Assalamualaikum...
Entry ni gua taip dengan kadar kelajuan yang tinggi sebab gua curi-curi masa je ni nak update, sebab guna netbook abah gua kan. So gua warning awal-awal supaya anda semua yang membaca abaikan saja typo yang bakal dilakukan okeh?
TIMUN? Kenapa aku nak cakap pasal timun hari ni? Okay sebab aku ni tak suke timun... TAK SUKE okeh haha. Sebab tawar wergghh.. Tapi sejak dua menjak ni aku asyik ternampak artikel pasal khasiat dan manfaat timun. Bukak web, nampak artikel pasal timun, bukak majalah or news paper pon nampak artikel pasal timun.. So aku pon search dan baca.. So nak kongsi ngan korang ni laa...
#1 Timun berfungsi untuk menghidrat tubuh
Tau tak korang bahawa timun sejuk mengandungi 90% kandungan air ! So kalau tak sempat nak minum air, just makan timun yang sejuk. Prepare awal-awal dalam peti. So kalau pagi tu just grab timun dan makan dalam kereta ke apa haaa. Sangat mudah untuk imbangi kandungan air dalam tubuh kita.
#2 Melawan suhu panas
Legakan pedih hulu hati dengan memakan timun. Tak pun makan untuk legakan tubuh badan semasa demam panas. Haa kalau kulit pedih-pedih kena cahaya matahari, korang try la kisar timun dan sejukkan, lepas tu letakkan kan bahagian kulit yang pedih tu. InshaAllah lega tu nanti.
#3 Menyingkirkan toksin
Kandungan air dalam timun ni boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita ni. Kerap makan timun jugak boleh bantu untuk melarutkan batu karang ! Haaa tips yang hebat nih.
#4 Menyegarkan mata
Tips yang ni kompemmm ramai yang buat kan? Timun selalu kita gunakan untuk tekap kat mata supaya mata lebih segar dan dapat kurangkan dark circle gituhh. Macam klise sangat je tips ni kan, tapi timun memang berkhasiat untuk memastikan mata kita segar ! Kena rajin buat nih !
#5 Melawan kanser
Ok ini sesuatu yang penting aku nak share ! Aku ada baca yang timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Walaupun aku ni tak tahu ape ke benda nye ketiga-tiga nama tu tapi melalui apa yang aku baca ketiga-tiga benda ni adalah sebatian semulajadi dan ada kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu kurangkan risiko kanser. Contohnye kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.
#6 Bertindak sebagai penyegar mulut
Haa tau tak jus timun dapat merawat penyakit gusi. Okay korang buat macam ni - Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
#7 Buah pinggang berada dalam keadaan baik
Aku sebenarnya baru tahu timun ni jugak mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik. Tapi tu pun selagi korang terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian la kan.
Ahaaa melalui pembacaan aku dan perkongsian ni jugaklah buat aku sedar banyak lagi khasiat timun selain daripada duk tepek kat mata kann. Ye lah kalau aku beli timun pun sebab nak kurangkan eyebag, so bangun pagi takdelah teruk ngat bengkak mata kan..
Kalau aku tak share dengan korang ni maka tak membaca lah aku. Dengan cara share kat blog ni la bantu aku dapat ilmu baru gak pasal khasiat sayur ni.. InshaAllah aku harap apa yang aku kongsi kan ni bagi manfaat pada semua jugakk. Sebab aku suka cari tips-tips berkaitan kecantikan dan kesihatan ni...
Dah lama kan tak buat entry event? InshaAllah kalau takde aral melintang akan ku spend jugak masa nak update pasal event-event lepas.. Dah lepas pun lepas la kan.,.. Lantak lah aku nak share jugak hahah ! Thanks kepada semua yang sudi baca. Daa !
XOXO
aku tak suka timun tapi aku tetap paksa makan. aku akan timun mula-mula sekali bagi rasa tu dicover oleh makanan lepas-lepas tu. Hahahaha
BalasPadamSaya pun tak suka timun tapi lepas baca entry ni, nak try makan kot! ihiks. thanks :)
BalasPadamdengarnya timun tak elok untuk orang lelaki..? betul ke?
BalasPadamn for ur information too timun x boleh d mkn ketika haid, coz mudah kena kanser rahim :)
BalasPadambanyak khasiat timun ni rupanya.
BalasPadamtp selalu yg kat kedai timun pahit
tu yg kdg malas je nak makan timun hehehhee
boleh beli kt pasar baby timun or timun jepun sedap x pahit
Padamsuka makan timun..tapi orang kata perempuan tak elok makan timun sangat...sigh~~~
BalasPadamWah info yang sangat berguna! akan ku practice kan makan timun..Thanks Nisa =)
BalasPadamHeheh. Akak pulak tengah pantang sayur sejuk2. Maklumle, org lpas bersalin n bf-ing, jne pantang sket mkn
BalasPadambagus betul perkongsian nie nisa....nampaknya lepas nie kena rajin makan timun la
BalasPadamtimun tu kalau dalam kuah tempoyak, taucu sedap kot.. haha.
BalasPadamooo..akak tak suka juga makan timun...sebab orang tua-2 kata dia mengalakkan pengeluaran lendir bagi kaum wanita yg sudah kahwin. wallahualam...
BalasPadamteman x suka timun tapi kalau makan ansi lemak or nasi yang disertakan timun n sambal belacan teman kokak timun tu sampai abes.. heee... sedap gak.. =)
BalasPadamthank you share kak nisaa. wani memang mkn timun tapi tak tahu ape khasiat dia :)
BalasPadamAku suka timun dalam rojak buah ja
BalasPadamNisa, nisa lupa yea GA nisa? huk2
BalasPadamlain kali x payah buat ga ye,dh 3 bulan,rasa mcm sia2 je pnatkan diri join,huh
BalasPadamtimun, one of the best vege utk restore air dalam badan kerana kandungan air dier tinggi. delicious sebagai ulam bersama sambal belacan..nyum..nyum
BalasPadamhttp://iamhaizad.blogspot.com/
kita pun tak suka timun kak nisa. adoi lah, kena makan timun la lepas ni. hahahaha
BalasPadamwahh..aku suka timun,,tpi hri tu misssss at skolah kte mkan timun melemahkan ingatan,tpi kebaikan cm di ats uh..20an bgos ar mkn timun kot...(mybe2 :P)
BalasPadamWaaa , hebat ! thankss atas perkongsian :)
BalasPadamtkasih utk info ni..tak tahu pula kelebihan timun banyak..
BalasPadambanyak khasiatnya..nad suka makan timun..tapi cari timun yang tak pahit ler
BalasPadamX SUKA MAKAN TIMUN SEJAK TERKENA PAHIT DIA TU TIME KAT PANGKOR 2004... TP TAHUN NI BR MAKAN BLK TU PUN TIMUN JEPUN.. HUHUHU
BalasPadam