Khamis, 17 Julai 2014

My Cats - Ash & Chiky (PART 2)


Assalamualaikum..



Bila rinduuu terkenang mu sayangg.... Amboi amboi.. ayat mukadimah tak boleh nak geli-geli lagi ke? Kemain guna lirik lagu ni haa.. Actually entry kali ini pasal anak bujang aku sorang tu lah.. terkenang-kenang.. tercari-cari.. haa baru kau tau erti penyesalan ye Ash??? Hahaa..



Kisahnya.. aku hantar kucing aku Chiky ke rumah rakan blogger aku iaitu encik-diminati-ramai siapa lagi kalau bukan Hizami Rahim di Budak Lelaki Sebelah Pintu tu lahh.. Hahaa.. bagi yang mengikuti beliau di laman instagram mungkin ada yang tahu bahawa Hizami ada bela seekor kucing jantan yang macho bernama Loki.. Memandangkan Chiky aku pun dah merenyam semacam.. si Loki pun yang menggesel resah gelisah, so aku suggest untuk hantar Chiky ke sana lah.





Gambar ni di ambil pada Ahad (13 Julai 2014) yang lepas. Aku hantar Chiky kat rumah Hizami pada Sabtu (12 Julai 2014). Memandangkan no extra cage, so aku letak je Chiky dalam sangkar Loki.. Dalam hati berharap sangat sangat dorang tak gaduh ke, cakar-cakar ke.. Yelah kan dorang baru first time jumpa.. kot la Loki tak mau kucing lain masuk "kawasan" dia kan..


Tapi alhamdulillah sepanjang aku, Hizami dan rakan-rakan yang lain menjalankan aktiviti kami, tidak ada "panggilan kecemasan" dari family Hizami kot kot la kucing ku dan kucingnya bergaduh teruk ke apa. Hahaa.. Bagus Loki ni behave je dia.. Chiky pulak jenis tak kisah je.. Mungkin sebab dia dah biasa membesar beramai-ramai.





Jadiiii... bila Chiky takde kat rumah, Ash pun jadilah anak tunggal ku semula.  Kui kui kui ~ Agaknya dua bulan dengan Chiky ada kat rumah ni dia dah biasa kot.. dah ada kawan bermain.. dah ade kawan nak kacau kacau.. dah ade kawan nak berlari berkejaran, dah ada kawan nak bergomol bergaduh... Nampak dorang boleh get along jugak lah...


Tapi balik nye aku dari Melaka (tanpa Chiky), aku ambik Ash kat petshop lepas aku boarding dia dua hari. Sampai je kat rumah, Ash terus berlari-lari dalam rumah pastu dia mengiau kuat-kuat. Aku agak dia tengah panggil Chiky la kot? Sebab nampak sangat Ash ke hulu ke hilir duk mengiau tak tentu hala gituh..





Biasanya Chiky je yang suka lepak and tido dalam bilik kucing ni... (Dalam gambar) ni tempat lepak Ash.. Biasa Chiky duk sebelah dia.. Kalau aku tak kurung dorang dalam bilik ni (untuk makan or nak bagi dorang berak kat pasir), memang takde nye Ash nak lepak sini sendiri..



Tapi bila Chiky takde ni Ash asyik keluar masuk bilik kucing.. pastu lepak situ sorang-sorang.. Dia tunggu Chiky ke? Macam kesian pulak aku tengok Ash ni haaa... Tercari-cari kawan dia.. Iskk iskk kesian pulak.. Kadang-kadang Ash datang kat aku, mengiau ngiau kesian.. Agaknye dia tanya mana kawan dia tak? (Kalau lah aku paham apa kucing nak cakap haha)





Kisahnye Ash sekarang ni selalu lepak sorang-sorang je.. Well I do realized that he's lonely. Eceh nak speaking pulekk aku. Tapi memang nampak yang dia tak playful sangat dah. Dah tak buat aku sakit kepala bila dia berkejaran dengan Chiky. Tapi aku risau dia murung lak.. 






Mungkin sebab dia sedih (kot?) so manja dia tu berlebih-lebihan la pulak kann... Tido nak dekat aku je. Memang biasa aku bawak dia masuk bilik bila time nak tido.. tapi dia biasa tido atas lantai je.. Tapi sekarang kemain nak berkepit dengan aku je..



Kalau aku buat kerja depan TV dia mesti nak landing kat lantai depan aku.. atau sebelah aku... alahai anak-anak mama niiii... Nanti dah besar nanti macam mana lah Ash ni.. aku harap lepas dua tiga minggu Chiky di rumah mentua (cececehhhh) harap dia tak lupa kat mama and adik Ash dia niii.. Hew hew. Balik bawak cucu ye, Chiky. Ehhh !!







Sekian bebelan ibu mithali tentang anak-anak kucing nya. Kbai.

2 ulasan:

  1. Alololo
    Ash rindu Chicky ye

    Hehehee
    Nanti balik ada anak saudara dah Ash

    BalasPadam
  2. comel kucing.
    baka aper? sekor atau couple?

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay