Jumaat, 21 Jun 2013

Stress dan penat menghadapi exam? PHARMATON penyelesaiannya !

 

Assalamualaikum…

 

clip_image002

Baru-baru ni aku telah dijemput untuk menyertai acara bersama jenama multivitamin terkenal di Malaysia iaitu Pharmaton. Waktu cuti memang aku suka isi dengan menyertai acara-acara. Walaupun penat dan sibuk, tapi aktiviti seperti inilah yang membolehkan aku bertemu dengan rakan-rakan blogger.

 

 

clip_image004

Acara berlangsung di Menara HP, Bukit Damansara. Beberapa orang blogger lain turut dijemput. Selain dari memperkenalkan produk terbaru mereka, and produk ni buat aku sangat teruja sebab sangat sangat sesuai untuk student macam kita ni.. Kejap lagi aku share dengan korang ye.. Ada juga sharing session bersama pengguna setia Pharmaton. Sangat banyak manfaat ni bila kita setia mengambil produk Pharmaton setiap hari..

 

 

clip_image006

Selain memperkenalkan produk terbaru, Pharmaton rupa-rupanya dah pun menyusun acara yang seronok untuk kami para bloggers. We played memory games, we had so much fun ! Walaupun kumpulan aku tak menang kann. Haha..

 

 

clip_image008

Lepas tu kena cari kad tersembunyi. Yang uniknya, kita hanya boleh ambil kad yang berkaitan dengan diri kita sahaja. So bila dapat kad tu, kami dapat hadiah ! Thank you so muchh Pharmaton sebab bagi hadiah yang memang dikhaskan untuk setiap personaliti blogger tu !

 

 

clip_image009

Setiap blogger dapat hadiah yang berkaitan dengan diri.. Contohnya Yuyu Zulaikha yang dapat barangan Hello Kitty kerana minat beliau terhadap kartun tersebut, blogger Elia Jejari Runcing pula dapat produk berkaitan sukan sebab beliau ada melibatkan diri dengan futsal. Aku pula dapat earphone edisi khas yang memang cun ! Sesuai untuk aku penggemar muzik ! Best betul cuti kali ni !

 

Bercuti dari study pun tak boleh nak kata diri ni berehat sepanjang masa. Masa yang terluang aku gunakan untuk menjana pendapatan, which is aku berniaga secara online. Bila dah mula meniaga ni, kita kena fokus, barulah kita dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga menarik lebih ramai pelanggan.

 

Tapi meniaga ni pun lebih kurang macam musim exam.. TAK CUKUP TIDUR. Sampai jam dua tiga pagi aku berjaga nak melayan order yang masuk, membungkus barangan yang nak dipos dan macam-macam lagi tugas lain. Tapi esok paginya aku ada tugas lain pulak yang perlu diselesaikan.

 

clip_image010

So bila tak cukup tidur, of course badan akan lesu dan kita nak buat kerja pun macam tak semangat aje kannn… So, aku dok usha la supplement apa yang bagus kat pasaran, tapi tak ada yang tepat dan sesuai dengan keperluan aku. Serta merta aku teringatkan produk Pharmaton yang aku dapat dari event tersebut.

 

Akhirnya aku decide untuk mencuba PHARMATON ni.. Kenapa aku pilih supplement ni? Sebab supplement Pharmaton yang mengandungi Standardized Ginseng Extract G115 yang sangat bagus untuk membawa pengaruh positif kepada daya tahanan badan terhadap gejala keletihan dan kelesuan. See? Sangat tepat untuk keperluan aku ! Jom aku kongsikan pengalaman aku dengan Pharmaton ni.

 

 

clip_image011

Beberapa hari yang lepas aku dijemput oleh sekumpulan pelajar univerisiti tempatan untuk menjadi jemputan di dalam talkshow mereka. Tawaran aku of course la aku terima dengan hati terbuka. Malangnya malam sebelum hari shooting tu aku tidur sangat lewat gara-gara terpaksa membungkus barangan customers online shop.

 

 

clip_image012

So bayangkanlah betapa penatnya aku sebab aku hanya dapat tidur 4 jam sahaja. Sakit-sakit bahu aku ni masih terasa bila bangun pagi. So lepas sarapan, aku ambil sebiji Pharmaton ni, dan wallah ! Tubuh badan aku mula merasa cergas dan aku rasa lebih bersemangat nak shooting.

 

Bayangkan kalau aku kepenatan, lesu, stress sebab tak cukup rehat, lepas tu pergi shooting. Mesti muka aku nampak tak cantik dalam kamera, dan mungkin soalan yang ditanya oleh pengacara pun akan dijawab merapu-rapu! Nasib baikkk ada Pharmaton. Masalah lesu dan keletihan dapat diatasi yeayyy !

 

 

clip_image014

Situasi aku semasa bercuti lebih kurang sama je dengan musim menghadapi peperiksaan, kan kita berjaga tengah-tengah malam untuk study, tido pun dua tiga jam je. Lepas tu kena bangun awal, kena pulak masuk dewan peperiksaan lepas tu jawab soalan. Apa jadi kalau badan lesu dan penat? Boleh ke kita ingat balik apa yang kita dah belajar malam tu?

 

 

Berasa STRESS pada musim peperiksaan adalah normal ya kawan-kawan. Bila kita kena paksa diri untuk study balik banyak topik yang kita dah belajar, kadang-kadang sampai tak cukup tidur kan. Tapi stress ada dua jenis iaitu

  • GOOD STRESS - tekanan yang memberi manfaat dan motivasi
  • BAD STRESS - tekanan yang menyebabkan keresahan dan masalah kesihatan

 

 

Mestilah kita nak GOOD STRESS kan? Bila ada good stress ni, barulah kita lebih bersemangat dan fokus nak ulangkaji. Kalau kita dilanda BAD STRESS, kita akan berasa tidak boleh fokus dan tidak boleh ingat apa yang kita ulangkaji.

 

clip_image016

 

Bila tidur kurang mencukupi, kita akan berasa penat nak bangun pagi. Lepas tu mesti stress sebab kena jawab exam. Bila badan kita lesu, kemungkinan besar kita tak dapat ingat perkara yang kita dah study dan tak boleh menjawab dengan baik ! So pendek kata, kenapa kita perlukan Pharmaton masa musim exam ? Sila baca di bawah :

  • Meningkatkan kesejahteraan
  • Meningkatkan kecerdasan mental
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengurangkan tanda-tanda keletihan
  • Menguatkan sistem imun

 

Jadi bila kita consume Pharmaton dan ia membantu kita dari banyak aspek seperti yang aku kongsikan di atas, secara tak langsung it will help to promote GOOD STRESS dalam diri kita agar segala urusan kita dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

clip_image017

Haaa sebab tu aku memang syorkan supplement Pharmaton ni, memang sesuai untuk keperluan students macam kita ni… Bukan sahaja ekstrak ginseng berkualiti tinggi, produk ni jugak mengandungi banyak khasiat lain untuk tubuh badan. So memang berbaloi-baloi okay ! Sebab peperiksaan kan perkara yang penting, yang akan menentukan kecemerlangan kita di masa depan, so kita kenalah sentiasa bersedia bertenaga dan bersemangat menghadapinya !

 

So korang, kalau nak dapatkan produk Pharmaton ni, korang boleh dapatkan dari farmasi-farmasi atau pasaraya berhampiran. Yang bagusnya, produk Pharmaton ni boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas .

 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Pharmaton di sini : http://www.pharmaton.com/

 

 

 

TIPS PUASA : Haaa bulan Ramadhan dah nak dekat kan? Memang patut sangat korang beli Pharmaton buat bekalan. Makan semasa sahur untuk terus bertenaga sepanjang hari !

 

 

 

XOXO


15 ulasan:

  1. amek psiko ke nisa? haha. macam dah habis exam je. besst laaaa

    BalasPadam
  2. Watson/Guardian ada jual kan Nisa

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dik bagus2, bagi kita yang aktif dan kurang tidur memang sesuai makan suplemen ni. heeee bestnya adik dapat earphone edisi khas >_________<

    BalasPadam
  4. kte lum penah amalkan pharmaton ni plak...busynyer life nisa ni...ngn studynyer lgi...mcm mana nisa bhagikan masa ek?

    BalasPadam
  5. muja makan vita c pahang pharma sekrang ni,, nnti nk cuba pharmaton kot,,, tngk la,, hehe

    BalasPadam
  6. wah, dapat earphone. hihi baca dekat cik epal, dia dapat book guest untuk kahwin. comel sangat. hihi

    BalasPadam
  7. WAH..BAGUS PHARMATON NI ERK.. MESTI CUBA BULAN PUASA NI..THANKS INFO

    BalasPadam
  8. waah.....perkonsian yang amat baik sekali

    BalasPadam
  9. Seronoknya pergi event macam ni. Pharmaton ea? Nanti boleh tengok2. tapi sekarang tengah amek Vitrum. Brand USA. Oke jugak la :)

    BalasPadam
  10. extra joss kn ada.bekalan tenaga utk bulan puasa.lol

    BalasPadam
  11. serius??nie macam nak amik satu nie...sangat stress kut lagi2 time exam

    BalasPadam
  12. Nak tanya berkenaan status halal produk ni sebab saya tak nampak logo halal

    BalasPadam
  13. pharmaton ni boleh menyebabkan naik berat bdn ka?

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay