Assalamualaikum..
HOIII!! Sejak bila aku ade entry kategori TECH ni? Feeling nyee sejak buat video balik dengan AMANZ kennnzz.. Almaklumlahhh AMANZ kan dah ade videographer baru yang pro dalam bidang rakaman dan editing video fuhhh. So aku pun feeling-feeling lahh nak ade jugak sikit entry mengenai teknologi blergghhh!!!
Ouhh welll.. masa aku nak dengar radio Era, aku pergi la website dia.. pastu aku pun nak dengar lah radio ni secara online. Aku malas bebenor nak tune cari frekuensi bagai.. kejap keluar lagu tamil, kejap keluar lagi jawa iskk…
Malangnye internet kampus aku ni tak block pulak!! So tak boleh dengar radio secara online. Sadisnye huk huk…
Pastu aku perasan yang kat bawah ruangan radio online tu ade link download apps radio. Tapi aku macam was was laa.. aku kan online guna wifi kampus.. so still boleh guna ke? Lepas dua tiga saat aku berfikir, aku rasa nak hantukkan kepala kat dinding, sebab yang online guna wifi tu kat iPod jer, kat Note 2 aku guna internet yang aku subscribe dari Celcom. So boleh lah dengar radio kan???!!
Masa aku nak install apps ERA tu, aku ternampak suggestion apps untuk HITZ sekali.. Dah alang-alang tengah install apps kan, aku buat sekali harung je la.. Lagipun aku memang suka radio HITZ.
Okay bila dah install tu aku, aku baca review apps tu kat Google Play tu. ALAMAKKK!!! Ade pulak review yang tak sedap dibaca.. Risau gak apps ni tak okay ke apa.. So bila dah install, open je apps tu dia akan test connection dulu.. Tapi kejap je aku tunggu.
Lepas tu dia akan buffer sebelum kita dapat dengar radio.. Nak buffering ni dia bergantung pada kelajuan internet korang jugak lahhh… Aku punye internet yang ku subscribe tu laju lah pulak semalam.. kemain tiga empat kali aku try snapshot scree masa dia tengah buffer tau!
Hahaha aku tau entry ni macam batak and macam noob giler sebab aku baru tahu pasal apps ni. BAHAHAHA!! Ade ku kesah ker? Sebab ku tak kesah lerr ku update kat sini. Blog ku okeh. Hikhik.. Apa-apa pun aku lagi suka individual apps untuk radio macam ni, kalau aku nak dengar ERA je, aku open je apps ni.. takyah susah-susah nak cari frekuensi bagai.
Okay.. Thank you kerana sudi membaca. YOSHH!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!