Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Ahad, 22 Oktober 2017

ANUGERAH PLANET MUZIK 2017



Assalamualaikum...


Walaupun blog nampak macam sendu syahdu je kan.. tapi sebenarnya lately Nisa sempat juga menghadiri beberapa event. Antara kenangan bermakna dalam hidup Nisa ialah Nisa berkesempatan menghadiri acara berprestij iaitu Anugerah Planet Muzik 2017 yang berlangsung di Singapura ! Alhamdulillah terima kasih sahabat Sufi Rashid kerana sudi menjemput Nisa.


Read More»

Isnin, 25 September 2017

Konsert AF Megastar Minggu Kedua : 24 September 2017




Assalamualaikum..

Iyaa minggu berganti minggu. Rasa macam baru je weekend, ni dah weekend semula.. dah nak habis dah pun ! Haa macam biasa hari Ahad alhamdulillah dapat rezeki tiket menonton konsert AF Megastar secara langsung di Shah Alam. Baiklah.. minggu untuk para bintang berentap sudah masuh minggu kedua. Dan jika minggu lalu tema adalah "tribute" kepada pelajar AF lain, minggu ini temanya ROCKKKKK !

Read More»

Sabtu, 7 Februari 2015

BOYCE AVENUE Live in Malaysia !

 

Assalamualaikum…

 

Print

 

When I first knew about one of my fav Youtube artist is coming to Malaysia, I literally jumped out of joy ! I love love loveeeee BOYCE AVENUE so much ! It was 3 years agoooo when I first listened to Boyce Avenue’s cover on Skyscraper (original song by Demi Lovato – my fav too!). They were doing a collaboration with another Youtube artist, Megan Nicole. So I found them thru Megan’s Youtube channel. Since them, I stucked with the boys ! Argghhhh I just love how lovely and husky the vocalist’s voice.

 

 

Antara lagu cover Boyce Avenue yang sangat sangat aku suka and been listening until now – The One That Got Away (by Katy Perry), Superman (by Five For Fighting) dan I Miss You (by Blink 182). Fuhh if I were to list down my favorite covers by Boyce Avenue, I really think that you guys should just go to their Youtube Channel and listen to all their songs ! HAHA !

 

BA_PosterV1-01 2

Anddd anddddd Boyce Avenue will be heading to Malaysia !!!! The show is part of their Asia Tour which will be held at KL LIVE – omaigod I just canttt wait to watch them performing live !

 

 

WHATTT ?? Ada yang belum kenal BOYCE AVENUE ? Magasshhh mari marii kita kenalkan hik hik.. Band ni terdiri daripada adik beradik, Alejandro penyanyi utama, dia juga main gitar dan piano, Fabian main gitar dan jugak back up vocal, and Daniel main bass, percussion dan jugak backup vocal.. Dorang start as a band dari tahun 2004 and dorang dah cover lagu, share music ape sume through Youtube sejak tahu 2007 lagi ! Pergghh lama dah kann…. Dah pernah collaborate buat cover dengan ramai bintang Youtube !

 

 

Narmi-tile

Woot woot ! Persembahan pembukaan oleh Narmi dan Elizabeth Tan ! Yeahhh !

 

 

 

Print

Yeah yeahh ! I got myself a tix to the show !! I will go there by myself though, and meet my friends there.. Because My boyfriend didn’t wanna go with me !! (Erkkk I actually don’t have one LOLOLOL !!) Sooo.. anyone already bought the tix ? See you guys there ! Tegur-tegur lah ya. Don’t worry I don’t eat people.. Wakakakaa…...

 

Hurry up and buy the tic now ! It is happening!
12 February, 2015
KL LIVE, Life Centre

Buy now ! Klik link di bawah :

  1. Early Bird Tix RM158 Groupon *SOLD OUT*
  2. General Tix RM188 TicketPro
  3. VIP Tix RM258 Ticket Pro

 

 

 

 

XOXO, See you guys there !
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 23 Januari 2015

innisfree Fiesta 2015 – Bertemu Lee Min Ho !

 

Assalamualaikum..

 

DSC09175

 

Masa mula-mula diberitahu bahawa pelakon popular Korea akan datang ke Malaysia untuk fiesta anjuran innisfree, memang dalam hati ni teruja tak terkata. Hehehe minat tu memang minat. Tapi bagi aku, cukup lah dapat tengok depan mata.. tak perlu datang dekat atau sampai bersentuhan oopps. Hehehe. Jadi jemputan ke majlis tertutup innisfree Fiesta 2015 di Kuala Lumpur terus aku RSVP tanpa bertangguh.

 

DSC09179

Tak lengkap rasanya event sekarang kalau tak panggil photobooth bukak tempat bergambar ! Haha aku suka dapat gambar free macam ni. Ada pihak photobooth yang bagi gambar strip yang memanjang tu. Yang ini pulak dia bagi yang saiz 4R camni. Kalau tak silap boleh customized. Oh ye kualiti gambar dia lawa. Percayalah. Boleh usha sini http://www.wowphotobooth.com.my/ Ehh promote pulak.

 

 

1

Bila buat event kat hotel, nyumss makanan dia memang tak disangkal memang best ! Siap ada cupcake bertemakan innisfree ! Haha.. event ni diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Sebuah lokasi di tengah kota, dan sebuah hotel yang agak berprestij. Memang dikawal rapi event ni, sebab event ni tertutup.. hanya untuk mereka yang mendapat jemputan sahaja.

 

 

Additional_7

Ini gambar suasana keseluruhan innisfree Fiesta 2015 ni… Gambar dari penganjur, aku tak sempat nak ambil gambar.. haha Al-maklumlah terlebih excited kan nak tengok Lee Min Ho. Hahaha.. Dalam dewan tu, dia dah sediakan booth yang cantik-cantik.. aktiviti dan jugak minuman. Memang cantik hiasan dalamannya.. di atas ni merupakan antara rangkaian produk kecantikan dari innisfree .

 

 

2

Haa ada 9 jenis ! Pelbagai rangkaian untuk jenis-jenis kulit orang Asia.. Ada yang untuk melembap, untuk anti-aging.. untuk menegangkan kulit.. untuk membaiki kulit, mencerahkan.. dan pelbagai lagi. Memang sangat teruja dapat tengok semuaaa rangkaian produk innisfree ni ! Dan kita boleh try dan dapatkan lebih maklumat mengenai produk innisfree ni kat sini.

 

 

Additional_12

DSC09220

INNISFREE GREEN HOUSE ! Yeayy love this section. Khas untuk pencinta alam semulajadi, free cactus for you guyss ! Kita berpeluang tanam semula kaktus ke dalam bekas produk innisfree . Haa kira kitar semula lah. Bekas-bekas plastik kosong tak payah buang.. Boleh kitar semula, guna untuk tanam pokok kaktus macam ni ke.. or buang simpan pin-pin tudung or duit syiling ke…

 

 

DSC09222

DSC09227

INNISFREE D.I.Y. SECTION ! Haa ini best ! Setiap dari kami diberikan canvas pouch tanpa corak, dan terpulang kepada kami nak corakkan macam mana. Siap ada letter stamp lagi tu ! Boleh lah letak nama kat pouch ni .. Lepas tu memang aktiviti bebas la kan haha. Aku punya tema ialah “Autumn In My Heart” haha sebab tu banyak dedaunan keguguran, dahan nan kerapuhan, bunga-bunga cinta.. layu di pusara.. ehh !

 

 

3

Okayyy masa untuk bertentang mata dengan pelakon popular Korea dan juga duta innisfree

LEE MIN HO

Aku tak payah cakap banyak ya, aku tepek je lah muka beliau di sini ya ?

 

DSC09285

4-2

 

Dan gambar-gambar di bawah ni pula, sebahagian daripada momen-momen ketika sesi fan meeting yang dijalankan pada waktu petangnya. Untuk mendapat tiket fan meeting bersama Lee Min Ho ni, peminat perlu shopping produk innisfree bernilai RM300 dan akan dapat special goodies bag. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat tiket ke sesi meet-n-greet Lee Min Ho dalam bag tu ! Haa apa-apa pun ikut tuah badan dan rezeki ye la dakk..

 

innisfree_Photo4

innisfree_Photo7

innisfree_Photo2

 

And.. last but not least… hik hik!!

DSC09514

Okay.. serius tak pegang ! Pegang patung je ye.. Hahaha… Berikutan kes “pegang peluk cium” yang tengah viral bebenor kat laman sosial.. meh sini nak kabor sikit.. Kita ni minat artis biar berpada.. Jangan terlampau memuja-muja.. Takut nanti hilang kawalan diri bila dapat jumpa dekat-dekat ! Lagi-lagi dunia sekarang ni, buat apa je semua boleh tersebar kat internet. Jadi bila kita minat pun berpada, inshaAllah dapat kawal diri.. Hiks. Iols pun minat Korea. Hik !

 

 

More info about store innisfree in Malaysia, READ HERE !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Selasa, 6 Januari 2015

FILEM – Manisnya Cinta Di Cappadocia

 

Assalamualaikum..

 

Haaa aku tahu betapa dah lambatnya aku nak buat review filem ni. Sepertimana kita tahu, filem Manisnya Cinta di Cappadocia ni merupakan filem adaptasi daripada novel hasil tulis novelis popular iaitu Anis Ayuni. Filem ini dah pun bertayangan selama beberapa minggu di pawagam. Dan bagi yang tidak berkesempatan tonton di wayang, boleh langgan di Astro First.

 

nisakay - MCDC 8

Ahaaa ini buktinya aku peminat novel ini. Pertama kali baca novel ni, aku baca di rumah makcik aku yang juga merupakan peminat novel. Tapi tak boleh pinjam bawak balik arr, just baca je kat rumah dia. Aku berjaya baca separuh novel je. Bila dah start keje sambilan jadi pembantu kedai runcit (zaman sekolah dulu), aku beli novel Manisnya Cinta ni. Aku baca semula dari mula sampai habis. Menjejer air mata kot part sedih tu. Part sweet pulak berangan la tak sudah.

 

Lepas tu, novel aku hilang entah ke mana. Tak sengaja buang ke, ada orang pinjam ke.. aku sendiri tak ingat. Maka aku beli lagi yang baru. Aku baca lagi dari mula. Sampai dua round aku baca. Tak bosan-bosan. Sebab aku sangat sangat sukakan jalan ceritanya. Buku tu hilang masa aku pindah rumah. So aku beli lagi novel ni tahun lepas. Dann.. baca sekali lagi. Yang belah kanan tu aku gedik beli sebab ada ala ala poster filem sebagai kulit buku. HAHA ! Tak bukak plastik pun lagi. Beli sebab minat sangat filem ni..

 

 

nisakay - MCDC 3

Pada hari pertama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) ni ditayangkan di pawagam, aku dijemput oleh Red Communications untuk sertai majlis tayangan filem ni bersama-sama dengan beberapa artis, jemputan dan juga pemenang contest Lux. Hee berjumpa pulak dengan bebudak neh. Haha Wani dan Ned.

 

 

nisakay - MCDC 1

Iedil Putra pun turut sama memeriahkan majlis tayangan filem. Hehee.. Sungguh sporting ! Jangan lupaaa tengok filem yang beliau berlakon jugak, filem TERBAIK DARI LANGIT. Turut membintangi filem tu : Bront Palarae, Amirul Affendi dan Nadiyaa Nisa.

 

 

nisakay - MCDC 2

Dan semestinyaaa… FAZURA herself. Heroin filem MCDC ni.

 

 

nisakay - MCDC 4

Aku rasa aku tak payah review lelebih la kan.. Filem ni semua tahu memang best pun.. Part sedih tu, memang menusuk kalbu.. sampai teresak-esak aku. Videographer yang datang dengan aku pun duk bahan aku sebab aku nangis haaa. Sedeyh sangat kekdah nye !

 

 

nisakay - MCDC 6

Kalau masuk part sweet sweet tu, melayang-layang aku dibuatnya, mengalahkan heroin filem pulak aku.. Aduhaii.. dah la kedua-dua hero dan heroin nye aku memang minat ! Masa mula-mula Fazura sebut beliau akan muncul dengan filem bertajuk “Manisnya Cinta”, I terus tanya filem adaptasi novel ke ? Bila Fazura mengiyakannya, memang aku rasa sikit lagi nak melompat dari kerusi tu. Wakakaa. Memang excited dan jugak letak high expectation jugak lahh..

 

 

nisakay - MCDC 5

Jadi, bila filem ni keluar, aku rasa at the end of the movie.. aku rasa nak menangis terharu pulak.. sebab nya aku rasa filem ni disampaikan dan diinterpretasi dengan sangat sangat baik. Jalan cerita yang sangat tersusun, tak jump here jump there (you know what I mean).. dan semestinya tak melalut dengan tambahan dan ubah suai yang keterlaluan.

 

Naskhah karya Anis Ayuni ini semestinya sudah diadaptasi dengan baik sekali, dan jalan cerita masih dekat dengan karya asal. Setiap paparan babak-babak filem ni membawa aku kembali kepada setiap bait di dalam novel. Well.. sebagai peminat novel yang dah baca novel ni beberapa kali, aku memang tak boleh lari daripada compare antara novel dengan filem. Kedua-duanya sememangnya berbeza. Tapi kedua-duanya merupakan karya yang sangat bagus.

 

And aku suka sangat dengan keletah Lisa Surihani yang membawa watak Izelea, adik kepada Ifti Liyana yang dilakonkan oleh Fazura. Aku rasa ini first time kot aku tonton lakonan Lisa yang membawa karakter yang agak nakal, suka mengusik kakaknya.. Hehe so cheeky but too cute and adorable Izelea ! Good job Lisa Surihani !

 

 

nisakay - MCDC 7

Antara yang mendapat pujian ramai ialah hasil sinematografi yang sungguh sungguh memikat mata yang menonton.. angle yang menarik.. filem ini semestinya “NAMPAK CANTIK”. Haa siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. It is a beautiful work ! Tahniah kepada pengarah serta krew-krew yang menjayakan filem ini !

 

Fazura juga mendapat pujian yang sememangnya satu Malaya tahu, Fazura kelihatan sangat cantikkk dalam filem ini. Menangis pun cantik. Gosok gigi pun cantik ! Kau hado ? Hahaha !! Pakaian dan dandanan rambut jugak mendapat pujian melambung dari penonton wanita. Aku pun suka sangat sangat dengan fesyen Fazura dalam filem ini. Stunning !! Latar belakang tempat dalam filem ini jugak sesuai dan cantik. Ishh pendek kata semua cantik lah !

 

 

manisnyacinta

Hmm.. apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan filem arahan Bernard Chauly ni.. Memang tak pernah mengecewakan.. Sama macam filem sebelum ini, Instanbul Aku Datang juga.. filem MCDC ni digarap dengan begitu baik sekali. Wah wahh komentar aku dah mengalahkan pengkritik filem pulak haii !

 

 

 

Ahaa.. apa yang dicoret dalam entry ini hanyalah buah fikiran aku. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perfileman.. Tapi sebagai penonton dan peminat, aku berpuas hati dengan karya ini. Seronok rasanya menonton filem yang diadaptasi dari novel kegemaran. Tahniah sekali lagi kepada barisan pelakon dan krew-krew serta pengarah filem MCDC ini…

 

Bagi yang belum menonton filem MCDC ni, dan korang ada Astro kat rumah.. Boleh lah langgan filem MCDC ni kat Astro First. Oh ye.. ini bukan iklan berbayar oleh Astro ke apa eh.. Aku cuma nak galakkan korang tengok filem MCDC ni. Memang best !!! Kawan lelaki aku pun kata filem ni best ! Haaa ke sebab dia minat Fazura ? Kekekee… Psstt sebelum habis baca, jom tengok interview aku dan Fazura :

 

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 21 Ogos 2013

FILEM – Paku Pontianak bukan filem pontianak tipikal

 

Assalamualaikum…

 

paku

 

Dup.. dap.. dup.. dap… begitulah degupan jantung aku sepanjang malam tadi… semuanya dek kerana penangan menonton filem terbaru dari MiG iaitu filem seram Paku Pontianak. Filem ini dari trailer nye kemain seram lahaiiiii.. Sampaikan aku cepat-cepat skip iklan trailer ni kat Youtube atau alih TV kalau keluar kat TV haha !!

 

PAKU PONTIANAK? Cerita apa lagi kalau bukan pasal hantu yang mati beranak atau lebih glemer dikenali sebagai pontianak. Namun setelah berakhirnya majlis pratonton filem PAKU PONTIANAK ni, aku dapat simpulkan di sini (dari sudut pandangan peribadi aku) filem ini tidak seperti filem pontianak biasa yang berlambak di pasaran.

 

_MG_4516

Macam mana kalau korang ditakdirkan KAHWIN DENGAN PONTIANAK? Yer of cos laa korang tak tahu yang orang itu pontianak ke tak kan… So kalau TER-kahwin macam mana? Seriously korang kena tengok filem ni sebab hero filem ni iaitu Pekin Ibrahim yang memegang watak Adam telah jatuh cinta dan berkahwin dengn pontianak !

 

 

_MG_7782

Adam yang tidak sengaja “melanggar” Melati (lakonan Uqasha Senrose) telah memutuskan untuk berkahwin dengannya setelah Melati tinggal di rumah keluarganya selama beberapa bulan. Semenjak kemalangan tersebut Melati sedikit pun tidak mengenali siapa dirinya dan tidak mengingati jika dia mempunyai waris. Jadi, family Adam ni lah yang menjaga Melati.

 

Namun, perkahwinan Adam dan Melati mula terganggu apabila Adam dan adiknya sering mengalami perkara-perkara menyeramkan yang berkaitan dengan Melati. Tapi Adam percaya bahawa kejadian karut tersebut terjadi angkara Seri (lakonan Hidayah Samsudin) yang menggunakan ilmu hitam ke atas Melati.

 

 

_MG_5722

Kehadiran Pak Leh (lakonan Sidek Hussain) tidak disenangi Adam sebab Pak Leh ni sedaya upaya nak bagi hint kat Adam ni yang ada something wrong dengan bini dia. Jadi apa kesudahannya rumah tangga Adam dan Melati ni? Sebab Adam sayang sangat kat bininye tu…

 

 

_MG_5281

Kejadian seram bermula apa bila Melati kelihatan mulai “menjadi dirinya yang sebenar” haa gituhh. Kalau nak tahu apa yang sebenar tuh kenalah tengok PAKU PONTIANAK ye dak?? Elemen seram yang aku rasakan lain dari filem yang lain ialah penekanan dalam menerapkan elemen suspens. Faham ke idok? Maksud aku, kalau citer hantu je mesti berlambak-lambak hantu keluar skrin kan? Tapi yang ni tak..

 

 

_MG_4756

Di sebalik keseraman yang menyelubungi sepanjang jalan cerita, ada kisah yang tersirat dan tersurat. Haa gituuhhh. Ada kisah cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Daripada asyik terkejut tengok muka hantu baiklah kita hayati kisah cinta yang… haa kalau nak tahu silakan menonton filem PAKU PONTIANAK.

 

LAIN-LAIN :

  • Babak-babak seram sangat menjadi kerana lokasi penggambaran yang memang menaikkan mood seram.
  • Elemen suspens yang berjaya diterapkan. Sampai penonton-penonton menjerit-jerit.
  • Bukan citer tipikal pontianak terbang ke hulu ke hilir. Rambut menngerbang.
  • Tabik kat director yang kreatif. Maksud aku tak stick pada satu genre filem saja. Best!

 

 

1

 

Saksikan filem PAKU PONTIANAK, di pawagam bermula 22 OGOS 2013 ini. Lakonan -

Pekin Ibrahim
Uqasha Senrose
Ruminah Sidek
Along Eyzendy
Adiba Yunus
Hidayah Samsudin
Sidek Hussain




 

 

 

MORAL OF THE STORY :
Jangan bawak balik perempuan yang anda tengah-tengah malam okay. Hak hak hak.



XOXO


Read More»

Selasa, 30 Julai 2013

NEELOFA in FSYN

 

Assalamualaikum..

 

Seperti yang aku selalu war-warkan, aku memiliki sebuah online shop yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan online ni. I’m doing this ALONE. All alone. I believe in working hard will results in great return inshaAllah. Rezeki yang sudah ALLAH janjikan, memang akan ada untuk kita, cuma kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkannya bukan?

 

Kalau korang sudi, ushalah online shop aku yang tak seberapa iaitu FSYN by NK. Apa tu FSYN? Susoh benor nak menyebut satu-satu hurufnya. Hahaa I get that a lot.. :P But actually FSYN is pronounced as FESYEN. FSYN by NK bermaksud FESYEN by NISA KAY. Gituhhh. Macam rojak pulek. Hahaha. So to make it unique kononnya, hasil idea bos aku, terhasillah nama FSYN. Haha.

 

DSC06406

Haipppp? Apakah letak gambor Neelofa pulak ni haaa? Ini kan gambar masa aku jumpa Neelofa di majlis berbuka puasa bersama duta LINE Malaysia dan aku personally berpeluang interview duta-duta LINE Malaysia untuk video selingan Amanz. Ahaaa ni nak citer ni masa majlis ni berlangsung aku sempat laa bawakkan hadiah yang memang dah lama aku nak bagi beliau. Alhamdulillah beliau sudi menerimanya… Dan pada suatu hari…

 

Capture1

Neelofa cc kan kepada aku gambar beliau bersama Hans Isaac serta anak-anak yatim di satu majlis berbuka puasa yang beliau hadiri. Wahhh terkujat aku sebab dalam gambar tu beliau pakai Kimono Outerwear yang aku bagi beliau ! ALHAMDULILLAH thanks Lofa sudi pakai !!

 

1002319_555542914509122_590972216_n

And she did mention in her instagram that the Kimono Outerwear is from my online shop FSYN by NK. Thankssss Lofa ! She is too gorgeous and Lofa pin kan outerwear tu so it looked like an oversized blouse. Glad that se love it, and sudi pakai !

 

 

CSC_0040

And this pic is from Neelofa’s Team sendiri ! Lofa meminta wakil Neelofa Team nya untuk emel gambar-gambar berkaitan kepada aku. Wahhh terharu jugak lahhh ! Sebab dapat this pics. And seeing a popular figure like her sudi pakai baju dari online shop aku FSYN by NK yang masih baru dalam industri ni make me super excited !

 

 

CSC_0123

Lofa and Hans Isaac bergambar bersama anak-anak yatim di majlis berbuka puasa tersebut. Heee hope to see you again Neelofa !

 

 

3659_555537631176317_1606568192_n

So this is the outerwear that I gave her along with other pieces. Thanks a lot yaa for doing this ! Aku jarang sangat bertemu Neelofa di acara-acara.. Tapi first time aku jumpa beliau di majlis pelancaran produk Avon bersempena hari ibu di Sg Wang, kali kedua ialah malam gala filem Azura 2013. Iftar with LINE Malaysia adalah kali ketiga aku bertemu beliau. And baru kali ni aku dapat nampak karatkter sebenar Lofa.

 

 

Soooo this is really made my day. Thank you so muchhh !

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 24 Julai 2013

Berpeluang menemuramah duta LINE Malaysia–Nazim Othman dan Neelofa

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku dan team AMANZ dijemput ke majlis berbuka puasa bersama jenama messaging app yang tengah naik kat Malaysia ni, iaitu LINE. LINE ni asalnye dari Korea dan apa yang menariknya LINE app ni ada sticker yang comel comel sangat sesuai untuk korang ekspresikan perasaan korang Ahaa gituu.

 

DSC06400

Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, para hadirin turut diperkenalkan kepada 3 orang artis Malaysia yang dipilih menjadi duta LINE Malaysia. Tak lain tak bukan para pelakon Nazim Othman, Fizo Omar dan Neelofa.

 

 

cats

Ahaaa dah namanya datang buat keje kan.. So kena lah interview orang kan.. Aku sangat berbesar hati dapat interview selebriti dan duta LINE Malaysia ni haaa.. Pada asalnya aku interview ketiga-tiga duta ni.. tapi too bad video interview Fizo Omar got problem and cannot be uploaded :(

 

 

DSC06403

Selebriti dan duta LINE Malaysia yang pertama aku interview adalah Nazim Othman.. It was just a quick interview.. memandangkan kami AMANZ hanya cover berita teknologi, tapi nak jugak kita tahu mengenai penggunaan aplikasi oleh para artis kan? So just a quick interview with Nazim Othman :

 

 

DSC06406

Alaaa takde gambar berdua dengan Neelofa pulakk! Tapi ade gak gambar ni haaa. Asalnya nak bergambar dengan Melakaboy (tengah) then Lofa dengan kiut nye nak fit into frame jugaakk. Hehehe. Nasib ade jugaklah gambar. Nak tengok gambar mesra aku dengan Lofa boleh follow instagram aku amboi promote ! Watch this quick interview with Lofa :

 

 

Ahaaa kalau nak tau ini lah pertama-tama kalinyaa.. buat julung-julung kalinyaa… AMANZ menampilkan artis dalam video-video terbitan mereka tau! Sekali dapat lak Lofa dengan Nazim Othman para duta LINE Malaysia lagii.. Curlass.

 

Tak dinafikan dunia teknologi memberi manfaat kepada semua.. So inshaAllah kalau boss approve akan ada lagi video selingan macam ni, menanyakan pendapat para selebriti Malaysia mengenai perkembangan dunia teknologi, dan kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Till then, YOSHHH !!!

 

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 12 April 2013

Choi Siwon di majlis pelancaran LINE Malaysia

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni gigih sangat tau bangun pagi-pagi, mekap sambil mata pejam sampai tak sedar foundation tebal ya ampun, lepas tu muka dah macam tepung gomak. Adesss. Gigih sebab apa? Sebab nak ikut boss pergi event pelancaran LINE di Malaysia. Lebih gigih lagi bila ada kemunculan ahli Super Junior iaitu Siwon.

 

Rerakan blogger jangan nak bagi ayat “Tak ajak aku pon” dekat aku okeh. Tampor kang kekekkee (gurau je!) Sebab kalau tak silap aku, they didn’t invite bloggers, memang focused on media aje this time. Tapi ramai jugak fans yang datang dan ramai jugak yang tunggu kat bawah.

 

DSC_0056

Interesting and interactive presentation from LINE’s people. Yeah I’m a LINE user! Korang guna LINE tak? Stickers semua comel ya ampunnn ! Oh ye, kali ni aku pergi under AMANZ tau. Not as blogger ok. Tapi kamera  kat tangan aku, soo… ehem ehem.. apa salahnya share dengan korang semua peminat SIWON koleksi gambar yang aku ade. Mih mih mih…

 

 

Siwon1

Okay guys you can screammmmmmm nowwww !!!!!!!!!!!!!! It’s Siwon of Super Junior in da house!!! Choi Siwon selaku duta LINE membuat kemunculan di majlis pelancaran LINE Malaysia, Aloft KL Sentral pagi tadi. Tinggi dan kacak sangat Siwon nih.. Haihhhhh kawal diri please. BAHAHA!!!

 

 

cats

Banyak pulak gambar Siwon ni haa.. Dah namanya kamera di tangan aku kan. Maaf boss. Lain gambar yang disuruh ambil, gambar Siwon jugak yang penuh dalam kamera. Muahahaha!!! Maaf maaf !!

 

 

Siwon6

Helo hot guys. LOL.

 

 

Siwon4

A close up. Gigih tau aku dengan Aidasue awal-awal chop tempat depan pentas betul sebab nak gambar Siwon lawa-lawa. Ehekkk.. So semua masih ternganga di depan skrin komputer dek kerana kekacakan jejaka Korea ini? Omoooo~

 

 

Siwon7

Auwwwww so cute semua mascots ! And Siwon pon cute dan hotttttt!!!

 

 

Siwon8

Siwon with the local artists who have official accounts with LINE.

 

 

Okay guyss itu saja kot gambar-gambar yang aku nak share. Nak lebih info dan berita mengenai event dan aplikasi LINE ni, boleh baca AMANZ tau. Baca jangan tak baca muahahaha. Promote bos baekkk punya okay.

 

Kang letak banyak-banyak pictures Siwon kang aku dibenci ramai lak. Mih mih mih. Tapi aku sebenarnya dah lama tak layan lagu Super Junior pun. Last aku layan pun lagu Sexy, Free and Single (yeke ni tajuk dia??). Tapi Siwon memang a Mr Simple la kan.

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay