Rabu, 12 Julai 2017

Perkhidmatan cetak gambar berkualiti secara online - THESEPLAY



Assalamualaikum...


Nisa memang sejenis orang yang suka simpan gambar-gambar yang telah dicuci. Walaupun dah upload berbelas ribu gambar di laman sosial, masih tidak dapat menggantikan betapa istimewanya gambar-gambar yang dicuci dan ditampal kemas di dalam album gambar. Cara yang mungkin pada anda sangat ketinggalan zaman. Tapi Nisa suka begitu ! Ada sentimental value. Well.. lain orang lain caranya, kan ?


Sebelum popularnya perkhidmatan mencuci gambar secara online, agak sukar untuk mencari perkhidmatan yang boleh mencuci gambar mengikut saiz yang kita biasa upload di laman sosial macam di Instagram. Sebab ada gambar kita dah edit dan crop saiz petak cantik-cantik. Jadi kalau cuci saiz petak pun mesti cun. Jadi Nisa pernah order dari London sana hah. Harga boleh tahan lah. Tapi masa tu ada sale. Kualiti memang tip top. Tapi tak larat laa nak order jauh sangat !


Jadi Nisa mula mencari perkhidmatan mencuci gambar online yang memang base di Malaysia. Ada jumpa IG shop ni, tapi dia dah tak buat yang versi petak. Banyak versi ala polaroid yang sangat popular tu je. Makanya, satu hari.. Nisa tergerak hati nak bertanya melalui akaun Twitter Nisa (rujuk pic di awal entry)




Tweet Nisa mendapat beberapa respon... dan salah satunya Nisa tertarik dengan reply dari encik Adib seperti di dalam gambar di atas. Check punya check, rupanya beliau ni ada perkhidmatan photobooth untuk majlis-majlis dan boleh mencuci gambar jugak. Haaa terus sis usha rapat Twitter THESEPLAY Photobooth ni... Encik Adib ni pulak sabar je melayan soalan-soalan Nisa. Rasa-rasa dah bersedia nak order, Nisa terus order.





GAMBAR MACAM MANA ? NAK KENA EDIT KE ?

Okay part ini bergantung kepada anda. Untuk memudahkan urusan pihak ThesePlay, Nisa edit sendiri gambar-gambar Nisa. Mana yang Nisa rasakan perlu je lah. Contoh macam pic dalam gambar di atas, semua yang Nisa nak cuci saiz petak Nisa akan edit dan crop siap-siap. Mudah je. Sekejap je buat ni guna editor biasa di laptop.


Tapi banyak je gambar yang dah sedia lawa bila kita snap snap tu. So banyak je yang Nisa tak edit. Gambar yang Nisa selfie menggunakan mode Square pada kamera phone pun Nisa tak edit dah. Terus je download dalam Google Drive.




MACAM MANA NAK SEND SEMUA GAMBAR-GAMBAR TU ??

Nisa masukkan gambar-gambar yang dah Nisa pilih dan edit ke dalam folder di Google Drive, lepas tu Nisa bagi shareable link kepada pihak THESEPLAY. Jadi mereka boleh akses dan download gambar-gambar tu menerusi link yang dikongsi. Korang boleh jugak gunakan perkhidmatan perkongsian fail yang lain macam Dropbox, One Drive dan sebagainya.





HARGA BERAPA NI ??? CEKIK DARAH KE IDOK ???

Jadi selepas kumpul punya kumpul gambar-gambar yang nak dicuci, banyak juga rupanya... Lebih 100 keping gambar !! Oh ye.. jangan risau kalau nak cuci gambar sikit-sikit.. sebab minimum order 15 keping je.... HARGA ? RM1.00 sekeping.. Tapi kalau order lebih, harga akan jadi RM0.80 sahaja sekeping !


Jujurnya, ini adalah harga cuci gambar yang paling berpatutan (murah weh!!) Nisa pernah jumpa. Di laman-laman instagram lain, harga untuk cuci gambar saiz square tu boleh cecah RM2.00 tau sekeping. Jadi bila Nisa jumpa ThesePlay ni, Nisa memang rasa nak order terus sebab harga sangat okay.




EH OKAY KE KUALITI GAMBAR NYA ? PRINT GUNA MATERIAL APA NI ???

Okay sejujurnya, kualiti gambar seiring dengan harga yang ditetapkan. Dan gambar-gambar dicuci di atas photo paper yang kualiti dia not bad. Nisa faham photo paper ada banyak kualiti dan GSM nya. Macam di kedai gambar lain sikit, yang cuci online lain sikit. Tapi finishing gambar cantik, kemas dan jelas (bergantung juga kepada kualiti gambar yang anda hantar). Warna pun cantik. Jadi Nisa puas hati, alhamdulillah. Servis pun pantass ! Baguss. Tahu-tahu je dah sampai parcel di depan mata.



Hehe bila dapat gambar dicetak cantik-cantik macam ni, makin seronok lah nak cuci gambar. Haaa balik nanti boleh beli album gambar dan tampal gambar-gambar ni di dalam nya. Nisa memang suka print gambar macam ni. Boleh di bawa ke mana-mana.. Boleh dijadikan hiasan, boleh diberi sebagai hadiah pun ye jugak !!




Pendek kata, NISA KAY APPROVED perkhidmatan mencetak gambar-gambar oleh Theseplay ni ! Haaa kemain lagi kan... Feeling tau Nisa ni hehehe... Apa-apa pun, jika masih mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus ke laman-laman sosial mereka okay !!



THESEPLAY PHOTOBOOTH 




NISA KAY.

8 ulasan:

  1. Murah dan cantiklah print gambar Di sini

    BalasPadam
  2. Wah! nak try cuci jugaklah.
    Mrs.A pun ada gambar-gambar yang dicuci terutama gambar hari raya sebabnya nak bagi emak abah tengok ialah emak Mrs.A tak tgk pun yang kat WA ke FB ke

    BalasPadam
  3. theseplay memang terbaik setakat ni, dulu diorang pernah sponsor annyversary kitaorang. ramai yang puji dan kualiti diorang memang paling best dan terbaik pernah tengok.

    BalasPadam
  4. menarik ni... next time kalau ada peluang boleh lah tgk2

    Senarai Pengedar Shaklee

    BalasPadam
  5. The pictures are great :) What camera do you use ?
    https://instaroid.sg/

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay