Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 4)



Hai semuaa!! Pengembaraan di bumi Jepun diteruskan lagi ya. Tak sabar nak kongsi lebih banyak info mengenai tempat-tempat yang Nisa dah pergi dan juga tentang kemudahan keretapi JR West yang sangat memudahkan Nisa sepanjang Nisa di Kansai. 

Hari kelima kami, setelah selesai sarapan di Hotel Vischio Amagasaki, kami menaiki Shinkansen dari JR Amagasaki Station menuju ke Shin Osaka. Di stesen Shin Osaka pula, kami menaiki Shinkansen Nozomi 155 menuju ke Okayama. Haaa berapa kali tu naik Shinkansen, semuanya menggunakan JR West Rail 7-Days "Kansai - Hokuriku" Area Pass! Jimat banyak sangat!



Perjalanan menuju ke Okayama memakan masa kurang 1 jam. Haaa laju betul Shinkansen ni! Puas hati dapat naik Shinkansen banyak kali dan pergi ke lokasi sekitar Kansai dengan hanya menggunakan satu tiket! Berbaloi sangat! Lihatlah sendiri seperti di dalam gambar di atas, bangunan Okayama Station ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Granvia Okayama, hotel yang kami duduki di sini. Rangkaian Hotel Granvia dan Hotel Vischio semuanya di dalam kawasan stesen keretapi. Sebab tu hotel-hotel ni menjadi pilihan kami!




  • HOTEL GRANVIA OKAYAMA 

Bangunannya terletak betul-betul di sebelah JR Okayama Station, akses yang mudah kepada pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi juga. Bilik yang sangat selesa, kamar mandi dan bilik air berasingan.




Lihatlah bilik kami yang luas dan sangat selesa! Lengkap dengan city view dari tingkap bilik hotel kami, kami dapat lihat stesen keretapi, stesen bas dan bangunan-bangunan di sekitar kawasan hotel. Memang berbaloi lah duduk dekat sini kan? Haa dah sampai Okayama ni takkan nak duduk di bilik saja kan? Jom jalan-jalan!





  • KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Di mana-mana daerah di Jepun ni, Nisa rasa mesti ada Japanese Garden yang cantik dan popular. Di Okayama, Korakuen Garden merupakan Japanese Garden yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Lokasi yang sangat sesuai dijadikan tempat bersiar-siar, picnic, dan mempelajari sejarah dan informasi mengenainya. 



KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Opening daily from 
7.30am - 6.00pm (20 March ~ 30 Sept)
8.00am - 5.00pm (1 Oct ~ 19 March)

Entrance fee : 
410 yen (15 years old ~ 64 years old)
140 yen (65 years old and above)

Visit this website for more info : https://okayama-korakuen.jp/section/english/




Selain itu, anda juga boleh mengunjungi sebuah tea house yang terletak di dalam Korakuen Garden ini untuk menikmati manisan yang sangat popular di daerah Okayama iaitu Kibidango dan juga hot green tea. Sedap sungguh Kibidango ni! Dia macam mochi jugak lah. Lembut dan manis. Kibidango yang Nisa makan ni merupakan Kibidango yang telah disahkan halal. Sijil pengesahan juga turut dipamerkan di kedai ni.



Korakuen Garden ni luas sangat dan banyak instagrammable spot juga. Siapa yang suka bergambar wajib datang sini! Taman yang bersih, banyak keindahan semula jadi dan banyak perkara yang boleh dilakukan di sini. Ada spot untuk beri makan ikan dan itik di tasik yang ada di dalam taman ni juga!




  • MILENGA INDIAN CUISINE

Untuk makan tengahari, kami menikmati makanan India di restoran ini. Menu makanan mereka terdiri daripada makanan vegan dan juga non-vegan. Untuk bahan masakan, mereka tidak menggunakan sebarang pork jadi tak perlu risau ya. 




Memang puas hati makan di sini, portion nya agak besar. Mengenyangkan sungguh! Barulah ada tenaga nak sambung berjalan-jalan di sekitar Okayama, kan? Untuk pelanggan Muslim, di bahagian basement restoran ini juga disediakan ruang untuk bersolat. 



  • KURASHIKI, OKAYAMA

Seterusnya kami jalan-jalan ke Kurashiki. Ramai pengunjung di sini, memang antara spot yang wajib anda kunjungi jika ke Okayama tau! Di kawasan ini banyak terdapat rumah kedai, dan beberapa tarikan lain. Macam biasalah, kalau travel mesti nak cari lokasi yang cantik untuk ambil gambar, kan? Haa di Kurashiki ni sangat ideal untuk ambil banyak-banyak gambar!




  • MAKING YOUR OWN "MURA SUZUME"

Haaa kalau berkunjung ke Kurashiki, dengan mudahnya anda dapat melihat sebuah kedai seperti di dalam gambar yang Nisa kongsikan di atas. Kedai yang dikenali sebagai Kikkoudou ini menyediakan sesi membuat mura suzume bersama pengunjung. Mura suzume merupakan makanan tradisi di sini, kalau nak lebih faham dia macam pancake yang berintikan kacang merah! Haa lembut dan sedap. Dengan hanya membayar 600 yen, anda berpeluang membuat sendiri mura suzume!




Kurashiki terkenal dengan beberapa tarikan di sekitarnya. Tempat yang Nisa ambil gambar ni merupakan Canal Area yang dijaga dengan baik dan bersih. Disekelilingnya terdapat banyak kedai-kedai dan juga tea house yang sedia dikunjungi pelancong. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda juga boleh ke Ohara Museum, Ohashi House dan Ivy Square.





Para pengunjung juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Atau menyewa kimono. Nak shopping pun seronok sebab banyak kedai-kedai menarik di sini, seperti kedai washi tapes, kedai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman. Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Kurashiki, kami pun kembali ke hotel.





Kami di bawa ke sekitar kawasan hotel, dan pihak hotel telah berbesar hati berkongsi dengan kami jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel ini dan juga melihat beberapa fasiliti hotel seperti kolam renang dan bilik sauna.




Istimewanya di Hotel Granvia Okayama ini, mereka turut menyediakan fasiliti yang Muslim Friendly, seperti ruangan untuk bersolat yang terletak di tingkat satu. Peralatan seperti bangku, sejadah, tuala, selipar turut disediakan di bilik ini. 




  • DINNER @ APPLAUSE RESTAURANT, HOTEL GRANVIA OKAYAMA


Makan malam kami sungguh istimewa. Kami dihidangkan dengan makanan-makanan Muslim Friendly. Berada di tingkat tertinggi di hotel ini, restoran Applause turut menyajikan city view yang sangat cantik pada waktu malam. Wahh boleh lah menikmati pemandangan sambil makan makanan yang enak! 



Untuk sarapan pagi, penginap Muslim boleh melihat tanda "Okayama Peach" pada  makanan tersebut. Setiap nama makanan akan diletakkan tanda Okayama Peach ini untuk makanan yang halal. Jadi tak perlu risau sekiranya terkeliru ketika memilih makanan. Pihak hotel sudah menyediakan cara mudah untuk anda mengenal pasti makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung Muslim.



Baiklah.. sampai di sini sahaja, jumpa di blogpost seterusnya !





NISA KAY.



Read More»

Selasa, 29 Oktober 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Rail! (PART 2)



Assalamualaikum semua...

Haa semakin teruja nak berkongsi lagi dan lagi dengan readers semua. Ye lah kita sekarang jarang update blog, risau pula tak ada yang sudi singgah dah. Kepada yang baca blogpost dan komen, terima kasih! Jom kita teruskan perjalanan di bumi barat Jepun okay! Siapa yang belum baca Meneroka barat Jepun bersama JR West Rail PART 1, jangan lupa baca dulu okay?


Credit photo Osaka Info
  • UMEDA SKY BUILDING, OSAKA

Bangunan pencakar langit ni merupakan antara yang wajib anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Osaka. Kalau anda naik tren dan turun di JR Osaka Station, nak ke Umeda Sky Building ni hanyalah 10 to 15 minutes walking distance sahaja. Dari entrance stesen dan boleh nampak bangunan ini. Nervous nya rasa nak naik ke sini, sebab Nisa dah pernah pergi masa tahun 2015 tapi sebab takut tinggi, Nisa tak naik sampai atas sekali.



Pertama sekali, anda perlu menaiki lif di bangunan yang pertama, sehingga ke tingkat 35. Seramnya ya ampun sebab lif tu dinding kaca ! Dari tingkat 35 tu, anda kena naik ke tingkat 39 di bangunan sebelah dengan menggunakan mid-air escalator ni. Tengok sajalah muka Nisa yang tengah cover perasaan takut tu! Memang Nisa pandang straight je ke depan tak toleh kiri kanan dah! Haha.



Dah sampai ke bangunan sebelah di tingkat 39 tu, boleh lah beli tiket untuk ke Sky Garden. 

Umeda Sky Building website : https://www.skybldg.co.jp/en/
Open daily from 9.30am - 10.30pm
Entrance fee : 1500yen (Adult)  /  700yen (4 - 12 years old)
TIPS : Show your JR West Pass to enjoy 10% off discount






Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Umeda Sky Building adalah :
  • Mengambil gambar dengan berlatarkan kotaraya Osaka 
  • Menikmati pemandangan 360 darjah bandar Osaka
  • Mengabadikan kenangan di Love Lock Gate di puncak Umeda Sky Building
  • Menikmati minuman dari kafe sambil menikmati city view
  • Membeli cenderahati Umeda Sky Building



  • KOBE MUSLIM MOSQUE

Dari Osaka Station, kami mengambil tren Special Rapid Service ke Sannomiya Station dan berjalan kaki ke masjid ini. Teruja rasa di hati apabila berkunjung ke negara orang, dan dapat melawati masjid yang terdapat di sana. Masjid ini merupakan masjid yang pertama sekali dibina di Jepun pada tahun 1935. Masjid ini masih kukuh berdiri walaupun mengharungi zaman Perang Dunia Kedua dan tragedi Great Hanshin Earthquake.




Reka bentuk senibina masjid ini menggunakan Ottoman architecture, dengan keluasan sederhana, cukup untuk menampung komuniti muslim di kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti mengambil gambar dan merekod video di dalam masjid ini tidak dibenarkan ya. Jadi kita bergambar di luar sahaja.

Laman web : Kobe Muslim Mosque




  • HALAL RESTAURANT : NAAN INN

Di sekitar kawasan Kobe Muslim Mosque ni ada beberapa kedai makanan halal yang anda boleh kunjungi, juga grocery shop yang menjual produk halal. Makanan yang kami order di Naan Inn Restaurant ni boleh tahan berpatutan harganya dan portion nya banyak! Puas hati dan kenyang makan di sini.



  • KITANOZAKA STARBUCKS

Kepada peminat Starbucks! Anda patut singgah ke Kobe Kitano-jinkan Starbucks ini! Ianya juga dikenali sebagai Kitanozaka Starbucks. Ia merupakan lokasi yang sangat instagrammable! Boleh lah bergambar di pelbagai sudut menarik di sini sambil menikmati kopi enak! Dari luar pun dah cantik!




Memandangkan rekaan dalaman Kitanozaka Starbucks ni unik dan menarik, tidak hairanlah cawangan ini menerima ramai pengunjung. Jadi hanya ada beberapa spot sahaja yang dapat Nisa ambil gambar, banyak lagi photo spot yang menarik sebenarnya. Anda kena berkunjung sendiri ke sini tau!



  • KOBE IJINKAN-DORI

Sekitar Kitanozaka Starbucks itu tadi merupakan kawasan tarikan pelancong yang dikenali sebagai Ijinkan-Dori. Kawasan tersebut terdiri daripada kawasan perumahan yang berkonsepkan Western houses and building. Ada pelbagai binaan yang menarik di sekitarnya, memang cantik kalau ambil gambar.

Laman Web : Kobe Kitano Ijinkan




Selain mempunyai pelbagai binaan yang cantik dan unik, kawasan Ijinkan-dori ini terdapat banyak kafe-kafe yang menarik, rumah yang boleh dikunjungi pelancong dan juga trick-eye museums. Sambil bersiar-siar pelancong boleh juga shopping di sini sebab Nisa lihat ada kedai-kedai baju dan cenderahati di sepanjang jalan. Dah puas berjalan di Ijinkan-dori ni, kami berjalan kaki kembali ke JR Sannomiya Station. 



  • HIMEJI STATION

Dari JR Sannomiya Station, kami menaiki tren Special Rapid Service ke Himeji Station. Stesen ini boleh tahan besar dan luas juga, serta bersambung dengan bangunan membeli belah. Pemandangan dari tingkat tinggi pun cantik juga, nampak city view dan castle view kerana Himeji Castle tidak jauh dari stesen ini.



Apa yang menariknya, dari tingkat 2 di bahagian luar Himeji Station ini mempunyai Observatory Deck yang memperlihatkan pemandangan Himeji Castle terus dari situ. Dari kejauhan terlihat istana tersebut tersergam indah, bolehlah anda mengambil gambar kenang-kenangan dari deck tersebut. 




  • HIMEJI CASTLE

Dah sampai dekat Himeji ni tentu-tentunya kena singgah di tarikan utamanya iaitu Himeji Castle atau juga dikenali debagai Hakurou Castle (White heron Castle) kerana bangunannya yang berwarna putih dan dari jauh tampak berkilau apabila terkena cahaya matahari. Nisa jalan kaki je dari Himeji Station tadi, tapi kalau nak lebih cepat sampai dan tidak penat boleh naik teksi atau bas atau sewa basikal dari Himeji Station.



Himeji Castle website : https://www.himejicastle.jp/en/
Open daily from 9.00am to 4.00pm (only closes on 29th and 30th December)
Admission fee : 1000 yen (Adult 18 years and avove)  |  300 yen (6 - 18 years old)

TIPS : Show your JR West Pass to enjoy 20% discount !!



Istana ini tutup agak awal ya, iaitu pada jam 4.00 petang. Jadi rancangan perjalanan anda untuk ke sini, atau pun boleh datang awal pagi agar lebih selesa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan istana. Memandangkan Nisa jalan kaki ke istana ini, Nisa dapat lihat terdapat kedai-kedai di sekitar istana yang menyediakan perkhidmatan menyewa kimono. Boleh lah jalan-jalan dalam istana dengan pakaian tradisional Jepun! Kedai snek, aiskrim dan cenderehati juga banyak terdapat di kawasan depan istana.


Selesai bersiar-siar di Himeji Castle, kami menaiki Shinkansen ke Shin-Osaka Station, dan bertukar ke tren biasa untuk kembali ke Osaka Station. Haa jimat dan sangat berbaloi kerana dengan JR West Pass ini, anda turut boleh menaiki Shinkansen (Bullet Train) - Nozomi dan Mizuho. Jika anda mempunyai JR Nation Wide Pass pun tak boleh naik tau!




  • OSAKA STATION CITY : PRAYER ROOM

Setibanya kami di Osaka Station City (nama stesen ini seperti sebuah bandar, kan? Semuanya tersedia di dalam satu bangunan yang sangat besar!), kami ingin menggunakan surau kerana kami dah check out hotel dan akan check-in hotel lain malam ini. Di Osaka Station City ada menyediakan Prayer Room yang boleh digunakan oleh para pengujung. Namun ruang yang terhad memerlukan anda untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan ruang tersebut bagi memastikan keselesaan untuk setiap pengguna. Untuk mendaftar, anda perlu ke kaunter informasi yang terletak di tingkat 3.




Di kaunter informasi tersebut, para pekerja akan menjelaskan kepada anda berkenaan lokasi Prayer Room terbabit dan lain-lain info mengenainya. Untuk menggunakannya, anda perlu mengisi borang yang disediakan. Anda harus menyatakan tempoh untuk menggunakan Prayer Room tersebut, contohnya 15 minit atau 30 minit. Dan di dalam borang tersebut, anda perlu menyatakan berapa orang (lelaki dan wanita) dan akan menggunakannya.





Prayer Room ini terletak di luar South Central Gate, sangat dekat dengan pintu masuk Hotel Granvia Osaka. Apabila anda sudah mengisi borang terbabit, pihak Information Counter akan unlock pintu Prayer Room dan di skrin akan terpapar seperti di dalam gambar di atas, menandakan bilik ini sedang digunakan.




Prayer Room ini mempunyai dua ruang yang berlainan untuk pengguna lelaki dan juga wanita. Terdapat sejadah dan penanda arah kiblat tersedia, serta ruang mengambil air wudhu yang sangat selesa. Bagi Nisa, untuk solat mungkin boleh memuatkan dua tiga orang dalam satu-satu masa, tapi jika mahu lebih selesa boleh lah bergilir-gilir sekiranya anda datang lebih dari dua orang.




  • OSAKA STATION CITY : WATER CLOCK

Selepas kami ke Prayer Room, kami berkunjung ke antara tarikan utama di Osaka Station City ini iaitu Water Clock. Water Clock ini juga terletak di South Central Gate di South Gate Building, lebih tepatnya berhadapan dengan Prayer Room itu tadi. Senang sangat nak jumpa.




Water Clock ini sangat unik dan memaparkan ucapan selamat datang dalam beberapa bahasa, juga memaparkan waktu. Tips Nisa, untuk mengambil gambar di sini sebaiknya datang pada waktu malam kerana paparan air tersebut lebih jelas di dalam kamera di waktu malam. Setting kamera tu elok-elok, dan dapatlah capture momen-momen paparan air tu..




  • HOTEL VISCHIO OSAKA

Malam ketiga kami di bumi Jepun, kami bertukar ke hotel lain yang juga berhampiran dengan Osaka Station City iaitu Hotel Vischio Osaka. Hotel ini sangat cantik dan baru sahaj dibuka pada june 2018 yang lalu. Semua Vischio dan juga Granvia terletak berhampiran dengan stesen keretapi jadi sangat mudah sebenarnya kalau anda stay di hotel ini.



Selain terletak berhampiran dengan stesen keretapi, Hotel Vischio Osaka juga berhampiran dengan beberapa tarikan utama di Osaka seperti Umeda Sky Building. Kedai-kedai menarik dan pusat membeli belah juga berada di sekitarnya. Jadi selain boleh berjalan kaki ke stesen keretapi, anda juga mudah mendapatkan pengangkutan awam yang lain seperti bas.




Baiklah sekian perjalanan Nisa untuk hari ketiga Nisa di bumi Jepun. Terima kasih kerana sudi baca! Nanti Nisa sambung lagi!





NISA KAY.

Read More»

Copyright © Nisa Kay