Memaparkan catatan dengan label Pen Merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pen Merah. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2012

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG !!

 

Assalamualaikum semua..

 

Just a short entry this time… Ingat lagi tak aku duk promote giveaway yang julung-julung kali di abang aku adakan? Alaa… kalau tak ingat sila rujuk ENTRY INI…. Kepada mereka yang join GA ini, pemenang dah pun along aku umumkan..

 

meuz

 

Haa ramai-ramai terjah blog GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN okeh??? Mana tahu rezeki korang ke kali ni?? Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang… Kepada yang tak menang jangan kecewa, jangan mengamuk tak ketentuan hala okay.. Mungkin belum rezeki korang…

 

Nantikan giveaway aku hujung bulan 12 pulak ye.. InshaAllah akan ada hadiah untuk lelaki dan wanita. Baru adil gituu…. Tapi exact date aku tak dapat nak janji lah okay? Sebab tengah busy ni, dah sampai pun penghujung semester 1 sebagai degree student! Hehehe..

 

And terima kasih tak terhingga kepada semua sponsor yang sudi menaja hadiah-hadiah untuk GA pertama along aku ni.. Dan terima kasih kepada semua yang menyokong GA pertama along aku… InshaAllah ada rezeki, dia buat GA lagi okay??

 

k_si_kool

nurul_ain

pen_merah

cahaya_azyla

 

 

Okay thank you so much semua yang menjayakan GA ni secara langsung dan tak langsung ! InshaAllah ada rezeki, akan aku dan along aku kongsi bersama korang ya? Sebab korang jugak yang menyokong blog kami selama ni.. Okay byeee (ehhh bukan aku kata tadi short entry ke? Hmmm dasar suka menaip! Grr)

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Isnin, 19 November 2012

Jom join giveaway pertama oleh MEUZ ANGELO !

 

Assalamualaikum…

 

Yaaa tanpa berbicara panjang lagi, aku nak umumkan bahawa abang aku, pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin telah melancarkan giveaway yang julung-julung kali diadakan..

 

Ehem ehem… ramai yang tanya, Meuz Angelo ni abang betol aku ke? Abang angkat ke? Abang tipu ke? Haaa jangan mengada buat spekulasi. Beliau ni abang betul, abang kandung, sama mak sama ayah okay! Hahaha.. Korang tengok header blog aku, haaaa Meuz Angelo la yang buat.

 

GA

 

Haa bercerita pasal giveaway pertama yang abang aku jalankan ni, adalah bersempena nak meraikan followers blog beliau yang selama ni setia mengunjungi blog beliau walaupun beliau malas ya hampun nak update nye ! Oke jom tengok apa hadiahnye :

Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(perfume name will be added soon)
Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.
Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10
Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5

 

Dannnnn marilah kita ramai-ramai mengunjungi blog-blog para penaja untuk giveaway pertama blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner untuk mengunjungi mereka :

banner1

banner2

banner3

banner4

banner5

 

Marilah ramai-ramai joinnnn giveaway abang aku

[ KLIK DI SINI ]

~Nisa Kay~


Read More»

Khamis, 5 Julai 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 1

 

Assalamualaikum…

 

Yeah yeahh entry travel kini kembali.. Kini aku nak share mengenai percutian aku ke Pulau Pangkor. Syukur alhamdulillah kerana aku terpilih untuk menyertai trip Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia yang dianjurkan oleh M Mode Media dengan kerjasama Tourism Malaysia..

 

Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni dianjurkan dengan tujuan untuk mempromosi produk pelancongan tempatan kepada orang ramai. Trip ini disertai oleh rakan-rakan dari media TV, akhbar, pencinta fotografi dan beberapa orang bloggers.

 

Trip di bawah Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni ada 4 destinasi. Yang pertama ialah Pulau Langkawi. Yang first trip tu aku tak join. Trip kedua ialah Perak, destinasi ketiga ialah Pahang dan destinasi akan datang ialah Johor. Trip ke Perak dan Pahang dah pun selesai, ni tengah menunggu trip ke Johor. Jadi, aku nak share story pasal trip Perak.

 

DSC_0483

Seawal 6 pagi dah kena berkumpul, check kedatangan dan bertolak ke Perak. Dalam perjalanan kami berhenti di RnR Rawang untuk sarapan. Pada hari tu sarapan kami ditaja dengan penuh kasih sayang oleh KFC Malaysia ! Thank you KFC for the delicious breakfast!

Setelah sarapan,perjalanan diteruskan. Aku pon ape lagi tertido tak sedar diri, maklumlah malamnye tu aku tak tidur sebab takut terlajak tidur dan tak bangun lak! Sedar-sedar aje dah sampai di destinasi pertama…

 

DSC_0367

Lokasi pertama kami di negeri Perak Darul Ridzuan ialah HUTAN LIPUR KUALA WOH. Menurut tourist guide kami dari Discover Orient Holiday, Kuala Woh ni dekat je dengan jalan nak ke Cameron Highlands tu haa.. Dekat tang mana pon aku tak sure. Korang check la Google Maps. Kahkahkah!

 

DSC_0363Hutan Lipur Kuala Woh terletak di daerah Tapah, Perak. Kat sini korang boleh menikmati pemandangan alam sekitar, mandi di sungai yang unik! Unik tang mana, kejap ye nanti sati lagi aku cerita. Lokasinya hanya 13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands, atau 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. More info visit Hutan Lipur Kuala Woh Perak.

 

DSC_0369

Ni lah antara gambar persekitaran Hutan Lipur ni.. Agak bersih dan selesa sebab ada kemudahan.. Ada chalet, ada jambatan gantung, ada kedai minum, tandas, pondok rehat dan lain-lain…

 

DSC_0372

Jeng jeng jeng.. Kolam Air Panas Semulajadi ni merupakan antara tarikan utama hutan lipur ni.. Korang mesti ingat kolam yang petak tu lah kolam air panas nye.. Hahaha salah! Air panasnye terletak di sungai tu sendiri! Haa pelikkan macam mana air sungai boleh jadi kolam air panas pulak?

Takde pulak gambar nak share.. Kalau pergi tepi sungai ni, kat sesetengah bahagian tepi sungai akan nampak airnya berwap dan bila rasa dengan tangan, airnye memang panas! Bila alihkan tangan ke bahagian lain, airnya sejuk je. SUBHANALLAH! Kekuasaan Allah nak tunjuk yang air panas dan sejuk terletak dalam satu sungai!

 

DSC_0395

Rama-rama Rajah Brooke juga antara tarikan lain yang terdapat di Hutan Lipur Kuala Woh ni.. Maaflah tak dapat tangkap gambar rama-rama yang besar sebab rama-rama ni kan berterbangan, so tak dapat nak ambil gambar nye… Gambar kat atas ni pun blur sebab snap laju-laju.

 

DSC_0374

Salah satu kekuasaan Allah SWT.. Batu yang diletakkan tegak berdiri atas faktor-faktor graviti yang aku pun tak reti nak explain. Aku takde lak gambar lain yang lebih jelas.

 

DSC_0398

Mneikmati udara segar dan pemandangan di tepian sungai cewahhh.. Kot-kot la datang putera berkuda bawa daku pergi?? Hahahaa!! Berangan je kerja aku ni! Hahaha…

 

DSC_0458

Yeahhh kamilah beberapa orang blogger yang menyertai Kembara Media Fotografi ni!! DARI KIRI : Pen Merah, Nisa Kay, Yana Yassin, Rabiatul Adawiyah dan satu-satunya jejaka blogger yang tak berapa nak macho iaitu Hamzah Ian. Kihkihkih!!

 

DSC_0492

Selepas bersantai-santai, tengok rama-rama, main-main air kat hutan lipur tadi, kami gerak ke Manjung pulak untuk makan tengahari. Yeahhh restoran yang kami tuju ialah RESTORAN NASI AYAM MAMA yang agak terkenal di sana. LOKASI : 65, Persiaran Manjung 3/2, Taman Manjung Point Seksyen 3, Manjung, Perak.

 

DSC_0498

Sesampainya kami di sana, kami dihidangkan dengan air jus tembikai segar dan sejuk! Pergghh sesuai betul dengan cuaca panas. Buah-buahan segar yang dah siap dipotong jugak dihidang. Wahh best best!

 

DSC_0504

Signature dish of this restaurant semestinya nasi ayamnya! Nyum-nyum sedap sampaikan aku makan pon dah tak ingat siapa kiri kanan aku. Lapar kannn.. so aku belasah sampai licin pinggan! Nyum nyum~

 

DSC_0507

Nasi putih bawal kari jugak antara hidangan yang terkenal kat restoran ni… Harganya berpatutan! Jadi sesiapa yang nak ke Manjung Perak bolehlah singgah kat Restoran Nasi Ayam Mama ni ye!

 

DSC_0523

Selepas kekenyangan bak ular sawa, kami semua berkejar ke Jeti Lumut sebab nak kena kejar feri ke Pulau Pangkor pukul 2.30 petang. Kalau tertinggal kang habislah jadual kami di Pulau Pangkor! Kang apa punnn tak jadi!

 

Baiklah… story mory di Pulau Pangkor aku akan share di entry yang akan datang ye… Nantikan part 2! Sebab aku nak share betapa bataknye aku naik feri, pergi pulau ape semua sebab ni FIRST TIME aku naik feri dan FIRST TIME aku menjejakkan kaki ke sebuah pulau! HAHA!! Kbai..

 

 

 

All pictures will be uploaded at my fan page –> SAYA SUKA MENAIP. Do like! TQ.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 18 Mei 2012

Genting Outdoor Theme Park – PART 2

 

Assalamualaikum…

 

Yeahh seperti yang dijanjikan di dalam entry PART 1, entry kali ini akan bersambung. Ke manakah destinasi kami selepas selesai main buaian 360 darjah dan juga riang ria di Merry-Go-Round?? Jommm…

 

P5034830

Oh yeahhh waktu untuk lunch!! Kami ke Seafood Valley Restaurant untuk mengenyangkan perut selepas penat main segala macam permainan di Outdoor Theme Park.. Err sebenarnya dorang je la main, aku dengan PEN MERAH datang lambat so main dua game je. Kenapa datang lambat? Sila baca PART 1 kembali.

 

 

P5034828

Di hujung restoran ada akuarium ikan. Kiranya kalau nak merasa makan ikan segar meh la datang sini.. Pilih pilihhh!! Hohoo…

 

 

P5034832

Mejah (TERBANG TINGGI TINGGI) sempat melelapkan mata sebelum mengketedarah. Hambuiii penat sangat ke banggg.

 

 

P5034824

Sebelum makan haruslah bergambor ye dakk.. Kenapa ku merasakan bahawa PEN MERAH tu posing over kemainnn? Amoi di tengah ialah Yen Ling dari Nuffnang. Like her because dia boleh masuk dengan kepala ting tong aku ni? ;p

 

 

P5034839

Nasi dihidang dalam mangkuk ala chinese.

 

P5034837

Kacang panjang goreng.

 

P5034842

The cina. Serupa minum air masak tapi ada warna teh o…

 

P5034847

Seaweed soup.

 

P5034850

Ini memang makanan signature kat restoran ni. Udang goreng berlada! Nyum nyum~

 

P5034851

Ikan patin masak sweet and sour.

 

P5034857

Tauhu berlada.

 

P5034862

Ni manisan dia. Aku tak tahu apa nama dia.. Try pon tak.. Hehhee..

 

P5034858

Yeahhh buah-buahan. Haruslah ada kann.

 

 

P5034863

Pemandangan dari tingkat restoran.. Hohooo…

 

P5034874

Baiklah perut semua dah kenyanggg. So bergambor lagi di luar restoran.. yakni di depan pintu masuk utama Genting Outdoor Theme Park. Dari kiri : Lutfi Syafiq yang perasan dirinya bak Taylor Lautner, Nisa Kay, Pen Merah, dan Mat Ganu Hafiz Hafizol atau nama manja yang aku panggil ialah Hafiz #ehh !!

 

P5034878

Time nak camwhore dengan Hafiz Hafizol ni lahhh ade pulak terselit muka Taylor Lautner kat belakang. Hukhukhuk…

 

Okaylah… dah sudah makan ape semua.. Nak gerak pergi… pergii.. jeng jeng jenggg..mana boleh bagitahu lagiii.. rahsia larr.. Hak hak akk… So lagi sekali, korang kena nantikan jugak next part untuk sesi travel ke Genting ni yeee.. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 16 Mei 2012

[EVENT] The Body Shop new concept store launch

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku mendapat invitation dari pihak The Body Shop Malaysia untuk menghadiri private event yang diadakan di One Utama. Event tersebut bersempena pelancaran semula outlet Body Shop yang telah diubahsuai dan diberi konsep baru dengan tagline “LOOK GOOD, FEEL GOOD, DO GOOD”.

 

IMG_8774

Aku pon hangkutlaa akak Pen Merah sekali sebab kitorang dah biasa share event ape semua kan. Mulanya ingat dah lambat, sebab kami sampai OU tepat-tepat pukul 4 petang, lepas tu mencari pulak kat mana outlet Body Shop sebab aku macam ingat-ingat lupa lokasinya.

 

IMG_8782

Lepas registration, tetamu majlis akan dipakaikan corsage yang special.

 

IMG_8776

Apa yang specialnya? Ya corsage nya dibuat dari bunga segar! Dan menurut gadis kat meja registration tadi bunga tu baru je sampai pagi hari tu. Masa aku pakai pun bunga tu masih lembap dan wangi!

 

IMG_8791

Berhadapan dengan outlet Body Shop tu, ada tempat special untuk para tetamu mencuba produk-produk baru. Kami diberi goodies bag yang hanya berisi press kit. Haa ada rahsia di sebalik goodies bag yang kosong tu ya..

 

IMG_8789

Rupanya, goodies bag sengaja dikosongkan. Nak tahu kenapa? Sebab para tetamu akan dijemput untuk mencuba produk terbaru yang bakal dilancarkan di masa akan datang, and then lepas cuba produk tu, boleh isi dalam beg dan bawak balik! Terbaik kan The Body Shop Malaysia !!

 

IMG_8939

Baiklah.. jom jom kita melangkah masuk ke booth tadi. Produk pertama yang bakal aku cuba ialah THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL. Beautifying oil ni didatangkan dalam 6 aroma, tetapi yang ada pada hari itu cuma 3 iaitu aroma Strawberry, Shea dan Orange.

 

IMG_8801

IMG_8807

Aku memilih untuk hand massage mengguna Beautifying Oil aroma Strawberry. Aku suka sangat bauan buah-buahan yang lembut dan sweet. Tangan kanan aku diurut menggunakan minyak ini dan seriously tak rasa berminyak atau melekit langsung! Minyak cepat menyerap dan mempunyai fungsi-fungsi yang baik untuk kulit. Nantikan individual blog post untuk produk ni ye!

 

 

IMG_8940

Seterusnya, kami diberi peluang untuk memilih BODY BUTTER yang terbaru untuk dibawa pulang. Ada 7 aroma semuanya, dan aku memilih untuk membawa pulang MORINGA BODY BUTTER. Harumannya sangat lembut dan teksturnya pun halus. Nantikan individual blog post untuk produk ni ye!

 

IMG_8836

Wajah gembira dapat bawa pulang THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL dan THE BODY SHOP NEW BODY BUTTER . Tak sabarnya nak cuba di rumah!

 

Kemudian, kami mencuba NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON pula. Mampu mengurangkan kedut di hujung mata dengan penggunaan berterusan, dan juga menyegarkan mata. Tak lupa juga it will reduce EYEBAG!!! Hohoo..

IMG_8879

Pekerja The Body Shop sedang menunjukkan cara-cara penggunaan eye roll-on yang betul untuk hasil yang optimum. Dan yeayyy dapat bawa pulang satu unit NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON :D

 

 

IMG_8964

Ini pulak LIMITED EDITION MAKE-UP RANGE : CRUELTY FREE MAKE-UP by LILY COLE. Lily Cole merupakan wajah terbaru The Body Shop. Wajah yang sangat klasik dan comel! Kenapa set mekap ni dinamakan “CRUELTY FREE” ?? Ini kerana produk ini adalah vegeterian dan sama sekali tidak menggunakan unsur-unsur haiwan!

 

cats

Seriously kalau aku tahu ada makeover kat sini aku rela datang event dengan muka sememeh takde mekap! Muahahaa!! Tapi nasiblah aku tak pakai eyeshadow, maskara dan blusher. So make-up artist Body Shop just tambahkan mekap mata, blusher dan juga tambah lip gloss kat aku.

 

IMG_8975

Aku dan blogger Miss Sunshine. Yeayy kami dapat bawak balik beberapa produk dari set mekap limited edition by Lily Cole. Extremely happy!! Okay now jom jalan-jalan dalam THE BODY SHOP PULSE STORE pulak..

 

page

The new Body Shop Pulse Boutique : A Heartbeat In The Community. Ruang dalam Pulse Store ini sudah diubahsuai, menggunakan warna yang lebih terang, dan pada pandangan mata aku, ia lebih nampak imej yang bersih dan luas.

 

page2

Rak yang digunakan juga sudah berubah, menampakkan susun atur product yang lebih kemas. Mementingkan keselesaan dan juga alam sekitar, ada juga material yang digunakan merupan material yang mesra alam sekitar.

 

 

IMG_9004

Dari kiri :  Miss Sunshine, Nisa Kay dan Pen Merah . Thank you so much The Body Shop Malaysia for having us. We had a great time with the product testing and make up demo activities. The food and atmosphere of the event was good too. Do invite us for future events too! Hehee..

 

 

Jadi jangan lupa terjah The Body Shop Pulse Boutique di One Utama Shopping Centre / Setia City Mall Shah Alam / Paradigm Mall Kelana Jaya atau pun di AEON Station 18 Ipoh. Dapatkan produk terbaru dan juga rasakan kelainan konsep terbaru Body Shop! (Nantikan individual blog post for THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL, NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON and LIMITED EDITION MAKE-UP RANGE : CRUELTY FREE MAKE-UP by LILY COLE okay!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay