Jumaat, 2 September 2016

Pembersih mekap IMAAN SUCI WIPES menjadi pilihan !





Assalamualaikum..


Nisa hari ni nak bercerita mengenai pembersih mekap atau makeup remover. Ramai jugalah orang di luar sana yang sering mengata-ngata kami yang pakai mekap ni seolah-olah tak pernah solat sebab nak pakai mekap punya pasal. Nisa ni pelik jugaklah, mereka yang mengata sangat ni.. punyalah kehidupan dia duduk bawah tempurung ya, sampai tak kenal kewujudan PEMBERSIH MEKAP. Har har harr....


Okay tak baik pulak gelakkan orang, tapi orang yang mengutuk menghina tu lagi tak baik kan. Haha apa-apa pun, nak cerita mengenai pembersih mekap pilihan Nisa. Kalau di rumah, Nisa biasanya guna yang jenis liquid tu. Haa kalau yang cecair tu, kena guna kapas muka untuk bersihkan mekap. Tapi kalau Nisa keluar macam mana ? Travel ? Nak hangkut jugak ke cecair pembersih mekap dan kapas muka tu ke hulu ke hilir? Haa kompemlah tidakkk !!





Bila Nisa keluar atau travel, yang menjadi pilihan Nisa semestinya pembersih mekap dalam bentuk tisu basah tu ! Kecik je packaging nya, senang nak selit dalam beg dan bawak ke mana-mana. Haa bercakap mengenai pembersih solekan dalam bentuk tisu basah, Nisa nak cakap mengenai IMAAN SUCI WIPES ni haa...


Tisu pembersih solekan IMAAN SUCI WIPES ni boleh dikatakan baru juga menjengah pasaran Malaysia. Diasaskan oleh orang Melayu kita, IMAAN SUCI WIPES sama sekali tidak mengandungi bahan merbahaya, jauh sekali alkohol. Haa jangan tak tahu banyak makeup remover di luar sana yang mengandungi alkohol dan buat kulit sangat kering !





Bila dah ada IMAAN SUCI WIPES ni dalam beg dan dibawa ke mana-mana, jadi tidak ada isulah para wanita yang bermekap tidak bersolat ! Sapp sapp sapu seluruh muka, dah tanggal mekap.. haa mudah sangat bila ada tisu penanggal mekap ni.. Geram jur bila orang mengata kita ni macam kita pakai mekap menyusahkan dia haha..



IMAAN SUCI WIPES

  • Produk tempatan.
  • Bebas alkohol !
  • Mudah bersihkan mekap.
  • Mudah dibawa ke mana-mana.
  • Harga mampu milik.
  • Juga sesuai untuk kulit sensitif.





Bila travel, pembersih muka dalam bentuk tisu basah ni memang akan menjadi pilihan utamalah.. sebabnya taknak susah-susah bawak makeup remover yang dalam botol tu.. kang nak kena ada kapas muka lagi. Huii buat berat beg je ! Kalau bawak wet tissue kan senangg. So, masa Nisa travel ke Bangkok baru-baru ni (gambar di atas diambil di Wat Pho, Bangkok) Nisa bawak je IMAAN SUCI WIPES ni. Mudah dan ringan ! Dalam luggage ada sepaket, dalam beg galas ada sepaket lagi.





Haaa sampai ke Bangkok Nisa bawak IMAAN SUCI WIPES ni, sebab memang mudah sangat nak bersihkan mekap dan bawak ke mana-mana. Selit-selit je dekat poket beg ! Haha.. Alhamdulillah Nisa pun suka IMAAN SUCI WIPES ni. Memang hari-hari pakai.. Kalau di rumah, siap berkongsi dengan adik lagi.





MACAM MANA NAK BELI ???

Jangan lupa dapatkan IMAAN SUCI WIPES ni dari agen jualan yang sah tau ! Nisa nak rekemen agen jualan ni haa untuk korang beli IMAAN SUCI WIPES ni..

Facebook : Hazirah Shah https://www.facebook.com/ms.hazirah
Atau follow Instagram beliau : @iuzira https://www.instagram.com/iuzira/
Tak pun whatsapp terus ke nombor : +60193922261







1 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay