Assalamualaikum...
Teruja Nisa nak berkongsi cerita ni.. Baru-baru ni Nisa berpeluang melihat ratu drama Korea iaitu PARK SHIN HYE secara live ! Haa depan mata tuuu. Cantik sangat sangat Park Shin Hye ni. Walaupun Nisa takde lah dapat datang dekat dan berselfie ke apa.. Tapi dapat tengok tuan empunya badan secara depan-depan pun cukup laaa..
Haa sebenarnya kehadiran Park Shin Hye ke Malaysia selaku duta jenama Mamonde bersempena acara Mamonde Flower Day ! Acara ini diadakan di ruang legar Oval Concourse, LG, One Utama pada 14 Oktober yang lalu..
Teruja kejap bila Nisa tengok ruang legar ini dihias bak taman bunga ! Siap ada seksyen-seksyen yang bertemakan bunga-bunga utama yang menjadi teras jenama Mamonde ini ! Kalau anda nak tahu, produk kecantikan yang dihasilkan di bawah jenama Mamonde menyalurkan kebaikan dan khasiat dari bunga-bungaan.
Antara koleksi produk mekap dari Mamonde. Haa memang Nisa selaku peminat mekap tegar haruslah tengok-tengok dulu kaunter mekap. Macam biasalah, kalau mekap Korea, memang mereka akan menampilkan koleksi yang tengah trend di sana.
Dari pemerhatian Nisa, produk dari Mamonde sebenarnya lebih berat kepada penjagaan wajah. Banyak produk mereka yang mendapat perhatian ramai dan ada yang best-seller gitu... Dan di bawah jenama Mamonde, terdapat 5 jenis bunga utama yang menjadi intipati utama kepada skincare mereka.
- HONEYSUCKLE (Revitalizing)Mempunyai ciri-ciri untuk mengekalkan kesihatan kulit.
- HIBISCUS (Mosturizing)
Hibiscus merupakan penghidrat semulajadi untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
- NARCISSUS (Hydration)
Membantu masalah dehidrasi kulit, mampu memberikan khasiat melembap untuk jangka masa lebih panjang.
- LOTUS FLOWER (Cleansing)
Mempunyai keupayaan untuk membersihkan kulit jauh ke dalam dan dalam masa yang sama memberikan khasiat anti-oksida.
- CAMELLIA (Anti-ageing)
Mempunyai ciri-ciri terapeutik membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas, dan memastikan kulit kelihatan muda dan segar sentiasa.
Antara best seller dari Mamonde, First Energy Essence. Menurut pembantu jualan di kaunter produk, produk ini merupakan best seller kerana fungsinya yang bukan sahaja akan boost kan kulit kita, tetapi boleh digunakan sebelum mekap! Haa masa nak mekap tu kompem muka rasa smooth je, dan hasil mekap pun meletop kan !
Bersempena acara Mamonde Flower Day, Mamonde turut melancarkan dua produk baru daripada mereka. Produk terbaru ini dihasilkan dengan intipati khas bunga Hibiscus.
- Moisture Ceramide Skin
Softener, 200ml (RM69)Pelembut kulit yang memberikan kelembapan dan melembutkan sel kulit mati agar kulit menyerap kebaikan produk dengan lebih efektif. Toner yang sangat melembapkan.
Tatacara penggunaan :Setiap pagi dan malam, ambil sekitar 0.5ml produk dan dab dab di wajah dengan perlahan untuk penyerapan yang maksimum.
- Moisture Ceramide Emulsion,
150ml (RM79)Emulsi
yang memberikan kesegaran kepada kulit, memberikan lembapan jauh ke dalam kulit
tanpa meninggalkan rasa melekit. Ianya cepat diserap.
Tatacara Penggunaan :
1. Setiap pagi dan malam selepas menyapu pelembut kulit, ambil sejumlah kecil emulsifier ini (2 ke 3 pump), dan dab dab secara perlahan ke kulit wajah untuk penyerapan maksima.
2. Tepuk tepuk tangan ke wajah dengan perlahan agar ianya sekata.
DI MANA BOLEH DAPATKAN MAMONDE ?
Produk Mamonde boleh didapati di kaunter jualan Mamonde yang berada di Cosmetic Floor, AEON 1 Utama dan juga AEON Mid Valley.
JOM LIKE ! MAMONDE MALAYSIA FACEBOOK PAGE
JOM FOLLOW ! MAMONDE MALAYSIA INSTAGRAM
NISA KAY.
kak nisa pun lawa <3
BalasPadamcomel..
BalasPadamBestnyaa dapat tengok Park Shin Hye secara live... :D
BalasPadamSalam singgah sini dik Nisa...wahh...bestnya. dapat tengok pelakon korea Park Shin Hye walaupun tak selfie....dapat tengok dari dekat pun dah bertuah tu dik Nisa...
BalasPadamBestnya dapat jumpa Park Shin Hye.
BalasPadamMrs. A pun minat kat dia jugak suka tengok dia dalam drama The Heirs couple dengan LMH.