Memaparkan catatan dengan label Suka Menaip Sahaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suka Menaip Sahaja. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

TIPS KECANTIKAN – Memilih foundation yang paling tepat untuk kulit?

 

Assalamualaikum…

 

Selama aku blogging ni banyak jugak aku terima soalan yang bertanyakan mengenai cara-cara atau tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka. Mesti ramai yang tanya.. “MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS??”

 

makeup_foundation

TANGGAPAN YANG SALAH #1 :

Haiyaaa kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni… Untuk pengetahuan kalian, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita nampak flawless okay? Tapi lebih tepat lagi, berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.

 

TANGGAPAN YANG SALAH #2 :

Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Iskkk ini pon sedih tau. Aku pun kadang-kadang tak sedor diri beli foundation yang tona dia lebih cerah dari kulit sendiri. Sudahnye, bila pakai nampak sangat pelik, sebab warna kulit kat tangan lebih gelap!

 

Jadi jika dari awal lagi kita dah ada tanggapan yang salah mengenai fungsi foundation, macam mana kita nak pilih foundation yang tepat untuk kulit muka kita ye dak? Jadi berdasarkan pengalaman aku bertanyakan kepada beauty consultant, kepada jurumekap, membaca tips di majalah dan internet, aku nak share tips tu dengan korang :)

 

found

TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!

Ada yang main taram aje beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Contohnya, aku review barang mekap. Alhamdulillah kulit aku jenis tak sensitif dan aku boleh pakai pelbagai jenis dan jenama mekap. Tapi korang yang membaca review aku tu jangan pulak pergi beli sebelum periksa produk tu sesuai ke tidak dengan kulit muka korang?

 

Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.

 

 

foundation-color-comparison

TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !

Aku tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Kejadahnye? Aku dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan aku beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”.

 

TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA

Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni aku tengok kita yang muda ni pon dah mula ada fine lines kat wajahhh! Oh nooo!! Menurut pembacaan aku, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.

 

TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT!

Sekarang ni kan ade pengukur kecerahan ape benda entah tuu. Hahah. Macam yang aku sebut awal-awal tadi, foundation ni BUKANNYE untuk mencerahkan wajah tetapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pulak. Serius pelik. Iskk. Tapi kalau aku ler, nak ber-photoshoot memang pakai foundation yang menampakkan kulit cerah supaya masuk je dengan apa-apa warna yang aku pakai.

TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!

Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak kat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit. Macam aku ni ha, masa duk kat Penang aku selalu pakai foundation sun screen dengan SPF tinggi.

 

TIPS 6 : PILIH PRODUK YANG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!

Haaa dah membeli tu jangan main taram beli yang kat pasar malam punye pulak! Ye memang kita nak beli barang yang murah.. Tapi apa guna kalau ia memudaratkan kulit wajah di masa akan datang? Kos perubatan bukan murah, dan kalau kulit wajah bermasalah, ia akan menjejaskan keyakinan kita nak jumpa orang ye dak? So pilihlah produk yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan merbahaya kepada kulit.

 

 

cosmoderm

Bagi yang nak kulit nampak flawless, mula-mula sekali mestilah jaga kulit dari langkah asas. CONTOH : Membersihkan muka setiap hari sebelum tidur, pakai pelembap atau produk yang sesuai. Bagi yang ada masalah parut jerawat di muka, pakailah krim atau minyak yang boleh memudarkan parut.

 

Macam aku ni, aku pakai produk Cosmoderm, Vitamin E Cream macam dalam gambar di atas. Aku selalu ada jerawat degil kat dagu and kat situ memang selalu meninggalkan parut sebab aku rajin picit jerawat. Kat pipi pon ape kurang. Setiap malam aku tak miss bersihkan muka dan pakai pelembap Vitamin E Cream ni sebelum tidur. Alhamdulillah dalam sebulan dan nampak jerawat pudar dan aku dah tak payah nak tepek banyak sangat concealer lepas pakai foundation!

 

founda

Apa-apa pun, nak kulit yang sihat bolehlah amalkan minum air masak banyak-banyak, air wuduk dan pelbagai lagi petua Islamik dan petua menggunakan bahan semula jadi. Bila kulit sihat inshaAllah kurang le masalah kulit lepas tu tak yah pikir banyak nak pakai produk apa.. Tak gitu?

 

Well, semoga tips yang aku kongsikan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca.. Itu je tips yang aku ingat.. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh selak-selaklah majalah kesihatan dan website serta blog-blog tips kecantikan. Thanks!

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 23 Julai 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 6

 

Assalamualaikum..

 

Woahh dah sampai PART 6 ye entry pasal Perak aku ni. Mesti muak korang aku duk update pasal jalan-jalan je.. Dah nak buat macam mana ye dak, haruslah update.. Dah aku pergi bercuti.. kena share dengan korang supaya korang aware tentang produk pelancongan yang ada kat negara kita.

 

Baiklah.. hari tu kat entry PART 5 dah cerita pasal aktiviti island hopping yang termasuk pasal keliling pulau, tengok keindahan semula jadi, mandi pantai, snorkeling dan lain-lain. Haa tu lah antara aktiviti menarik boleh buat kat Pangkor ni. So lepas balik dari island hopping tu, kami ada masa a few hours jugaklah sebelum press conference di hotel.. Maka kami…

 

DSC_1095

Turun dari bot Uncle Ah Keong (rujuk entry PART 5) aku lepas kat kolam renang, tapi tak lama. Then aku decide nak ikut roommate aku iaitu cik Azila (BJ TV9) dan cameraman beliau ke beberapa lokasi tarikan pelancong di sekitar Pulau Pangkor. Gigih Azila call kan teksi pink ni untuk ambik kami di hotel.

 

 

DSC_1056

Lokasi pertama kami ialah tempat membuat kapal. Mula nya aku macam blur jugak kenap tempat ni one of tourists attraction? Mesti ade uniknya kan? Kan?

 

DSC_1067

Pusing punya pusing maka ternampaklah akan daku rangka kapal yang besar ni. Ni baru separuh aje dari rangka kapal sebenar tau! And baru aku tahu kat tempat ni dorang buat kapal seperti kapal tunda tu dengan majoritinya menggunakan tenaga kerja manusia. HANDMADE okayh!

 

DSC_1075

Haruslah bergambor dulu kan. Feeling-feeling ade Titanic laa kat belakang aku tuh.

 

 

DSC_1099

Kemudian kami ke Kilang Satay Eng Seng yang menjual pelbagai produk dari hasil laut, makanan ringan dan lain-lain. Semestinya makanan yang halal ye!

 

DSC_1103

Aku dan Azila tengah mencuba kerepek ikan. Hahaha serius sedap! Kesedapannya membuat aku memakannya berkali-kali hingga kekenyangan! Errr ni bukan “mencuba” dah niii!

 

DSC_1117

Kalau makanan-makanan macam ni memang banyak dan murah kat Kilang Satay ni! Berbaloi-baloi habaq hang! Hahaha… So ada jugak lah makanan ringan yang aku beli kat sini. Biskut-biskut pun banyak! Gula-gula apatah lagi. Herher..

 

DSC_1118

DSC_1128

DSC_1131

Niat di hati nak beli gula-gula dalam balang teddy bear ni. Comelnye dia warna pink! Erkk abaikan gambar yang OUT focus-nya ini sebab.. uhuk uhukk.. Tak tahu nak kata apa. KAHKAHKAH!!!

 

 

DSC_1133

Sambil aku jenjalan cuci mata dan membeli belah apa yang patut, sambil tu juga cik Azila dan cameraman beliau iaitu Abang Bakhtiar tengah buat keje. Muahaha…

 

 

DSC_1142

Aku pun nak menyibuk oiii!! Hahaha feeling broadcast journalist sangat yeh! InsyaAllah one fine day, where Allah put me on the track to be a Broadcast Journalist. Amin….

 

Lepas beberapa lama kat kilang satay ni, kami pun berangkat ke tempat lain. Driver teksi pink yang sporting tu mencadangkan kami mencuba laksa goreng yang terkenal kat Pangkor tu. Tapi malangnya kami tak berkesempatan nak rasa laksa goreng tu sebab gerai belum bukak lagi, dan kami terpaksa rushing balik hotel semula untuk press conference.

 

Maka tak kesampaian la hasrat di hati nak merasa makanan tempatan di Pangkor itu. Takpe.. kalau ada rezeki, inshaAllah akan ke Pangkor lagi sekali. Tak puas sebab tak dapat main water activities macam banana boat. Muahaha. Kbai.

 

 

 

P/S : Nak menang MACBOOK AIR? Mudah sangat! KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 2 Julai 2012

Make up video – COMING SOON

 

Assalamualaikum..

 

Picture2834

InshaAllah kalau takde aral melintang maka akan siaplah video mekap menggunakan produk Mary Kay. Paling lewat pun tengah malam ni ye…  Sebab nak kena keluar ni.. ada event pulak…


 

Ohh ye, nak minta pandangan korang semua.. apa pandangan peribadi korang mengenai LALAI. Yelah.. apa sebab lalai… apa yang membuatkan korang selalu lalai, game ke, makanan ke, blog ke.. ehhh? Lepas tu apa langkah untuk mencegah lalai?? Hahaha so kalau ada pandangan bolehlah  tinggalkan komen korang ni ye. Hehehe. Kbai.

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 5 Jun 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster)

 

Assalamualaikum…

 

Yeehhaaa badan masih penat, baru je balik dari majlis pratonton filem X : Janda-jandaku Gangster. Sebenarnya ungkapan “janda-jandaku gangster” tu sekadar tagline filem ini. Tajuk filem ini ialah X okay. Mungkin singkatan dari perkataan “ex”.

 

 

484387_408839525822341_137101329662830_1181823_1145109024_n

Filem aksi komedi yang diarah oleh Ollyn Khadri ini menampilkan Pierre Andre sebagai teraju utama, dibantu 6 orang heroin yang terdiri daripada Intan Ladyana, Diana Amir, Chloe Nicole, Nuremy Ramly, CT Chubby dan Liana Rafiai.

 

 

_MG_3930

SINOPSIS :

Hafiz (lakonan Pierre Andre) ingin mengahwini Arissa (lakonan Intan Ladyana) namun beliau dihalang oleh 5 orang jandanya yang tidak mahu seorang lagi wanita menjadi janda seperti mereka. Zai (lakonan Diana Amir) merupakan janda kedua, Fatiah (lakonan CT Chubby) janda kedua Hafiz, dan Sophie (lakonan Chloe Nicole) yang kaya pula janda ketiganya. Wanda (Nuremy Ramli) janda keempat si gadis litar dan janda kelima ialah Ziana (Liana Rafiai).

 

Terdapat kisah tersendiri di sebalik kelima-lima perkahwinan terdahulu Hafiz. Zai yang berpewatakan tomboy pula merasakan usaha mereka menggagalkan rancangan Hafiz untuk berkahwin lagi sebagai melebih-lebih. Mereka akhirnya berbincang dan berpakat semula untuk menyatukan Hafiz dengan Arissa yang telah menolaknya.

 

 

_MG_5294

Haaa… entah dapat ke tak lima-lima janda si Hafiz tu satukan Hafiz dengan Arissa? Apakah kisah dan peristiwa yang membuatkan Hafiz berkahwin dan bercerai hingga 5 kali??? Tuuu korang kena tengok sendiri mulai 7 Jun ni okayh!

 

 

_MG_2978

PENDAPAT ATAU PANDANGAN :

  • Kelakar okayh! Dalam wayang tadi pun penonton bergelak ketawa. Setiap janda punya kisah tersendiri bagaimana mereka berkahwin dan bercerai.
  • Dalam banyak-banyak kisah, aku sangat suka part Hafiz kahwin dengan Zai. Memang lawak gilerrr!! Thumbs upppp!!
  • Lakonan CT Chubby pun aku suka! Sejak dari pertama kali aku kenal CT Chubby menerusi filem Sumpahan Kum Kum, aku memang suka dia nih!!
  • Perjalanan cerita yang tak terlalu lambat, tak terlalu cepat, just nice. Cuma towards the end jalan cerita sedikitttt perlahan dan kurang elemen humor.
  • Ending yang kelakar sebab ada wartawan-wartawan Melodi yang berlakon jadi… haa kalau nak tahu korang kena tengok sendiri lah ye!
  • Part drift kalau dipendekkan sikit dah cun dahhh!
  • Alhamdulillah kurang sangat part yang bosan dalam filem ni.

 

_MG_9751

Sekian review aku terhadap filem ni. Serious boleh buat gelak-gelak, so jangan lupa ajak kengkawan sedara mara semua tengok filem ni, bermula 8 Jun 2012 nanti okayh? Tahniah juga kepada pengarah, para pelakon dan tenaga produksi.

 

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 28 Mei 2012

Yana Super Friends di majlis pratonton Aku Ada Kau Ada

 

Assalamualaikum…

 

Maaf ler kalau seminggu ni berderet je entry pasal filem Aku Ada Kau Ada ni.. Aku ni kalau pergi pratonton biasanya malas je nak update. Tapi kali ni melibatkan dengan fan club yang aku aktif join, so aku rajinkan update! Hohohoo!!

 

Seperti yang diketahui ramai, aku ni peminat pelakon Yana Samsudin. Daripada zaman filem Histeria yang Yana jadi pelakon pembantu je tu, sampai la zaman ni dia duk keluar masuk panggung jadi heroin filem-filem. Hehehe…

 

DSC_0108

Macam biasalah, kalau filem Yana Samsudin kami kelab peminat beliau iaitu YANA SUPER FRIENDS wajibbb turun padang bagi sokongan okayh! Tu dia, yang tengah yang senyum tak hengat tu merupakan Ain. Dan yang paling kanan tu Kak Siti, antara orang kuat YSF. Hohoo..

 

 

DSC_0152

Ahli-ahli YSF ni bukan sahaja penyokong tegar Yana Samsudin, tapi turut menyokong artis tempatan yang lain. Tengoklah antara ahli YSF yang seronok nak bergambar dengan Kamal Adli.

 

 

DSC_0150

Ehhh Melaka Boy yang comel tu pon pakai pink tanda sokongan kepada Yana Samsudin !! Hohooo!!

 

 

DSC_0173

Heee aku pon nak ler bergambor dengan Intan Ladyana yang turun padang sebagai tanda sokongan kepada filem yang dilakonkan oleh kekasih hati beliau si Kamal Adli. Oooppss!!

 

 

DSC_0306

Yang comel berbaju YSF kat sebelah aku tu ialah abang Razali Razak atau nama glemer beliau RR. Hahaa.. beliau merupakan presiden Yana Super Friends, dan merangkap jurgambar untuk YS bila ada event yang melibatkan YS dan YSF eh ehh yeke???

 

 

DSC_0301

Sementara menunggu Yana Samsudin selesai press conference, kami kat luar ni haa dok bergambar bagai. Ye lahhh… kami ni kan jarang berjumpa.. So time ni la nak berposing sama-sama ye dak.. Ehh Uzair Othman pun datang ke pratonton malam tu.

 

 

DSC_0322

HARUSLAH LOVE merupakan tagline puteri Yana Samsudin kami. Tabik springg pada peminat Shaheizy Sam sebab mereka pun kelab peminat yang sangat supportive. Dalam gambar : peminat Yana Samsudin dan Shaheizy Sam bergabung!

 

 

DSC_0359

Yeayyy puteri Yana Samsudin dah selesai press conference! Group photo! Hehehe para peminat Shaheizy Sam pun turut serta…

 

 

DSC_0346

DSC_0347

Antara ahli YSF yang hadir malam tu.. Hehehe love you alll!!

 

 

Tahniah kepada Yana Samsudin di atas sebuah lagi filem yang menampilkan anda sebagai heroin. Semoga rezeki anda terus menerus murah di masa akan datang InsyaAllah.. Kepada YSF anda semua best, sporting! Looking forward to see you guys again!

 

Psssttt!! Terkilan aku tak dapat turun ikut ahli YSF lain yang menghadiri konsert Digi Jelajah Buddyz sebab Yana Samsudin menyanyi live atas pentas wohhh!! Apa-apa pun aku akan terus menyokong Yana… Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 26 Mei 2012

Genting Outdoor Theme Park – PART 5

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh sedang menaip entry dengan kelajuan maksima! Hohohoo.. Nak habiskan pasal theme park, then pasal outdoor activities kat Awana Genting.. Lepas tu nak update pasal Pangkor owoot woot!! Pasal Melaka pon tergendalaaaa… wuwuwuuu..

 

P5035011

Baiklah.. kalau dalam entry Genting Outdoor Theme Park – PART 4 aku dah cerita serba sedikit pasal aktiviti SKY VENTURE yang aku takut sangat sangat nak cuba tu, kali ni aku nak story mory pulak pasal tempat makan yeahhh… Selepas seharian di Genting Highlands, kami beramai-ramai menuju ke restoran Coffee Terrace yang terletak di Highland Hotel.

 

 

P5035012-horz-vert

Restoran Coffee Terrace ni mempunyai interior yang tidak terlalu sarat dengan barangan perhiasan. Kelihatan minimalis dan santai, sesuai untuk sesuatu tempat makan. So that tak serabut sangat ye dak, dah namanya tempat makan. Hohoo…

 

 

P5035018-tile

Makanan pertamaaaa sekali yang daku terjah ialah desserts!! Homaiii kenapa mereka sangat comel sangat kecik dan kelihatan sangat snagat sedap? Errr kelihatan je la ye.. Aku tak berpeluang merasa setiap satu daripadanya. Hukhuk..

 

 

P5035026-tile

Yeaahhhh more desserts!! Hahaha aku ni kepantangan sikit tengok makanan yang comel and nampak macam delicious giler nii.. Ahaksss…

 

 

P5035046-tile

Ni pulak antara desserts yang kami bawak ke meja bulat kami. Ada macam tart, aiskrim, dan air batu campur. Hohooo…

 

 

P5035031-tile

Dalam restoran Coffee Terrace ni, ada beberapa food station seperti Japanese, Western Asian, Western dan lain lain (seperti dalam gambar). Restoran ni mengamalkan konsep layan diri ye. Kalau korang nak makan apa-apa, korang pergi laa terjah food stations tu semua then tengok laa apa yang korang berkenan.

 

 

P5035055

Ada macam-macam jenis makanan! Dan ia membuatkan perut aku bergelodak dengan nafsu makan. Kalau perut ku ni boleh muat macam-macam, dah lama aku sauk ape je makanan yang nampak sedap di mata. Hahaha ishhh pembaziran!

 

 

P5035032

Yeayyyy sushi at Japanese food station! Aku ni dah lah peminat tegar sushi! Tapi aku makan spaghetti malam tu.. so aku dah kenyang. Sudahnya, aku tak amik pon sushi, tapi aku amik salmon slice yang sesangat laa fresh dan sedap!!

 

 

P5035065

Kat bahagian hujung restoran, ada ruangan luar untuk lookout dan smoking. Sekali petang tu angin kuat pulak menerbangkan kabus ke arah kami. Sejuk gila oiiii!!! Huhuhuuu…

 

 

P5035083

Yeahhh sudah penat satu hari main games kat Genting, lepas tu makan… lepas tuuu… masa untuk balikkkk.. Sobbbsss sobbbsss…. Yang berbaju biru ialah Dee Lin, staf Genting Malaysia. Yang belakang tu Lutfi Syafiq dan yang memakai sweater putih itu Hafiz Hafizol.

 

 

P5035081

Antara blogger yang join trip ke Genting Theme Park (yang aku kenal laa) :

Lutfi Syafiq

Hafiz Hafizol

Pen Merah

Rabiatul Adawiyah a.k.a. Ruby

Cik Lily Putih

Uzair Othman

Terbang Tinggi-tinggi a.k.a. Hamzah Ian

Rayyan Haries

Yen Ling Tiew

Kuromeowiie a.k.a. Iris Loong

Colourless Opinions a.k.a. Tony The

 

 

Kepada bloggers yang aku tak mention mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki yekkkk… Aku tak kenal and tak tahu link blog koranggg.. wuwuwuuuu I should've ask kannnn.. Hukhuk… apa-apa pun it was a great trip sebab aku tak pernah terbayang pun dapat masuk theme park nih! Haahahahha!!

 

 

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada NUFFNANG dan GENTING MALAYSIA for such memorable and fun trip!

 

 

 

 

Like fan page Saya Suka Menaip for more pictures of the trip!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay