Rabu, 13 Mac 2019

Sarung lengan selesa dan berpatutan - KULSOCS !



Assalamualaikum...


Haaa lama dah tak share dengan you guys kan.. Alhamdulillah masih banyak lagiii orang orang yang baik hati nak baca blog Nisa ni.. Hikss. doakan Nisa dikurniakan banyakk waktu lapang dan kesempatan untuk berkongsi banyak lagi benda lain di blog ni ya.. Ada satu benda yang Nisa nak sangat share dengan korang, lama dah.. haa pasal sarung lengan.




Sejujurnya, Nisa bukanlah pengguna sarung lengan (atau armsocks) yang tegar.. Ada hari, Nisa pakai, ada hari tidak.. masih mencuba-cuba untuk kekal memakainya inshaAllah... Tapi bergantung juga dengan pakaian, ada yang lengan terlalu lebar dan mudah tersingkap, haa memang Nisa akan pakai sarung lengan. Sama juga jika baju lengan tiga suku yang menampakkan kebanyakan bahagian lengan, pun akan Nisa kenakan sarung lengan juga..




Jenama sarung lengan yang menjadi pilihan Nisa untuk dikongsikan kepada pembaca hari ini ialah KULSOCS. Seperti yang anda lihat, gambar yang Nisa attach di atas adalah gambar pada tahun 2017, ketika Nisa mengacarakan rancangan Khabar Haji di Astro Oasis. Pada waktu itu, KULSOCS merupakan antara penaja untuk pakaian Nisa. Masa ni lah awal-awal kenal jenama ni. Dah pakai hari-hari ketika mengacara Khabar Haji, jadi jatuh cinta pula.



➤ MATERIAL BERKUALITI

Serius kalau pakai sarung lengan KULSOCS ni, memang selesa sangat! Material tak kasar, tidak panas, Nisa pakai di tengah-tengah hari yang panas terik pun tak rasa rimas!


➤ JAHITAN KEMAS

Workmanship produk KULSOCS memang tip top! Jahitan kemas, cutting pun cantik dan selesa. Untuk orang yang terlalu kurus dan ada lengan kecil macam Nisa, sarung lengan KULSOCS ni tak terlalu ketat, tak pula terlalu longgar, sedang elok je dipakai!



➤ PELBAGAI PILIHAN WARNA

Nak warna nude yang mudah match dengan pelbagai warna pakaian pun ada... nak yang warna gelap-gelap pun ada.. yang bercorak pun banyak! Pendek kata, kalau pergi website KULSOCS memang berpinar jugaklah mata ni nak memilih!



➤ SESUAI DENGAN PELBAGAI GAYA

Siapa kata nak tunggu berjubah berbaju kurung je baru nak pakai sarung lengan ni ? Tak salah nak mula memakainya.. lama-lama nanti biasalah... Padankan sarung lengan dengan style sehari-hari anda, sedikit demi sedikit, improve pulak bahagian lain. Mudah kan ?


➤ HARGA BERPATUTAN

Harga yang dipamerkan di laman web KULSOCS ni semuanyaaa berpatutan! Students ke, surirumah ke, wanita bekerjaya ke.. inshaAllah semua mampu beli... dengan kualiti yang ditawarkan, memang berpatutan habis dah harga mereka ni!



➤ EXTRA LONG ARMSOCKS

Haaa di KULSOCS pun ada jual sarung lengan extra panjang, bagi mereka yang memakai baju lengan pendek atau tiga suku (yang atas siku). Nisa tak pakai pula baju lengan pendek, tapi dalam gambar di atas, sarung lengan warna grey ni adalah sarung lengan extra long. Panjang dia sampai bawah ketiak tau. Kalau anda masuk marathon ke, aktiviti sukan atau acara di luar, haa kan baju event banyak lengan pendek. So boleh lah pakai yang Long Armsocks ni.



Haaaa... apa lagi korang tunggu? Kalau nak cuba pakai sarung lengan, atau nak sarung lengan extra long untuk dipakai dengan baju lengan pendek, atau memang suka pakai sarung lengan.. semua boleh beli! Tak ada pilih kasih! Hehehee..




SENARAI KEDAI / AGENT JUALAN : https://www.kulsocs.com/outlet



NISA KAY. 

41 ulasan:

  1. Zul tengok pun nampak selesa, kualiti kain yang digunakan pun bagus dan tidak panas. Sesuai juga ni belikan untuk mak, senang mak nak keluar pergi pasar sambil tutup aurat dengan sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa lepas ni tak pening dah nak bagi hadiah apa kann.

      Padam
  2. Nampak selesa betul sarung tangan KULSOCS nie. material dia nampak best dan selesa. yelahh, cuaca malaysia nie panas, pakai banyak2 lapis nie kadang rimas. tapi yang nie nampak lembut je. bolehlah recommend kulsocs nie pada kawan2 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni tak rimas! boleh laa kasi hadiah dekat mak ke, adik ke kakak ke kawan keee makwe ke. hehehee

      Padam
  3. Berapa harganya ni.. Dok survey juga sarung tuk lengan ni. Sebab kadang pakai baju jnis kurung ni mudah terselak tangan kan.
    Selalu dok survey jenis bila pakai nampak ketat je. Tak suka macam tu. Melekap kat Tangan. Tengok yang ni sedang sedang elok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga dia lain lain.. dlm blogpost nisa ni ada 3 jenis handsock. ada yg plain, bercorak, and long. semua nye jgn risau still veryyy affordable. boleh check website dia

      Padam
  4. wow! sister buat comeback ke ni? haha anyway sarung tangan tu cantik dan nampak ranggi biarpun masih tutup aurat.boleh la nanti belikan utk adk2 atau mak ke? sebab nampak macam terletak

    BalasPadam
    Balasan
    1. rindu nak blogwalking lah wakk. ahhahah. haa boleh jugak bagi hadiah kat kawan2 pompuan. eh ada yg jenis long tu, laki pun boleh pakai dengan short sleeve.

      Padam
  5. lelaki boleh pakai ke tak? haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh!! yang jenis long. haha yang itu pakai dengan baju lengan pendek or 3 suku pun boleh!

      Padam
  6. Boleh la beli untuk my sister and mum. They all guna ni. I pun nak jugak sebab boleh cover lengan kalau go hiking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang jenis long tu sesuai untuk bersukan or aktiviti lasak jugak
      check website dia untuk pelbagai warna lain

      Padam
  7. Sarung lengan nmpk selesa tu . Yela kdg2 bj lengan 3 suku elok la pakai kn.. TQ for sharing this

    BalasPadam
  8. mmg cool socs! haha Nampak macam selesa di pakai walaupun cuaca panas ya amatt. boleh lah nnti nak bagi dekat girlfriend sbg hadiah.hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki pun boleh pakai yang jenis LONG. Check website dia untuk lebih banyak pilihan.

      Padam
  9. This looks really comfortable and very useful for those who wants to cover up as well, great product.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, and if u just wanna protect your arms from sun light, can also wear the LONG type one.

      Padam
  10. Nampak selesa laa.airah pun memang guna handsock ni lepasni nak kumpul jenama ni pulak la. Tengok design dia pun cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp harga pun affordable sangat. tgk kat website dia banyak lagi

      Padam
  11. Saya dulu on off pakai handsock tapi sekarang alhamdulillah... terus istiqomah pakai.nampak menarik pula handsock kulsocs ni . tengok nisa pakai pun nampak cantik dan kemas .memang tengah kumpul handsock sekarang ni.sekarang juga nak terjah web kulsocs.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah :)
      yess mmg patut kumpul kulsocs nii :D

      Padam
  12. Nampak best la kain dia.. Tak kasr nampak lembut dan selesa je. Lagi satu mcm tak ketat. Warna dan design simple tapi nampak menarik. .Ok sangat la ni. .Jap lagi terjah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. kalau yang ketat sangat pun rimas jugak kadang2. yang ini memang selesa je

      Padam
  13. One point paling suka, kulsocs ni hujung dia bukan renda renda hahaha. Getah pun tak berapa sangat. This is more to my type if I nak pakai sarung lengan. Btw, kain dia jenis apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mostly kain dia macam lycra lembut tu.. boleh check website dia utk more details. nisa pun tak suka aih yang renda rendaa haha

      Padam
  14. bila materia dan jahitan dia kemas, memang antar faktor menarik minat untuk kita membeli dan memakainya bila perlu..suka tgk koleksi hand sock jenama ni..sebab banyak pilihan dan harga not bad

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp.. pakai pun selesa. kemas je. tak besar tak kecik, just nice

      Padam
  15. Yang jeans tu nampak sangat menarik - rasa macam nak beli gak dan buat gaya diva. Ok kan? Bila dah banyak pilihan, memang pening kepala dan mata nak memilih kan Nisa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh u boleh laa beli yang jenis LONG tu, kot nak pakai siang siang ke, taknak sunburn

      Padam
  16. ada macam-macam warna boleh la beli untuk adik perempuan. senang sikit nak match dengan baju & tudung. tak la asyik warna hitam je kan..kita yang tengok dia pakai pun stress.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. nak match dengan baju dengan tudung senang sebab banyakk warna

      Padam
  17. Cantiknya handsocks ni. Iza memang cari handsock. Yang iza beli sebelum ni mesti ketat kat lengan ni. Ni nampak macam selesa je. Boleh la cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni just nice, tak ketat mana, tak jugak longgar sangat.

      Padam
  18. Ada 3 warna ni je. Tengok macam kemas Dan selesa . Material pun jenis berkualiti .Bolehlah recommend dekat kawan Yang lain.

    BalasPadam
  19. te sarung lengan really looks comfy. it makes me wanna buy for myself too.... i usually wear this when i drive or with my quarter sleeve top

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! you can try the LONG type, it cover most of your arms. i also wear this when driving

      Padam
  20. Boleh beli ni buat hamper bagi hadiah kt kakak ngn mak kan. pernah tengok sarung tangan ni before this masa keje dulu. memang cantik dan material dia pon bagus.

    BalasPadam
  21. kena cari meterial handsock yang bagus untuk keselesaan sepanjang hari

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay