Assalamualaikum....
Yeah yeahh... sebelum memulakan mukadimah kisah NISAKAY KE PARIS, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah baca dan follow entry entry mengenai trip aku ke Barcelona. Nak ke Barcelona takde direct flight.. Jadi kena transit. Kalau tahun lepas kami ke Barcelona, kami transit di Abu Dhabi dan Amsterdam dan Paris.. Tahun ini trip ke Barcelona kami juga transit di Amsterdam. Jadi kisah di Amsterdam dah settle. Haha...
Sebelum pulang ke Malaysia, kami transit di PARIS dan tempoh transit kami adalah 24 jam ! Haa cukup sehari di Paris !!! Kami bertolak ke Paris dari Barcelona dalam jam 2 ke 3 petang macam tu ? Ehh ke lewat lagi.. Hahaa entah lahh... Yang pasti kami sampai di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris sekitar jam 8 malam. Flight pulang dari Paris ke Malaysia pula jam 8 malam hari seterusnya ! Hahaa lama tuu... Tapi sebelum menunggu apa kami nak buat ? Haaaa... TIDUR DI AIRPORT lah jawab nya !!!
Ini pengalaman peribadi aku :
Jujurnya, bagi aku CDG Airport ini tidak mesra pengguna kepada penumpang kapal terbang yang mendarat di Paris. Maksud aku bagi mereka yang sampai di Airport CDG ni pada waktu tengah malam ke apa, dan tidak terus menuju ke tempat penginapan, memang SANGAT SUKAR nak cari tempat yang sesuai, selesa dan selamat untuk tidur. Lagi lagi kami yang baru mendarat dari Barcelona.. so kami tak perlu lalu passport border ke apa. Terus boleh masuk Paris tanpa apa apa kompromi haha...
Jadi, sementara tunggu pagi, kami cari tempat nak tidur.. antara ikhtiar kami ialah dengan bertanya di kaunter informasi. Namun kami hanya diarah ke tingkat atas, di mana berhadapan dengan kaunter check in ada beberapa kerusi yang agak "decent" pada perkiraan aku untuk kami tidur. Tapi KERUSI lah. Takde tempat untuk meluruskan belakang. Sedangkan penat duduk dalam flight tak hilang lagi ni. Maka aku dengan boss aku bergilir tidur.. Mulanya aku tidur dulu semantara boss aku buat kerja.. Lepas tu aku terjaga... Lepas tu aku tidur balik.
Hampir diganggu lelaki mabuk :
Kisahnya masa aku terjaga tu, boss aku dah kemas kemas beg dia dan dah bersedia nak tidur.. Lepas tu dia pesan kepada aku agar terus tidur saja. Kalau tak boleh tidur, pura-pura sahaja tidur. Aku pun pelik lah kan.. Rupa-rupanya tak jauh dari tempat kami rehat tu, ade seorang lelaki yang mabuk sedang berlegar-legar. Dia bercakap sorang-sorang, sementara di tangannya terdapat minuman alkohol. Aku nak tidur pun tak jadi lelap. Berdebar sangat. Sangat ! Sebab lelaki mabuk tu semakin menghampiri tempat aku berehat. Oh ya... FYI, di kerusi-kerusi berhampiran ada juga beberapa orang tengah rehat. Ada yang tidur kat lantai je ha. Tapi secara keseluruhannya, aku SEORANG SAHAJA PEREMPUAN kat situ.. So patutlah aku nervous semacam kan.
Aku tak boleh tidur ! Lelaki mabuk tu bercakap tak jelas butir bicaranya, Menghampiri aku dan bercakap-cakap lagi, sehinggalah peronda berpakaian uniform askar datang dan menyuruh lelaki itu beredar (they talked in French of course). Aku dah berdebar tak hengat dunia. Lelaki mabuk tu masih berada berdekatan aku (sangat dekat) dan dia macam berdolak-dalih nak beredar dari situ. Askar pengawal tu ada dua orang dan membawa seekor anjing. Askar yang berdiri dengan anjing tu berada di luar "pagar" kawasan berkerusi tu. Hanya seorang sahaja askar berada dekat dengan kerusi aku.
Akhirnya lelaki mabuk tu akur dengan arahan supaya beredar. Masih dia duk mumbling semasa dia berlalu pergi. Askar tu dah nampak aku terjaga. Dia datang padaku dan he asked me sama ada aku penumpang kapal terbang atau tidak. I remember I told him, "Yes, we are on our 24 hours transit, our next flight will be at 8pm tomorrow." Bila dia minta untuk tengok aku punye boarding pass, aku bagi. And eventually he smiled, return my passport and flight ticket, and said "Assalamualaikum." Kemudian dia berlalu pergi menyambung rondaan.
Agak sukar untuk aku sambung tidur. Belakang aku sakit. Aku bangun kejap, did a simple stretching dan kembali duduk. Aku kepit beg galas aku rapat rapat dengan aku, cuba lelapkan mata sampailah aku tertidur (tak ingat jam berapa masa tu).
Direnung ketika mengenakan tudung :
Aku terjaga lepas boss aku kejut aku. Terkejut aku melihat keadaan kaunter-kaunter check in yang sangat sangat sibuk dan ramai gila manusia ! Aku capai berus gigi dan terus ke tandas. Mujur tandas berada di hujung kaunter dan tak ramai orang. Dalam tandas, aku bukak tudung sebab nak tukar tudung, basuh muka dan gosok gigi.
Kemudian masuk sekumpulan pelajar-pelajar (berdasarkan uniform mereka) dan mula membuat bising.. selfie dan bercakap dengan sangat kasar seolah-olah menjerit kepada satu sama lain. Well.. mungkin memang perilaku mereka sebegitu. Selesai segarkan muka, aku mula pakai tudung semula. Di saat aku pakai tudung tu, sekumpulan budak perempuan tu (lebih kurang 10 orang atau lebih) TERUS TERDIAM dan hanya merenung aku. Awkward lah gilaaaa.... !!!
Langkah demi langkah aku pakai tudung, betulkan tudung.. mereka hanya pandang aku tanpa berkata apa-apa. Bila aku selesai bertudung, aku buat biasa lagi, sambil pakai lip balm, bedak dan sebagainya. Budak-budak tu hanya beredar setelah guru (atau mungkin penyelia) mereka masuk ke tandas dan panggil mereka semua. Masih ada yang tak lepas pandang kepada aku semasa melangkah keluar tandas, dan melalui pantulan cermin aku hanya mampu tersenyum.
Kisah sehari di Paris akan aku sambung di bahagian seterusnya... Untuk kisah dari pihak boss aku pulak, boleh baca di sini ; Kisah Paris akhir minggu yang lalu - Episod 1/4. Thank you kerana sudi baca !!
XOXO,
Putewi Hensem.
Tertarik part yang polis bagi salam tu. Polis tu Islam ke? Tertanya2 adakah betul retorik islamphobia.
BalasPadamwahhhh...best nya Nisa dah sampai ke Paris...Tempat idol lagi tuuuuu..
BalasPadamok next entry cepatttt
BalasPadamWau nice
BalasPadamwow bestnya ..menarik sungguh!
BalasPadam