Memaparkan catatan dengan label Diriku dan Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diriku dan Hobi. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

(GAMBAR) Majlis Pra Tonton filem Al-Hijab

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua…

 

Whaaa lamanya masa yang aku ambil untuk update gambar-gambar di sekitar majlis pra tonton filem Al-Hijab. Bukan apa, gambar nye bukan main banyak! Nak edit semua memang tak larat. So bila ada waktu terluang aku edit sikit-sikit.

 

Tanpa buang masa, let the pictures tell its story..

 

IMG_7241

Aku dan KAIZEN SHINOBI. Aku dah pakai wedges punyelah tinggi, tapi beliau lagi tinggi daripada aku??!!

 

 

IMG_7242

ANDYHOWTT dan drebar kehormat kitorang hari itu, SYAFIQ ROSLI. Jangan terkujat tengok dorang semangat berbaju melayu, sebab tema pra tonton tu majlis hari raya. Siap ada jamuan raya uolls!!

 

 

IMG_7248

Alamakkk !!! I terjumpe Fizo Omar yang kachak ya amat tu lah! Orangnya tinggi dan berbadan tegap giteww. Errkk! Hadirnya beliau ke majlis pra tonton bersama pelakon Izara (ehhh yeke nama dia?) Haa skandal ke uolls?

 

 

IMG_7255

Pengacara majlis bersama Pierre Andre.

 

 

IMG_7260

Aku dan Munir, pelakon pembantu filem Al-Hijab yang membantu menambah elemen humor.

 

 

IMG_7263

Berjumpa dengan rakan sesama blogger iaitu FARRA ENG dan juga ZURIEY. Aku pernah dah jumpa dorang ni kat Maybelline Workshop for Bloggers.

 

 

IMG_7269

Sebelum movie start haruslah bergambor dalam panggung! See the free passes? Hohooo…

 

 

IMG_7278

IMG_7282

Gambar di sekitar majlis sidang media filem Al-Hijab . Kami media blogger boleh aje ajukan soalan. Tapi ramai wartawan yang kelassss uolls. So kami berasa agak malu-malu. Aku just dengar soalan dan jawapan aje, mana yang best aku masukkan dalam review filem Al-Hijab .

 

 

IMG_7313

IMG_7316

Sesi bermesra-mesraan bersama pelakon utama filem Al-Hijab iaitu Pierre Andre dan juga Nur Fathia. By the way, Pierre sangat friendly dan rajin melayan kami. Ohohoo!!

 

 

IMG_7304

Bodygurad aku hari itu. Berdiri dari kiri : SYAFIQ ROSLIKAIZEN SHINOBI, dan juga ANDYHOWTT. Thanks a lot kat dorang semua yang datang dengan aku, dan juga kepada bloggers yang menegur aku. Hoho I made some new friends here and I am so happy!

 

Huuu aku memang rajin pergi ke majlis pra tonton filem. Dapat pulak yang ada jamuan makan-makan. Hahaha wayang free, tengok awal pulak tuh! Makan pun free. Memang inilah antara kelebihan bila jadi blogger aktif!

 

MORE PICTURES, GO TO : FANPAGE SAYA SUKA MENAIP

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 6 September 2011

A day with dear Nora Syida…

 

Assalamualaikum semua..

 

Haa kalau aku dah munculkan diri kat blog aku ni, apa lagi kalau bukan nak paterikan kenangan sehari-hari aku bersama-sama kawan-kawan. Kohkohkoh!! Bukan main lagi aku menggunakan bahasa melayu tinggi!!

 

Tapi memang itulah tujuan asal aku blogging, cuma untuk berkongsi kenangan sehari-sehari aku dengan para pembaca. Bukankah ia seperti magis, kita tidak saling mengenali tapi kita tahu apa yang seseorang itu buat, perasaan dia dan macam-macam lagi.

 

Errr… dah terpesong pulak dari matlamat asal. Saja je nak cerita pasal semalam sehari aku dengan kawan aku Nora Syida. She has been a good friend to me all this while.

 

IMG-20110905-01007

Semalam kitorang ke MPH Bookstore di SACC Mall, ada buku yang aku nak cari, dan alhamdulillah aku dah pun dapatkannya. Syida pulak berkenan ke novel, lepas tu dia rembat satu novel dan satu komik. Jangan kata dia, aku pun rembat satu komik!

 

 

IMG-20110905-01019

Bila perut dah meronta-ronta kelaparan, aku dan Syida yang baru aje habis tawaf Kompleks PKNS decide nak makan kat Pizza Hut. Yeaa tu dia pembuka selera, garlic breadstix dan mushroom soup.

 

 

IMG-20110905-01015

Haa tu dia air pepsi fuhh mengancam! Mango Tango Smoothies yang aku order pun tak kurang hebatnya!

 

 

IMG-20110905-01013

Ni spaghetti bolognaise yang Syida order. Biasanya aku memang suka order spaghetti tapi kali ni tak terasa nak makan spaghetti pulak… So aku order lah makanan yang dah lamaaaa aku inginkan!!!

 

 

IMG-20110905-01016

Yeahhhh cheesebaked meatball dengan kuah carbonara ! Aummm dari bulan puasa hari tu dah aku nak makan benda alah ni, asyik tak kesampaian aje. Hajat nak berbuka puasa kat Pizza Hut pun terkubur. So ni kiranya aku balas dendam lah. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG-20110905-01017

Laporrrrr… baunya yang baru keluar dari oven menusuk kalbu bhaiiii!!!!

 

 

IMG-20110905-01018

Syida pun dah tak sabar-sabar nak ngap spaghetti beliau.

 

 

cats

Ouhh ye, bercakap pasal komik tadi, aku beli komik AKU, DIA & CUTI SEKOLAH terbitan Komik-M. Weyy Jom ramai-ramai support barangan dan bakat-bakat tempatan. Siapa lagi nak naikkan produk local kalau bukan kita sendiri ye tak???

 

Kalau nak tahu apa ni Komik-M, korang boleh tengok vlog Aman Wan ni okayh??? Byee…

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 11 Ogos 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 16]

 

Assalamualaikum semua..

 

Yeah, staright to the point lah ye. Ini masanya untuk aku update mengenai segmen Aku, Dia & DSLR. Kali ni dah pun masuk PART 16. Fuhhh setelah sekian lama aku dok peram-peram gambor yang ada jadi pekasam! Kahkahkah!!

 

Photoshoot kali ni berlangsung di Park Avenue Condo. Ambil gambar pun cuaca petang-petang. Sebab aku memang tak ke mana. Cuma tengahari nye tu aku ade aktiviti sikit. Herherrr… Dah jangan buang masa jom cuci mata!

 

DSC_0736

My full outfit for that day. Oh ye!! Ada jugak beberapa manusia yang tanya aku, aku ni suka beli baju brand apa. Jawapan aku? TAKDAK BRAND lah oii. Kahkahkah. Sebab aku sangat suka shopping kat Times Square. Ada jugak baju aku beli kat Temerloh. So maybe tak jumpa sangat kat tempat lain kot???

 

Buat apa lah korang dok ingat aku beli barang branded bagai. Bukan diriku meyh. Aku sebagai student yang hanya mengharapkan duit PTPTN untuk bayar yuran dan belanja sehari-hari memang TAK mampu lah nak pakai branded sangat oii..

 

 

DSC_0852

Gambor ni dah lama jadikan profile picture di Facebook. Biasanya bila aku up satu gambor baru kat FB, maknanya aku ada stok gambar untuk update segmen Aku, Dia & DSLR. Cuma nye aku ni kadang-kadang ambil masa sangat untuk proses gambar-gambar lain.

 

DSC_0928

Mula-mula aku letak gambar ni sebagai teaser di FB. Tapi…..!!! Pakwe kecintaan request suruh letak gambar yang mana muka aku pandang kamera. Errr nape kah? Tak pandang kamera tak cantik ke ?? Kehkehkeh!!

 

DSC_0800

Ouhhh aku memang suka edit terang-terang camnih. Apa orang panggil…? High-key?? Entah lah! Kahkahkah. Tak tahu lah betul ke tak :P

 

DSC_1014 copy

Yang ni aku suka ekspresi muka aku. Kahkahkah. Puji diri sendiri siot!! Ptuihhh.. Kahkahkah!!! Gambar ni aku tetiba rajin buka photoshop, lalu ku touch up guna photo action. Ahaksss…

 

DSC_1028 copy

Huwarggghhh muka tak boleh belah! Ku rasakan seperti mahu telan aje manusia yang dok lalu lalang depan aku masa nak shoot. Aku akui aku agak terganggu semasa photoshoot ni di jalan.. Huwaa huwaaa…

 

Baiklah! Itu aje aku nak share dengan korang. Hikhik aku pon dah lama jugak tak menggila depan DSLR camtuh eh eh. Sebab semester ni merupaka semester last aku. Aku nak tamat diploma dengan penuh gemilang. (Amin….)

 

So, lepas ni aku rasa aktivit gila-gilaan aku macam ni mesti kurang dah ek? Ek? Tapi sayang-sayang ku semua ni mesti masih terus baca blog aku kan? Hehhe sayang readers aku. Muah muah!!!

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Rabu, 20 Julai 2011

Lagu duet pilihan aku bila berkaraoke!

 

Assalamualaikum semua…

 

Sebut aje pasal aktiviti karaoke, aku rasa ia dah menjadi sebahagian dari aktiviti budak-budak kampus zaman sekarang. Aku pulak suka berkaraoke sebab aku sedar diri suara tak sedap, so dalam bilik karaoke aje lah aku sempat berangan ala-ala retis AF.

 

Bila masuk bilik karaoke, aku suka lenjan lagu-lagu Bahasia Inggeris. Bajet lidah mat saleh sikit la kan, kata makan spaghetti hari-hari? KAHKAHKAH!!! And then aku bawak lagu mana yang anak tekak aku mampu sampai.

 

Tiga lagu duet yang aku senaraikan di bawah merupakan antara lagu duet pilihan aku bila karaoke. Pergghhh semua lagu-lagu lama! Hehehe baru laa feel lebih ye tak?? KAHKAHKAH!!

 

 

 

 

Yeahhh aku suka lagu duet!!! Selagi ade member lelaki, aku sebat je kasi duet dengan aku! Pedulik hape aku. Ada member suara ala Anuar Zain pon aku boleh sebat dia kasi nyanyi lagu Awie? Kalau takde kawan lelaki? Kalau masa tu semua gurl-gurl aje?? Aku bantai nyanyi sorang! Gilo kuasa kejap!! KAHKAHKAH!!

 

Suara aku sendiri pon ke laut, aku ape ade hal??? Namanya pun karaoke, suara ko sedap ke tak tu semua tolak ke tepi okay? Janji kau lontarkan vokal yang ada tersekat di balik anak tekak! Chewahhhh!!!

 

Malam ni tetiba mood nak dengar lagu-lagu lama. Huahuahuaaa…

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 2 Julai 2011

Karaoke release tension !!!

 

Assalamualaikum…

 

Haihhh hari ni banyak menda nak kena settle. Tapi sempat ke? Haihhhhhh. Mengeluh lagi! Aku akan usahakan pos dulu hadiah-hadiah giveaway, tapi mana yang sempat aje la ye…

 

Sebenarnye aku agak rushing nak berkemas-kemas ni. Mulai petang ni aku akan kembal ke kampus dan akan busy sangat sangat untuk dua minggu nih! Aku terpilih jadi fasilitator untuk minggu orientasi di UNISEL. So, aku kena stay UNISEL dua minggu untuk minggu persiapan dan minggu orientasi.

 

Warrgghhh busy nye! Harap-harap masih mampu update blog :D Ohhh ye, sekadar nak share cerita kitorang pergi karaoke sehari selepas tamat exam yang lepas.

 

Damansara-20110615-00497

Dah ni kenapa???? Eksaited sangat kot Iejam dengan Syazwan nak menyanyi! Wakaka!!!

 

 

Damansara-20110615-00503

Dari kiri : Syazwan, Iejam & Aman Zicki. Retis sangat dorang nih! Kemain Iejam dengan Aman pakat ke baju biru?

 

 

IMG-20110615-00489

Kot ye pon Iejam ni menyanyi kat telinga si Syazwan. Pening lalat dibuatnye! Kahkahkah!!

 

IMG-20110615-00494

Wowww pasangan dua sejoli berduet bhaiiii!!!

 

 

IMG-20110615-00495

HAH TU DIAAAA!!! Dua retis UNISEL duet lagu Terlanjur Cinta! Wahahhaa nak sainnnn!!!!

 

 

Korang sarapan dulu dengan video Aman Zicki karaoke lagu Sedetik Lebih yeee. Tengok lah betapa retis nye beliau!!!

 

 

P/S : Gambor aku takde??? Takde laaa sebab aku yang dok sibuk amik gambor orang! Kahkahkah!!

 

Okayyy I guess tu aje. Kalau sempat aku update blog lagi. Arrgghhh rasa tak sanggup pulak nak tinggalkan blog untuk dua minggu! Bukan lah tak ber-update langsung tapi kurang update lah. Adoiii habis laa trafik blog mesti ke laut!

 

Tapi takpe… InsyaAllah aku usahakan jugak mana yang patut! Okay have a nice day. Bye bye.

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 28 Jun 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 14] : Photoshoot dengan adik

 

Assalamualaikum semua…

Entry untuk segmen Aku, Dia & DSLR kembali lagi. Kali ni kelainan aku adalah, aku shoot dengan adik aku woot woot!!! Tak penah-penah wehh aku pakai kan dia shawl, dress & mekap! Hahahaa… Silapnye, aku tak pakaikan dia heels. Hahahaa belom masanya kot?

Jom layansss…

 

DSC_0366Me and my lil sis Tasya Amin

 

 

DSC_0416Sebelum shoot kena lor mekap duluuuu. Hahaha lain laa muke aku ni jelita-nak-mampos macam bidadari ke, barulah tak payah nak touch up segala kan?

 

 

DSC_0371

 

DSC_0392Love my heels damn much!! Sangat selesa okayh!

 

 

DSC_0483Super love this dress! Kalau aku nak jual dress macam ni ada yang nak beli tak? Wohoooo~

 

DSC_0376

DSC_0434Style posing terbaruuuuu – Tangan di dada (mata aje yang tak ke atas) KAHKAHKAH!!!

 

 

DSC_0460

 

Aku suke sangat gambar ni. Tapi yang tak bleh blah nye tudung aku tuhh!! ARRGGHHH!! Nampak macam bergumpal kat bahagian leher. Alaaa.. lagipun shawl tu betol-betol mencabar tahap kesabaran aku sampaikan aku amik masa agak lama untuk pakai shawl tuh.

 

Argghhh… korang buat-buat tak nampak je la eyh? Eyhh?? Oh yee.. gambar-gambar di bawah ni pulak gambar adik aku. Ngeeee~

 

 

DSC_0380Cewahhh kau! Posing mengalahkan aku nampak???

 

 

DSC_0493

 

 

Phewww what a tiring day! Errr and emotional. Kenapa emotional? Sebab aku tacink ahh dengan shawl aku. Kemain susah nye nak lilit shawl, terasa macam diri ni baru nak belajar pakai shawl!

 

Heheee tak sabar nak tunggu next photoshoot! Dengan photographer mana pulak ye? Kahkahkah!

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay