Jumaat, 17 Februari 2012

GIRL STUFF - Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh rajin pulak makkk update blog hari ni kan. Ehh rajin update salah, tak rajin update pon salah, mana satu nih? Ahhh peduli hape. Aku punya blog maka akan ku update bila-bila aku suka ye tak? Hehee… Memandangkan hari ni kurang busy makan aku rajinkan diri update blog yang terbiar beberapa hari ni.

 

Kelmarin aku keluar settle hal bank sebab kad ATM aku hilang. Tapi alhamdulillah aku tak mengalami kesulitan semasa dua hari ketiadaan kad ATM sebab aku tak keluar rumah pun. Maka alang-alang dah keluar settle kan hal bank, aku pun terus ke Watsons kat SACC Mall untuk beli barang keperluan.

 

P2150661

Aku dah lama dah usha barang nih. Tapi disebabkan aku baru aje beli lipstick jenama Cyber Color yang buat poketku rabak, maka aku pendamkan hasrat di jiwa. Setiap kali aku pergi Guardian ke, Watsons ke mesti aku usha Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni.. Huhu betul-betul tertarik nak beli nih!

 

 

P2150662

Tadi sekali pandang aje, terus aku ambil Lip Ice nih. Haaahhh peduli hape aku kan… Beli jugak sebab packaging dia macam menarik gila! Ohh jangan contohi sifat shopaholics aku ni. Hikhik… Ye lah, mana tahu produk ni best ke kan kan kan???

 

 

P2150663

Ada 4 pilihan warna untuk Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni.. Aku pilih shades yang first sekali iaitu Vintage Pink. Aku ni jenis tak suka warna yang pekat sangat. Kang tak sesuai pulak dengan warna kulit makkk…

 

 

P2150717

Kat belakang packaging Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni ada khasiat / fungsi produk ni. Katanya memberikan warna natural, tahan lama dan buat bibir lagi lembap serta mengurangkan garisan nyata kat bibir ni. Haaa… betul ke? Betul ke???

 

 

P2150681

Okay lebih kurang macam ni jugaklah warna Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer kod Vintage Pink ni. Mungkin berlainan sikit kalau tengok depan-depan, sebab aku ambil gambar ni depan tingkap, bawah cahaya matahari. Actually, lipstick aku jenama Cyber Color yang aku beli kat SaSa pun warna macam ni. Haaa adakah kualitinya pun sama???

 

 

cats

Heee walaupun perubahan yang tidak ketara tapi I LIKE LIKE LIKE sebab warna lip mosturizer ni tak striking sangat! Warna soft pink aje. Haaa sesuai lah dengan kehendak dan keperluan aku. Pelik pulak muka aku pakai lip stick merah-merah kanggg..

 

Okay pada pendapat peribadi aku, aku sangat suka Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni! Taraf dia macam lipstick + lip mosturizer dah. Jadi pada yang tak suka pakai lip stick mungkin boleh cuba pakai Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni sebab dia melembap sekali. Sangat best sebab dia tak melekit sangat dan ketahanan dia pada bibir pun boleh tahan.

 

Sekali lagi aku menyesal sebab beli Lipstick Cyber Color yang berharga nak dekat RM50 tu sebab Lip Mosturizer ni kualiti dan fungsinya lebih kurang aje !! Lagi murah pulak tuh! Maka lepas ni aku akan terus membeli Lip Ice Water Colour Lip Mosturizer ni aje. Tak payah berhabis duit. Harga dia pun berpatutan RM15.90 aje… So kalau nak try pergilah beli ye!

 

 

Sign PNG NisaKay


20 ulasan:

  1. hahaha..x slah sekali skla beli brang mahal nisa...hahaha... jangan selalu sudah..nti rabak gila poket kita :)

    BalasPadam
  2. saya suka colour macam tu..tapi x sesuai dengan warna bibir yang gelap..so, kena cari warna yang terang sikit jugak..huhu

    BalasPadam
  3. thanx kak for the info . boleh cube nie =)

    http://syazanasani.com

    BalasPadam
  4. lip ice memang murah dan bagus plak tu kan. k lily ada satu mende nie

    BalasPadam
  5. warna natural..
    ok la..tak obvious sgt color tu..i suke..u pun nice je:)

    BalasPadam
  6. Oh, sy suke Maybeline Baby Lips. kaler pink tu. nk jugak pink kan. kalau pakai tak nampak kaler. tu yang bagus.

    BalasPadam
  7. saya pon kalau nak beli lips care mesti pilih brand Lip Ice. Sebab kualiti dia bagus dan harga affordable. Paling best Lisa Surihani jadi duta dia !!! wuwuwuuw =)Rasa comel mcm dia bila pakai, *melampau. hehe

    BalasPadam
  8. heee... menarik jugak kan. ari tu usha2 kat guardian nak cari lipbalm. ade gak nmpak yg ni. tp last2 amek maybelline baby lips sbb die no colour dan sangat comel. hehe

    BalasPadam
  9. wah . nice colour . ssuai ngn kak nisa ^^

    BalasPadam
  10. Mahal tak lipstick nie kak ?

    BalasPadam
  11. ni blh jadi duta ni..sbb sekali terbaca, terus mcm nak beli...
    murah pulak tu.. :)

    BalasPadam
  12. Ugh..akak ni walaupun bukan remaja laggi ni pun suka dgn Lip Ice..Produk mesti ada dalam beg..

    BalasPadam
  13. mcm mnarik je uhh,,,,,lg pun sanah pya dah nk hbs da urmm thanks bg suggest nisa

    BalasPadam
  14. Nisa pakai color apepun cantik..=)

    http://tomeinye.blogspot.com

    BalasPadam
  15. saya pun ada kod yang sama mcm nisa.. nice kan lipice ni. Memang best :)

    BalasPadam
  16. Shag tak boleh pakai pape kat bibir. Nanti kering. HUHU~

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay