Assalamualaikum semua…
Hari ni aku dok usha fan page Etude House, produk popular dari Korea. Tengok gambar model-model Etude House fuhhh semuanya cun melecun! Kulit flawless dan fresh gituuuu. Aku sebagai wanita (ehhh wanita kah??) mempunya naluri nak cantik macam dorang jugak. Siapa taknak cantik kan?
Kebanyakan wanita (termasuk aku ler tuu) berpendapat bahawa kita akan kelihatan cantik dan lebih baik dengan pemakaian mekap. Banyak di antara kita yang menghabiskan banyak duit untuk beli barang-barang mekap. Errr aku sendiri pun banyak membazir beli mekap. Foundation / bb cream sahaja dah ada berapa jenis =.=”
Dengan memakai mekap kita rasa sangat cantik. Err aku pun. Tapi kita tak sedar yang kecantikan semulajadi itulah yang lebih baik untuk kulit kita. Jangan terlalu obses dengan mekap sehingga mengabaikan penjagaan muka. Antara komponen penjagaan muka yang paling penting ialah PELEMBAP (mosturizer).
Pelembap membantu untuk mengekalkan kulit sihat dan mengekalkan keanjalan, yang semakin hilang apabila umur kita makin meningkat. Pada asasnya, tugas utama mosturizer adalah mengunci kelembapan dalam sel-sel di wajah.
TIPS #1 : Jika anda mempunyai kulit yang kering dan mahu mosturizer anda berkesan, sapulah mosturizer betul-betul lepas anda mandi. Ini kerana selepas mandi liang roma terbuka dan mosturizer akan diserap dengan lebih mudah.
TIPS #2 : Jika anda ingin memilih pelembap yang bagus, pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda rasa bagus bila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.
TIPS #3 : pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.
Di pasaran sekarang ni pun dah banyak jenis pelembap muka yang dirumus khas untuk jenis-jenis kulit. Mungkin korang boleh cuba pelembap muka yang biasa (untuk kulit biasa) atau pun beli pelembap yang mengikut jenis kulit anda seperti kulit kering, kulit berminyak atau kulit matang.
TIPS #4 : Bagi mereka yang mempunyi kulit berminyak yang teruk atau mudah dinaiki jerawat mungkin harus mengelakkan daripada menggunakan pelembap
Menurut pembacaan aku, orang yang kulit dah sedia berminyak dan berjerawat disarankan tak pakai mosturizer sebab fungsi mosturizer ni untuk melembapkan lagi kulit dan membantu pengeluaran minyak yang secukupnya sekadar yang diperlukan kulit. Kalau kulit yang dah sedia berminyak pakai mosturizer, nanti pengeluaran minyak berlebihan pulak untuk kulit muka dan menambahkan lagi masalah jerawat dan juga blackhead.
*Ini pelembap muka yang aku pakai – Etude House Aqua Care Emulsion*
Produk ni takde jual kat online shop / Watsons /Guardian ke apa, kena beli kat outlet ETUDE HOUSE SAHAJA.
Aku ada baca satu website tips kecantikan, kat situ ada dinyatakan bahawa pakar kecantikan menyarankan agar kita menggunakan pelembap muka dan badan secara berasingan. Contohnya, kalau korang beli body mosturizer, jangan guna untuk muka sekali, Beli pelembap khas untuk muka.
Ini kerana pelembap untuk muka dirumus dengan bahan-bahan yang lembut sebab kulit muka kita ni lembut dan sensitif. Korang boleh jugak beli mosturizer yang mengandungi SPF untuk perlindungan dari cahaya matahari. Ada jugak mosturizer yang mengandungi vitamin E yang boleh melawan kedutan di wajah.
Akhir sekali, pelembap ni bekerja untuk membuat wajah kita tampak lebih segar dan menyimpan amaun minyak yang secukupnya untuk kulit kita. Jangan dok obses nak bermekap tapi abaikan penjagaan asas muka! Jangan malas luangkan masa mencari pelembap yang sesuai dengan kulit korang ye! Hopefully entry ni bermanfaat bagi yang membaca,
nisa,wat la entry psl produk yg nisa guna.suka tgk ur face.flawless :)
BalasPadamthx kak nisa..byk input yg inna dpt dr entry nie..^^
BalasPadamtq for the info nisa :D
BalasPadamdah macam ejen kecantikan plak r nisa nie.. hehe..
BalasPadamtq 4 ur info.. nice sharing.. :)
muka saya jenis berminyak dan mudah naik jerawat. so tak payah pakai eh pelembab ni??
BalasPadamSalam kak , okay ke pakai Aqua care emulsion tu ?
BalasPadamKak Nisa , kite pon ada cari jugak pelembap Etude . Maybe kak nisa boleh tolong beritahu bogshop yang jual barang Etude ?
BalasPadamsusah nak cari product utk muka. thx for the tips! hari ni baru jer beli pelembap baru. haha
BalasPadampakai moisturizer etude jugak. yg moistfull collagen. nice entry! :)
BalasPadamDila guna yang lebih ke arah clinical sbb kulit sensitif kan . Hee (:
BalasPadamnisa beli pelembab tu kat mana n berapa ? huhu..btw best entry !! as a woman mmg cantik ni dah sinonim sgt kan ..haha
BalasPadamAssalamualaikum ! kak. .. saya nak tanya. .. .kat mna nak dapatkan etude house aqua care emulsion tu ? kat watson ad tak ?. ..
BalasPadamnice info :)
BalasPadamsy x ada pelembap muka langsung.. baikkk sekarang juga saya pegi beliiii :D
nice tips =)
BalasPadamsalam nisa...
BalasPadamfiza nk tnye sikit,
yg header lame yg ade camera, pen segala tu nisa gune effect ape err?
mintak tlg sgt!
nisa tips 4 tu kte klu org yg muka berminyk atau senang naik jerawat, jgn pki pelembap lah??mksdnye??explain skit..x fhm dgn tip 4 tu..
BalasPadamyg etude house punya tu, akak beli rm brape? :)
BalasPadam@saharinasaharudin
BalasPadamheee mane ade flawless laa...
@miss inna
BalasPadam@❤ eyeme ❤
@izfanora
moat welcome :)
@e4ezzati
BalasPadamrasanya tak perlu dah. nnt minyak berlebihan lak..
@Aida Abdullah
BalasPadamwslm...
alhamdulillah akak pakai okay..
tp xtahulah pada kulit org lain.
setiap produk bertindak lain ke atas jenis-jenis kulit.
@Mrs Park Jung Min
BalasPadamBarangan ETUDE HOUSE boleh beli kat kedai dia SAHAJA.
@♛ Azie Azra ♛
BalasPadammosttt welcome :D
@Ika Maknae
BalasPadamhehehe thanks..
yang moistfull collagen okay x?
@Dila azie
BalasPadamouhhh...
@miss sue
BalasPadampelembap ETUDE HOUSE beli kat outlet dia la..
da tak ingat berapa puluh..
@Aweyn
BalasPadamyg penting beli bersesuain dgn muka :D
@AmirahSM
BalasPadamthanks :)
@Fiza
BalasPadamtak tahu..
tu abang nisa buat. dia guna photoshop lah kot?
@iNtAn sHaFiNAs
BalasPadamorg yg kulit dah sedia berminyak dan berjerawat disarankan tak pakai mosturizer sbb fungsi mosturizer ni utk melembapkan lagi kulit dan membantu pengeluaran minyak yg secukupnya utk keperluan kulit.
kalau kulit berminyak pakai mosturizer, nnt pengeluaran minyak berlebihan pulak utk kulit muka dan menambahkan lagi masalah jerawat dan juga blackhead.
tapi mungkin ada pelembap yg khas utk kulit bermasalah..kena carilah kat farmasi kot2 ada...
@syafiQa
BalasPadamhmmm x igt.. dah lama beli. berpuluh jugak harganya..
mka sy brmnyk...tpi pkai jgak plmbab..tpi amek yang mnyerap mnyk...tpi tak kringkn mka
BalasPadamnisa sekarang di kartikel.com thanks nisa :)
BalasPadamhttp://kartikel.com/news/r/1193
memang tak boleh tingggal mosturizer..make up takde ok lagi..
BalasPadamakak, nanti buat lah entry macamana akk jaga muka tau .. ;) adik tunggu . :D
BalasPadam