Rabu, 25 Mei 2011

Artis Youtube pilihan aku!

Assalamualaikum semua…

Hari ni agak penat.. sebab semalam aku tidur lewat.. Entah pukul berapa aku tertidur masa berborak dengan abang kecintaan. Oopss! Bila bangun lewat, aku bergegas ke UNISEL, sebab ada hal sikit kat HEP. Lepas tu meeting Encik Affix, pasal minggu orientasi, pasal event.. bla..bla..

Haiyohh penat! Malam ni, aku cuba memerah otak lagi. Bukan nak melengahkan assignment. Tapi aku tak puas hati. Aku cuba tambah apa-apa yang patut untuk part aku, tapi baru aku sedar yang aku tak buat ethical point of view.. Arrgghh deng. Kena buat pulak dah!

Oke banyak pulak membebel.. Nak cerita pasal youtube pulak! Kalau aku browse video kat Youtube, aku akan cari lagu kegemaran aku dan tengok klip video. Lepas tu aku cari pulak youtubers yang buat cover lagu feveret aku tu. Tak semua nya best bagi aku. Dan aku ada artis youtube pilihan hati aku.

 

MADDI JANE

 

Arrgghhh!! Budak yang sangat comel.. Dah lama aku discover budak ni. Aku tak ingat pulak macam mana aku boleh first jumpa video dia kat Youtube. Masa tu dia cover lagu Breakeven, nyanyian asal oleh The Script.

Masa tu aku terpukau dengan keupayaan budak comel ni membawa lagu dengan note tinggi. Cehhh aku tulis ni macam pengkritik profesional pulak kan? Haktuihhh! Kahkahkah!

Jom check out lagu paling latest yang Maddi Jane cover setakat ni, lagu Rolling In The Deep. Aku suka sangat sangat! Antara lagu feveret aku yang Maddi Jane Cover ialah :

 

 

Video di atas pulak aku jumpa semalam, masa tu aku tengah randomly browsing untuk cari artis Youtube yang berbakat dan cover lagu popular. Kali ni lagu terbaru Selena Gomez, Who Says, di cover oleh tiga orang artis youtube. Ketiga-tiganya mempunyai bakat tersendiri.

Semuanya berbakat, tapi aku prefer Megan Nicole lah, sebab suara beliau macam serak-serak dan bagi aku, sangat best. Hehehe tu apa yang telinga aku perceive. Lain orang lain telinga kan? Erkkk peribahasa apakah ini???!

Tapi aku kurang berkenan lah kalau dorang cover lagu tu siap dengan arrangement music yang baru, yang dorang generate guna komputer, contoh nye macam lagu ni. Aku TAK kata lagu ni tak sedap ye. There’s nothing wrong with Megan’s vocal, tapi aku tak suka arrangement music, dan dia dah siap-siap buat harmony sume tuh.

Aku lagi suka lagu yang di cover secara akustik. Contohnye, guna gitar atau piano saja. Lebih sedap dan natural, tu pada pendapat aku lah. Aku pun bukannya professional sangat pasal muzik ni kan.

Ni semua cuma pendapat aku pasal lagu cover pilihan aku. Peace. Sebelum habis membaca jom lah kita dengar satu lagu ni yang Tiffany Alvord dengan Jake Coco cover. Best wohh!

 

 

 

 

sign NISA


29 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/user/pianki
    Cuba dengar lagu kat user atas. He mades all the lyric all by himself. Suara pun boleh tahan tau :)

    BalasPadam
  2. mmg best kan maddi jane nih..dhlah comel...lagu rolling deep yg dinyanyikan mmg mantap...weeee ;)

    BalasPadam
  3. megan nicole pon besh gak..tapi maddi jane paling comel!
    :)

    BalasPadam
  4. kirim salam Maddi eh aku dah lame tak jumpe die.

    BalasPadam
  5. Cbe dgr Conor Maynard dgn Alyssa Bernal. Conor pny suare sdp. dia slalu change lagu asal pnye rentak ikut rentak dia. tp mmg best! sesuai sgt dgn suara dia. alyssa bernal pun best. suare sedap. :)

    BalasPadam
  6. sama-sama! maddi jane the best lah,hehe... lagi-lagi lagu price tag,memang best lah !

    BalasPadam
  7. Maddi Jane so talented.

    BalasPadam
  8. comel kan maddie tu. nyanyi breakeven pon best. christina grimme pon best :)

    BalasPadam
  9. maddi jane mmg sweet giler sore die ^____^

    try dengar aziz harun..best gak :)

    BalasPadam
  10. maddi jane price tag mmg terbaik :)

    BalasPadam
  11. sy suka maddi jane , alyssa bernal dgn sam tsui :) dowg best !

    BalasPadam
  12. serius sedap! saye pun suke.. dah la comel sangat2... ade pakej..
    bile die nyanyi tuh mcam lagu tu lagu die... superb

    BalasPadam
  13. comel dan besh dan terbaikk wokk !

    BalasPadam
  14. Madi Janne tuh bakal awek saya...

    BalasPadam
  15. budak tuu superb! dah selalu dengar jadi ketagih pulak. hiks

    BalasPadam
  16. Kina Grannis my all time favorite. she's the best! =)

    BalasPadam
  17. suka maddi jane nyanyi price tag! rolling in the deep tu kurang sikit. Hayley American Idol paling best nyanyi rolling in the deep

    BalasPadam
  18. Jar of heart dia bawak memang stylo. Dengan piano brader tepi tuh, memang lentok abeh dowh....HAHA dak ni umur bape je, suara, tak ingat! matang habis geng!!

    *comel lak tuh. HAHAHA (dasar lelaki)

    BalasPadam
  19. kak.. slalu pkai inner ape 2?? saiz??

    BalasPadam
  20. suka maddi jane!!jz the way you are!!best2

    http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/rahsia-tarikh-lahir.html

    BalasPadam
  21. SI COMEL NI SUARA DIA MEMANG MENGGODA TAU XD

    BalasPadam
  22. check them out!
    christrina grimmie,
    alyssa bernal,
    jhendrick,
    cimorelli,
    TYLER WARD,
    Alex Goot,
    Alex G,
    Savannah Outen,
    J Rice,
    GardinerSisters,
    Paulina,
    Caitlin,

    and there's so many others.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay