Selasa, 19 September 2017

Pengalaman mengacara Khabar Haji 2017 secara langsung di Astro Oasis




Assalamualaikum, salam sejahtera....


Syukur syukur syukur. Tiada perasaan lain yang terlahirn dari hari apabila Nisa dihubungi semula oleh produser Pesona Muslimah (Astro Oasis) untuk menghadiri ujibakat tertutup di Astro. Pada mulanya Nisa tak tahu tentang rancangan ini. Beberapa hari sebelum ujibakat, Nisa diberitahu ujibakat ini untuk mencari co-host untuk rancangan Khabar Haji 2017.


Rancangan Khabar Haji tahun lalu dan tahun ini dihoskan oleh Pencetus Ummah Hafiz (PU Hafiz), tapi tahun ini istimewanya membawakan tema "Haji Wanita". Maka dengan itu, mereka ingin mencari co-host untuk PU Hafiz. Selepas beberapa hari ujibakat, Nisa dihubungi lagi dan diberitahu Nisa dipilih menjadi co-host untuk Khabar Haji ni. Allah! Bersyukur sangat sampai menangis tau!




Pertama kali bertemu PU Hafiz adalah ketika ujibakat, di mana kami diberikan skrip untuk dibaca seperti mengacarakan rancangan sebenar. Jadi lebih kurang dua minggu selepas Nisa terpilih tu, pada 20 Ogos 2017, Nisa hadir ke Astro untuk sesi mock-run bagi Khabar Haji. Mock run ni macam dia run the whole show seperti hari tayangan sebenar, tapi semua ni tak keluar TV lah. Kira macam sesi latihan jugalah kot?




Walaupun ketika ini sekadar mock-run, tapi we took it very seriously. Kami buat betul-betul. Ya lah, macam nak live betul-betul. Hee nervous sangat sebab ini merupakan kali pertama Nisa nak mengacarakan rancangan TV secara langsung. Dan ketika sesi mock-run ini juga kami mempunyai tetamu-tetamu jemputan yang turut bersoal jawab bersama kami.




Ini dia paparan-paparan di control room. Hehehe.. nervousss muka di situ ! Ya, kami bersiaran secara langsung dari studio yang serba biru. Tapi dalam TV, anda akan melihat latar belakang grafik. Dia macam ala-ala suasana luas macam masjid sikit la hehe. masa ini lah kami akan melihat apa yang perlu diubah, apa yang perlu ditambah untuk siaran langsung sebenar. 




Dari sesi mock run ini Nisa belajar banyak perkara terutamanya bagaimana nak membiasakan diri membaca di teleprompter, posisi duduk, biasakan diri dengan cue camera dan sebagainya. Tapi nervous tetap nervouss! Haha dup dap dup dap dalam dada ni aduhai!



Terima kasih para tetamu untuk sesi mock run Khabar Haji 2017 !
Dari kiri : Ustaz Umar b Abd Aziz, PU Hafiz, Nisa Kay &


Antara team Khabar Haji 2017





Baiklah... itu lah dia serba sedikit mengenai permulaan Nisa dengan rancangan Khabar Haji. Berbeza dengan Pesona Muslimah, Nisa memang jadi main host bersama Sherry dan Syifa. Untuk Khabar Haji ni, memang Nisa bertindak sebagai co-host gitu. Membantu sikit-sikit. 


Tapi Nisa belum pernah menunaikan umrah atau haji, jadi Nisa kena study lebih sikit mengenai ibadah haji khususnya.. sebab taknak lah nanti nampak clueless sangat kan haha kang kantoi lak. Nanti Nisa akan share kisah moment kegemaran Nisa semasa mengacarakan Khabar Haji 2017. Stay tuned dengan blog Nisa ya ! InshaAllah nak lebih konsisten dan aktif update blog semula.




NISA KAY.

11 ulasan:

  1. tahniah! semoga rezeki Nisa lebih luas selepas ini. :)

    www.mrejoy.com

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak tunggu rancangan ni di siarkan :)

    BalasPadam
  3. Tahniah kak nisa bukan senang jd host ni.

    BalasPadam
  4. Wow bestnya mengacara Khabar Haji tu satu pengalaman yang sangat menarik sebab tak semua orang boleh buat...

    BalasPadam
  5. Tahniah Nisa, bukan senang nak dapat peluang dan kepercayaan handle program macam ni. btw u are awesome.

    BalasPadam
  6. Wah! Memang peluang yang bagus. Bukan senang nak dapat peluang camni. Tahniah dan semoga terus maju jaya

    BalasPadam
  7. Tahniah Nisa...semoga rezeki mengacara makin terserlah...

    BalasPadam
  8. Tak tgk pun khabar haji ni. Tp selalu tgk yg nisa jd pengacara dgn sherry ibrahim tu. Apa ntah nama rancangan tu. Suka dgr nisa bercakap, sgt yakin & jelas.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay