Ahad, 13 Mei 2012

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu – PART 7

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5 | PART 6 | PART 7

 

Assalamualaikum…

 

Hambuii entah berapa puluh part agaknya baru nak habis pasal percutian ke Kuantan – Terengganu ni kan.. Dah nak buat macam mana.. banyak betul aktiviti nye, maka banyaklah entry nye ye! Okay okay aku pun tengah sedaya upaya nak habiskan all the parts!

 

P4224509

Pada pagi terakhir aku di Hotel Awana Kijal, aku sarapan dengan roti canai yang ditebar depan mata aku sendiri. Sedap wohhh roti canainya. Bukan sahaja ditebar oleh chef hotel yang berbangsa melayu, tapi rasa kuahnya boleh tahan dan rotinye lembut! Nyam nyam!

 

P4224545

Okay lepas sarapan kami semua blogger Nuffnang dibawa untuk melawa bilik-bilik yang ada kat Hotel Awana Kijal ni. Dalam gambar diatas ialah PREMIERE ROOM – NON SEAVIEW. Haaa disebabkan non seaview lahhh makan diletaknya bath tub di hadapan katil tu supaya ada “view” nye nanti. Ehh!! Bilik yang berharga dalam 400++ ni ditawarkan untuk pasangan suami isteri hikhik…

 

P4224556

Ini pula bilik tidur PREMIERE SUITE. Suite ni ada dua bilik tidur berasingan dan mempunyai ruang tamu dan juga 2 buah bilik air yang sangat selesa. Disertakan dengan king sized bed, ada sejadah dan telekung lagi tu..

 

Untuk Premiere Suite ni, korang boleh pilih untuk menyewa DUPLEX PREMIERE SUITE. Ini bermakna, bilik hotel yang korang sewa adalah dua tingkat! Kalau korang ambil duplex, pihak hotal akan bukakan pintu ruangan tangga yang ada dalam suite ni untuk korang turun ke tingkat bawah.

 

P4224561

Ini pula bilik tidur di tingkat bawah Premiere Suite tadi.

 

P4224564

Bath tub di luar fuhh romatika de amor nyeee! Ehhh!! Harga suite 700++ tapi kalau amik duplex tadi dalam 1200++ jugaklah…

 

P4224603

Ini pula ANJUNG SUITE. Bilik untuk orang VVVVVIP katanyeee. Ada ruang tamu, meja makan, bilik tidur, dapur dan bilik air. Memang luas dan eksklusif gitu!

 

 

P4224618

Lepas jenjalan kat bilik kami semua serbua TAMAN SARI ROYAL HERITAGE SPA, Awana Kijal.

 

P4224624

Spa ni bukan sahaja ada perkhidmatan facial muka dan urutan badan aje, ada juga perkhidmatan manicure pedicure, rawatan rambut dan macam-macam lagi. Alatan yang digunakan pulak disteril terlebih dulu dan mereka guna minyak dan ramuan khas spa ini.

 

P4224631

Bilik spa yang mempunyai environment yang penuh dengan unsur-unsur tradisional Jawa.

 

 

P4224645

Baiklah masa untuk berangkat pulang! Wuwuwuwuuu sedih pulok nak balik. Rasa nak cuti seminggu! Haippp cuti 3 hari pun dah nak dekat 10 entry aku buat, inikan pulak seminggu?? Maunye 100 entry lah kot?? Kekekekee!! Over tau aku!

 

Apa-apa pun, terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memilih aku untuk menjadi salah seorang peserta percutian kali ini. Dan terima kasih tak terhingga kepada Genting Malaysia selaku penaja percutian kali ini… Hotel Awana Kijal memang best uolls! Ajaklah keluarga dan sahabat serta sedara mara bercuti kat sini! Pasti best!!!

 

P4224546

I will definitely miss the blue sky and the fresh air of Awana Kijal! Wuuuuu!!!

 

 

Sign PNG NisaKay


12 ulasan:

  1. BESTNYAAAAA !! SEMUA NI FREE (SPONSORED BY NUFFNANG ) KE NISA ? SANGAT BEST !

    BalasPadam
  2. wah! besat giler kot!! :)harga pon boleh tahan..hehe

    BalasPadam
  3. waa bestnya nisa dpat g sana.cantik pulak tu hotel biliknya:) awesome;)

    BalasPadam
  4. Bile giliran Eiqa untuk terpilih pergi bercuti ek ?

    BalasPadam
  5. siyes betnyerrrr!!!dpt bilik yg duplex pon dh ok dh..hikhik :)

    BalasPadam
  6. wuwuwu...bestnya..untung la nisa..:P

    BalasPadam
  7. awana kijal mmg best. kampung sy tu. hikhikhik :)

    BalasPadam
  8. Hehe.. singgah kjp,awana kijal ni dkat kat rumah sy je..ade msa dtg la lgi..^^

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay