Sabtu, 23 Jun 2012

OVER THE TOP – Rancangan realiti TV terbaru dari TV3

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh dah lama (atau tak pernah pun??) aku tulis pasal rancangan TV kat blog aku yang sipi-sipi ni? Ye lah.. tulis kang siapa lah sudi baca kannn! Kali ni aku excited nak share dengan korang rancangan realiti terbaru dari TV3. Kenapa aku excited? Sebab rancangan realiti ni melibatkan budak-budak je. Ye, BUDAK-BUDAK sahaja.

 

MBSB Cheeky Savings Club

Sebelum aku bercerita panjang mengenai Over The Top (OTT), meh sini semua aku nak ceramah sikit pasal MBSB Cheeky Savings Club. MBSB Cheeky Savings Club ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Dah besor panjang tu tak boleh la yek! So, basically Cheeky Savings Club ni merupakan akaun simpanan untuk kanak-kanak yang memberi pulangan lumayan kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa.

 

So sebagai ahli MBSB Cheeky Savings Club, kanak-kanak tersebut dapatlah join aktiviti-aktiviti best yang dianjurkan oleh MBSB. Contohnya macam pergi berkhemah ke, lawatan macam cuti sekolah ke.. something like that la kan. So takdelah masa yang terluang tu bazir duk main tak ketentuan hala je kan?

 

ott-bm[1]

*Klik untuk tumbesaran gambar*

 

 

OVER THE TOP. Rancangan Realiti TV untuk kanak-kanak!

Haa now cerita pasal Over The Top (OTT) pulak okay? OTT merupakan rancangan realiti untuk kanak-kanak yang berusia 9 hingga 15 tahun! So siapa ada adik-adik atau kawan atau sedara mara berumur seperti yang aku sebut tadi, sila baca apa aku nak bagitahu korang ni ye!

 

Antara tujuan utama OTT ni diadakan ialah  untuk mencabar kekuatan peserta, kemahiran dan keupayaan untuk membuat keputusan penting. Bagi aku benda ni bagus kita pupuk dalam diri kanak-kanak supaya mereka pandai menilai dan buat keputusan bila perlu.

 

OTT jugak dicipta berdasarkan gaya hidup kanak-kanak hari ini di mana kepentingan memahami pengurusan masa dan pengurusan wang adalah penting. Betulkan? Kecik-kecik dah pandai nak pegang duit banyak-banyak. Kalau kita tak latih pengurusan kewangan kat dorang, nanti dorang tahu nak mengabiskan duit je.

 

 

Hadiah utama OVER THE TOP sehingga RM30,000 dan percutian ke Australia!

Wah wah wah!! Lumayan tak lumayannya hadiah untuk budak-budak yang menjadi pemenang OTT ni nanti! Jelesnyeee!! Untuk rancangan ni, 18 peserta akan dipilih, dan di dalam rancangan OTT mereka semua akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Keenam-enam kumpulan ni kena laksanakan tugasan mingguan.

 

Kumpulan yang menjadi pemenang utama di akhir rancangan akan memenangi RM30,000 (RM10,000 untuk setiap ahli dan dimasukkan ke akaun MBSB Cheeky Saving) dan juga percutian ditaja sepenuhnya ke Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia! Iskk jeles giler kot.

 

 

UJIBAKAT MBSB OVER THE TOP

Haaa bawak lah adik-adik korang, sedara mara atau anak jiran ke, anak kawan ke pergi audition untuk rancangan OTT ni. Mana tahu mereka layak menyertai OTT dan rezeki menang ke? Fuhhh siapa taknak hadiah memang sengal lah!

 

TEMPAT : Sri Pentas, TV3

TARIKH : 30th June 2012

MASA : 9 a.m. to 5 p.m.

*Para peserta akan dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada personaliti TV3 dan penerbit OTT*

*Kanak-kanak yang nak join ujibakat ni tak semestinya kena ada akaun MBSB*

*Datang bersama ibu bapa atau penjaga masa hari audition, atau datang bawak surat kebenaran*

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati :

Website : http://www.overthetop.my

Facebook : https://www.facebook.com/mbsboverthetop

Twitter : https://twitter.com/#!/mbsboverthetop

Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=God5eILITGs

 

 

 

GOOD LUCK!!

Sign PNG NisaKay


4 ulasan:

  1. hehe
    rajin dia promote
    nasib baikk sampai 15 tahun ke bawah
    kalau 15 tahun ke atas, kami pun nak g . .
    challenging kowt

    BalasPadam
  2. alah!!dh besor pjg..x ley join..huk3 :(

    BalasPadam
  3. xnampak tempat nak letak jejak. jadi saya tinggal jejak di sini boleh?

    *bilalah nisakay nak promote blog saya dlm VLOG dia. jom dtg penang, buat vlog sekali ^^

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay