Sabtu, 8 Oktober 2016

TRAVEL | Day 1 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun




Assalamualaikum..

Teruja dan sangat teruja pulak nak kongsi dengan kalian pengalaman Nisa menjalani trip bertemakan Muslim di Jepun. Bagi pembaca yang sudah mengikuti Nisa di Instagram, kalian mesti maklum yang mana Nisa sebelum ini sudah pun menjejakkan kaki ke Osaka dan Tokyo, Jepun. Untuk trip kali ini syukur alhamdulillah Nisa berpeluang ke Kyushu pula. Untuk kisah suka duka sebelum nak sampai ke Jepun ni, marilah tengok vlog Nisa (klik di sini).





"Kyushu adalah pulau ketiga terbesar di Jepun, terletak di barat daya pulau utama Honshu. Sebuah pusat awal tamadun Jepun, Kyushu menawarkan banyak khazanah bersejarah, bandar-bandar moden dan keindahan alam semula jadi." - (sumber : Japan Guide)


Kami tiba di Lapangan Terbang Fukuoka sekitar jam 8.15 pagi. Setelah selesai urusan imigresen, menyegarkan diri di tandas dan bertemu dengan pemandu pelancong kami, Encik Ryoma Miyoshi, kami terus mengambil teksi dan menuju ke Hakata Station. 




Tidak lama kami menanti di platform, keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen datang menghampiri. Fuhh teruja la kejap dapat naik bullet train yang diperkatakan ramai tu.. Boleh rujuk balik peta yang Nisa sertakan di awal entry tadi untuk lihat laluan keretapi ini di Kyushu. 




KYUSHU SHINKANSEN : 
  • Tiket dari Hakata Station menuju ke Kagoshima-Chūō Station bernilai 10,450¥ 
  • Dengan menaiki bullet train ini, perjalanan biasa yang memakan masa hampir 3 jam dipendekkan menjadi lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja.
  • Suasana keretapi yang sangat selesa, luas dan bersih.
  • Tempat duduk yang besar dan sangat selesa, ruang kaki luas dan mempunyai tray hadapan..



Kami tiba di Kagoshima-Chūō Station dan terus menaiki kenderaan yang disediakan menuju pula ke Sengan-en Garden. Teruja sungguh kami disambut dengan budi bahasa dan senyuman manis pekerja di sini. Mereka sangat peramah dan berusaha berbual dengan kami menggunakan Bahasa Inggeris asas.




"Sengan-en merupakan sebuah taman tradisional Jepun yang menjadi warisan dalam kalangan puak Shimadzu selama lebih 350 tahun. Taman ini menawarkan pemandangan gunung berapi aktif Sakurajima, dan terdapat rumah tradisi yang memberikan gambaran gaya hidup dengan pegangan feudalisme yang kuat." - (sumber : www.senganen.jp)





SENGAN-EN GARDEN :
  • Waktu operasi - 8.30 pagi hingga 5.30 petang (dibuka sepanjang tahun)
  • Bayaran masuk - 1000¥ untuk dewasa dan 500¥ untuk kanak-kanak (7 hingga 15 tahun)
  • Bayaran masuk beserta pemandu pelancong - 1600¥ untuk dewasa dan 800¥ untuk kanak-kanak
  • Alamat : 9700-1 Yoshino-cho, Kagoshima City, Japan 892-0871
  • Jika anda check-in di Sengan-en Garden menerusi aplikasi Facebook, anda akan menerima free gift
  • Like Facebook page Sengan-en untuk informasi mengenai acara menarik yang akan datang
  • Berpeluang mengambil gambar berlatarkan gunung berapi Sakurajima
  • Mengandungi pelbagai lokasi menarik di sekitar taman yang luas ini (rujuk di sini



Setelah puas menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi di sekitar Sengan-en, kami teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Namun begitu, segera kami minta pemandu memberhentikan van di look-out point tersedia untuk kami menikmati sedikit masa lagi pemandangan laut dan gunung berapi Sakurajima.


SAKURAJIMA 
  • Antara gunung berapi paling aktif di Jepun dan ianya masih aktif hingga ke hari ini.
  • Letusan terakhir berlaku pada 2013.
  • Masih ramai penduduk kampung yang terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di kaki gunung Sakurajima.
  • Sakurajima boleh diakses menaiki feri dari Kagoshima Port ke Sakurajima Ferry Terminal dengan kos tambang 160¥
  • Terdapat banyak tarikan di sekitar terminal feri dan sekitar Sakurajima.



Para pelancong boleh ke Sakurajima dengan menaiki feri. Di sekitar terminal feri di Sakurajima pun ada banyak spot tarikan pelancong. Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini : Japan Guide : Sakurajima



Pic credit to : Emas Putih
Lokasi seterusnya : Kagoshima Masjed / Kagoshima Islamic Culture Centre




Walaupun populasi penganut agama Islam sangat kecil di Jepun, terharu rasanya perasaan ini bila lihat ada lokasi khas untuk mereka solat dan menjalankan aktiviti lain. Muslim di kawasan Kagoshima ini khususnya terdiri daripada warga Jepun, Malaysia, Arab, dan pelbagai lagi. Informasi lanjut mengenai KICC ini boleh ke laman web ini : KICC Kagoshima




Lokasi : Ibusuki Iwasaki Hotel

It's an early rest for everyone ! Alhamdulillah we went to our hotel for check-in, sand bath, dinner and sleep ! Haha. Uniknya hotel ini seumpama resort yang sungguh luas dengan pemandangan laut nan biru serta gunung berapi Sakurajima ! Hotel ini terletak di antara dua gunung berapi iaitu Sakurajima dan Kaimondake, jadi di dalam kawasan ini terdapat kolam air panas semula jadi untuk dinikmati pengunjung.




Sebelum makan malam, kami kunjungi pusat mandi pasir. Hahaha MANDI PASIR ? Yesss sand bath ye semua. Ini merupakan pengalaman Nisa buat sand bath ni, sebab tak pernah dengar mengenai sand bath ini. Kalau sum bath kat pantai tu tahu lah. Heheh.. Sand bath ini merupakan antara tarikan yang terdapat di hotel ini. Untuk lebih gambaran lanjut mengenai sand bath ini boleh tengok vlog di akhir entry ya.


SAND BATH @ IBUSUKI IWASAKI HOTEL
  • 30meter di bawah pasir ini terdapat kolam air panas semulajadi yang menjadikan pasir tersebut panas.
  • Cas untuk sand bath ialah 1000¥ 
  • Sand bath dibuka bermula jam 5.30 pagi hingga 11.00 malam.
  • Pengunjung perlu menukar kepada pakaian yang disediakan (seperti dalam gambar di atas), dan barangan anda boleh disimpan di dalam lokar yang disediakan.
  • Setiap sesi sand bath adalah selama 15 minit dan pengunjung boleh berendam di dalam kolam air panas, seterusnya membersihkan diri di bilik air disediakan.
  • Untuk senarai kebaikan sand bath ini, klik di sini





Terima kasih kerana sudi baca perjalanan Nisa di Kyushu Jepun ! Jumpa lagi di entry seterusnya !




NISA KAY.

54 ulasan:

  1. seronoknya kak nisa. lagi seronok kalau saya dapat ke kyoto

    BalasPadam
  2. wah! bestnya dapat pergi jepang lagi! hehehe.

    tapi kenapa (klik di sini) tu tak boleh klik ya?

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  3. @Haffizul Iskandar sebab vlog nya belum siap. so belum ada link lagi. ade kesulitan sikit dgn video

    BalasPadam
  4. bila la gamaknya berpeluang ke Jepun ni. Dari kecik kot teringin nak ke sini

    BalasPadam
  5. tak pe! tahun depan aku ke jepun!

    sakura! kau tunggu aku datang melamarmu

    BalasPadam
  6. @munirah mansor tu lah nisa pun belum ke Kyoto.. teringin jugak

    BalasPadam
  7. bestnya dapat jalan-jalan ke jepun.. jepun memang banyak tempat menarik untuk di lawatai .. lagi-lagi dapat naik bullet train tu lagi lh best nampak pun macam lebih luas dan macam laju je ..

    BalasPadam
  8. 1stly jelous sangat sangat sebab kita xpernah g sana .
    second, seriusly cantik sangat permandangan kat sana . nampak bersih sangat sangat .

    comel je surau nya .

    BalasPadam
  9. Cantik sangat pemandangan kat sana. Bila laaa nak merasa p Jepun ni hahahaha

    BalasPadam
  10. wah seronoknyaa. dapat pergi Jepun. Lawa jugak pemandangan dekat kapal tu. semoga suatu hari nanti kite pun dapat merasa pergi Jepun :*

    BalasPadam
  11. Sand bath tu menarik sgt.. Tp akak ke osaka thun dpn.. X dpt nk merasa sand bath.. Apa pn kalau ada rezeki blg la try nnt ye dak... Pemandangan bilik hotel tu kan, mcm nk dok situ je.. Xmoo balikk... Hehe

    BalasPadam
  12. Sand bath tu menarik sgt.. Tp akak ke osaka thun dpn.. X dpt nk merasa sand bath.. Apa pn kalau ada rezeki blg la try nnt ye dak... Pemandangan bilik hotel tu kan, mcm nk dok situ je.. Xmoo balikk... Hehe

    BalasPadam
  13. macam best jea sand bath. Apa benefits sand bathing yea..

    BalasPadam
  14. teringin sekali nak pergi jepun. bolehlah sy tahu tempat2 menarik di jepun jika saya akan menjelajahi negara ini suatu hari nanti. in shaa Allah.

    BalasPadam
  15. Salam singgah pagi dik Nisa....Wahhh....bestnya dan pemandangan memang cantik sangat....

    BalasPadam
  16. seronoknya view hotel ibusuki tu... rasa mcm tak nak balik je kalau dapat tinggal kat situ... sekali sekala mmg kena spend duit la untuk dapat view cantik camtu.. kalau nakbudget sangat, maka bukak tingkap nampak tingkap bilik orang je.. huhu

    BalasPadam
  17. First time baca tentang Kyushu. Tengok gambar gambar pun dah terpikat especially kat Sengan-En Garden. Pemandangan sangat cantik!!

    BalasPadam
  18. Ada rasa perbezaan pada badan tak selepas sunbath..:)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Canteq ny view kt kyushu..sy xpernah p sne.. Tgk gmb pon dh syukur..hihih

    BalasPadam
  23. As salam nisa,wah bestnya dapat pergi ke Jepun,bila lah dapat peluang kesana..hihi,tak dapat pergi pon tak apa sbb nisa dah terangkan tempat2 menarik disana.Cantik2 tempat yg nisa lawati.

    BalasPadam
  24. As salam nisa,wah bestnya dapat pergi ke Jepun,bila lah dapat peluang kesana..hihi,tak dapat pergi pon tak apa sbb nisa dah terangkan tempat2 menarik disana.Cantik2 tempat yg nisa lawati.

    BalasPadam
  25. Herm bestnya dapat g sana. View semua lawa2

    BalasPadam
  26. Hi Nisa, tengok your vlog di fukuoka airport sebab takde address tu hehe..good sharing untuk traveler/backpaker lain sebab masuk Japan ikut laut darat atau udara, entry document semua mesti tip top huhu then once dah lepas masuk semua tempat boleh jelajah tanpa sekatan ;)

    BalasPadam
  27. A very informative post. Best sangat tengok view dari bilik hotel nisa. Tour guide pon handsome..hehehe...bagus la tour guide muslim, senang dan tak perlu risau tentang makanan and segala benda yang berkaitan halal.

    BalasPadam
  28. bestnya!!! boleh merancang ni kalau nk pegi jepun :D sand bath tu macam menarik

    BalasPadam
  29. Wahhhh memang terbaiklah bullet train kt Jepun ni :)

    BalasPadam
  30. Wahhhhh mmg terbaiklah bullet train kat jepun :)

    BalasPadam
  31. Beznya.. Pergi jepun... Permandangan yang cantik.. Gunung sakurajima... Tenang jer.. Bullet train tu macam menarik je.. Sand bath tu pelik.. First time dengar.. Bila baca kisah travel nisa ni, bez nye dapat pergi jepun

    BalasPadam
  32. jelesnya... bertuah nisa dpt pergi jepon... :D

    BalasPadam
  33. Wahh Nisa..mcm best ja sand bath ni..Tringin nk try

    BalasPadam
  34. Bestnya kak nisa, i love to read traveller story and kak nisa punya travel memang banyak tips. Thru yr blog, first time tahu beautiful kyushu and banyak pulak tu interesting info pasal kyushu and then drag me to another tempat yg kak nisa pernah pergi. thanks a lot about japan travel tips <3

    BalasPadam
  35. Cantiknya permandangan di Sengen -En Garden kalau lah akak dpt pergi sana..mesti bestkan hihihi

    BalasPadam
  36. Pemandangan di taman tu sangat cantik dan bersih tak nampak satu sampah pun.

    BalasPadam
  37. Travel bestnya hope Ada pluang nk p

    BalasPadam
  38. BESTNYA cantik sangat pemandangan di sana ya..bila la ana dpt ke sana nnt :)

    BalasPadam
  39. First, bestnyaa dapat naik Kyushu Shinkansen( masuk dalam bucket list)
    Second, dapat jejak kaki ke Sanganen, Kagoshima bestnyaaaa akak!!! macam ni semua tempat kat Kyushu kena masuk bucket list!! huwaaaa T__T
    Melawat gunung berapi Kaimondake di Kagoshima memang awesomeeee gilaaaa!! cantik sungguh permandangan kt situ *me iz jeles*
    sand bathing tu sy rasa benda "rare" and boleh listed dalam aktiviti wajib buat bila kat jepun hehee

    BalasPadam
  40. That train looks very comfortable babe 😭😭

    BalasPadam
  41. wow tak tahu pulak kat jepun ada banyak lagi tempat menarik. Kyushu definitely listed in my bucket lists!!

    BalasPadam
  42. best nyaa kalau dapat pergi . harap dapat honeymoon dekat jepun tahun depan

    BalasPadam
  43. As salam nisa,akak suka tengok video nisa di Kusyu,permandangannya cantik sangat,tp panas di sana sama tak panas di malaysia hihihi..bukan main lagi kawan-kawan nisa berkipas..hihihi

    BalasPadam
  44. hai nisa kay,owner product mary kay ke? okey gurau gurau.again,hai nisa gojes.

    dalam 4 hari trip nisa ke Kyushu,sy rasa part paling best and nakkk sangaaatttt try adalah sand-bathing!

    "It improves circulation, ridding the body of impurities and increasing blood-oxygen levels, and is said to provide relief from and even cure all manner of ailments including arthritis and rheumatism. Many women these days visit the sand baths as a beauty treatment as the intense heat works to open the skin’s pores."

    siap cari lg advantages of sand bathing ni(sbb nnt nk try if ade rezeki), rasanya kalau nisa tak share ni, mest sampai ke tua tak tahu ade sand bathing unless kalau pergi jepun(in shaa allah one fine day). mest one of listed things in bucket lists nisa dah berjaya buatkan, seronoknyaaaaa, sand bathing ni benda rare kot, and quite infamous activity i would say. now nisa dah share mesti ramai traveller yg ke sana kompom toraiii sand bathing nih hehe

    BalasPadam
  45. bila convert 10,450 yen ke myr jadi RM400++ hahaha mahai naa.. Faktor RM turun ke yen yang naik ni? Kyushu tak pernah dengar tapi mcm every inch in japan are WONDERFULL! MasyaAllah

    BalasPadam
  46. kyushu will be next after tokyo dan sapporo. tahun ni dah ke osaka, kyoto dan kobe. memang jepun sangat best. dan sempat merasa shinkansen gak.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay