Assalamualaikum…
Ayuhh ayuhh mari teruskan perjalanan di sekitar Melbourne bersama Nisa ! Hahah gituuu.. Macam biasa pagi pagi buat hal dengan melompat tak ketentuan hala sambil diperhatikan oleh mat salleh yang duk heran kenapa entah aku ni melompat pastu gelak gelak, melompat pastu gelak gelak ! Lokasi lompatan, stesen tram depan hotel.
Macam dalam entry hari ketiga, aku ada cakap nak pergi QUEEN VICTORIA MARKET kan ? Haa maka hari ni kami bangun seawal yang mungkin untuk terjah market ni ! Korang kena plan bila nak pergi tau.. sebab market ni ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Lepas tu hari Selasa dan Khamis dibuka dari jam 6 pagi sampai 2 petang sahaja. Hari Jumaat buka sampai 5 petang… hari Sabtu sampai 3 petang saja dan hari Ahad dia bukak sampai 4 petang. Tapi biasanya aku tengok pada jam terakhir dorang meniaga dorang dah kemas kemas. Kalau bahagian pasar basah jual sayur and buah, pada jam terakhir ni lah dorang dah lelong barang jualan mereka.
Bahagian depan Queen Victoria Market banyak kedai kedai minum. Kedai kopi, bar.. macam tu lah.. Tapi bar tu sume bukak dari petang sampai malam kot ? Ada kedai kedai roti yang baunye ummpph memang terangkat ! Ada kedai bunga segar dannnn….. banyak lagi lah ! Macam dalam gambar di atas ni. gambar atas kiri kedai bunga segar, sebelah dia gerai barang tradisi Australia yang berasaskan kayu.. Gambar bawah kiri antara kedai yang aku suke.. gerai handmade soap ! Memang organic dan wangi. Rugi pulak tak beli langsung. Dan gambar sebelahnya gerai buat plat nama besi tu… Tak sure harga dia berapa. Sebab tak tanya pun.
Actually ada banyakkkk gambar gerai yang sempat aku snap. Tapi aku pilih pilih dan compile kat sini ya.. Oh ya, memandangkan masa aku ke Melbourne tu cuacanya autumn… jadi suasana agakkk sejuk pada masa masa tertentu. Well, at least for me lah. Kalau pergi QUEEN VICTORIA MARKET ni, bersepah peniaga jual UGG Boots, jaket musim sejuk dan macam macam lagi. Kalau jaket tu memang banyak yang lawa serupa kat butik ! Murah lah sikittt dari yang kat kedai ye dak !
Suasana market yang dibuat dibawah atap yang sangat besar, so semua peniaga ada slot masing, masing teratur aje dalam satu satu lorong yang lurus. Mudah nak jalan jalan kat sini.. Dan persekitaran yang sangatttt bersih ! Peniaga pun ramai yang friendly.
Antara gerai yang kami singgah untuk beli tshirt sebagai souvenir. Kalau harga AUD10 ni, kire murah dah ni. Jangan memandai convert hahahah !!!
Okay, macam aku mention tadi.. cuaca kat sana agak sejuk, dan aku tak ada proper jacket untuk menahan kesejukan. Aku ingat cuaca biasa biasa je so aku bantai bawak sweater pink aku tu je. Maka antara misi aku di Queen Victoria Market ni adalah untuk beli jaket yang pada aku berpatutan harganya. Jadi aku memilih untuk singgah di gerai auntie ni, pilih jaket then bayar. Auntie ni mashaAllah sangat sangat friendly ! Uncle yang tolong dia ni pun friendly dan sangat pandai bergurau.
Auntie ni kata dia dah lama meniaga kat sini, dan dia suruh aku teka umurnya. Well, HONESTLY I don’t really see her that old, so aku agak la dalam 60 ke 70 tahun ke kan. Sekali umur dia dan 80 something gituuu ! Sebab aku teka umur dia jauh lebih muda, dia kata aku sweet dan pulangkan beberapa dollar lagi untuk aku gi minum minum. Ya Allah syukurnya jumpa orang yang baik sangat macam ni.. Well… tak semua tempat orangnya Islamophobia kan ? Just do good and be nice to others, others will do the same to you too :)
Oh ye, Queen Victoria Market ni adalah lokasi yang bagus untuk korang beli souvenirs yeahhh !!! Banyakk gerai yang jual souvenirs ni, dan ada juga barang barang lain yang sesuai dibuat buah tangan untuk kawan kawan, saudara mara dan mereka yang diingati. Gituuu…Antara gerai yang aku kunjungi, pemiliknya orang Indonesia ! So senang mau komunikasinya gituuuu… dan yang paling penting kalau kau beli banyak, try lah bargain. Haha aku tak gerenti lah korang dapat more discounts ke apa. Tapi try je lah kan ?
Dah penat berjalan separuh dari Queen Victoria Market ni, maka masa untuk melantak uoolllssss !!!! Dekat bahagian tengah market ni ada satu lorong tu, semuanyaaaa kedai makan ! And aku nampak ada kedai halal yeayyy !
Nama kedai ni GOZLEME TURKISH CAFÉ. Kedainya kecil je, seat semua kat luar kedai (bahagian beratap) Macam korang nampak, kat menu ni ada tanda halal, yang bukak kedai ni orang Turki dan kat depan kedai ada salinan perakuan halal perbadanan di sana.
Yang makanan aku ni GOZLEME. Tapi aku tak ingat aku pilih yang mana satu. Aku rasa yang isi chicken kot… Tak ingat lah pulak. Yang penting sedapppp !!!
Yang ini Kebab Wrap.. isi dia lamb kot, tak ingat lak sebab yang ini kawan Nisa beli. Tapi sedap sedap lah makanan dia ! Alhamdulillah makan tanpa was was dan kenyang !
Memandangkan matahari memancar dengan jayanya, maka kami teruskan perjalanan ke FLAGSTAFF GARDENS yang terletak berdekatan dengan market. Sajalah nak chill chill lepas penat berjalan dan perut kekenyangan ! Masa untuk bergambarrrr hik hokk !!
Ahahahaa sajo lah buat halll !!! Dengan hanya menggunakan teknik burst di kamera, dan sedikit usaha untuk melompat maka terhasillah gambar super saiya macam nii muahahahaa…
Banyak lagi gambar tapi malas nak tepek semua kat sini… Semuanya kenangan terindah bagi aku… Alhamdulillah Allah mengizinkan, walaupun sebelum aku pergi Melbourne ni, aku menghadapi kesukaran yang tidak dijangka, yang memungkinkan aku tidak pergi ke sini ! Tapi dengan izin Allah, aku sampai ke bumi Melbourne ni. Syukur kepada Allah !!! (Iskk siapa potong bawang kat tepi ni)
Kami pulang lepas sambung berjalan di market sehingga market ditutup, sempat jugak kami beli buah strawberry dan anggur yang dilelong murah sebab gerai dah nak tutup. Lepas tu kami singgah di sebuah kedai makan yang terdapat di jalan utama bandar Melbourne. Lupa dah nama kedai apa tapi kedai ni halal dan dibuka oleh orang Kelantan, Malaysia. Kami cuci anak tekak jer dengan cendol.
Lepas makan cendol, kami decide nak lepak kat satu lagi taman yang ada berdekatan bandar. So sedang kami jalan kaki, kami nampak deretan rumah ni. Eh eh macam lawa lak. Jom bergambar ! Hahaha !!
Dekat Carlton Gardens ni kami lebih rilek rilekkk. Duduk lepak perati sekeliling, makan buah dan perati habang habang main frsibee auww. Ahahaha ambil kesempatan sungguh ! Yelah bila lagi nak cuci mata kenz. Wakakakaa !!!
FLINDERS STREET STATION
Lepas tu kami jalan jalan jalan. Hahahaa sajalah nak tengok suasana petang di Melbourne ni. Memang sesak, memang ramai sangat orang. Meriah !
Lokasi akhir kami hari ni ! EUREKA SKYDECK 88 !!! Skyy… deck ? Huwaaa aku gayatttt !!! Memang idok laaa aku nak naik kan. Tapi aku ade geng yang sungguh supportive sanggup bayarkan dulu duit tiket semata mata nak suruh aku naik jugak tuuu !!
Ini gambar bangunannya. Pic credit here.
Kalau korang berani boleh lah pi dekat EDGE at Eureka Skydeck ni. Ada bahagian yang macam terkeluar daripada bangunan ni dan korang boleh berdiri ambil gambar kat sini. Aku datang malam masa tu, and aku duduk je, tak bergerak pun. Hahaha kawan kawan aku je pi amik gambar sume. Pic credit here.
Pemandangan malam sekitar Victoria, Australia ! Maaf gambar ade blur sikit. Bergerak or bergegar maybe. Gambar ni kawan yang ambilkan. Macam aku mention tadi, aku banyak duduk untuk mengelakkan histeria gayat aku menyerang hahaa!
Penat berjalan ! Hari ni banyak guna kaki untuk meneroka sekitar kota Melbourne. Jadi ayuh pulang dan tidor ! Next day nak kena bangun awal dan berjalan lagi jauh ! Gituuu.. nantikan next entry ya !
XOXO,
Putewi Hensem
I still dream to reach Australia. Nice traveling. Semoga saya pun bisa traveling ke Australia ^___^
BalasPadamtak dapat ke melbourn..tengok pic yang nisa share pun ok..hehehehe..
BalasPadamBestnya! Tak sabar nak baca entry selanjutnya. yeah!
BalasPadamSukanya melompat lompat. Ehehehe :)
BalasPadamBest laa kan ^^
bestnye..ske bce blog akak
BalasPadam