- ohhh maaf bukan niat aku nak tulis bahasa kasar
- aku cuma nak menggambarkan sesuati situasi... hmmm get it? hehe
- macam macam kan hidup ni... sering saja kita jumpa dengan manusia manusia yang kita tak pernah sangka wujud di muka bumi ni
- mari teruskan kisah dunia
SWEET TALKER. ahhh biasa lah tu. semua orang pun sweet talker. lebih lebih lagi bila kita mahu mendapatkan sesuatu. bila nak something semua manis, semua baik, semua bagus.
Mulut manis macam gula-gula (sumber : Google) |
hmmm.... maaf saya katakan ramai jugak lelaki seperti ni kat luar sana. bila nak mengorat wahhh bukan main manis mulutnya. itu baik, ini baik, awak lah paling cantik comel lawa semua dia puji lah.. ohhh perempuan hati lembut mudah betul tertawan. lelaki itu mungkin dia sehensem Brad Pitt, dia tidak segak macam Goku (hehh???).. tapi sebab dia pandai menawan perempuan dengan kemanisan berkata-kata, perempuan pun boleh terperangkap.
GOKU - Dragon Ball Z The Movie (segak giler kan) - sumber Google |
boleh tak aku katakan aku pernah jugak terjumpa dengan golongan sweet talker dalam hidup aku? ohhhh menipulah kalau tak pernah kan kan. pujian jangan katalah, tinggi melambung mengalahkan KLCC...! apa kau buat semua di kata betul, apa kau pakai semua di kata lawa walaupun aku pakai selipar jamban sekalipun! ya, sudah semestinya ada udang di sebalik batu, heheee.. tak mengapalah kan, perkara dah berlalu. syukur aku cepat tersedar!
selipar jamban aku lagi lawa dari ni (sumber : Google) |
kadang kadang aku rasa lebih baik berkawan dengan orang jahat betul betul evil tuh. sekurang-kurangnya kita memang tahu dia berperangai jahat dan memang akan buat perkara yang jahat. kalau kita berkawan dengan orang yang muka aje nampak baik, lepas tu kita dapat tahu sebenarnya dia bukan seperti yang kita sangkakan, itu kan lebih melukakan??
ohhh hidup penuh dugaan..! tapi tak mengapa, semua yang berlaku ada hikmah, walaupun ade sesetengah perkara yang aku tak boleh lupakan atau lepaskan.
(pesanan penaja : entry tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia)
perasaan : they dont care about your feelings actually.
alhamdulillah bgus gak ader org gni...
BalasPadam