Khamis, 7 Mac 2013

[EVENT] Pratonton filem Cerita Kita

 

Assalamualaikum…

 

Isnin lepas aku dijemput oleh MiG untuk menyertai majlis pratonton filem terbaru mereka, iaitu CERITA KITA lakonan Yana Samsudin, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan turut dibantu Shima Anuar dan Along Ezendey.

 

cats

 

Yeahhh berpeluan juga aku berjumpa dengan para pelakon filem ni.. Yang penting ada Yana Samsudin okayyy. Ade dia, sonang jee semua aku support ! Hehehe… Tapi aku tak berpeluang bergambar dengan pelakon lain.. dan juga pengarah filem Cerita Kita iaitu Pierre Andre !

 

 

cats2

Bila dah pegi majlis pra tonton tu haruslah bergambor sakan ye dak.. Ni antara rakan blogger dan rakan YSF yang aku jumpe…

 

 

DSC00313

Ada ahli YSF yang bawakkan cupcake CERITA KITA laaa.. tapi tak sempay ambil gambar sume dah ngap ngap tinggal yang ni je. Hek hek.. Sangat sedap cupcakes nyeee! Siapa lahh yang bawak ye… Terima kasih tak terhingga!

 

 

DSC00266

Yeargghhhh go go CERITA KITA ! Nampaknya satu kelainan yang dibawakan oleh Pierre Andre ya! AKu pon terkejut filem ni arahan Pierre Andre ahahaha….

 

 

DSC00275

Antara ahli YANA SUPER FRIEND yang hadir… Sangat supportive dan gembira semuanya nak berjumpa dengan Yana Samsudin hehehe…

 

 

cats3

 

SINOPSIS :

Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.

Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.

Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?

 

_MG_4098

PENDAPAT / PANDANGAN AKU :

  • Sesuatu yang sangat lain. Kalau tak diumumkan siapa pengarah filem ni, mesti aku tak akan sangka filem ni adalah buah tangan dari Pierre Andre.
  • Aku suka hasil sinematografinya. Shot-shot ringkas yang diambil, contohnya, tangan yang memegang rokok, telefon bimbit.
  • Jalan cerita yang tak terlalu laju. Walaupun ending nya masih boleh dibaca atau diagak, tapi ia tidak membosankan langsung.

 

DSC00270

Jadi, jangan lupa tonton filem CERITA kita di pawagam okay??? Mula ditayangkan HARI INI !!! Woot woot!!!!!!!!!!!

 

 

 

XOXO


7 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay