Ahad, 27 Oktober 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 1)


Assalamualaikum semua!

Wahhh teruja betul Nisa nak mulakan perkongsian mengenai percutian Nisa ke Jepun baru-baru ni. Berbeza dengan perjalanan Nisa di bumi matahari terbit tahun-tahun sudah, kali ini Nisa berpeluang meneroka lebih banyak kawasan yang tak pernah Nisa bayangkan pun Nisa akan pergi ! Kita mulakan dengan perjalanan 6 jam 30 minit dari Kuala Lumpur membawa Nisa ke Kansai Airport.



Setibanya Nisa dan rakan Nisa di Kansai Airport, kami terus menuju ke bahagian membeli tiket. Dekat bahagian ni ada banyak kaunter membeli tiket layan diri, dan seperti yang kita tahu railway line di Jepun ni sangat banyak dan stesen-stesen keretapi pun banyak.. jadi nasihat Nisa, jangan lupa research betul-betul sebelum fly ke Jepun!



Untuk malam yang pertama di barat Jepun ni, kami akan stay di Wakayama, jadi untuk perjalanan kami menuju ke sana kami beli one way ticket sahaja. Untuk sampai di Wakayama, kami cuma perlu tukar stesen di Hineno Station untuk ke sana. And for the next 7 days, Nisa ada perkongsian menarik untuk pembaca semua. Haa tapi itu kena tunggu blogpost lain ya. 


Hotel Granvia Wakayama
  • HOTEL GRANVIA WAKAYAMA

Setibanya kami di Wakayama Station, kami terus menuju ke Hotel Granvia Wakayama yang terletaknya kurang 100 meter dari pintu masuk utama stesen! Sebenarnya dari pintu masuk utama stesen keretapi dah boleh nampak papan tanda hotel. Jadi kami yang sampai agak lewat ni pun tak risau nak berjalan ke hotel kerana sangat sangat dekat dan bangunannya bersambung dengan bangunan stesen keretapi !



Hotel Granvia Wakayama

Terharu betul kami, kerana pihak hotel mengetahui tetamu mereka adalah Muslim, jadi mereka menyediakan sejadah yang siap dibentang mengadap kiblat. Jadi tiba sahaja di hotel, bersihkan diri, kemudian boleh terus tunaikan solat. 




Keeseokan paginya, memang Nisa sangat ternanti-nantikan sarapan pagi. Haa sebab apa? We enjoyed this bento box breakfast which can be booked in advance if your group is more than 8 people. But not to worry, Hotel Granvia Wakayama is planning to provide Muslim Friendly menu on their regular breakfast buffet corner. Punyalah senang hati sebab kenyang betul makan bento set ni! Nasi dan sup juga disediakan. Terima kasih Hotel Granvia Wakayama !



  • JR WEST RAIL 7 DAYS "KANSAI-HOKURIKU AREA PASS" 

Okay here's what I really want to share and will need you guys to focus even more. Untuk perjalanan kami selama 7 hari berikutnya, Nisa menggunakan railway pass ini yang sah digunakan selama 7 hari untuk unlimited train ride (lihat senarai perkhidmatan keretapi yang terlibat di sini)

Setelah anda beli tiket melalui laman web JR West Railway, anda akan menerima salinan pengesahan seperti di dalam gambar di bawah. Anda kemudiannya harus membawa salinan ini ke mana-mana kaunter tiket di stesen keretapi JR West untuk menukarkan salinan pengesahan ini kepada tiket fizikal.



Anda perlu bersedia dengan passport untuk dikemukakan bersama salinan pengesahan pembelian tiket itu tadi. Macam di dalam gambar ni, Nisa convert salinan tersebut kepada tiket fizikal di kaunter tiket di Wakayama Station sahaja. Kemudian anda perlu mengisi borang ringkas yang akan diberikan kepada anda.



Prosesnya sangat pantas kerana staff JR West Railway memang sangat efisien. Tiket fizikal berwarna hijau seperti di dalam gambar. Anda juga akan diberikan ticket pouch untuk memudahkan anda menyimpan tiket tersebut atau boleh digantungkan di leher anda. Berhati-hati untuk tidak menghilangkan tiket ini ya, sebab ini adalah tiket yang anda akan gunakan selama 7 hari !



Setelah menukar kepada tiket fizikal, anda boleh terus memasuki station gate tanpa sebarang masalah. Anda tidak perlu tercari-cari staff stesen, anda hanya perlu melalui gate dengan memasukkan tiket, dan mengambil kembil tiket anda di hujung mesin gate itu. Mudah sangat kan???




  • WAKAYAMA DENTETSU LINE : UMEBOSHI DENSHA

Haaa dah tukar tiket, maka boleh lah kita jalan-jalan! Untuk pengetahuan anda semua, tiket tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk menaiki mana-mana laluan keretapi di bawah syarikat JR West, tetapi anda boleh gunakan ia untuk menaiki keretapi di laluan-laluan lain yang terpilih! Contohnya, di Wakayama Station ini anda boleh menaiki keretapi Wakayama Dentetsu Line.


INFO TAMBAHAN : Bukan sahaja dengan tiket “Kansai-Hokuriku Area Pass” yang Nisa gunakan ini, tetapi sekiranya anda menggunakan “Kansai Wide Area Pass” atau “Kansai-Hiroshima Area Pass”, anda juga boleh menaiki keretapi Wakayama Dendetsu Line ini. 



Uniknya keretapi-keretapi Wakayama Dentetsu Line ini beroperasi secara rawak. Jadi anda akan dapat menikmati pengalaman menaiki keretapi berlainan jenis ketika pergi dan kembali. Keretapi yang Nisa naik ini namanya Umeboshi Densha. Keretapi ni sangat unik dengan suasana ala vintaj untuk hiasan dalamannya. Sangat instagrammable. Sepanjang perjalanan memang rasa nak bergambar je.



Dari Wakayama Station, kami menaiki tren Wakayama Dentetsu Line untuk sampai terus ke Kishi Station. Keretapi akan berhenti di setiap stesen di pekan-pekan atau kawasan penempatan pinggir bandar dan anda akan dapat melihat pemandangan yang sangat cantik. Okay back to Kishi Station. Apa yang menariknya dekat sini? Kenapa muka happy sangat tu? Haha !



  • KISHI "TAMA" STATION

Bagi mereka yang cat-lover, boleh la singgah di Kishi Station atau dikenali sebagai Tama Station ni. Tama adalah kucing yang terkenal kerana ia merupakan Station Master di Kishi Station ini dan this cat is so cute and adorable! Masa kami sampai tu ramai betul nak bergambar dengan Tama Station Master ni. Geram sangat tengok dia duduk dekat dalam Station Master Room tu tau. 



Kishi "Tama" Station ini terdiri daripada Tama Museum, Tama Cafe dan juga Tama Shop. Di ruang muzium yang serba ringkas anda akan mempelajari mengenai sejarah stesen ini dan mengenai station master nya yang merupakan seekor kucing. Boleh chill dan relax di Tama Cafe yang menyediakan menu ringkas makanan dan minuman, seterusnya shopping cenderahati bertemakan kucing di Tama Shop.



  • WAKAYAMA DENTETSU LINE : ICHIGO DENSHA

Haaa macam yang Nisa sebut tadi, untuk laluan keretapi ini, keretapinya ada pelbagai jenis dan beroperasi secara rawak. Jadi anda tidak akan pernah tahu pergi naik keretapi apa, balik pula keretapi yang bagaimana. Kami menaiki Ichigo Densha atau "Strawberry Train" untuk kembali ke Wakayama Station. Comel sangat !



Bertemakan ICHIGO atau strawberry, keretapi ini dihias ringkas tetapi tetap comel dengan hiasa bertemakan warna dan gambar buah strawberry. Ada rasa macam nak tunggu train seterusnya, nak tengok keretapi tema apa lagi yang ada hehe. Selain dari Umeboshi (bertemakan buah plum yang terkenal di Wakayama), Ichigo (bertemakan strawberry), Wakayama Dentetsu Line ini juga ada Tama Train (bertemakan kucing) dan Omocha Train (bertemakan permainan).



Seterusnya, kami kembali ke Wakayama Station, dan kemudiannya menaiki keretapi tempatan JR Kisei Honsen Line dan menuju ke Kainan Station




  • KUROSHIO MARKET, WAKAYAMA

Dari Kainan Station, kami menaiki teksi untuk ke Kuroshio Market yang terletak di Marina City. Kuroshio Market ini terkenal dengan pertunjukan "tuna cutting" dan juga terdapat banyak barangan yang berasaskan makanan laut dijual di sini. Snek, minuman, makanan, buah-buahan juga banyak di sini. Souvenir pun boleh beli dekat sini. 



Makan tengahari memang seronok dekat sini. Boleh pilih kedai yang menjual makanan yanghanya berasaskan makanan laut seperti sashimi, salad atau tempura udon. Lepas tu duduk di ruang makan yang mengadap pemandangan laut yang cantik. Memang seronok. Perut kenyang pun senang hati !

TIPS : Selain dari teksi, anda boleh menaiki Wakayama Bus dari JR Wakayama Station dan turun di "Marina City", kemudian jalan kaki ke Kuroshio Market.




  • NAKANO BC BREWERY FACTORY

Lokasi seterusnya, kami naiki teksi ke Nakano BC Brewery Factory. Secara ringkasnya, kilang ini menghasilkan minuman serta produk-produk lain yang berasaskan plum fruit. Wakayama merupakan pengeluar terbesar plum fruit di Jepun. Jadi di kilang ini anda akan diberikan pendedahan berkenaan proses menghasilkan minuman dari plum fruit ni. Banyak jenis minuman dan makanan kesihatan yang dihasilkan dari plum fruit anda dapat lihat di sini.



Selepas melawat sekitar kilang dan menikmati pemandangan Japanese Garden mereka yang terletak di dalam kawasan kilang ini, Nisa berpeluang menghasilkan sendiri plum syrup di Nakano BC Brewery Factory ini. Haa mudah saja, semua bahan-bahan pun disediakan. Untuk lawatan dan aktiviti ini, anda perlu melakukan reservation terlebih dahulu di laman web Nakano BC.



Sebelum pulang, anda boleh melihat-lihat semua produk yang dihasilkan di Nakano BC Brewery Factory ini di souvenir shop mereka. Minuman yang berasaskan plum fruit ada banyak jenis, ada yang tidak mengandungi alkohol juga jadi tak perlu risau okay! Makanan kesihatan pun pelbagai jenis serta dried plum fruit pun turut dijual di sini. Selesai lawatan kami di sini, kami kembali ke stesen keretapi dan pulang ke JR Wakayama Station, seterusnya mengambil tren ke Osaka Station. 



Pic credit : Booking.com
  • HOTEL GRANVIA OSAKA

Setibanya kami di Osaka Station, kami terus menuju ke Hotel Granvia Osaka. Sangat mudah untuk mencarinya kerana hotel ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan stesen keretapi! Jadi bagi mereka yang memang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama ketika bercuti, Nisa sangat sarankan stay dekat Hotel Granvia Osaka ni. Penginapan kami malam ini sangat selesa kerana biliknya yang luas, pemandangan yang cantik dan sangat dekat dengan pelbagai kedai serta kemudahan kerana lokasinya yang amat strategik!

TIPS : Pintu masuk hotel ini terletak berhampiran South Gate Building, dan juga berdekatan dengan salah satu pintu masuk utama ke bangunan Osaka Station. 



Special sangat makan malam kami kerana kami dinner di Fleuve Restaurant di Hotel Granvia Osaka sambil bertemankan city view dari tingkap restoran dan kami dihidangkan dengan Muslim Friendly Menu yang anda boleh reserve in advance. Untuk maklumat lanjut mengenai hidangan Muslim Friendly dan cara-cara untuk book in advance, boleh laman web Hotel Granvia Osaka.


Baiklah para pembaca semua! Sampai di sini sahaja entry Nisa kali ini. Banyakkk lagi perkongsian yang Nisa nak tulis dekat blog ni, jadi harap semua dapat mengikuti perjalanan Nisa di bumi Jepun dan jangan lupa ke laman web JR West Railway untuk info lanjut mengenai 7 Days Kansai - Hokuriku Area Pass. Memang berbaloi!



  ROUGH ITINERARY FOR THE DAY :  

DAY 1 - 8th OCTOBER 2019
22:00  Arrived at Kansai International Airport
24:00  Arrived at Wakayama - Checked in at Hotel Granvia Wakayama

DAY 2 - 9th OCTOBER 2019
09:20  Depart from Wakayama Station
09:50  Arrived at Kishi Station via Wakayama Dentetsu Line 
           (Greeting Tama Stationmaster!)
11:00  Back to Wakayama Station, changing train 
11:30  Arrived at Kainan Station, took taxi to Kuroshio Market
14:00  Visit Nakano BC - Making plum syrup experience
16:20  Depart from Kainan Station
18:00  Arrived at Osaka Station - Checked in Hotel Granvia Osaka








NISA KAY.


31 ulasan:

  1. Whoaaa..one day saya akan ke Jepun! AMIN...
    Best nampak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah Nisa doakan satu hari you pun akan ke Jepun ! 😊

      Padam
  2. Wow. Hotel Granvia Osaka nie sangat cerah ye. Rawlins suka warnya putih bersih gitu.
    Next trip, sila bawa Rawlins ye. Hehe. Bestnya melancong cenggini - boleh tengok the simpler life of Japan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang paling best sebab hotel ni dalam stesen keretapi tu sendiri. kedai, shopping mall, restoran semua dalam satu building tu!

      Padam
  3. wah seronoknya ke Jepun! seronok baca artikel ni, rasa macam tengah bercuti ke jepun dengan nisa pulak haha. saya dari dulu teringin nak pergi jepun. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe semoga murah rezeki dapat ke Jepun pula! aminnn..

      Padam
  4. Yay!!!!!!! I love traveling to Japan too. Japan is one of my favourite destinations. But I haven’t try the West Railway. It looks awesome and interesting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. West area got so many interesting places ! you can really use the JR West Area Pass to save more on the transportation.

      Padam
  5. rindunya kansai international airport.. ingat lagi bulan 7 lepas.. flight sampai lewat malam terpaksa overnight kat airport..kagum kejap staff dorang tiap hari bersih airport

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess Kansai airport best. besar dan bersih sangat!

      Padam
  6. Teruja plak tengok travelog nisa ni. Train pon siap ada mcm2 tema ye. Unik sangat. Baguslah hotel tu mesra muslim siap bentangkan sejadah lagi. Tak sabar nak tunggu next entri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you bacaa!!!
      nantikan next part pulak ya.

      Padam
  7. Auntie Lilly planning a trip to Japan next year & so happy to have chance upon ur amazing travel blog here to Japan. Great info & tips too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Will update on more info regarding my trips. stay tuned for the next blogpost ya auntie lilly! 😘

      Padam
  8. Banyaknya aktiviti untuk satu hari dia.. Memang menarik.. Semua berjalan dengan smooth je tengook..makanan bento tu nampalnsedp.. Suka part yang mesra muslik tu.. Takde kita risau

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess... bento sangat sedap dan mengenyangkan!
      alhamdulillah ada train pass ni memang mudah nak ke mana mana and jimat banyak sangat!

      Padam
  9. Comel gila train WAKAYAMA DENTETSU LINE : ICHIGO DENSHA tu.. ada strawbery syok nya travelog asia ni.. rasa cam when its my turn ni heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe semoga murah rezeki you pulak dapat merasa jalan jalan di jepunn.

      Padam
  10. Bestnya tgk Nisa travel ke Jepun. Dan yang lagi best tengok keretapi tu, memang vintaj habis kerusi kayu tu. Tapi alhamdulillah mudah nak dapat halal food dekat sana kan or maybe kena prepare sendiri pun xde masalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess!!! memang comel kan keretapi dia.
      tempat Nisa pergi alhamdulillah makanan halal tak menjadi masalah.

      Padam
  11. Thank you share tips. In sha allah rezeki ke sana boleh jadikan guidance. Yang penting senang nak cadi makanan yg halal

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeppp.. more blogpost coming and more info on halal / muslim friendly food.

      Padam
  12. Thank you share tips. In sha allah rezeki ke sana boleh jadikan guidance. Yang penting senang nak cadi makanan yg halal

    BalasPadam
  13. Sekejap je fly 6 jam je nak sampai jepun yer..

    bagus la hotel tu, siap sedia n faham keperluan pelanggan muslim.

    dekorasi dalam train tu, macam dalam rumah dah, siap sofa.menarik! dapat dalam train kat Malaysia, hanncus oiii.hahaha

    rasa mcm syok pulak tgok nisa g jepun.teringi rasa nak g..

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe iyeee.. sedar sedar je dah sampai pun dekat Jepun, alhamdulillah selamat pergi dan kembali. ada dua jenis lagi train yang Nisa tak berkesempatan nak rasa naik.

      Padam
  14. seronok bila dapat berjalan sakan di negara orang. selain daripada pemandangan yang cantik, budaya dan makanan lokal juga mencuri hati dan tumpuan. satu pengalaman yg menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. benarrr kak ayuu. syukur Nisa dilimpahkan rezeki dapat merasai pengalaman dekat negara Jepun. best sangat!

      Padam
  15. Bestnya. Tengok gambar Nisa, terus terbayang anime yang kita tengok dulu-dulu. Sebiji! Bagusnya pihak hotel yang sangat peka. Orang jepun memang bagus.

    BalasPadam
  16. Ni yg buat nak repeat ke Jepun ni..byk tempat tak jejak lagi. Lps tu rindu nk makan bento set kat sana sb sedap..sedap dia mmg tak leh lawan yg ada kat Malaysia..:)

    BalasPadam
  17. seronoknya ke Japan!
    sy inshaAllah panjang umur dan xada halangan akan ke sana by September 2020 or March 2021.. semoga dipermudahkan plan sy hehe

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay