Memaparkan catatan dengan label Korean Products. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korean Products. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2016

Mamonde Flower Day meriah dengan kehadiran Park Shin Hye




Assalamualaikum...

Teruja Nisa nak berkongsi cerita ni.. Baru-baru ni Nisa berpeluang melihat ratu drama Korea iaitu PARK SHIN HYE secara live ! Haa depan mata tuuu. Cantik sangat sangat Park Shin Hye ni. Walaupun Nisa takde lah dapat datang dekat dan berselfie ke apa.. Tapi dapat tengok tuan empunya badan secara depan-depan pun cukup laaa..



Read More»

Jumaat, 15 Julai 2016

Membeli-belah produk kecantikan Korea di ALTHEA KOREA !





Assalamualaikum semua..


Fuhh fuhh rasa macam perlu tiupkan dalam diri ni semangat yang membara-bara untuk edit video dan update blog !!! Rasa macam ya Allah sibuk yang teramat.. tapi ermm sibuk apa pun tak tahu lah heh ! HAHAHAH. Oh yee Nisa baru berpindah rumah and I got A LOT of things to do with my super messy room !! Huwarrggh rasa nak jadi hijau je sekarang. Banyak benda perlu disusun balik dalam hidup ni. Eh meraban apa aku ni haha.




PEMINAT KOREA ? KPOP ? K-BEAUTY PRODUCTS ?

Haaa ini blogpost untuk anda. Back then, a few years back, kita susah nak dapat authentic Korean products. Maybe jenama Korea tak berapa in beberapa tahun lepas, tapi it has become phenomenal ! Produk Korea kian mendapat tempat di hati pengguna dari seluruh dunia ! Kalau dulu kebanyakan jenama Korea susah nak dapat kat Malaysia, tapi kini tidak lagi ! Wahh iklan sangat ayat aku kan ahha!!


Tapi sekarang semua senang nak beli, terutamanya melalui atas talian. Yesss beli ONLINE kan mudah ! Pilih, bayar, then taraa it will be sent to your doorstep ! Haa gituhh. Dalam banyak-banyak website yang wujud masa kini, ada satu website ni Nisa suka sangat sebab BANYAK PILIHAN dan juga best price offered !







Althea Korea merupakan laman web yang menyajikan pengguna dengan produk dari Korea khususnya. Oh ya, Nisa suka website Althea Korea ni sebab mesra pengguna, ada suggestion di halaman utama.. So boleh tengok apa yang best.. Lepas tu, pilihan yang lebih meluas ! And this website definitely got the best price offered! Trust me, Nisa dah pernah shopping dengan pelbagai laman web yang jual produk Korea.. dan Althea Korea antara yang offer the best price ! Yang penting authentic products yaa.. Shipped all the way from Korea! Haa boleh lah bau kot-kot ada udara Korea dalam parcel tu lalala~



Bukan hanya produk mekap sahaja yang dijual kat website Althea Korea ni tau.. Ada produk penjagaan wajah (skincare) dan juga lain-lain produk penjagaan rambut (hair care) dan penjagaan tubuh (body care). Haa pada yang kureng sikit pakai mekap tu boleh lah tengok kot ada pencuci muka yang korang suka tu ada kat website Althea Korea ke tak kan...






I've been thinking about adding my K-Beauty products and of course, I chose Althea Korea to shop with ! Memang rambang mata jugak lahhh bila shopping tu.. kejap kejap add to cart.. lepas tu bila melebihi budget remove dari list.. lepas tu cari balik benda yang sama dan add to cart balik. Pheww ! Sis tak boleh tetapkan pendirian langsung hahaha ! Sakit jiwa tau, semua produk nampak best dan sangat banyak pilihan. Jadi.. what did I get for myself ? Haa jemput tonton video bebel Nisa di bawah ya.. Hiks !






Haa banyak sangat bebel kan ! Hahaa I must admit that I had quite a hard time to really decide what to buy and hit the check out button hahaha ! Adoi lahh dah namanya perempuan, suka mekap pulak tu.. Kalau boleh semuaaa Nisa nak cuba tau ! Haa tapi kena sabarrr sabarrrr. Takkan nak ambil semua lak kan, berapa riban la pulak nanti total semua hahaha...





So di bawah adalah senarai lengkap produk yang Nisa beli dan tunjukkan seperti di dalam video di atas ya. Senarai ni ikut turutan di dalam video :


1. It's My Brush & Puff : It's My Sponge (20 units)
Harga (Promosi) : RM5.00  |  Buy here

2. Banila Co : Prime Primer Finish Powder
Harga (Promosi) : RM76.00  |  Buy here

3. Skinfood : All Over Muffin Cake Finish (Code : Gold Banana Muffin)
Harga (Promosi) : RM54.00  |  Buy here

4. Skinfood : Avocado Lip Balm (12g)
Harga (Promosi) : RM26.00  |  Buy here

5. It's Skin : Power10 Formula WH Effector (30ml)
Harga (Promosi) : RM25.00  |  Buy here

6. It's My Brush & Puff : 04 It's My Contour Brush
Harga (Promosi) : RM15.00  |  Buy here

7. It's My Brush & Puff : 07 It's My Point Shadow Brush
Harga (Promosi) : RM9.00  |  Buy here

8. It's My Brush & Puff : 01 It's My Powder Brush
Harga (Promosi) : RM16.00  |  Buy here

9. Witch's Pouch : Love Me Blusher (Code : Shading Bronzer)
Harga (Promosi) : RM41.00  |  Buy here

10. Witch's Pouch : Love Me Blusher (Code : Indy Violet)
Harga (Promosi) : RM41.00  |  Buy here

11. Etude House : Lash Perm All Shockcara 
Harga (Promosi) : RM36.00  |  Buy here

12. The Choute Essence Fill Stick Balm Foundation (Code : Natural Beige)
Harga (Promosi) : RM40.00  |  Not available in the website anymore

13. Witch's Pouch : Selfie Like Shot Dual Lipstick (Code : 01 Selfie Red & Gloss)
Harga (Promosi) : RM25.00  |  Buy here

14. Witch's Pouch : Skinny Brush Big Marker Liner
Harga (Promosi) : RM28.00  |  Buy here

15. Witch's Pouch : Selfie Perfect Concealer (Code : 23 Natural Beige)
Harga (Promosi) : RM20.00  |  Buy here

16. Witch's Pouch : Get it Dual Brow Pencilcara (Code : Natural Brown)
Harga (Promosi) : RM31.00  |  Buy here

17. Etude House : Bling Bling Eyestick (Code : 14 Full of Stars)
Harga (Promosi) : RM18.00  |  Buy here



PHEWWW ~ Giloo gigih kan cari satu persatu barang yang Nisa beli di laman web Althea Korea ni.. semata-mata nak membantu pembaca blog kesayangan ni untuk cari produk yang Nisa nyatakan dengan lebih mudah. Dannn tolong lah jangan buat Nisa bertukar hijau atau biru atau pelangi dengan menanyakan soalan kepada perkara yang sudah pun dinyatakan ! Haha. Nama produk apa, kod apa Nisa beli, harga masa Nisa beli tu (semua Nisa dapat harga promo).. semua Nisa dah nyatakan okay, link kepada produk tu pun Nisa dah lengkapkan sekali.






Kesimpulannya ??? I am very very happy with my purchase !! Alhamdulillah, Nisa panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang dilimpahkan olehNYA. Hmmm mulanya kan Nisa tak merancang nak buat video mekap ke apa menggunakan produk-produk Korea ni.. Tapi bila dah banyak macam ni, tak mustahil boleh buat K-Beauty Products makeup look kan kan kan. Haha I am sooo not Korean-makeup type. Nisa tak reti lah..


Tapi dah alang-alang shopping bagai nak rak dengan Althea Korea ni.. apa salahnya kan ? But I might take some time to do it.. sebabnya Nisa berpindah rumah dan banyakkk barang yang masih berada di dalam kotak! Huwaa penat nya lahai. InshaAllah sikit-sikit Nisa akan cuba merealisasikan bilik tidur impian kekeke.. So.. satu-satu dulu lah ye. Banyak sangat benda ni.



Sekali lagi.. jangan lupa shopping dengan Althea Korea !

FB Page : https://www.facebook.com/altheakorea/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Laman web : https://my.althea.kr/









Read More»

Rabu, 1 Jun 2016

NISAKAY KE KOREA 2016 | Air Asia X ft KTO (Part 2)



Assalamualaikum..





Entry bahagian ni macam excited sikit nak share sebab nya pagi-pagi lagi dah terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan kecantikan. Haa ini semestinya para wanita mesti suka ! Rahsia kejelitaan wanita Korea kini di tangan anda ! Ewahhh !!





Pagi-pagi lagi kami sudah ke Dongseong-ro Street untuk pengalaman membuat sendiri topeng muka kecantikan di Sky Lake. Sky Lake merupakan pengeluar barangan kosmetik tradisional, minuman dan lain-lain. Sky Lake juga terkenal dengan produk mereka yang bebas bahan kimia.. Haa kirenya ada produk mereka yang boleh dimakan! Tapi takde rasa lah haha..




Semua bahan-bahan telah mereka sediakan, dan kami para bloggers dan media akan dibimbing langkah demi langkah mengadun semua bahan untuk menghasilkan facial mask. Penimbang digital turut disediakan agar semua bahan yang nak dicampur tu dalam kuantiti yang tepat.




Setiap daripada kami akan dipasang-pasangkan... maknanya work in pair lah.. Haaa jadi lebih mudah begitu, bergilir-gilir.. saling membantu dan semua pun dapat merasa buat facial mask sendiri...





Haa kami diberi pek mask yang kosong, lepas tu adunan kami tadi dituang ke dalam mask ni dan juga mereka akan seal kan sekali. Siap tulis nama tuu kat belakang. Haa Kami diberi pilihan nak buat collagen mask atau whitening mask. Jadi ada di antara bahan-bahan yang diberikan berbeza-beza. 

Sangat seronok buat mask ni sebab dapat belajar serba sedikit mengenai bahan-bahan yang digunakan di dalam produk kecantikan, Dapat juga info mengenai jenama Sky Lake dan produk yang dihasilkan mereka. Oh ya, di sini anda boleh juga membeli produk Sky Lake. 




Haa kalau nak tahu, Dongseong-ro Street ni merupakan kawasan yang popular dalam kalangan anak muda untuk membeli-belah. Memandangkan kami datang masih terlalu awal, jadi kebanyakan kedai belum dibuka kerana mereka biasanya memulakan perniagaan bermula 11 pagi. Tapi menerusi beberapa kedai yang sedang berkemas untuk dibuka, dan tingkap pameran sesetengah kedai.. dapat Nisa simpulkan di sini bahawa memang best sangat la kalau dapat shopping kat sini ! Haha pilihan pakaian yang sangat trendy.. up-to-date.. haa kaki shopping terjah-terjah la kawasan ni kalau berkunjung ke Daegu okay!





Mosimjeong Traditional Cuisine (모심정)


Dari Daegu, kami terus ke lokasi makan tengahari yeayy ! Kemain semua belum apa-apa kita orang dah lapar haha... Lokasi ni sangat unik ! Di kawasan kaki gunung gitu... cuaca pun nyaman sangat ! Sukaaa ! Restoran ini terletak di Mungyeong, perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah gitu. Yang Nisa suka sangat, reka bentuk restoran ini menyerupai "hanok", rumah tradisi masyarakat Korea.. Haa cantik !




ALAMAT :
13, Bongsaeng 1gil, Maseongmyeon, Mungyeong, Gyeongsangbuk-do  
경상북도 문경시 마성면 봉생1길 13


Dalam gambar-gambar di atas ni lah merupakan antara hidangan yang kami santap pada hari tersebut. Semuanya berunsurkan makanan tradisi Korea, memang pengalaman baru buat Nisa dan kebanyakan rakan media yang mengikuti trip ni. Oh ya, di restoran ini juga anda boleh buat pra-tempahan makanan, boleh request nak makanan halal. Tukang masak restoran ini siap tunjuk kat kami buku panduan menyediakan makanan halal bagi memenuhi permintaan kami. Wahh kami sangat hargai !




Mungyeong Coal Museum (문경석탄박물관)

Lepas selesai memenuhi nafsu makan haha.. kami pun terus beransur ke lokasi seterusnya.. Haa bangunan yang bulat ni adalah sebuah muzium, muzium batu arang. Menurut pemandu pelancong kami, rekabentuk bangunan ini diilhamkan dari bentuk arang yang digunakan lama dulu.. Haa zaman sekarang ada orang guna lagi tak arang ?




ALAMAT :
112, Wangneung-gil, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do 
경상북도 문경시 가은읍 왕능길 112 (가은읍)


Di muzium ini, pera pengunjung akan didedahkan dengan sejarah perlombongan arang batu, perkembangan industri ini dan kepentingan industri arang batu kepada pembangunan Korea Selatan hingga kini. Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat jenis-jenis batu arang dan juga mendapat info mengenai pekerjaan sebagai pelombong arang.




Antara aktiviti menarik kat sini, pengunjung boleh menaiki tren interaktif di mana kita akan dibawa masuk ke gua.. Haaa ala-ala gua perlombongan arang batu lerr.. macam real je berada alam gua sebenar. Ada jugak persembahan video, patung-patung pelombong yang bergerak-gerak haha..





Mungyeong Saejae KBS Drama Set (문경새재 KBS촬영장)


Selepas selesai lawatan kami di sekitar Coal Museum tadi, kami ke sebelah muzium ini, dengan menaiki sebuah mini train.. kami naik ke atas bukit yang terletaknya betul-betul sebelah muzium arang tadi.. haa ini lokasi kami seterusnya ! This is an ideal place for photoshoot and of course, to immerse yourself in a K-drama mood !




ALAMAT :
932, Saejae-ro, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do  
경북 문경시 문경읍 새재로 932


Haa memandangkan sekitar bulan April memang musim bebunga mekar dan menghasilkan pemandangan yang super cantik.. bulan April merupakan bulan yang Nisa rekemen untuk semua datang ke Korea. Cuaca pun tengah best.. Ada masa hujan jugaklah, tapi alhamdulillah most of the time kami dapat jalankan aktiviti tanpa sebarang masalah. Syukur...




ADMISSION FEES :

Adults (ages 19-64) : 2,000 won / Group: 1,500 won  
Youths (ages 13-18) : 1,000 won / Group: 800 won  
Children (ages 7-12) : 500 won / Group: 400 won   
* Group : 20 people or more


Set drama ini dibina oleh Korean Broadcasting System (KBS) pada tahun 2000, dan sejak itu tapak ini telah digunakan sebagai lokasi penggambaran dalam pelbagai drama Korea. Haaa cuba usha betul-betul.. kot ada bahagian set drama ni yang buat korang teringat mana-mana drama ke kan. Gituuu.. Memang tempat yang sangat best untuk mengabadikan gambar dan video !




Haa maaflah memang susah nak move dengan gambar-gambar di sini. Kalau boleh, setiap ceruk, dinding dan lorong kat set drama ni Nisa nak ambil gambar ala-ala model profesional. Ditambah pulak dengan udara segar dan sejuk di atas bukit ni.. amboi terlebih feel drama Korea la pulak haiii ! Oppa je lah yang tak muncul-muncul.. ehh ! Hahaa.. Oh ye, lebih info boleh anda dapatkan di laman web Visit Korea ini...





Baiklah.. masa pulak mencemburui kami haha tak dapat kami berangan dengan lebih lama di set drama tadi.. maka perjalanan kami teruskan ke galeri tembikar dan tanah liat. Haa semua yang dipamerkan ni dibuat dengan tangan ! Bisnes pembuatan barang perhiasan tembikar ni merupakan bisnes turun temurun dalam keluarga.




Kami turut menyaksikan demo membentuk tanah liat kepada mangkuk. Wahh memang ternganga la semua sebab nya tukang buat tu tak guna pemutar elektrik ke apa. Dia guna pemutar yang tradisional, yang perlu ditolak-tolak menggunakan kaki. Bila tapak dia tengah berpusing laju, tangan pun tangkas membentuk tanah liat. Dengan lawatan ke galeri ini, maka berakhirlah sesi kami di Mungyeong. Kami ke Andong pula, dan perjalanan ke Andong memakan masa sekitar dua jam.





Andong Myeongga Jjimdak (안동명가 찜닭)

Haaa kelaparan dah masing-masing ! Semua tak sabar nak dinner (early dinner) di restoran ini sebab kami akan makan ayam ! Yeee ayam yeayy alhamdulillah.. Kami dihidang dengan lauk ayam ! Yes people, halal chicken meat. Seronoknya dinner kami malam tu haha..




ALAMAT :
184-4, Seobu-dong,  Andong-si, Gyeongsangbuk-do


Ini lah dia hidangan ayam tu.. Satu serving ni saiz dia kecik sikit je dari dulang kenduri yang bulat tu haha.. Besar ni ! Boleh serve untuk 4 ke 5 orang untuk satu pinggan giant ni. Kalau jenis geng tak kuat makan mungkin boleh serve sampai 6 orang haha.. Harga satu serving ni sekitar 25000won. Jadi boleh la bayar pun share ye... Side dishes jugak ada disediakan sekali..




Weolyeong Bridge (월영교)


Baiklah.. sebelum we call it a day, kami nikmati angin malam dan pemandangan di sini pula.. Memandangkang kebanyakan tarikan sekitar kami nikmati ketika waktu siang, di sini kami ambil kesempatan untuk pergi waktu malam pula. Waktu siang pun cantik juga, tapi bila malam ni dapatlah tengok lampu-lampu yang bergemerlapan.





Haa maaflah gambar sekitar memang tak banyak disebabkan kekurangan cahaya dan kamera pulak jenis tak berapa canggih gitu ahaks. Tapi layan jugak lah perasaan kat sini.. menyaksikan air sungai yang tenang dan membiaskan semula pemandangan lampu dan jambatan di permukaan air. Kebetulan waktu kami pergi ni agak sejuk suhunya, jadi kami menapak ke kedai kopi yang berdekatan untuk menikmati minuman panas..




Andong Grand Hotel

Yeahh akhirnya masa untuk merehatkan diri. Hotel yang kami duduki malam ini terletak di sekitar kawasan jambatan tadi. Lebih kurang 10 minit je perjalanan ke hotel ni dari Wolyeong Bridge tadi. Rekaan dalaman yang memang moden dan ringkas.




Baiklahhh.. sekian lah entry panjang lebar nau nau dari Nisa. kalau boleh nak tepek semua gambar yang ada kat sini haha.. tapi takpelah nanti Nisa throwback sikit demi sikit kat instagram Nisa okay , jadi siapa yang belum follow apa lagi sila lah follow haha... kemain promote akaun insta sendiri ye ! 

Apa-apa pun stay tuned for more blogposts about my Korea trip.. banyak lagi tarikan utama yang Nisa nak share, dan mungkin boleh anda jadikan idea untuk trip anda ke Korea di masa akan datang kannn~ Terima kasih kepada semua yang masih sudi baca dan belek blogposts dalam blog Nisa ni. Alhamdulillah... 














Read More»

Ahad, 24 April 2016

VIDEO | Sekitar acara bersama innisfree dan membeli-belah di innisfree Sunway Pyramid




Assalamualaikum...


Bukan duta.

Haaa tempoh hari Nisa ada update mengenai innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store yang berlangsung di Pavilion KL. Selain pop-up store tu, ada juga aktiviti menarik bersempena Earth Day. Haa ada yang pergi tak ? Cer kongsi sikit apa korang dapat hehe... Nisa tak sempat nak pergi yang Earth Day tu sebabnya tak sihat sangat hari tu.. Okay di bawah ni ada sikit video sekitar acara pop-up store hari tu... Enjoy !







Oh yee kalau nak tahu, bersempena acara tersebut juga Nisa ada menerima voucher produk innisfree bernilai RM500. Alhamdulillah.. seronok sangat tau ! Maka rezeki dari Allah ni hendak Nisa share kan dengan kawan-kawan. Nak share dengan adik, dia jenis tak pakai skincare pulak. Kosmetik jauh sekalii...


Jadi Nisa ada tweet, tanya sesiapa nak ikut shopping tak. Maka ada kawan yang respon ! Hehehe kawan yang istimewa itu ialah rakan blogger dari blog MEKONIE.COM ! Hehe kesayangan saya niii.... Tak sangka jugak dalam rezeki yang Nisa terima, ada bahagian dia.. Hehe.. Nisa memang dah niat nak buat vlog masa shopping dan nak orang tolong rakam video. So sebagai reward, Nisa akan belanja shopping sekali. Hehe maka, ada lah sikit videoo. hehehe jemput tengok ya..






Alhamdulillah we had a great time shopping at innisfree (outlet Sunway Pyramid). Mulanya macam konon tak tahu nak beli apa.. Bila dah belek satu persatu, banyak jugak produk yang menarik perhatian gituuu hahaha. Alhamdulillah makin banyak pilihan produk kat innisfree ni. Hehehe..





Auwww thank you sayanggg Mek Onie comey dari blog MEKONIE.COM sebab sudi tolong rakam video sikit-sikit untuk vlog kiteee.. Yang pembaca blog semua, jemput tonton video Nisa ye.. Hehee kalau bukak channel YouTube Nisa, kat situ banyak lagi video lain.. Hehehe..





Sekali lagi, thanks Onie sayang yeee... Hope lepas ni kerap sikit jumpa sayang saya ni. Rindu nye lahaiii susah nak jumpa akak busy ni Hehehe.. Kawan-kawan blogger lain pun, harap dapat spend masa sama-sama lagii !


Oh ya.. sekarang ni Nisa makin aktif buat video YouTube jugakk.. Alhamdulilah, I'm trying to get things back together.. I used to post lots of shawl tutorial video back then. Maybe Nisa akan re-create semula video-video tutorial Nisa dulu. Rakam pakai DSLR, better lighting better equipments.. Yeah maybe la kan? InshaAllah kalau ada masa.. Sebabnya, sekarang ni pun dah banyak material tunggu turn nak publish kat YouTube..



Jemput semua subscribe channel YouTube Nisa yee hehehe thank you so much for your support !








Read More»

Jumaat, 29 Januari 2016

BEAUTY - Outlet MISSHA Pertama di Malaysia !



Assalamualaikum...


Sebenarnya kan, Nisa patut update mengenai pembukaan outlet Missha yang pertama di Malaysia ni lama dah.. Tapi entah macam mana boleh lupa pulak haiiihhh !!! Teruk betul ingatan Nisa lately... asyik lupa itu lupa ini. Kadang-kadang dalam bilik dah ingat nak pergi ambil something kat dapur, sampai dapur je lupa dah. Haha kalah orang tua haih !



Baiklah.. hari ni Nisa nak berkongsi kepada semua pembaca mengenai pembukaan outlet MISSHA yang pertama di Malaysia.. Masih ada yang tak kenal brand Missha ni ke ? OMG. Haha okay gurau je.. Missha ni merupakan jenama kosmetik dari Korea.. kiranya seangkatan jugalah dengan jenama-jenama Korea yang lain yang biasa kita dengar dan kenali. Missha ni best jugak, Nisa pernah pergi outlet Missha di Korea.. memang menarik produk-produk mereka. Ni dorang dah pun bukak outlet mereka yang pertama di Malaysia yeahuu !






Yeayyy ini dia outlet MISSHA yang pertama di Malaysia. Lokasinya di Sunway Pyramid, Selangor. Memang best lah bukak di Sunway.. sebab kat sana memang ramai orang, lagi-lagi weekend.. Fuhh memang penuh manusia kat mall ni.. Banyak jenama besar pun mesti ada outlet kat mall ni. Kiranya strategik jugak lah...






Entah macam mana Nisa boleh pulak lambat sikitttt sampai ke Sunway Pyramid. Nisa nak masuk lane untuk Touch N Go sebab Nisa nak parking kat kawasan Preferred Parking. Tapi boleh lak guard tak bagi, dia suruh Nisa ambik tiket biasa, 

Isshhh geram pulak ! Tak pasal-pasal dah bazir masa duk cari and tunggu parking. Tapi settle je dapat parking, Nisa berlari-lari tau pergi ke flagship store Missha ni ! Haha macam-macam la kan...








Antara yang menarik perhatian Nisa semestinya himpunan koleksi mekap dari Missha ni.. Yang best nya kami yang datang masa opening flagship store ni dapat voucher. Yeayyy dapat laa grab sikit produk Missha ni kann..







Prop gambar yang Nisa pegang ni kan one of Missha's best seller item. Kalau tak silap, dalam 15 top-selling Missha, M Perfect Cover BB Cream ni menduduki carta nombor 1 okayyy ! Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk ni boleh la uolss singgah di flagship store Missha di Sunway Pyramid !




Antara koleksi skincare oleh MISSHA.







Wahhh memang suka betul Nisa tengok himpunan jenis-jenis facial mask MISSHA niiii... Oh ya, pakai mask muka memang antara beauty regime Nisa. Kirenye must do la.. Dalam seminggu tu kompem dua tiga kali mesti pakai mask muka ! Muka ni kan kita duk pakai macam-macam jenis mekap.. So kena la jaga sikit depa, kasi manja-manjakan sikit kulit muka ni.. Hehehe..







Bersama blogger SABBYPRUE . Nak ambik gambar dengan baby girl dia, alololoo menangis lak dak kecik tu. Heheh next timeee...






Yang menariknya, semasa hari pembukaan flaship store MISSHA ni, mereka yang hadir layak mendapat complimentary makeover. Tapi Nisa datang event ni, masa tu dah siap mekap macam tepung gomak. Hahaha... so Nisa mintak dorang kemaskan kening Nisa yang macam hutan hujan Amazon ni hahaha... !






Thank you so so muchhhh for the invitation ! I love Missha.. ! Looking forward to come over again and shop many more products !






Sebelum Nisa akhiri entry ini... ini dia produk-produk yang Nisa grab hari tu... Ada liquid eyeshadow.. eyeshadow stick, browliner, concealer, lip treatment balm, dan ofcossss facial masks ! Haha... Yang pouch comel tu dapat free yeay ! So girlllsss.. jangan lupa singgah shopping di MISSHA, Sunway Pyramid okay !




MISSHA MALAYSIA FLAGSHIP STORE

LG1.39, Lower Ground 1,
Sunway Pyramid









XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Sabtu, 5 Disember 2015

BEAUTY EVENT | Innisfree Beauty Picnic 2015

 

Assalamualaikum..

 

Ya Allah lama sangat dah nak share mengenai pengalaman yang sangat best bersama innisfree ni ! Lebih kurang dua bulan lepas kot, innisfree mengadakan sebuah BEAUTY PICNIC bersama blogger-blogger yang bertempat di Bangsar. Pndek kata acara ini merupakan satu aktiviti seumpama sedang berkelah, tetapi dengan makanan berkhasiat dan produk kecantikan terbaru dari innisfree yeayyy !

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (1)

Seronok tak terkata pabila sampai je di lokasi acara berlangsung, kami disambut dengan susunan produk di atas meja. Every girl’s dreams nii !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (2)

Being extremely sweet as usual, innisfree prepared a name card for each of the picnic’s participants. Awww… they never fail to impress me even with the smallest gesture !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (3)

Girls bestfriend ! Makeup stuff ! Of course all from the brand itself.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (4)

Uh-oh ! Each girl who came need to come with a bare face ! If any one of them who came with makeup on, they need to clean their face right away using innisfree makeup cleansing products.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (5)

Oh yes, that include me of courseee..
Forgive my dark skin, I just came back from a trip that time !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (6)

Chilling out with some of the blogger friends who came.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (7)

“A beauty picnic is a form of inspiration for beauty lovers to meet and dedicate their time to appreciate the wonders of earth’s produce..” – Johnny Nam, innisfree Brand Manager.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (8)

From Jeju Island in Korea, innisfree products are made form the island’s natural resources. Take the Sanbangsan Mountain as an example for innisfree‘s new range – the Sparkling Mineral..” – Purple Yap, innisfree Assistane Training Manager.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (9)

Taraaa ini dia rangkaian penjagaan wajah terbaru dari innisfree ! Semestinya ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang didapati dari Pulau Jeju Korea. Khususnya untuk rangkaian innisfree JEJU SPARKLING MINERAL ini, bahan-bahan utama diekstrak dari Pergunungan Sanbangsan, Menggunakan air berkarbon dari kolam air panas, rangkaian ini mampu meresap jauh ke dalam kulit wajah, membantu kulit untuk meningkatkan penyerapan oksigen dengan lebih efisyen.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (10)

LANGKAH PERTAMA : innisfree Jeju Sparkling Mineral Powder (RM8.00/30g)

Untuk membersihkan muka, buka paket pertama serbuk mineral (berwarna biru) dan larutkan ke dalam air sebanyak 1 hingga 1.5 liter di dalam sebuah mangkuk. Setelah larut, bukak paket kedua (berwarna putih), tambah ke dalam air dan kacau.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (11)

Rendam muka selama dua hingga tiga minit dengan mata tertutup ya ! Kita akan rasa seperti fizzy bubbles sensation pada kulit wajah kita, seakan-akan kesan urutan sparkling ! Yang best nya, kita dapat lihat kulit wajah kita mencerah selepas wajah kita dibasuh menggunakan air sparkling mineral ini ! Jangan lupa bilas wajah dengan air suam !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (12)

LANGKAH KEDUA : innisfree The Green Tea Seed Serum (RM90 / 80ml)

This is a MUST !! Di rumah pun Nisa memang menggunakan innisfree The Green Tea Seed Serum ni sebaik sahaja lepas cuci muka. Memang sangat best ! Memberikan lembapan dan meresap pantas ke kulit. Kulit serta-merta rasa segar sangat !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (13)

LANGKAH KETIGA : innisfree Jeju Sparkling Mineral Skin (RM79.00 / 200ml)

Ahaa sebenarnya “skin” ni seakan toner juga. Penyegar wajah. Toner ini bebas ethanol tau ! Dalam erti kata lain, ianya bebas alkohol ! Selamat dipakai semua. Sapu ke wajah menggunakan cotton pad dan ia akan meresap jauh ke dalam kulit wajah untuk membantu melicinkan kulit wajah agar produk yang kita pakai pun diserap dengan baik.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (14)

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (15)

LANGKAH KEEMPAT : innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence (RM110.00 / 70g)

Ianya mengandungi lebih 70% kandungan sparkling mineral water. Dengan teknologi Micro Sparkling, produk ini dengan mudah akan menyerap masuk ke kulit wajah kerana teksturnya yang sangat ringan dan halus. Membantu kulit agar sentiasa bersih, dan lembap.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (16)Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (17)

LANGKAH KEEMPAT : innisfree Jeju Sparkling Mineral Lotion (RM79.00 / 160ml), or innisfree Jeju Sparkling Mineral Cream ( RM110.00 / 50ml)

Sebenarnya kedua-dua lotion dan cream ini sebenarnya mosturizer. Tapi kalau untuk oily skin, lebih sesuai pakai yang mineral lotion, manakala kalau dry to combination skin boleh pakai yang mineral cream. I use the mineral cream one. Memang mudah serap dan ianya memberikan double-layer of moisture all day long.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (18)

LANGKAH KELIMA : Jeju Sparkling Mineral Mist ( RM52.00 / 80ml)

I loveee this ! Mist ni untuk instant hydration. Memang segar sangat kulit muka bila spray mist ni kat muka. Kalau kulit wajah tu kering memang wajib ada mineral mist ni dalam handbag. Boleh spray ke muka bila-bila rasa muka kering. Boleh jugak digunakan sebelum atau selepas mekap. Haa hari tu kami guna sebelum mengenakan mekap.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (19)

Untuk mekap yang tahan lama, serta coverage yang bagus, jangan lupa innisfree Long Wear Cushion ni ! Harganya sekitar RM80.00 gitu. Boleh beli online atau menerusi outlet-outlet innisfree di sekitar Kuala Lumpur (Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL). Memang best sangat long wear cushion ni, senang nak apply dan ratakan di muka.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (20)

All by innisfree ! Seronok sangat mekap-mekap pakai produk nii hehee.. Sayangnya tak berkesempatan pulak nak ambil gambar full makeup hehe.. Sebab semua tak sabar untuk aktiviti seterusnya di bawah kelolaan owner lokasi acara iaitu Organica Lifestyle.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (21)Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (22)

Yeayyy our own healthy jar ! Kami diajar bagaimana nak pilih dan mix sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Nyumyyy!

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (25)Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (26)

Seterusnya kami DIY sparkling water ! Yeahhh thank you to innisfree we each got ourselves this limited edition sparkling water bottle. Campur bahan-bahan yang disediakan, taraaa siap dah healthy detox drink !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (23)Blog Nisa Kay - Innisfree Beauty Picnic (24)

Yang istimewa mengenai Organica Lifestyle, mereka sediakan kami juadah yang sangat sedap, tapi semuaaanya healthy food ! Yeahhh trust me, semua tu organic, takde perisa tiruan, takdee. Biasa orang fikir healthy food ni tasteless lah apa lah, tapi di sini, tanggapan tu semua bagaikan menjauh pergi. Buktinya, homemade nachos dengan guacamole dip mereka menjadi pilihan utama kami, siap berulang makan haha !

 

 

Terima kasih sekali lagi kepada pihak innisfree untuk event yang santai dan menyeronokkan ni ! Sememangnya sesuatu yang sangat sangat lain dari yang lain ! Ehemmm innisfree Malaysia akan menyambut ulangtahun pertama mereka ! Tak sabar nak menyambut dan meraikannya bersama team innisfree Malaysia !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay