Kenapa lagu ini begitu bermakna?
Bila di depan ku kelam dan kosong
Bila kiri dan kanan kian menghimpit
Bila di atas ku mendung nan kelabu
Bila di belakang ku sayup kelihatan
Bila hatiku remuk redam bak kaca terhempas ke batu
Bila tangan tidak lagi menggenggam
Bila lemah kaki melangkah, longlai menapak
Bila wajah tak lagi diwarna senyum dan tawa
Tapi hati masih kuat memegang
sebatang tubuh ini untuk berdiri
Walau tidak terlihat jalan di depan
kaki kaku terhenti di mana kau meninggalkan.
Cahaya menerpa menerjah rasa
Bila kasih dihulur di saat aku kian rapuh dan jatuh
Bila langkah ku seakan tamat
Senyuman yang membakar rasa
Ikhlas di mata menjelas segala.
When I believe this is LOVE.
Nisa Kay, 25 Feb 2013, 1.54am
setiap rasa membawa perasaan yang berbeza ;)
BalasPadamSaya suka dengan blog awak. :D
BalasPadamSetiap perkataan....ada makna berbeza.
BalasPadamsetiap lagu ade feeling lebih bila ade kena dgn diri kita..
BalasPadamsuka lagu tu sgt3..ada maksud tersirat.. :)
BalasPadamsuka lagu ni! asfan kn :)
BalasPadamfllow nisa..
BalasPadamsudi jemput la ke belog sy
nice...
BalasPadamBest lagu ni ;D
BalasPadam