Sabtu, 23 Ogos 2014

SANTAI – Chemistry Cafe, kafe konsep umpama di makmal kimia !

 

Assalamualaikum…

 

Haa kisahnya nak share dengan pembaca semua, satu lagi port baekk punya nak lepak, nak spend time dengan kawan dan makan makanan sedap. Mungkin ramai yang dah tahu pasal kafe ni, lagi-lagi kalau you guys memang duduk kat Shah Alam. Kafe berkonsep macam ni semakin popular, dan ramai pemilik kafe yang berlumba-lumba nak jadikan kafe mereka unik untuk menarik minat pelanggan.

 

Bagi aku, kafe berkonsep macam ni banyak kat negara luar seperti Korea dan Jepun. Kita boleh tengok kafe-kafe yang cozy, cecantiks dalam drama dorang kan. Sekarang kat Malaysia dah makin banyak. Dan paling best makin banyak kat Shah Alam haha ! Senang aku nak pergi.

 

 

DSC09262

CHEMISTRY CAFE + LAB ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Siapa yang tahu Restoran Hakim baru tu, haa kafe ni terletak sebaris je dengan Hakim tu.. dan kafe ni mengadap jalan raya. Senang nak cari ni.. Dulu kedai ni kedai gambar.. lepas tu bertukar jadi kafe pulak, mungkin kedai gambar tu dah tutup.. Menurut staf kafe ni, Chemistry Cafe ni baru je beroperasi lebih kurang 3 bulan macam tu..

 

 

 

DSC09296

Perkara pertama yang amat menarik perhatian aku tatkala melangkah masuk ke kafe ni. Meja singki ! Hahaa kreatif sungguh laaa mereka ni kannn.. Kalau setakat korang nak lepak minum, makan pastri.. haa korang tak yah guna ruang yang besar pun, boleh duduk dengan stylo nye kat meja singki ni.

 

 

 

DSC09279

Suasana yang sangat cozy dan mesra pengguna gitu. Kirenye memang another spot yang best laa untuk kita melepak minum-minum, makan-makan.. Gituuu..

 

 

 

DSC09285 DSC09288

Seriously aku sangat menggemari kafe berkonsep macam ni. Lagi unik, lagi pelik konsep dia, lagi syiokk nak lepak. Lagi syiok nak bergambau tak gituuu… Memang tempat yang tak jemu kalau datang selalu pun.

 

 

 

DSC09292 DSC09291 Penggunaan radas-radas makmal memang dimaksimakan sebaik mungkin untuk menepati keperluan dalam kafe ni. Pergghh rasa lama pulak tak guna perkataan radas ni. HAHA ! Rindu pulak kelas Kimia walaupun subjek Kimia bukanlah kegemaran aku ! Hahaaa !!!

 

 

DSC09272 Masa untuk makan ! Njam njam !!

 

 

DSC09267 Lasagna yang di-order oleh kawan aku. Sedap ! Isinya penuh dan “tak kedekut” keju. Hahaaa ..

 

 

DSC09275

Sebagai penggemar spaghetti, kalau datang ke kedai yang ada jual spaghetti, pasti aku cuba ! Haaa yang ini memang sedappp. Spaghetti beef bolognese nya memang berasa ! Ada rasa keju sikit serta black pepper. Portion nye sederhana sesuai untuk dibuat alas perut.. minum petang.. tapi kalau bagi aku yang perut comel ni, portion banyak ini memang sesedap rasa buat kenyang ! HEHE…

 

 

 

DSC09284

Paling aku suka. HAHA ! Yang ade pokok bunga tu hiasan atas meja. Yang warna kuning dalam conical flask tu air yang aku order, iaitu CHEMICAL REACTION (smoothies gabungan strawberry, pisang dan mangga) yang memang sedappppp !!!! Yang dalam jag plastik kecik tu, air green tea apa tah kawan aku order.. ehheee.

 

 

 

DSC09298 DSC09271

 

Haaa hanya mampu share gambar-gambar sekitar kafe je laa. Hahaa seriously kalau korang ada di area Shah Alam boleh lah singgah minum-minum ke CHEMISTRY CAFE ni okay? Serious boleh jatuh cinta lah tempat ni. Semestinya aku akan datang lagiiii bawak kawan-kawan hew hew.

 

 

CHEMISTRY CAFE + LAB

Waktu Operasi :
Monday-Friday : 3pm-1am
Saturday&Sun : 2pm-2am

Alamat :
No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Instagram :
http://instagram.com/chemistrycafe

 

 

 

 

 

XOXO !


15 ulasan:

  1. Ada jugak dengar tentang cafe ni. Macam best je.

    BalasPadam
  2. lepastu nanti try laa burger factory dekat kota kemuning. sedap. :D

    BalasPadam
  3. wah..bestnya..xpernah tgk lagi org buat chemistry cafe..lepas ni mungkin akan timbul idea biologi cafe ke..kreatif2..

    BalasPadam
  4. Uniknya cafe ni.. Lepas ni harap lagi banyak cafe2 cani terutamanya di sekitar Kajang & Bangi.. Hehe.. Boleh melepak kat sana sesekali.. Heeehehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  5. uish.. wajib singgah bila ke sana!

    BalasPadam
  6. Woww...unik nyaa. InysaAllah pegi ke sana jua. hoho

    BalasPadam
  7. Owh.....Macam best jer..Nak pergi lah..Hrap-hrap jumpa Nisa Kay kat situ...InsyaAllah.. :P

    BalasPadam
  8. Baru pg tadi. The best! Mmg akn dtg lg

    BalasPadam
  9. no wonder ramai nak pi Chemistry Cafe, nice design and unique sangat.

    BalasPadam
  10. Mesti mahal kan ? Saje tanyee .. sebab pernah dengar jugak air ape tah . Harga die 11 ringgit ? Whooh :O is tht true ? Hahahhah . Kering lerr macam nii ��

    BalasPadam
  11. Nampak menarik. Nanti dah pindah Shah Alam nak try tempat ni.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay