Selasa, 2 Januari 2018

My 2017 best nine !!




Assalamualaikum...


Selamat tahun baru semuaaa !!! Pejam celik pejam celik je dah masuk tahun baru, tahun 2018 !! Rasa macam baru lagi aku memulakan tahun baru dengan berita baik di mana aku bakal memulakan karier sebagai pengacara TV di Astro Oasis.. Dan setahun telah pun berlalu... macam tu je.. hehe..



Dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, ada sebuah website wujud yang membolehkan para pengguna mengenalpasti 9 gambar terbaik di laman instagram mereka ! Haa macam mana tu ? Baiklah.. Website yang Nisa maksudkan ialah laman web 2017 Best Nine. Di laman web ini, sesiapa sahaja boleh memeriksa 9 top posts dari laman Instagram mereka dengan hanya memasukkan Instagram ID.



Cuma perlu ke laman web 2017 Best Nine, dan masukkan Instagram ID anda.. atau Instagram ID sesiapa sahaja ! Ya.. pengguna bebas memeriksa 9 top posts mana-mana pengguna Instagram di muka bumi ini. Hohohoo.. so kalau uols nak check 9 top posts selebriti pujaan anda, atau crush anda.. anda boleh berbuat begitu ! 



MY 2017 BEST NINE ??



Pada 1 Januari 2018, Nisa kembali ke laman web 2017 Best Nine untuk memeriksa kembali 9 gambar top di laman Instagram Nisa. Ya lah.. kan ada upload gambar baru, mana tahu ada gambar yang dapat likes tinggi berbanding gambar sebelum ni kan..


Secara asasnya, laman web ini akan mengumpulkan 9 post anda yang mendapat like tertinggi sepanjang tahun 2017. Jadi anda boleh lihat gambar atau post yang bagaimana yang mendapat likes yang banyak dari followers anda. 


Well... my first top post merupakan gambar bersama artis terkenal Malaysia iaitu Ayda Jebat. Tapi serius la kan, selama Nisa ada akaun Instagram, memang belum pernah gambar yang Nisa post mendapat likes sampai berbelas ribu !! Ketika entry ini Nisa taip, likes pada gambar dengan Ayda Jebat sudah melebihi 11,000 likes dan post tersebut di-save sebanyak lebih 400 kali ! Hebat betul penangan peminat Ayda Jebat ya !!




Oh yaa... di laman web 2017 Best Nine ini juga, anda boleh save gambar top 9 anda dengan gaya seperti Instagram post ni haa.. Dan pada gambar template ini lengkap dengan Instagram ID anda, gambar profile Instagram dan statistik yang menyatakan berapa jumlah likes dan posts anda di Instagram sepanjang tahun 2017. Wohooo hebat nya ! 


Selain gambar dengan AJ, gambar dengan patung shark pun menjadi tumpuan. Mungkin sebab tengah musim baby shark doo doo doo doo. Ehh ternyanyi pulak ! Gambar ketika menghadiri majlis konvokesyen Budak Lelaki Sebelah Pintu pun mendapat sambutan hangat ye uols. Sampai 3 foto di majlis konvokesyen beliau mendapat likes tertinggi sepanjang 2017! Haha mungkin sebab korang ingat aku yang konvo gamaknya haha.


Okay lah dah boleh boleh dah tu check 9 post yang paling banyak menerima likes di Instagram masing-masing ! Byee !



NISA KAY

2 ulasan:

  1. Sampai 3 gambar tu maksudnya "mungkin ada jodoh"

    Btw, happy new year Nisa. Semoga terus sukses

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay