Isnin, 14 Mei 2012

Makan-makan di Restoran Sushi Zanmai

 

Assalamualaikum..

 

Semalam punyalah haru tak tahu nak pergi mana.. sudahnya sepanjang pagi hingga ke tengahari aku cuma mengadap laptop.. harus menyelesaikan apa yang perlu.. Then petang nye sikit keluar dengan Pen Merah dan juga si cantik Siezuka Junior hehehe…

 

IMG_8592

Mulanya kitorang bertiga pergi ke Tesco. Tapi lepas barang yang dicari takde, maka kami yang masing-masing kelaparan ni pun terus ke One Utama untuk makan.. Hakak Pen Merah yang suggest makan kat Restoran Sushi Zanmai ni.. aku dengan Siezuka Junior ikutkan aje..

 

Hari kami pergi tu hari Ahad.. jadi tak payah cakapla pasal ramainye umat manusia kat pusat membeli-belah tu hari tu.. Nak masuk restoran ni pun kena beratur uollss!! Fuhhh tapi nasib baik tak sampai setengah jam pun menunggu dah dapat seat.

 

IMG_8569

Tak tahu nama apa nasi ni. Hidangan yang di order oleh hakak Pen Merah.

 

IMG_8574

Semangat makan, namun masih sempat posing bila dihalakan lensa kamera.

 

 

IMG_8573

Nasi goreng ni Siezuka Junior yang order. Tak berapa lapar katanya..

 

IMG_8577

Makan kacang mentah ni untuk rahsia kecantikan kulit bak kata Siezuka Junior kehkehkehh…

 

 

IMG_8566

And this is my sliced beef ramen. Kuahnya agak masin bagi aku, tapi ada seaweed. So sedap lah jugak..

 

IMG_8583

Dah makan ramen, kami rehat-rehatkan perut dulu.. Then lepas tu order sushi pulak weehuuu!! Dua pinggan pertama sushi tak sempat nak aku snap gambar dah pun selamat bersemadi dalam perut aku. Hehehe….

 

 

IMG_8586

Muka tak sabar nak makan sushi yeayyy! Bajet reti je laa makan pakai chopstick! Muahahaa!!

 

IMG_8590

Me and Siezuka Junior yang sangat cun! Kulitnye putih bersih dan pipi chubby nye buat aku jeles amatt!! Wuwuwuuu… so nak cantik macam dia, bolehlah amalkan makan kacang mentah macam dalam gambar di atas ye! Muahaha…

 

Alhamdulillah kenyang sangat aku hari tu.. dan suka sangat bila dapat makan sushi, sebab aku dah berapa lama entah tak pergi makan sushi. Nak nak pulak sushi Zanmai ni memang lebih sedap dari sushi lain! Thank you Pen Merah dan juga si cantik Siezuka Junior. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


10 ulasan:

  1. wah! semua nampak sedap...kecuali bende hijau tuh..haha...kacang mentah?? T__T..acano nak makan tuh?

    BalasPadam
  2. chomel bdok mereka..hee..lg2 kak nisa..

    leh than la makan kat ctu..huuu..

    BalasPadam
  3. comel :D ehe . ape rase seaweed eh ?

    BalasPadam
  4. makanan jepun... hanya bleh menyukai sushi.. yg lain mmg tekak saya xbleh terima:P

    BalasPadam
  5. restoran nih memank sentiasa ramai (:

    BalasPadam
  6. Sushi Zanmai best!! tapi biasa pegi yang kat Fahrenheit 88 tu :D Spider roll dia mak aiiih! *drool*

    latest post: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/05/tamat-musim.html

    BalasPadam
  7. dh lama x mkn sushi..t'liur plak..

    BalasPadam
  8. Malunyer.. kenapa chubby sangat kita disitu.. Time kasih Kak Anne & Nisa.. bestlah keluar dgn korang semua.. ;)

    BalasPadam
  9. huh . makanan makanan . kene pegi nih.haha

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay