Selasa, 8 Mei 2012

Entry serius tension.

 

Assalamualaikum…

 

Entry ini bakal penuh dengan aura negatif lagi tidak elok untuk kesejahteraan anda. Siapa taknak terkena tempias mood swing aku baiklah jangan baca sebab aku menaip entry ni penuh dengan mood jiwa kacau! Ye jiwa kacau. Mana lagi nak membebel kalau bukan dengan blog kesayangan aku nih??

 

72c5bb2e985d11e1abd61231381b6d77_7

Gambar dari instaGERAM aku. Eh.. instagram aku. Apa korang nampak? Aku nampak stor.. eh bilik! Ye bilik aku yang sekarang ni. Bilik ni kecik. KECIK sangat bagi aku. See? Barang-barang aku sahaja dah cukup untuk buat bilik ni penuh dah menyesakkan akal dan mindaku, lantas menyesakkan nafas aku setiap kali melangkah masuk ke stor ini.. ehh bilik!

 

BERBALOIKAH berhabis RM160 sebulan untuk bayar harga sewa stor ni? Ehh bilik! Bagi aku tidak berbaloi sama sekali. Aku duduk master bedroom berdua pun dah sendat. Tanyalah kawan-kawan yang pernah datang ke rumah sewa aku. Nama je master bedroom. Tapi takdelah besar mana. Aku duduk sorang sebab takde roommate. So aku rasa aku pasrah je lah kalau tuan rumah dapatkan roommate baru untuk menyewa sebilik dengan aku.

 

TERTIPU. Ye tertipu bila aku diberitahu ade dua orang adik beradik yang dah bekerja nak pindah masuk master bedroom tu, and they were willing to pay triple for the room. Aku dengan pasrahnya mengemas bilik tu satu hari suntuk dan berpindah ke ermmm… bilik ini. Bila aku balik rumah sewa lepas cuti, rupanya ade 3 orang junior universiti aku dulu sedang menyewa bilik tu. Puihh tipah tertipu.

 

SESAK. Sesak otak aku, panas jiwa aku bila melangkah masuk ke bilik ni. Bilik ni terletak di tengah-tengah rumah. Bilik ni dibina bila rumah ni direnovate. So takde cahaya matahari ye. Siang pun kena pasang lampu. Takde ruang pengudaraan yang bagus ye. So kipas harus dipasang sepanjang masa. Okay now I know kenapa bil rumah sangat tinggi.

 

TAMBAH KUSUT. Tambah kusut bila tuan rumah duk call aku berkali-kali tanya bila aku ada kat rumah, sebab ada budak nak datang and tengok bilik. Haaa penyewa baru? Gasaklah dia. Biar dia tengok macam mana my things saja dah penuhkan bilik. Nak ruang letak barang? Tu belakang pintu and bawah katil ade lah cik kak.

 

 

 

Sekian entry aura negatif lagi kusut. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


14 ulasan:

  1. fuh..kalau nur pun..mau nur tension..
    ee..xpatut xpatut..

    BalasPadam
  2. redha kak nisa... tabah2... istighfar byk2..

    BalasPadam
  3. ciannya Nisa .. sabar yea .. semua tu dugaan .. you must be strong dear :)

    BalasPadam
  4. omg... kecik nye...camne nak tinggal dgn brg yg banyak?

    BalasPadam
  5. sabar yee. kalau Iyka pon Iyka bengang jugak. apa kata kalau cari je rumah lain :)

    BalasPadam
  6. Sabar kak Nisa. Tak patutlaa owner tu punn.

    BalasPadam
  7. eh.tuan umh yg sebok cari penyewe?bese bile da ade penyewe,org yg sewe tu la willing nak cari hosmet ke tak...klu kat umh sewe bujang CM ari tu la..

    sabar ye.. ;)

    BalasPadam
  8. tuan rumah ni nampak sangat nak untung je. tak pikir orang lain langsung.

    BalasPadam
  9. sewa bilik kat KSJ lagi selesa kot..luas, ade katil ade bilik air..sewa sehari RM4 je..sebulan baru RM120..kesian nisa..sabar je lah

    BalasPadam
  10. masih di rumah pink? gila ah...

    BalasPadam
  11. tak ade rumah sewa yg lebih selesa ke kak nisa ?? mcm gila padat je tengok ... berpinat bola mata tengok .. ape tah lagi akk .. :)

    BalasPadam
  12. tak ade rumah sewa yg lebih selesa ke kak nisa ?? mcm gila padat je tengok ... berpinat bola mata tengok .. ape tah lagi akk .. :)

    BalasPadam
  13. tak ade rumah sewa yg lebih selesa ke kak nisa ?? mcm gila padat je tengok ... berpinat bola mata tengok .. ape tah lagi akk .. :)

    BalasPadam
  14. die amik duit sewa kire kepala ke?? klu kepala no wonder la die sebuk cr pnyewa.. huhu

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay