Isnin, 18 September 2017

Konsert AF Megastar Minggu Pertama : 17 September 2017




Assalamualaikum...

Yeahhh Nisa Kay kembali memanaskan enjin dalam penulisan di blog ya. Rindu yang teramat sangat nak menitipkan kata-kata di blog Nisa ni. Masakan blog yang sudah wujud sejak hampir 10 tahun lalu berkubur begitu saja kan ? Takde apa sangat nak share sebenarnya sebab Nisa dah slow down dalam blogging selama beberapa bulan ni. Job dengan blog pun dah tunggang langgang. InshaAllah I'll try to get myself together quickly!



Apa-apa pun Nisa bersyukur sangat kerana Nisa diberi peluang dan rezeki untuk menonton secara langsung Konsert AF Megastar yang baru bermula dua minggu yang lalu. Minggu pertama Nisa hadiri demi menyokong rakan-rakan yang terpilih ke Top 24 dan mereka membuat persembahan di Royal Theatre Shah Alam. Masa minggu konsert Homecoming tu Nisa takde apa nak share sangat lah.. Boleh usha gambar-gambar yang Nisa ambil di sini ya.



Baiklah.. 12 bintang sudah pun diumumkan terpilih dan mereka baru sahaja berentap di dewan yang sama iaitu Royal Theatre Shah Alam pada Ahad yang lalu (17 September 2017). Seriously yang top 12 terpilih semua yang bagus-bagus, dan ada yang memang juara, ada yang berpengalaman lama.. Pendek kata junior berentap dengan senior juga lah. Gituu...




AMIR JAHARI
Beliau menyanyikan lagu Laskar Pelangi oleh Nidji. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Hafiz AF7.




AMIR MASDI
Menyampaikan lagu Hanya Kau Yang Mampu dari Aizat (yang merupakan bekas pelajar AF juga). Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Nubhan AF6.




IDAYU
Mempertaruhkan lagu pilihan Ya Maulai dari Siti Nurhaliza, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Farah AF2.




EWAL
Memberikan persembahan memuaskan menerusi lagu Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah. Lagu ini pernah dipersembahkan oleh Kaer AF2. Haa ingat ke idok ?




MARSHA
Menyampaikan lagu Asmara dari Anneke Gronloh dengan gaya tersendiri, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Amylea AF3. Ternyata ramai yang suka gaya dia ni!




SHAHIR
Memilih lagu Seroja dari Jamal Abdillah. Lagu ini pernah fenomena ketika Akademi Fantasia musim ketiga apabila Mawi AF3 menyanyikannya.




AZHAR
Beliau menyampaikan lagi Gerimis oleh Visa. Fuhh lagu karaoke ni. Layan kaww kaww. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Maulana AF8.




ADIRA
Adira tampil serba merah malam tadi. Beliau menyanyikan lagu Jaclyn Victor iaitu Ikut Rentakku. Lagu ini pernah dipersembahkan oleh Aishah AF2013.




BOB
Menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu (nyanyian asal Ning Baizura), I think I really like his performance. Suara Bob memang best ! Lagu ni Marsha AF3 pernah nyanyi dulu.




SYAMEL
Yaaa tu dia jantan kaberet bak kata Pak Nil hahaha. Ambui muka merenyam sungguh. Menjiwai watak namanya. Syamel nyanyi lagu Aku Takkan Bersuara by Nike Ardilla yang pernah dipersembahkan oleh Mila AF5.




INDAH RUHAILA
Memilih lagu Tiada Lagi Tangisan oleh Aishah, lagu ini pernah Idayu AF3 nyanyikan sewaktu minggu beliau tersingkikr dulu. Tapi komen juri kata, persembahan ni tak ummpph ??




SUFI
Persembahan para bintang diakhiri dengan persembahan Sufi yang memilih lagu Bon Jovi, You Give Love A Bad Name.  Lagu ni rakan batch AF beliau iaitu Openg pernah nyanyi. Fuhh berapi bro semalam.




Penghujung concert AF Megastar digamatkan dengan kehadiran AC Mizal, Syamsul Yusof dan Shuib yang menyanyikan lagu runut bunyi filem Abang Long Fadil 2 iaitu lagu Senorita. Aku rasa aku dengan Aen and Arina je yang terkinja-kinja layan lagu tu. Haipp memasing lepas gian ke ni ? Haha oppss !





Syamel telah merangkul persembahan terbaik malam itu sekaligus menjulang beliau sebagai Pemenang Mingguan. Beliau memenangi voucher GoShop dengar katanya. Kekuatan vokal tak payah cakap lah, tapi tu lah mungkin taste setiap orang lain-lain.. Nisa jujurnya takde rasa impressed dengan arrangement lagu yang beliau bawakan. Berbeza, tapi ya mungkin bukan minat Nisa.




Dua peserta tersingkir malam tadi. Azhar dan Adira meninggalkan pentas AF Megastar. Tak expect langsung dua orang akan tersingkir. Manakala Amir Jahari turut tercalon dalam bottom 3. Well.. AF Megastar kali ini menampilkan format permarkahan dari juri dan juga undian. Jadi undilah peserta kegemaran anda ya ! 



Psssttt!!! Vote Sufi tau! Kbai.



NISA KAY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay