Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN - Niat berpuasa, jadual waktu berbuka puasa dan doa berbuka puasa

 

Assalamualaikum…

 

Esok! Esok bersamaan dengan tarikh 21 Julai 2012, maka akan berpuasalah seluruh umat Islam di Malaysia. Ye lah, di Malaysia je lah yang aku tahu, negara lain aku tak tahu. Muehehee… Excited sebab bulan puasa ni di samping kita mengumpul pahala dengan melakukan amal ibadat seikhlasnya, aku juga ada banyak urusan yang nak diselesaikan.

 

ALHAMDULILLAH, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Telah diberinya aku rezeki yang amat menggembirakan, iaitu aku dapat sambung belajar di peringkat degree juga. Segala urusan dokumentasi aku perlu lengkapkan pada bulan puasa ni, sebab dua minggu lepas raya aku dah kena ke destinasi belajarku.

 

Baiklah, bercerita pasal Ramadhan yang begitu hampir dengan kita ni, aku ada jugak search kat internet mengenai niat puasa, waktu berbuka dan juga doa nak buka puasa… Saja nak share dengan korang pembaca blog aku.

 

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

niat puasa

Haaa nak baca niat hari-hari atau baca untuk sebulan teus pun boleh. Janji, masa lafazkan niat tu, lafazlah dengan ikhlas dan dengan hati terbuka ingin menunaikan ibadah puasa kerana Allah SWT.

 

 

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI KAWASAN
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA 

BUKA PUASA

Haaa ini jadual berbuka puasa kat kawasan aku ye… untuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh Malaysia, korang boleh rujuk kat sini : http://www.islam.gov.my/waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1433h2012m

 

 

DOA BERBUKA PUASA

lafaz berbuka puasa

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

 

 

Alangkah nikmatnya bila seharian kita beribadah puasa, dapat pula berbuka dengan insan-insan tersayang, terutamanya keluarga. Berbuka dengan juadah sederhana pun dah cukup, asalkan dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga..

 

As for me, untuk hari pertama berpuasa, kami sekeluarga akan balik kampung belah ayah untuk buka puasa sama-sama dengan sedara mara dan nenek. Mengenangkan puasa kali ni tanpa atuk yang dah meninggalkan kami memang sebak rasanya.. teringat pulak nenek sorang-sorang sahur dan berbuka, sedihnye!!! Nenek di sebelah mak pun dah berseorangan sebab aki dah meninggal tahun ni jugak… Ya Allah sedihnya..

 Crying face

 

salam ramadhan

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan tanpa halangan kesihatan. Semoga di bulan yang penuh berkat ni, kita sama-sama beribadah dengan ikhlas dan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin..

 

Kepada kawan-kawan yang membaca atau tidak membaca blog ni, maafkan segala salah silap aku pada korang.. semoga korang semua dilimpahkan rezeki dan berkat dariNYA di bulan mulia ini…

 

 

Sign PNG NisaKay


10 ulasan:

  1. selamat berpuasa dear..dr ibu ummi..:)

    BalasPadam
  2. selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa.. seb aok ada leh rujuk sini untuk waktu imsak dan berbuka untuk temerloh hehe..

    tq pasal info bazar ramadhan

    BalasPadam
  4. selamat berpose.. n congrate dpat continued study,,kat maner nyer??

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay