Assalamualaikum…
Pic credit : HERE , HERE and HERE :)
KIMONO OUTERWEAR atau lebih glemer nye Kimono Cardi memang tak asing lagi dalam dunia fesyen zaman sekarang kan? Trend yang dibawak dari pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono ni memang memberi impak kepada dunia fesyen termasuk kat negara kita ni kan?
Rekaan lebar, ala batwing dan petak membuatkan outerwear (pakaian luar) ni mendapat jolokan “kimono” haha amboi.. kemain macam ayat majalah dah entry aku haaa.. Tapi memang tengah glemer dan in sungguh fesyen kimono outerwear ni kan.. baik yang free hair atau yang berhijab, ramai dah wanita kat negara kita ni yang menggayakan kimono outerwear ni kan.
Even aku pun terasa macam aww aww comey angat laa kimono outerwear ni.. Just sarungkan ke badan je dah siap. Memandangkan benda tengah trend ni, so aku rasa kimono outerwear ni memang a-must-have attire in our wardrobe kannn!
Ehemmm… dan Jumaat lepas, untuk shoot video dengan AMANZ, aku terlintas nak menggayakan Kimono Outerwear ni. Muehehee. Mulanya macam nak pakai baju lain. Tetibe teringatkan Kimono Outerwear ni dah seminggu beli tapi tak pernah pakai, so aku pakai je laa..
Ohh ye.. Kimono Outerwear yang aku pakai ni tailor made tau. So design ni kemungkinan besar korang takleh dapat sesuka suki hati di pasar malam, uptown or Jalan TAR gituhh. So exclusive sangat la kan.. Sebab tukang jual kimono outerwear ni pilih sendiri kainnya, design dan hantar ke tailor gituh.
#1 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Pastikan pakaian belah dalamnye simple ! Tudung pun simple. Kang nampak macam sarat sangat and end up nampak macam pokok krismas. Kalau macam dalam gambar, aku pakai dengan tshirt hitam lengan panjang dan skinny je.
#2 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai maxi dress kat dalam, pakai yang plain sajo, even though kimono outerwear tu warna plain jugak. Kena pandai colour-blocking la kan, and pakai tudung bercorak.
Macam dalam gambar ni, aku pakai tudung plain je. Warna kontra. Hee berani je nak pakai warna kontra sebab baju dengan seluar dah plain, warna gelap pulak tu. Psstt tudung ni bukan tudung bawal biasa ! It’s one of the collection from Sincerely By Us boutique. Material chiffon tak panas. Sangat selesa dan senang bentuk ! I like like like (sejuta kali) !!
#3 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai tudung yang warnanya kontra dengan kimono outerwear, dapatkan nasihat kawan-kawan. Supaya pada pandangan mata orang tak nampak pelik / kelakar. Rujuk jugak gambar-gambar kat internet, tengok macam mana warna plain boleh match dengan pakaian bercorak.
#4 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai tudung yang kontra warna dengan outerwear tu, pastikan pakaian belah dalam warna yang gelap / warna selamat / satu warna sahaja. Contoh paling mudah – aku pakai seluar dan tshirt kat dalam warna gelap. Nak lagi mudah, pakai tshirt dan seluar / dress warna hitam.
#5 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Nak pakai dengan maxi skirt kegemaran? Pakai tshirt lengan panjang yang SAMA WARNA dengan skirt korang tu. Contohnya skirt warna pink lembut, tshirt pon pink lembut.
#6 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Aku tak sarankan pakai inner belah dalam. Sebab seperti kita tahu material inner tu nipis. Kang nampak alur baju dalam kang haa maluu! Aku beli tshirt lengan panjang tu kat FOS (Brand Outlet pon ade). Or pakai je dengan mana-mana tshirt lengan panjang korang yang selesa tuh.
Okay sekian bebelanku pasal Kimono Outerwear.. Segala tips yang gua curahkan adalah dari kepala hotak kudus gua semata-mata.. Har harr. Aku bukanlah pakar fesyen ke apa eh.. Aku just menaip mengikut pengalaman sendiri..
Kalau korang gemarkan cara pemakaian yang berlainan daripada apa yang aku taip di dalam entry ni, tak apa.. teruskan ye.. Ini semua dari sudut pandangan dan perspektif aku sendirian berhad sahaja yaa… Hehehe tak semestinye kena ikut cara aku kann. Masing-masing punya cara dan kesukaan tersendiri kan.
Psstt ! Kimono Outerwear yang aku pakai ialah koleksi eksklusif By Els Zny . Sangat best sebab design cantik, trendy. Saiz tak besar sangat, JUST NICE ! Orang kurus macam aku pon ade masalah nak beli outerwear. Kalau beli yang saiz besar kang nampak macam baju tidur / bathroom robe. Huwaaa!!
FOLLOW :
XOXO !
macam best je :D
BalasPadamKimono cardi ni memang fav! Hehehe
BalasPadamTeringin nak pakai cardigan kimono ni. Tapi sy kurus sgt. Nampak pelik je bila pakai benda ni. Pernah try kat kedai haritu. Huuuu
BalasPadamBtw Nisa, jom singgah ke blog sy. Blog picisan je, kalau sudi jom la :)
BalasPadamCantik juga fesyen kimono nie.
BalasPadamBoleh sebaris dengan hawaii style
macam cantik je awk pakai...klo saya yg pakai mcm x berapa nk oke..hehehe
BalasPadamhttp://ogyrozyani.blogspot.com
cantik ya,tapitubuh gemuk akan terlihat kurang pas hehehe
BalasPadam