-->
Assalamualaikum..
Hai semua !
Haa dah dalam sedar tak sedar kita dah pun memasuki minggu pertama berpuasa kan
! Memang excited dapat luangkan masa berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan..
Dan ia adalah antara momen yang kita nanti-nantikan di penghujung hari setelah
seharian menahan lapar dan dahaga.. wah dah macam ayat dari buku motivasi pulak
kan ?? Selain berbuka puasa, ibadah sunat solat terawih juga amalan yang kita
sentiasa nantikan.
Bercerita
mengenai kemeriahan bulan Ramadan, masuk je minggu kedua nanti konfem kita dah
mulakan pencarian persiapan raya.. contohnya, kuih raya sudah ditempah, dah
mula merancang nak kemas rumah atau tukar langsir.. kalau yang ada budget lebih
mungkin tukar perabot atau cat rumah.. Dan yang paling utama.. baju kena
meletop vass di pagi rayaa !! Baju dah meletop vass macam baju dari CIRGARO Apparel (pilihan Nisa untuk raya tahun ni), gambar OOTD di laman sosial
mestilah kena nampak gempak jugak kan ! Meh Nisa nak kongsikan tips menarik
untuk mendapatkan gambar OOTD yang awesome !
Koleksi CIRGARO RAYA 2018 uiii rambang mata ! |
#1 | BAJU
RAYA KENA LAH UP-TO-DATE DAN MELETOPS !!!
Haaa..
berlumba-lumbalah kita semua mencari baju raya yang paling terkini, warna
paling meletop.. nak baju raya sedondon dengan yang tersayang, sedondon dengan keluargalah..
haha macam-macam lagi lah. Antara brand yang sangat Nisa nak sarankan ialah
brand CIRGARO Apparel di mana tahun ni they really step up the game !
Mengekalkan material dan hasil kerja yang berkualiti tinggi, CIRGARO tampil
dengan pelbagai design baju raya trendy 2018 yang sangat up-to-date setara dengan pelbagai jenama di
luar sana. Dah dua tahun berturut-turut Nisa beli kutra CIRGARO untuk
abang-abang Nisa dan tahun lalu pun Nisa beraya dengan baju CIRGARO.. Haaa tak
sudah-sudah ditanya saudara mara beli baju dari mana ! Keh keh keh..
#2 | KENALPASTI
SIAPA YANG PANDAI AMBIL GAMBAR!
Ini langkah
yang sangat penting yaaa… dalam adik-beradik atau sepupu sepapat yang
beramai-ramai tu.. pastikan anda mengenalpasti siapa di antara mereka yang
pandai ambil gambar, tidak kiralah menggunakan kamera atau telefon pintar. At
least yang ambil gambar tak blur, tak senget dan tahu basic rule of third !
Haha macam over pulak kan… Ye lah, kalau penat-penat beli baju kurung moden paling terkini, kenalah ada orang yang
pandai ambilkan gambar kan !
#3 | KENAL
PASTI YOUR BEST SIDE !
Haaa nak
gambar tampak seperti photoshoot professional ke ? Haa sekali lagi over nau..
Basic la kan kalau nak mengambil gambar kena lah lebihkan sikit “best side”
kita kan ? Ada orang best side dia belah kanan, ada orang belah kiri.. macam
Nisa sendiri, my good side belah kanan.. Bila berposing tu, lebihkan belah
kanan sebab rasa macam nampak lebih cantik / lebih kurus / lebih menawan kalau
dari kanan tu. Keh keh keh…
Nisa personally lebih prefer background yang plain dan cerah. |
Okay.. dah
boleh mula ambil gambar ni ! Tapi macam tak kena pulak kalau bergambar latar
belakangnya rumah yang bersepah-sepah, atau ada tong sampah di belakang ! Nisa
sarankan korang cari background yang cerah dan minimalis. Less is more. Lebih
plain background tu, lebih bagus untuk menonjolkan baju raya terkini dan pose anda. Dan
pastikan background kita tu kontras dengan baju kita. Jangan pula background
gelap, baju pun kaler gelap.. nanti tak nampak pulak details baju. Kalau baju
warna deep atau gelap, carilah background yang cerah. Kalau baju warna yang
bold seperti pink, purple atau oren, boleh cari background ala-ala kehijauan
seperti di kebanyakan kampung halaman kita !
#5 | LIGHTING
TU PENTINGGG.. !
Percayalah,
kalau lighting tu onz, automatiknya gambar jadi lagiii cantik ! Warna akan
lebih naik, dan gambar akan nampak lebih sharp. Jadi hasil gambar yang dah
sedia cantik akan mengurangkan usaha anda untuk edit menggunakan empat belas
jenis filter ! Gambar yang lighting nya on-point memang terlihat cantik dan
sangat onz, percayalah.. Boleh terus post dekat Instagram !
Koleksi raya CIRGARO Apparel tahun lalu. Memang favourite Nisa, selalu dipakai ke acara-acara ! |
#6 | POSE
YANG MENARIK.
Dah tahu
baju tu banyak details yang cantik-cantik.. jangan pula sorokkan ! Ada pulakk
baju berkepuk-kepuk kembang setaman, awak pergi posing belakang kayu balak la..
belakang tiang laa.. belakang daun kelapa.. macam mana nak isytiharkan post
OOTD ?? OOTD itu sendiri bermaksud “outfit of the day”.. jadi anda kena berikan
pose yang top-notch supaya baju atau outfit raya anda nampak menyerlah. Haa
macam baju raya CIRGARO Nisa yang last year.. kenalah menampakkan
kepok-kepoknya kan ? Tak sabar nyee nak pakai koleksi raya CIRGARO 2018 niii..
!!!
Dah
alang-alang Nisa pun masih dalam misi mencari baju raya online.. haaa jom lah join
Nisa usha sebahagian dari koleksi raya CIRGARO Apparel untuk tahun 2018 ni..
Suka pulak Nisa tengok kepelbagaian design baju kurung moden dan baju melayu lelaki moden, semuanya up-to-date, setanding pelbagai butik di luar sana.. Nak beli baju raya untuk diri sendiri pun boleh.. nak pakai sedondon dengan yang tersayang atau sekeluarga pun boleh sebab CIRGARO memang menyediakan koleksi yang boleh dipadan-padankan.. Tak percaya pergi baca blog Khai Artzfar, dia ada kongsi mengenai koleksi baju raya sedondon nii.. Ehemm siapa nak sedondon dengan iols tahun niii.. ?
Dan mengikut pengalaman Nisa sendiri selaku pelanggan jenama CIRGARO dua tiga tahun kebelakangan ni, CIRGARO memang mementingkan kualiti material yang digunakan dan kualiti jahitan agar baju tahan lama. Haa baju tahun lalu yang Nisa dah basuh dan pakai banyak kali pun masih lawa dan tak nampak lusuh tau !
Dan mengikut pengalaman Nisa sendiri selaku pelanggan jenama CIRGARO dua tiga tahun kebelakangan ni, CIRGARO memang mementingkan kualiti material yang digunakan dan kualiti jahitan agar baju tahan lama. Haa baju tahun lalu yang Nisa dah basuh dan pakai banyak kali pun masih lawa dan tak nampak lusuh tau !
Apa-apa pun
selamat memburu baju raya ye semua !
Tengah-tengah survey tu boleh usha brand
CIRGARO :
Laman Web | https://cirgaro.com/
Butik | Plaza Shah Alam
Laman Instagram | instagram @cirgaroapparel
Booth Raya #1 | GF Plaza Shah Alam (berhadapan Giordano)
Booth Raya #2 | GF Aeon Shah Alam (hadapan Padini)
NISA KAY.
hey kenapa sampai terguling2 tew
BalasPadamterbaek :)
BalasPadam