Assalamualaikum Cinta, Waalaikumsalam Rindu…
Wahh gituu kemain syahdu tau ucapan pembukaan entry. Untuk pengetahuan semua, ungkapan di atas adalah ungkapan yang ada dalam filem terbaru dari Metrowealth yang akan mula ditayangkang 15 Mac ini.
Filem cinta islamik ini mempertaruhkan bakat baru Shima Anuar sebagai teraju utama filem bergandingan dengan Aeril Zafrel. Turut menjayakan jalan cerita adalah pelakon Fizo Omar dan Diana Amir.
SINOPSIS :
Saidatun Nafisa (lakonan Shima Anuar) telah pun bertunang dengan Hamka (lakonan Fizo Omar). Namun Hamka terpaksa meninggalkan madrasah kerana merantau ke luar negara. Penghuni madrasah yang baru iaitu Attar (lakonan Aeril Zafrel) pula menyimpan perasaan kepaa Saidatun Nafisa. Attar tidak menyedari yang Hilma (lakonan Diana Amir) sebenarnya menyimpan perasaan kepadanya.
Pada hari kepulangan Hamka, penghuni-penghuni madrasah menyaksikan berita letupan yang berlaku di Yaman, dan Hamka disangka telah terkorban. Setahun Saidatun Nafisa setia menanti namun, dia menurut hasrat abi dan umminya supaya dia dijodohkan dengan Attar. Hilma dalam diam merana, namun demi Nafisa dia rela berkorban.
Pertemuan singkat Attar dengan Nida yang merupakan seorang pelacur telah merubah hidupnya selepas dia difitnah. Dia dihalau dari madrasah. Nida insaf dan menceritakan hal sebenar dan Attar dibawa pulang semula. Pada malam perkahwinan Attar dan Saidatun Nafisa, Hamka pulang… apakah yang akan terjadi.. siapakah jodoh sebenar Saidatun Nafisa??
PENDAPAT PERIBADI :
Filem ini punya jalan cerita yang okay, tapi mungkin penceritaannya yang kureng sikit, sebab aku rasa filem ini banyak jump dari satu scene ke satu scene yang lain. Kadang-kadang ada teknik imbas kembali yang tidak diterjemahkan dengan cukup baik. Ohhh mungkin aku tidak layak komen macam ni kot, sebab aku bukan golongan profesional. Well, aku cuma komen apa aku rasa.
Babak-babak sedih macam kurang penghayatan, macam tak sampai pulak rasa sedih dan sayu Saidatun Nafisa yang menanti kepulangan Hamka. Namun dialog Hilma semasa dia rela berkorban perasaannya demi Saidatun Nafisa membuatkan aku tersentuh. Tapi tersentuh je lah.. takde sampai menangis pun. Dialog abi masa Attar bersembunyi di surau pun menyentuh perasaan.
Seriously penampilan Shima Anuar yang berpurdah dalam filem 7 Petala Cinta amat menawan pada pandangan aku. Tapi masa dia mengucapkan dialog macam kureng pulak feel aku. Sebab suara dia tak cukup lembut untuk mengucapkan dialog yang ala-ala madah giteww..
Apa-apa pun, aku bagi 3.5 bintang untuk filem ini. Keseluruhannya not bad. Masih boleh dibaiki lagi dalam filem-filem islamik yang akan datang.. Jadi, tahniah kepada keseluruhan tenaga kerja yang menghasilkan filem ini. Jangan lupa tonton sendiri di pawagam!
nak tgk cita ni......
BalasPadamJum lahh tengokk . Akak nisa belanja ye ? Hihi
BalasPadamentry yang best .. ^^
BalasPadamrasanya entry ni lagi bagus dari crite tu .. huhu
nak tengok jugak la nanti ;)
BalasPadamx saba nk tgk pulak
BalasPadamKepingin nonton ini filem. Asal tetiba tukar bahasa ni... Haha.
BalasPadamklu org indon yg buat crite islamik , mcm nice jek .
BalasPadammngkn org kite belum ckop power kowt . tp still nak tgk jugak sbb suka diana amir :)
suka diana amir :)
BalasPadamsuka nya tgk diana amir.
BalasPadamjom2 tengok wayang.
BalasPadamnisa kay...sy suke blog nisa ni...
BalasPadamnisa kay..suke blog nisa...nisa yg cimey lote gitu..
BalasPadamteruja nk tgk diana amir dlm cite ni....sweet sgt dia pakai tudung... >_<
BalasPadambest ke cite ni ek???nampak mcm best tp???huhu~
BalasPadamshima anuar ni sapa ek? pelakon baru ke? suka tgk cite2 yg ala2 islamic ni, mcm cite ketika cinta bertasbih, ya Allah cantik nye perempuan yg jd heroin tu....kalau sy laki dah tepikat...cntik & lembut n suci je muka dia :)
BalasPadamhuhuhu, cm was2 plak nk tgk cte ni kt wayng..hee
BalasPadammacam cerita nur kasih pulak.
BalasPadamhai nisa ,
BalasPadamapa maksod ayat nisa "filem ini banyak jump dari satu scene ke satu scene yang lain "?
(:
macam best!
BalasPadam