video mereka tu memang kelakar sungguh! Tak hairanlah kalau video beliau mendapat sokongan paling banyak di atas talian dan menjuarai cabaran ini!

 

 

20130118_200941

Maaf sekali lagi atas gambar yang kurang jelas. Korang tengoklah memang Faizal FBI dan kumpulannya memang sporting habis sebab selamba aje mendemonstrasikan semula gaya senaman mereka dalam cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge ! Tahniah sekali lagi kepada Faizal FBI dan kumpulannya!

 

 

20130118_210351

Para selebriti sedang menandatangai topi PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge untuk diberikan kepada superfans yang bertuah! Tahniah juga kepada semua selebriti sebab aku tengok mereka semua melaksanakan cabaran dengan bersemangat!

 

Ohh ya, sedikit mengenai PETRONAS PRIMAX 95 XTRA, ia merupakan satu-satunya bahan api yang menawarkan performance dan penjimatan yang sangat sangat hebat! Kalau tak percaya, anda boleh pergi ke stesen minyak PETRONAS dan mencuba sendiri PETRONAS PRIMAX 95 XTRA untuk perjalanan anda! Pasti mengagumkan!

 

 

wpid-Blogger-Menang-IPad

Masa yang dinanti telah pun tiba! 3 dari rakan blogger aku berjaya memenangi mini contest dialog kreatif! Wahhh best lah dorang menang iPad Mini. Rakan blogger Eazy Izzuddin pulak berjaya menjumpai sampul surat misteri di bawah tempat duduk dan menang kad hadiah PETRONAS. Aku pun menang jugaa.. herherher.. Menang Minyak enjin PETRONAS Syntium 1000 sebab menjadi salah seorang daripada 4 orang yang tweet dengan pantas! Mihmihmih!

 

 

20130118_221257

Yeahhhh!! Tu dia sekotak Minyak enjin PETRONAS Syntium 1000 yang aku menang! Terima kasih PETRONAS!

 

Sekali lagi, tahniah kepada juara cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge iaitu Faizal FBI dan kumpulannya ! Tak lupa juga kepada semua selebriti yang telah menyertai cabaran ini, you guys did great ! Dan host majlis grand finale iaitu Daphne Iking pon best juga..

 

Tak lupa pihak PETRONAS, terima kasih kerana mengadakan acara yang membuatkan penyokong dan peminat PETRONAS lebih dekat dengan organisasi anda. Oh ye.. Jangan lupa ramai-ramai like page https://www.facebook.com/PETRONASbrands

 

PDB bakal melancarkan kempen PETRONAS Coffee Break bersempena musim balik kampung Tahun Baru Cina akan datang. Kempen fasa pertama akan berlangsung dari 7 hingga 9 Februari,, manakala fasa kedua pula akan berlangsung dari 15 hingga 17 Februari. Dapatkan kopi dan makanan ringan percuma di 33 buah stesen minyak PETRONAS yang terlibat okay!

 

 

 

TERIMA KASIH!


7 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay