Ahad, 17 Ogos 2014

TRAVEL – Nisakay Ke Korea PART 3

 

Assalamualaikum..

 

Heheee tak sabar sabar nak share keseluruhan kisah percutian aku ke negara Korea. Huuu makin ditulis pasal Korea, makin rindu pulak aku dengan tempat tu.. Ishh ni yang susah ni bila hati dah terpaut.. Tak gitu? Ini baru ke Korea.. kalau ke Paris? Ke London ? Haa macam mana la pulak kann..

 

DSC07177

Okay tanpa membuang masa menaip perkara-perkara yang kurang bermanfaat, marilah kita move on ke lokasi aku di Korea yang seterusnya.. Ini adalah salah satu tarikan utama kat Korea ni, yang menjadi lambang kebudayaan, sejarah dan identiti Korea. GYEONGBOKGUNG PALACE destinasi kami seterusnya… Kalau datang negara orang tapi tak kenal budaya dan sejarah dorang, ada sikit rugi kat situ la.. teehee..

 

 

DSC07182

Yang menariknya, pada waktu-waktu tertentu dia akan ada some sort of pertunjukan istiadat tukar pengawal. Siap dengan paluan gendang, para pengawal yang lengkap berpakaian seragam tradisi. Memang sesuatu yang unik dan menarik bagi pelancong asing. Tak putus-putus orang rakam video dan ambil gambar.

 

 

DSC07194 

Ahaaa… kalau nak tahu, depan istana Gyeongbokgung ni ada khemah yang menyediakan perkhidmatan sewa pakaian tradisi hanbok ni.. Ehh sewa ke pinjam eh? Tak ingat lah.. rasanya tak payah bayar yang ni… Lepas tu ada tempoh masa para pengawal tadi akan freeze kat depan istana, korang bergambar laa puas-puas. Depa akan berdiri jaa kat situ. Haha.

 

 

DSC07198 

Oppa dan unni kat belakang ni merupakan students Korea (and of course they are Koreans). Aku pun tak tahu kenapa dorang pakai pakaian tradisional dan mingle around dengan pelancong. Haha! Yang pasti dorang sangat laa sporting dan suka bergambar dengan pelancong macam kami. Annyeongghaseyo. haha !

 

 

DSC07210 DSC07212

Ahaa… perkara pertama yang HARUS dibuat bila masuk ke istana ni, BERGAMBAR laa !! Terima kasih kepada kakak yang sudi snap kan pic daku di sana.. Kemain posing nak berdiri sorang-sorang jaa.. ala-ala mencari arah tuju gittew… Yang best tempat ni peaceful gila… bangunan unik (which is memang best kalau bergambar ! Background lawa kot !!) dan BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA..

 

 

DSC07257 

Kemhor itu pasti.. Kamera Sony NEX-3N aku cacakkan dekat monopod, set timer, then wallah !! Hahahaa… bila dah merayau sorang-sorang (kawasan istana tu luas gila) memang ini je lah kerja nyaa… Hahaha.. kesian kat diri sendiri. Lepas ni melancong bawak official photog la! Mampu?? HAHA !!

 

 

DSC07281 Okay.. cuba teka ke mana pulak kita lepas ni??

 

 

DSC07284

N SEOUL TOWER ! Atau dikenali dengan nama Namsan Tower. Masa nak naik ni, kitorang naik cable car. Punya lah takut akuuu !!!!!!!!!!!! Sudahnya aku duk mencangkung je cable car tu sebab aku taknak tengok atau tertengok ke bawah. Allah gayatnya aku melampau-lampau. Memang mengalir la jugak air mata aku menahan gayat.

 

 

DSC07295 N forrrr Nisakay ! Hahahaa pon boleyhhhh !!

 

 

 

DSC07300 Bebuat berani tengok bawah pulak. Hakikatnya.. lepas ambil gambar ni, aku terus melompat menjauhi tingkap !

 

 

 

DSC07320 Susah payah tau nak ambil gambar ni tanpa sebarang photobomb dari pelancong lain. Ramai nau nak ambil gambar kat bentuk love niii.

 

 

 

DSC07328

Alahhhh !! Ade photobomb pulekkk !! Kalau tak dah lawa dah gambar kat locks’ tree ni hahahaa… Gigih nau sesiapa yang tinggalkan mangga kat pokok-pokok ni tauuu… Ada je yang dari Malaysia. Hahaa ! Next yearrr… If I’m coming back.. I dont know if I have a lock with two names on it. Hikhik.

 

 

 

DSC07331

Ahaaaa ! Satu lagi spot wajib bergambar ! Hahaa susah nau nak dapat turn bergambar kat sini tauuu.. Aku hampir-hampir ingat aku takde gambar kat bunga ni tau. Tak pasal-pasal sedih tak ketentuan hala. Muahaha.. Ohhh di manakah sebelah hatikuu.. Ehh !!

 

 

DSC07342

Duduk lepak merehatkan diri sambil melihat gelagat para pelancong yang turut datang melawat Namsan Tower. Warga Korea sendiri pon banyak yang datang melawat tempat tarikan di negara dorang sendiri. Bagus betul kan.

 

 

DSC07368 DSC07371

Turun dari Namsan Tower, kami serang MYEONGDONG yeahhhh !!! Shopping timeee !!! One thing about Dongdaemun ni, kat sini banyak gilaaaa kedai kosmetik !! Kalau setakat jenama macam Nature Republic, Etude House, The Face Shop memang bersepahhhh kat sepanjanggggg street ni tau ! Selang beberapa buah kedai, korang akan jumpa kedai jenama sama..

 

 

DSC07376

Banila Co jugak one of the brand yang agak popular kat Korea.. Kedai dia aduhh besarnya, warna pink pink pulakk tuuu memang jatuh hati weyh ! HAHAA.. Ke sebab aku ni peminat warna pink ? Aku dapat tau pasal brand ni dari instagram Elfira Loy. Then aku ada tanya kawan jugak pasal produk ni. Makanya, aku beli almost a whole set of make up and skin care kat kedai ni. 

 

 

Ohh yee… one thing about shopping kat sini, kita akan dapat potongan sebab TAX FREE. Haa gituhh.. Tapi yang lecehnya pasal TAX FREE ni, kita still bayar harga produk + tax. Lepas tu kita akan dapat resit khas untuk potongan tax tu. Then kita kena pergi kaunter TAX FREE untuk refund bahagian duit kita yang untuk tax tu. Dan kaunter nak refund tu ada beberapa je, contohnya kat Incheon Airport. FAHAM KE IDOK ???

 

 

 

DSC07261

DSC07379

More shops at underground train station ! Hahaa nak naik tren pon tak senang duduk tau sebab ada kedai-kedai kat stesen bawah tanah ni. Adoi haa memang mencabar keimanan jugak laa.. ahhaa tapi memang TERBELI jugak laa kat kedai kedai niii ! HAHA.. Adoih.

 

 

*    *    *    *    *    *    *    *    *

 

 

Good news dari pengelola trip Korea yang aku ikut ni, dah ade yang confirm join trip sama group dengan aku next year ! Hehee yeay ! Jumpa next year inshaAllah ! Kepada yang nak join trip ni pada April tahun depan (sama group dengan aku), boleh drop email korang kat bawah.. nanti aku emelkan details ya. Details termasuk segala butiran mengenai jumlah pembayaran, jadual dan lain-lain okay. Siapa nak pergi jom lah ! Perempuan ke lelaki ke semua boleh.. sapa lak kata tak boleh kan?

 

 

 

 

 

Annyeongg !


Read More»

Ahad, 10 Ogos 2014

TRAVEL – Nisakay Ke Korea PART 2

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh terluang jugak masa nak share dengan korang perjalanan aku ke Korea bersama dengan group travel di bawah pengelolaan rakan blogger, UZAIR OTHMAN. Alhamdulillah.. entry bahagian pertama dapat sambutan positif dalam kalangan pembaca. Cececehhh dah macam launching produk baru pulak kan.. Tak sangka ramai jugak berminat nak travel ke Korea ye..

 

Mulanya aku ingat nak bahagikan entry ni mengikut hari. So satu hari 1 part la kan. Tapi ya ampun banyak la pulak gambar yang nak dikongsi dengan pembaca.. Aku suka upload gambar, lagi lagi gambar travel sebab boleh bagi gambaran lebih jelas dan berkongsi mood bercuti tu dengan pembaca.. ye dak? Lagipun blog ni tempat aku abadikan kenangan aku..

 

 

DSC07083

Penampilan aku bila travel – YANG PENTING MESTI SIMPLE dan memudahkan untuk bergerak ke sana sini. Memandangkan masa aku bercuti ke Korea tu musim bunga, maka cuaca boleh tahan cool nye. Ada kala hujan tu, udara boleh tahan sejuk jugak lah. Tapi takdelah sampai sejuk menggigil ke apa. Cukup aku pakai tweed jaket dengan blouse yang biasa aku pakai kat Malaysia jugak. Kasut mestilah SELESA UNTUK BERJALAN LAMA sebab dah namanya pakej ala backpaker, memang banyak berjalan!

 

 

DSC07091

Rakan-rakan baru.. Kak Mas, Erin dan Kak Lin. Alhamdulillah walaupun tak kenal sesiapa masa join group ni, masuk hari kedua dan ketiga dah mula ade geng. Kakak-kakak sporting ! Rindunye lahaii kat dorang ! Hehe…

 

 

DSC07092

Naik turun tren adalah BIASA dalam trip ni. In fact, tren adalah pengangkutan utama sepanjang seminggu bercuti di Korea ni. Seronok naik tren sebab cuci mata bila ada habang-habang Kpop-look. Bahahaa !!! Dan boleh tengok budaya dorang. Fesyen pakaian, fesyen gaya rambut, warna tengah trend.. semua tu jelas ditunjukkan oleh masyarakat sini.

 

 

DSC07103

DSC07101

Ayuhhh keluar berjalan-jalan ! Tengah berjalan kaki pun boleh berhenti then snap gambar ! Hahaha adoih la apa punya perangai laa..

 

 

DSC07110 DSC07116

Ahaa… sebelum ke Korea, aku banyak sangat dengar pasal susu pisang pelbagai perisa ni. Popular sungguh ye ! Ada kawan aku yang siap beli banyak-banyak then bawak balik Malaysia ! Aku pun memberanikan diri mencuba.. Sebab aku bukannye jenis suka try benda baru. Maka… selepas seteguk, memang BEST woi ! Lemak berkrim disukai ramai. Sudahnya memang setiap pagi, aku singgah kedai serbaneka berhampiran hostel nak beli susu pisang ni.

 

 

 

DSC07133

Kisahnya… hari kedua kami bermula dengan perjalanan ke Insadong. Satu tempat tarikan pelancong. Tempatnya merupakan deretan kedai-kedai cenderamata, kedai pakaian, makanan dan bermacam lagi ! Haa ada jugak studio tempat orang nak photoshoot pakai hanbok. Gambar dalam studio kompem lawa ye dak? Malangnya aku tak sempat ambil gambar dalam studio pun. Iskk..

 

 

DSC07117DSC07126

Masa kami sampai kat Insadong ni, cuaca mula hujan renyai-renyai. Kalau kita orang Malaysia, tak kisah lagi kot nak berjalan-jalan dalam suasana gerimis halus hujan tu kan. Kalau orang Korea, depa dan pakat keluar payung dah. Tapi bila gerimis halus menampar pipi mula bertukar menjadi titis air mencakar wajah, maka payung aku beli. Haha !

 

 

qq Ahaaaa… aku rasa produk berlatarkan artis Kpop memang antara produk cenderamata yang sangat biasa dijual di Korea ni. Well, tak dinafikan industri hiburan Kpop memang banyak naikkan nama negara Korea di mata dunia kan? Nasib lah aku jenis tak minat sangat beli benda macam ni.. Aku beli untuk orang je ade la..

 

 

 

DSC07132

Trick sofa ni menarik betol. Aku suka bergambar kat sini. Macam-macam mimik muka aku buat. Korean citizen yang tolong ambilkan gambar aku nampak macam suka je ambilkan gambar. Lepas tu puji orang Malaysia cantik-cantik. Adoi la oppa. Kembang kempis hidung aku tau ! Hahaha !!

 

 

DSC07133

Suasana di Insadong yang ramai pengunjung.. Well, ini gambar selepas hujan.. masa sebelum hujan turun memang ramai orang kat street ni.. Pelancong dari luar negara pun ramai kelihatan di Insadong ni. Aku suka shopping kat sini sebab banyak cenderamata yang ada elemen tradisional, banyak pilihan dan yang penting KORANG KENA BARGAIN ! Hahahaa… (melainkan kedai yang fixed price)

 

 

DSC07165

Suasana bandar di Korea.. pagi-pagi dah sibuk orang keluar bekerja dan pelbagai urusan lain. Teksi agak mudah di dapati, sebab aku perhatikan memang banyak je teksi kat tepi jalan. Ahh suka lah bandar macam ni. Sangat bersih !

 

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *

 

 

Berbalik kepada bahagian terakhir entry Nisakay Ke Korea PART 1, aku ade jelaskan sikit mengenai trip yang aku join ni.. InshaAllah tahun depan aku akan ambil pakej trip ke Korea yang sama.. sebab aku dah jatuh cinta dengan Korea, so aku memang dah pasang niat nak pergi lagi. Siapa yang berminat dengan pakej trip ni, boleh drop your email kat ruang komen, nanti aku hantarkan details ye. Siapa yang betul-betul nak join pakej ni, mana tahu kita dapat pergi satu group ye dak? Thanks for your time reading this entry !

 

 

 

 

Annyeongg !


Read More»

Selasa, 5 Ogos 2014

TRAVEL - Nisakay Ke Korea PART 1


Assalamualaikum.


Amboi amboi kemain aku peram baekkk punya entry holiday ke Korea bulan April lepas. Hah ! APRIL? Sekarang dah masuk bulan Ogos pun.. Amboi sikit lagi sampai setengah tahun peram.. lepas tu lengah lagi sampai setahun.. kalau lengah lagi maunye tak update langsung laa pasal Korea ni. Muehehe..


Alkisahnya Korea ni memang dah jadi destinasi impian sejak mula aku mengenal apa itu Kpop. Haa gituh.. Dengan perkembangan dan fenomena muzik Kpop di negara kita ni, sememangnya fenomena bercuti ke Korea jugak menjadi-jadi. Tak gituuu? Ye akulah salah seorang darinya yang berangan-angan nak ke negara Kpop tu. Dengan kerja keras tak mengenal penat dan waktu tidur yang ke laut setiap hari, akhirnya aku berjaya mengumpul ongkos untuk berangkat ke sana.. ALHAMDULILLAH…




DSC06951

Okay ini gambar masa dah sampai Incheon International Airport. Lebih kurang jam 8 pagi (waktu Korea) masa tu. Kami naik flight Air Asia ke Korea lebih kurang jam 1 pagi macam tu lah. Perjalanan 6 hingga 7 jam jugak. Dah tido dalam flight kan. Memang selebet gila muka.

Ohh ye.. nak bagitau awal-awal ni.. aku pergi ke Korea ni BUKAN DI BAWAH MANA-MANA TRAVEL AGENCY yee.. aku ikut tour guide persendirian sajo. Maknanya bukan di bawah agensi. Aku bayar pakej, then orang tu bawak kami satu group jalan-jalan. Makan, tempat tinggal pengangkutan semua covered. Haa pasal kat mana aku ikut tour Korea ni, nanti aku cerita.




DSC06954

Haaa tadi aku bagitau yang aku bukan under travel agency kan. Aku ikut group travel ni, ala-ala backpacker la jugak. Turun naik public transport, jalan kaki. TU BIASA okay. Kau nak layanan up sikit silakan pilih mana-mana travel agency pilihan korang okay. Takde halangan. Hehehee..

Kad dalam gambar di atas ni ialah T-Money card. Kad ni seumpama Touch N Go macam kat Malaysia ni jugaklah.. Tapi penggunaan dia sangat meluas.. segala jenis public transport memang pakai kad ni. Kalau takde kena beli ! Memang takde kaunter tiker tunai ke hape. Memang takde. Bagi yang beli kad ni untuk kegunaan sepanjang bercuti di Korea sahaja, ada mesin yang korang boleh gunakan untuk pulang kad ni dan refund baki dalam kad (kalau tak silap aku la).. Naik teksi pon boleh bayar tambang guna kad ni.




DSC06959

Yaa bebeh… naik train / subway sangat sangat biasa. Diingatkan trip yang aku join ni bukan under travel agency, maka memang takdenye nak gerak naik bas bagai. Memang turun naik tangga je kami. Tapi yang hazabnya masa sampai nilah.. Kena hangkut bagasi yang berat naik tangga. Orang lain tahan lagi kot. Beg aku laa paling besau !! Huwaaa T_T




DSC06961

Tapi aku suka macam ni… Rasa macam berjalan dengan kawan-kawan dalam satu group yang besar. Well.. memandangkan aku tak kenal sesiapa dalam group tu, maka aku just made new friends. Haa kan dah bertambah kawan. Naik turun subway ni jugak bawak kita lebih dekat dengan masyarakat Korea. Tengok aktiviti dan ragam manusia turun naik tren.




DSC06966

Kami menginap di sebuah hostel di Itaewon. Alhamdulillah, walaupun duk beramai dalam satu bilik, tapi semua selesa. Janji ade proper place to sleep and rest ye dak.. Dapat kenal lagi peserta trip ni yang lain. Alhamdulillah semuanya baik-baik dan friendly. Ohh ye.. group yang aku join ni semua perempuan, kecuali ada sepasang suami isteri. Kawasan Itaewon ni banyak jugak pelancong Malaysia (sebab senang dapat makanan halal) dan juga foreigner.




DSC06969

Ini area Itaewon.. Jalan naik bukit sikit, melalui kedai-kedai sepanjang jalan, kami menuju ke suatu tempat..




DSC06992

DSC06981

Masjid di Itaewon ! Di sinilah student muslim (menurut kawan aku yang study sana) solat Jumaat. Sepanjang perjalanan mendaki bukit nak ke masjid ni, kita boleh tengok banyak kedai makan halal dan juga kedai runcit yang jual produk halal. Dah namanya produk halal, di negara orang pulak tu, memang a bit mahal lah kan. Normal lah tu..




DSC06972 DSC07006

Antara restoran yang menyediakan juadah halal.. Kot la ade yang duduk Korea sana berbulan atau bertahun, boleh lah datang cari masakan Melayu kat Itaewon ni. Ada pulak yang pernah komen aku, menyatakan beliau tak pernah jumpa pun restoran makanan halal kat Itaewon ni.


Haa nampok ngat menipu nye. Ade satu restoran yang terletak berhadapan jalan utama di Itaewon (tak sempat pulak ambil gambar). Dan restoran-restoran macam dalam gambar di atas ni terletak di atas bukit, kena rajin jalan sikit la.



DSC06970

Ahaaa kami datang jauh-jauh mesti lah nak rasa makanan Korea kan ? Yang pasti kena cari yang halalan toyyibaa gituhhh.. Nampak tak banner pakistan business tu? Haaa inshaAllah kita percaya.




DSC06998

Maafkan muka selebet aku tu okay. Memang tudung dah herot-berot sebab tido dalam flight. Tido memang tak sedar apa. Tau-tau je dah nak landing sebab stewardess suruh tegakkan seat. Muahahaa.. (Tapi masa aku naik Etihad masa ke Barcelona hari tu takde pulak suruh aku tegakkan seat, elok je aku tido. Sedar-sedar je flight dah siap nak parking orang bangun nak ambil barang dah. HAHA !)




DSC07002

Jyeahhh !! Halal korean cuisine. Alhamdulillah. Perut yang kelaparan diisi dengan sebaiknya. I loveee the soup. Ade daging hancur-hancur. And I love the kimchi, I love the ricee.. a bit sticky, but as sticky as glutinous rice. Haa gitohh. Nak explain nye kemain cakap omputeh ! Tapi satu je lah aku ni, aku tak makan seaweed ! Haha..


Lepas makan tengahari, kami ada jalan-jalan di sekitar Itaewon. Area Itaewon banyak jugak kedai nak shopping, hotel dan cafe. Kedai serbaneka berlambak-lambak juga. Senang nak beli air ke, any toiletries ke. Kot la terlupa bawak berus gigi ye dak? Kedai kosmetik pun lagi laa banyak ! Hahaa..




DSC07014

And this is Erin. Kawan dari Sabah. Erin pun datang sorang-sorang. See? Takdak hal pon kalau kita tak kenal sesiapa. Boleh je buat kawan baru.. InshaAllah erat ukhuwah sesama Muslim ye dak… Ade jugak geng nak ambilkan gambar, borak-borak, jalan jalan.. Haa lepas makan, rehat di hostel.. mandi-mandi, kami bersiap nak keluar pulak..




DSC07021

Ahaaa nak kemana ye kita? Bersedia pakai tebal sikit sebab nanti sejuk! Teeheehee..





DSC07032

Sebelum bertolak ke destinasi kami malam nanti, singgah kedai kebab halal. Memang kebab ni antara makanan utama kami kat Korea ni. Bukan apa, senang nak bawak sebab kecik. And boleh tahan jugak kenyangnya.. Haa itu perut aku lah, kalau perut orang lain tak tau laa. Haha !




DSC07044

Jalan-jalan turun naik tren lagi.. Bila jalan-jalan macam nilah baru dapat tengok secara dekat kehidupan kota Seoul bila malam tiba. Lebih meriah kot, sebab time orang balik kerja and balik kelas.. So stesen keretapi ramai orang, kedai ramai orang..




DSC07060 DSC07061

Ahaaaa ! Inilah destinasi kami malam hari pertama tuuu ! Rilek-rilek sambil menikmati suasana yang agak dingin di Han River, di bawah Banpo Bridge. Serious cool dan rilek je lepak sini.. Sambil makan kebab yang kitorang beli tadi.. Ramai jugak orang lepak sini. Biasanya ada pertunjukan air.. Tapi takde rezeki kami malam tu nak tengok water show tu.




DSC07065

Selfie itu harus ! Hahaha lawaaa kat sini. Bersih jee. Kan best kalau kat Malaysia ade tempat macam ni. Bersih dan nyaman, buat tempat lepak petang-petang.. jogging ke kan..




DSC07073

Ahaaa KEGEMARAN AKU NIH ! Hahahaa.. Mohon bertenang jiwa dan raga sebab kedai-kedai jual baju pelbagai fesyen memang agak bersepah kat sini. Kat bawah tanah tu, tempat stesen keretapi pun ada kedai-kedai macam ni. Ada kat satu stesen tu, keluar je keretapi rasa nak ternganga tengok deretan kedai baju, kasut, perhiasan ! Pergghhh!!




*  *  *  *  *  *  *  *  *



Dan lagi satu.. bagi aku, aku selesa ikut trip ala backpacker macam ni. Kita lebih bebas dan tak terkejar-kejar sangat nak ke sana sini. Ye memang kita kena tepati masa sebab nak gerak pon naik tren, tapi masing-masing dah besar kan, once dapat arahan, ikut je la. Lagi satu lagi rasa macam pengembara haha.. Kalau ada yang suka pergi travel plan sendiri tu pun okay je.. ikut citarasa masing-masing ..


Aku selesa nak pergi under organized trip macam ni sebab takyah fikir nak buat itinerary bagai. Just ikut je. Bayar dan ikut. Haa gituh konsepnya. And of course la, HAVE FUN ! Tak gituu? Oh yee… aku ikut trip ni under blogger UZAIR OTHMAN






Siapa nak tahu lebih lanjut mengenai pakej-pakej ke Korea pergi ke laman web 
www.uzairothman.com 





Annyeongg !

Read More»

Copyright © Nisa Kay