Selasa, 9 Jun 2015

XES Signature Launch 2015 - The Tales of Olympus



Assalamualaikum semua..




Ya ampunnnn !! Lama benar dah aku nak update pasal event best ni kat korangg ! Sesuatu yang meletops letops untuk uollsss ! Hahaa aku pun jatuh cinta dengan benda yang aku nak share ni.. Hope dapat juga bagi inspirasi dan idea bagi mereka yang juga masih mencari-cari di luar sana.. Eh ehh apa benda nya ni sebenarnya ???







Taraaaa.... jenama kasut dan beg terkenal di Malaysia iaitu XES dah pun melancarkan koleksi SIGNATURE 2015 merekaa ! Yang pasti koleksi baru semua aum aumm okayy ! Haahaa... Istimewanya event kali ini, mereka adalah di ruang legar Quill City Mall dan bertemakan "Tales of Olympus" atau senang kire tema-tema zaman Greek dulu-dulu ! Tu diaaa meriah nauu ! 







Pengacara majlis Julie Woon yang sangat sangat gojess.. dah macam Greek Goddess dahh ! 









Uhukkk tersedak makk bila persembahan pembukaan dari Celebrity Fitness bermula ! Hahaa memang terbuntang kejap bijik mata sebab aku duduk betul betul depan pentas haaa.. Kemain lagu rancak, depa penari pun duk lompat sana, lompat sini. Hahaa...










Persembahan seterusnya ada elemen wayang kulit sikit. Hahaa okay gurau jeee... Penuh seni betul persembahan yang satu ni... 








Yeahhh pertunjukan fesyen pun bermula !! Mico Pun selaku duta XES dan juga bersama model-model lain memperagakan kasut dan tas tangan koleksi XES SIGNATURE 2015 yang terbaruu ! Memang banyak yang aku berkenan ni.. Bersinar-sinar je mata aku setiap kali model lalu bawak produk baru dari XES ! Sebelum aku bawak korang tengok lebih dekat koleksi dorang, jom pusing pusing satu event tengok apa yang best !









Selain daripada persembahan di atas pentas, majlis XES SIGNATURE LAUNCH 2015 juga turut dimeriahkan oleh persembahan live band. Lagu yang dibawa semuanya yang latest.. yang mudah aku ikut nyanyi sekali. Ehh haha ! Feeling je lebih aku nii..








Upacara memotong kek. Wah wahh excited sungguh tokey besar yaa !









Antara booth yang ada semasa acara berlangsung. Para hadirin yang datang boleh dapatkan make over ! Haa kot lah masa nak datang tu punya rushing sampai tak sempat sempat nak touch up mekap kan.. Boleh lah make over diri tu di sini. Thank you SENSE STYLE BEAUTY ACADEMY !


Sebenarnya ada banyakk booth masa acara.. tapi malangnya tak tak sempat nak ambil gambar! Sibuk mingle around, taking pictures and stare at the collections hahaha ! Ada booth di mana boleh main games dan menang hadiah, booth aksesori, dapat voucher dan sebagainya ! 







Ahaaa apakahhh ? Aku dan blogger Budak Pacak merupakan antara pemenang bagi XES Instagram Contest ! Hahaaa.. aku tak expect pun. Padahal sebelum nama Budak Pacak  diumumkan sebagai pemenang, aku sempat bergurau dengan dia bahawasanya dia akan menang. Haaa sekali betul-betul dia menang ! Hahaa...


Kami berdua dan seorang lagi pemenang memenangi cash voucher bernilai RM300 daripada XES..! Yeayy thank you so much XES ! I can grab my dream bag and shoess ! Hehee.. Jujur aku katakan, flat shoes yang dipakai hari-hari tu jenama XES la tu.. selesa dan tahan lama.. Kalau yang heels atau wedges aku simpan untuk acara tertentu. Beg beg jenama XES pun banyak yang meletops ! Dah dapat cash voucher ni, boleh lah shopping free ! Haha...  






Okayy jom mula cuci mata dengan koleksi XES SIGNATURE 2015 nii.. yumm yummm ye semuaa !!




































































.


Baik lahhhh... Haa puas dah usha kasut dan beg koleksi XES SIGNATURE ni ? Haa mesti ade yang dah berkenan di hati tuuu kan kan kannn ? Boleh pakai ke mana mana saja, berbagai acara.. Nak pergi ofis boleh, pejabat boleh, kenduri kendara.. atau jalan jalan.. ikut suka hati kitalah, dah kalau kita yang beli pedulik lah orang lain cakap apa kan ? HAHA !!!!






Haaa kepada yang nak bagi hadiah kepada bapak, abang, adik lelaki, sedara mara lelaki atau kawan lelaki boleh jugak usha outlet XES sebab dorang jugak ade pilihan untuk kasut lelaki.. Stylo sungguh semuanya ! Aku pulak yang berkenan ni haaa !







Yeahhhhh !! Sempat jugak bergambar dengan Julie Woon yang sangat sangat cantikkk dan memang aku suka dia jadi pengacara majlis ! Muah ciked !







Ahaaa aku sebenarnya lupa nak ambil gambar OOTD aku... blouse bubbly aku.. aksesori kepala aku.. Haha lupa nak ambil gambar satu-satu... Nasib ada jugak gambar penuh dengan Miss Sabrina yang gojes maut ni... Tahniah kepada team XES untuk acara yang best dan gempak ni ! Macam biasa.. memang TAK pernah mengecewakan okay ! Jom shopping kat XES ! Kasut berkualiti dan selesa, harga sure affordable untuk semua !






LIKE FB PAGE : XES SHOES

 LAYARI LAMAN WEB http://www.xesshoes.com.my/







XOXO,
Putewi Hensem 

2 ulasan:

  1. Kamera apa guna kakak nisaaa cantek? eheh clear gila !

    www.puterymemory.com

    BalasPadam
  2. wah nampak meriah je event nya

    untungnyaa dpt voucher rm300..leh sopim kasut dgn beg raya nii

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay