Photo credit : here |
Assalamualaikum...
Haa sebenarnya tiba-tiba je dapat idea nak tulis mengenai "witch hazel" ni.. Rasa-rasa ada lagi tak yang belum familiar dengan nama ni ? Haa Nisa pun dulu tak tahu apa itu "witch hazel". Tapi disebabkan selalu tengok nama "witch hazel" sebagai bahan-bahan dalam produk kecantikan, tu yang rasa nak google kejap..
WITCH HAZEL merupakan astringen topikal yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai "Hamamelis virginiana", dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Menurut apa yang Nisa baca menerusi pelbagai laman web, dikatakan bahawa orang asli Amerika sejak dahulu lagi merebus tumbuhan ini untuk merawat skin irritation dan juga tumor. Wahh macam hebat je bunyinye kan?
Pic credit : here |
Zaman kini, Witch Hazel begitu diiktiraf sebagai bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan terutama sekali toner wajah, kerana ia dapat membantu dalam membersihkan wajah dan mengecilkan liang pori. Tapi lagi Nisa baca mengenai Witch Hazel ini, rupanya banyak lagi kebaikan Witch Hazel untuk kecantikan dan kesihatan. Jom baca !
# MERAWAT JERAWAT
Mungkin ramai yang fikir toner yang mengandungi witch hazel hanya untuk bersihkan dan kecilkan liang pori. Tapi witch hazel juga berfungsi untuk mengawal inflammation, mengurangkan minyak dan mengecilkan pori-pori agar jerawat tidak terus merebak. Toner yang mengandungi witch hazel juga ringan di wajah dan sesuai di pakai setiap hari.
# MERAWAT LEBAM DAN PARUT
Penggunaan produk yang mengandungi witch hazel secara berterusan mampu membantu memudarkan parut jerawat, memudarkan lebam dan mempercepatkan proses untuk kerosakan di bawah lapisan kulit.
# MENCERAHKAN SEKELILING MATA
Kemampuan witch hazel untuk menegangkan kembali kulit dan mengurangkan inflammation menjadikan ia bahan yang ideal untuk merawat discoloration dan puffiness di sekitar mata, dan ini merupakan antara kegunaan witch hazel yang agak popular. Ketikan menggunakan witch hazel di sekitar mata, pastikan ia tidak termasuk ke dalam mata.
# BAIK DIGUNAKAN SELEPAS MENCUKUR / WAXING
Selepas anda mencukur atau melakukan rutin waxing, boleh sapukan witch hazel di kawasan yang berkenaan untuk mengelakkan "razor burn" selepas mencukur. Jika digunakan selepas waxing dan mencukur juga ia mampu mengelakkan keradangan yang sering berlaku selepas dua aktiviti ini dilakukan.
# MELEGAKAN SUNBURN
Campurkan witch hazel solution dengan aloe vera gel serta sapu di kawasan sunburn. Fungsi anti-inflammatory pada witch hazel akan membantu proses penyembuhan kulit manakala aloe vera akan membantu untuk menyejukkan sunburn. Cara ini juga boleh membantu menghalang pengelupasan kulit yang teruk selepas sunburn.
# MERAWAT KEGATALAN & GIGITAN SERANGGA
Kalau suka piknik di kawasan air terjun atau camping, boleh bawa witch hazel solution letak dalam botol spray kecik dan spray di bahagian yang terkena gigitan serangga seperti nyamuk untuk mengurangkan kegatalan.
# MELEMBAPKAN WAJAH & MENGAWAL MINYAK
Witch hazel mempunyai properties untuk melembapkan kulit dan dalam masa yang sama mampu mengawal minyak jika disapukan ke wajah. Jadi ianya sesuai baik untuk yang berkulit kering dan kulit berminyak juga.
Jadi ini adalah antara kebaikan dan kegunaan witch hazel. Mana nak beli witch hazel ni ??? Kebanyakan witch hazel muncul dalam bentuk toner, dan Nisa gunakan toner yang mengandungi witch hazel dari jenama Thayers yang ada Rose Petal tu, so bau dia bau bau rose gitu dan memang Nisa pakai as facial toner sahaja.
Plus, jenama ini agak popular dan ada beberapa reseller di Malaysia jual secara ready stock. Boleh refer di laman web Beautyspot.my dulu Nisa beli Thayers toner ni dari dia lah. Haa ada yang ready stock ada yang pre-order. Lama dah Nisa pakai, dah nak habis pun. Satu botolnya besar dan berbaloi jugalah beli sebab lama boleh pakai.
Dan anda boleh refer laman web iHerb untuk pelbagai produk berasaskan witch hazel yang lain (seperti dalam gambar di atas). Harganya jauh lebih murah, tapi produk ini tak jual di Malaysia. Reseller mungkin jual mahal sikit dan kalau beli direct dari laman web iHerb ini kena bayar shipping cost ke Malaysia. Haa ajak kawan-kawan shopping sekali boleh share shipping cost tu.
NISA KAY
Wahh banyak kebaikan Witch Hazel ni dalam produk.. 😍
BalasPadam