Rabu, 27 Jun 2018

PULANG The Movie berdasarkan kisah benar - "Hadiah untuk ayah"



Assalamualaikum...

Jika ada yang mengikuti Nisa di laman sosial, ada la sesekali Nisa kongsikan bahawa Nisa ada mengacarakan majlis pelancaran novel PULANG terbitan Karyaseni. Kalau anda nak tahu, novel tersebut sebenarnya ditulis berdasarkan filem Pulang yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tidak lama lagi ! Haa biasa filem dibikin berdasarkan novel kan, sekarang ni novel diterbitkan berdasarkan naskhah skrip filem !

Apa-apa pun, Nisa sebenarnya bukanlah nak bercerita mengenai novel Pulang tersebut... tapi anda sudah boleh mendapatkan novel hasil garapan penulis terkenal Lily Haslina Nasir di kedai-kedai buku berhampiran okay ! Haaa baiklah pembaca semua, intipati blogpost ini sebenarnya adalah mengenai majlis sidang media filem Pulang yang akan bertayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Julai ini !




DARI KISAH BENAR KE LAYAR PERAK

Jika pembaca semua nak tahuuu, filem Pulang ini ditulis berdasarkan kisah benar ! Siapa sangka kita semua bakal menyaksikan sebahagian penting dari kehidupan figura Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Executive Primeworks Studios. Iyaaa... kisah Pulang ini merupakan kisah benar pengembaraan ayah Datuk Ahmad Izham Omar, iaiti Omar Othman dalam mencari datuk beliau yang tidak pulang selama bertahun-tahun.

Datuk Ahmad Izham Omar begitu bersemangat ingin merealisasikan kisah ini di layar perak seterusnya bekerjasama dengan penulis skrip terkenal Mira Mustaffa dan juga pengarah tersohor Khabir Bhatia. Haaa baca saja nama-nama besar industri ni, terus rasa excited nak tengok filem Pulang ni !



"HADIAH UNTUK AYAH"

Berkisarkan kisah sebenar ayah kepada Datuk Ahmad Izham Omar yang berazam untuk mencari datuknya hingga ke Liverpool, ternyata penghasilan filem ini dilihat sangat personal dan bermakna buat beliau di kala beliau mengungkapkan "Filem Pulang ni, untuk ayah saya.." . Aduhhh Nisa ni dah lah hati tisu, terus sebak pulak rasa. Haihh la filem belum tengok pun dah sebak ke isk.

Dan menurut beliau lagi, sewaktu pratonton filem itu bersama ayahnya, Encik Omar Othman, terdapat beberapa babak penting yang ternyata membuat ayah beliau sendiri tersentuh dan menitiskan air mata. Selain bakal meningkatkan jualan tisu kerana semua penonton bakal menangis, filem ini juga sarat dengan emosi cinta, sedih, keazaman, kesungguhan dan pengembaraan merentas 3 generasi! Kalau taknak tengok ishh ruginya !!



" LAYARLAH KEMBALI "

Turut diumumkan di sidang media ini ialah runut bunyi filem Pulang yang dihasilkan oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan juga liriknya ditulis oleh Ad Samad. Didendangkan pula si pelantun suara merdu Dayang Nurfaizah ! Awesome combo dah macam beli fastfood pulak ! Hahaha. Ternyata pertama kali mendengar lagu yang dipersembahkan semasa majlis sidang media ni pun dah buat Nisa jatuh hati pada lagu ni, apatah lagi bila lagu ini akan mengiringi babak-babak dalam filem Pulang kann!




MENARIK MENGENAI FILEM "PULANG"

1 - Berdasarkan kisah benar, kisah ayah Datuk Ahmad Izham Omar mencari datuknya yang keluar berlayar namun tidak pulang lebih 10 tahun, maka amanat neneknya membawa ayah beliau hingga ke Liverpool menjejak insan yang dirindui.

2 - Diterajui Remy Ishak yang memegang watak Othman, dan ini adalah filem pertama buat pelakon Puteri Aishah yang memegang watak Thom. Filem ini juga diwarnai lakonan dari pelakon-pelakon Erwin Dawson, Azrel Ismail, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

3 - Menggunakan kesan khas visual yang berinovasi Basecamp VFX dengan kos mencapai RM2 juta. Pembikinan filem ini secara keseluruhannya melebihi RM6 juta !




4 - Berlatarkan beberapa lokasi berbeza seperti Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England. 

5 - Penggambaran berlangsung selama lebih kurang 46 hari ternyata sangat mencabar dan menuntut komitmen yang sangat tinggi dari seluruh tenaga kerja filem Pulang ini.



DI SEBALIK TABIR "PULANG THE MOVIE" EKSKLUSIF

Sabtu, 21 Julai 2018
5.30 petang - 6.30 petang di TV3

Ahad, 22 Julai 2018
6.00 petang - 7.00 malam di TV9

Siaran ulangan di portal https://www.tonton.com.my/ 





Jangan lupa saksikan filem Pulang di pawagam bermula 
26 Julai 2018 ini ! 

Like Facebook Page Pulang The Movie : https://www.facebook.com/pulangthemovie/




NISA KAY

5 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay