Memaparkan catatan dengan label Online Shop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online Shop. Papar semua catatan

Rabu, 23 November 2016

Shopping murah terus dari China dengan SGSHOP !




Assalamualaikum...

Hai semuaa ! Ada yang dah tengok video Nisa tak ? Alaa video yang shopping haul dari laman web SGSHOP tu laaa.. Begitu teruja tau Nisa menanti produk yang Nisa dah order terus dari China menerusi website ni haa.. Pernah dengar laman web Taobao tau ? Laman web Taobao ni membolehkan kita beli barang dalam kuantiti sedikit atau dalam erti kata lain, pembelian secara runcit (retail).. boleh beli satu-satu dan nikmati harga yang jauh lebih murah !

Tapi menggunakan website Taobao agak sukar kerana beroperasi dalam bahasa China yang memang tak paham la kan.. itu belum masuk isu nak buat payment atau nak cari forwarder untuk pos barang supaya selamat sampai ke tangan.. Haa tak payah risau dah sebab ada laman web SGshop Malaysia nii ! Jadi macam mana nak beli ?? Teruskan membaca yaa...


Read More»

Isnin, 25 April 2016

VIDEO | Tutorial Shawl (bersama Picohontas KL)



Assalamualaikum...



Haa kali ni special sikit sebab nya Nisa nak kongsikan video tutorial ringkas pemakaian shawl dan juga berkongsi antara shawl-shawl yang dijual oleh instashop @picohontas.kl . Haa menarik nya kali ini video ini dibawakan oleh @picohontas.kl ! Shawl yang mereka jual banyak corak yang menarik tau ! Jom tengok video..





Hee thanks for watching to those yang tonton video Nisa sampai habis. Video simple tutorial dan juga sedikit close-up corak-corak shawl yang ditawarkan oleh instashop @picohontas.kl  ni. Haa teruskan scroll ke bawah.. ni ada gambar-gambar corak shawl yang Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl nii. semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih yang manaa haha...




Haa ini shawl corak ala geometri, Nisa suka gabungan warna-warna pada corak ni. Tema ala pink dan purple gitu. Shawl yang banyak warna macam ni memang boleh masuk dengan banyak kaler baju. Kaler merah bata boleh, peach, purple (gelap atau lembut) dan of coss baju kaler pink !






Yang ini pulak corak abstrak dengan warna hitam sebagai warna asas. Corak dia pun ada beberapa warna. Nisa memang suka corak abstrak. Kalau corak dia ada few colours pun bagus sebab macam Nisa mention tadi, Nisa senang nak match dengan banyak jenis baju.





Yang ini menarik perhatian Nisa sebab coraknya ala Burberry gitu. Haa memang femes corak ni. Dan sekarang corak ni dah ada banyak warna. Nisa pilih shawl ni, sebab Nisa suka corak dia, dan Nisa suka warna kuning. Rasa macam naik seri muka pakai kaler kuning kah kah. Oh ye, pada yang nak tengok tutorial camne nak pakai shawl seperti dalam pic ni, boleh tengok video ini.





Last but not least... Shawl dengan corak bunga-bunga.. Yes tema floral pulak ya ! Sebagai perempuan, tak sah la kalau takde printed shawl dengan tema bunga kan ? Nisa suka coraknya yang terletak di bahagian bawah shawl. Nampak ala-ala ada gradient kat situ.. Atas plain, bawah corak. Nisa suka kaler kelabu jugak, sebab tu pilih shawl ini dari instashop @picohontas.kl.



Nisa suka sangat semua shawl-shawl di atas ! Semua Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl haha memang sangat lah memeningkan.. sebab mereka ada banyak juga corak-corak yang menarik, terkini dan of cos la cantik-cantikk.. 


Oh ye, shawl di atas ni semua WIDE SHAWL tauu... lebar dan panjang. Senang sangat nak buat stail labuh tutup dada, dan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai lagi jenis stail tanpa perlu singkatkan tudung. Plus material dia sangat ringan dan mudah bentuk. Ada yang Nisa tak payah nak gosok pun, dapat je terus pakai! Haha.. Jadi, jom lah ramai-ramai follow instashop @picohontas.kl dan shopping shawl dengan dorang ye ?




Dibawakan oleh :








Read More»

Jumaat, 11 Disember 2015

Power betul sale kat Lazada Malaysia ni !



Assalamualaikum…






SIAPA TAK SUKA SALE ???!!! Haaa memang mengujakan jugak lah bila bukak je laman sosial sejak dua tiga hari lepas kemain meriah seluruh alam maya dengan jualan besar-besaran yang dijalankan oleh laman web online market place terkemuka di Malaysia tak lain tak bukan Lazada Malaysia !







Macam biasalah, bila hujung tahun kan, semua nak turunkan harga, semua nak buat sale gila-gila ! Haaa Lazada Malaysia pun taknak lepaskan peluang tau ! Banyak sungguh promosi menarik dan juga tawaran eksklusif yang akan berlangsung selama TIGA HARI jeee bermula 10 Disember sehingga 12 Disember 2015 !! Jadi anda semua apa tunggu lagiii !! Kena cepattt ! Tak payah risau nak serbu shopping mall, minyak lagi, tol lagi, nak cari parking lagi ! Shopping secara online di  Lazada Malaysia lagi senang ! Banyak sangat pilihan produk !






Kalau nak tahuu haaa anda boleh menikmati tawaran harga menarik sewaktu “Flash Sales” atau Jualan-Jualan Kilat yang akan berlangsung setiap satu jam. Ia akan bermula dari 8 pagi hinggalah 11.59 malam selama 3 hari berturut-turut! Selain daripada itu, terdapat juga permainan “Spin The Wheel” yang menawarkan para pengguna bertuah dengan baucar-baucar yang menarik! Nak tahu dengan lebih lanjut klik banner di atas !
 


 
Ada tak di antara pembaca blog Nisa ni penggemar tegar Domino’s Pizza??? Haaa tawaran best untuk korang ! Setiap kali anda membeli-belah di Lazada, anda akan menerima baucar “Buy 1 Get 1 Free” Domino’s Pizza! Klik banner di bawah laju-laju untuk info lanjut okay !


 
 



Berbalik kepada jualan hebat oleh Lazada Malaysia tadi.. serius lah rambang mata sungguh sebab banyak sangat produk di laman web Lazada Malaysia yang diturunkan harga gila-gila punyaaa ! Memang berbaloi-baloi ! Ini lah masa nak dapatkan gajet atau peralatan elektronik idaman, koleksi fesyen kegemaran, produk mekap dengan harga berpatutan dan banyak lagi lah ! Sempat jugak Nisa usha beberapa produk yang menarik perhatian.. antaranya :


 

Haaa memandangkan ramai yang tanya Nisa, Nisa pakai kamera apa kalau nak ambil gambar.. Ini lah kameranya ! Sony Alpha A6000 ni selain di outlet rasmi Sony, kalian boleh beli di laman web Lazada Malaysia, dengan harga sale lagi tu ! Murah dah niii, gambar pun cantik, video berkualiti ! Nak tengok spesifikasi lanjut atau nak beli, boleh KLIK SINI LAJU-LAJU okay !







Wahhh produk mekap dari Korea yang tengah hangat di pasaran ni pun anda boleh beli di Lazada Malaysia ! Dengan potongan harga yang memang menarik ! Haaa tergugar kejap sesambil menaip ni hahaha.. Nak beli ? KLIK KAT SINI PULA okayyy ?






Ahaaa ini mungkin membuatkan para gigirl di luar sana tidak keruan ! Set correcting dan contouring ! Alalalaa Nisa pun rasa gerammm nak order ni ! Potongan harga sehingga 50% pulak tu ! Set concealer pallete ni sekali dengan berus mekap sebatang ! Haaa berbaloi sangat tu harga RM25.01 sahaja !! Alahaiii geram pulak nak klik “add to cart” hahaha.. Usha dengan lebih lanjut DI SINI OKAY !





ANDA BLOGGER ? SUKA TRAVEL ?



Istimewa buat para blogger, Lazada Malaysia juga turut manganjurkan pertandingan dan hadiah berupa AirAsia BIG Points dan wang tunai sehingga RM600! Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh klik link ni secepat mungkin yaaa  http://goo.gl/KtivN7 !! Pssstt kalau menang AirAsia BIG Points tu memang sakan la melancong lepas ni ! Seronoknya !




Jadi apa yang dimenungkan tu lagi ? Segeralah ke laman web Lazada Malaysia untuk jualan kaw-kaw best nyaaa ! Harga junam ! Tak payah keluar rumah yeayy hahaha !!! Jangan lepaskan peluang, last day untuk shopping dengan harga runtuh ialah pada 12 DISEMBER 2015 !!!











XOXO,
Putewi Hensem



Read More»

Selasa, 22 September 2015

Sale ! Sale ! Shopping mudah sangat sangat dengan aplikasi Shopee.

 

 

Assalamualaikum..

 

Ahaaa… tengok tajuk pun dah tahu kan Nisa nak bercerita pasal apa…Jadi hari ni Nisa nak kongsi dengan semua orang lah pasal aplikasi yang sangat sangat simple dan mudah, baik untuk penjual mahupun pembeli. Haa korang mana satu ??

 

Okay, sebagai pembeli atau penjual, kita semestinya nak kan proses jual beli tu berjalan lancar, mudah dan juga tak perlu banyak cekadak kan ? Sememangnya sekarang ramai yang masih suke membeli dari laman instagram dan sebagainya, namun lama kelamaan boleh mengundangkan rasa kurang senang kepada pengguna lain sebab banyak spam dari para penjual di akaun akaun peribadi. Tak gitu ?

 

Why not kannn… untuk shopping mopping ni kita fokus kepada APLIKASI KHAS untuk membeli dan menjual barang. Tak gitu kan ? Nak jual barang boleh, nak beli pon boleh ! Dua dalam satu.. sebab fungsinya yang memang cater untuk dua golongan ini terutamanya. Haa macam dah ada je aplikasi sebegitu ? Heyyy semestinya ada !! Taraaaa ini diaaa..

 

Shopee Apps 1

Aplikasi jual beli – SHOPEE

 

 

Apa benda Shopee ni ?

Ahaaa seperti yang aku mention tadi, why not kita fokus kepada aplikasi yang memang khass untuk menjual dan membeli. Lebih mudah, teratur dan tak ganggu sesiapa lah kan, tu yang pentingnya. Dengan aplikasi ini, sesiapa sahaja yang mendaftar boleh menjual barang, dan juga membeli pada masa yang sama. Ini bermakna di saat kita create akaun dengan aplikasi Shopee ni, kita bukan sahaja boleh browse produk yang dijual oleh para peniaga, tapi kita juga boleh menjual ! Ahaa sebagai contoh, anda ada banyakkk baju terpakai yang masih elok, jadi anda jual melalui aplikasi Shopee ni. Haa faham ?

 

 

Shopee Apps 2

Ahaa mudah je apps ni, takde konar kanan konar kiri.. So masuk je aplikasi ni, anda akan nampak terus kategori-kategori produk. Haa tekan je kategori mana yang anda nak cari.. Baju ke.. aksesori ke.. Produk kecantikan ke.. mudah sangat ! Bertambah mudah kalau korang terus je search guna keyword. Haa macam mana ?

 

 

Shopee Apps 6

Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan je kat bahagian “Search Shopee” kat bahagian atas page aplikasi anda, kemudian kat situ anda pilih lah nak search produk ke.. atau nak cari pengguna Shopee. Contoh, kalau nak cari akaun Nisa, boleh lah korang klik kat butang “Users” tu dan taip nama Nisakay. Hee pasti jumpa ! Ahaa kantoi di situ produk apa yang paling terkini aku cari hihii..

 

 

 

Shopee Apps 3

Ahaa bercakap mengenai akaun Shopee, mudah sangat nak daftar. Korang boleh connect dengan akaun Facebook terus, ataupun masukkan username dan password baru. Langkah mendaftar pun tak banyak mana, memang simple dan mesra pengguna. Okay ini akaun Shopee aku, korang boleh search akaun aku dan follow ya.. buat macam aku dah ajar kat atas ni.

 

 

Shopee Apps 4

Okay basically apa yang aku jual, ialah baju baju sama macam dalam akaun instashop aku. Tapi aku nak cuba jual melalui aplikasi Shopee ni sebab aku tertarik di mana satu platform boleh sediakan perkhidmatan di mana penjual dan pembeli boleh berurusan dengan mudah. Oh ya, di masa akan datang akan ku let go produk produk preloved aku, banyak sungguh baju lahai sampai tak muat almari ! Hoho siapa nak grab dengan harga murah murah haa jangan lupa follow akaun Shopee Nisa tau !

 

 

Shopee Apps 7

Untuk mereka yang berminat nak mengetahui info dengan lebih lanjut mengenai sesuatu produk tu, korang boleh terus chat dengan penjual. Ini bermakna anda tidak perlu mendedahkan nombor telefon ! Haa mudah kan. Lebih private gitu, dan pembeli berpeluang tawar menawar, of course dengan budi bicara dari penjual lah. Apa-apa sebelum confirm nak membeli, haruslah bertanya apa yang patut dulu ye kan ?

 

Camne nak bayar ??

Oh ya, dengan aplikasi Shopee ni, mereka ada fungsi easy payment di mana kita sebagai pembeli boleh terus melakukan transaksi pembayaran secara online terus kepada penjual. Setelah penjual diberi notifikasi pembayaran yang sudah diterima, jadi mereka boleh hantar produk kepada anda. Untuk online banking, korang boleh pilih bank mana dan pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan kad kredit !

 

Ada Shopee Guarantee lah !

Nisa juga selaku peniaga online ni, kadang kadang mempunyai kesukaran jugak lah nak check payment semua. Nak kena bukak akaun Maybank2u dan check satu-satu, lepas nak kena sahkan satu satu.. semua secara MANUAL ! Jadi dengan Shopee ni, mudah sangat lah sebab semua pengesahan akan dihantar oleh pihak Shopee. Siapa yang bayar guna payment system, tak perlu risau sebab bayaran secara terus kan. So boleh dapat barang dengan segera (bergantung kepada tempoh pengeposan penjual). Dann dannn… penjual yang menjual barang barang tidak dikenakan sebarang caj ! Haa bagus sangat kan ?

 

 

Shopee Apps 8

So.. kalau nak membeli barang, better kita guna aplikasi yang berfokus untuk fungsi yang kita nak guna macam ni kan ? Lebih memudahkan untuk kita cari barang, berurusan dan membeli.. semuaaa dalam SATU APLIKASI sahaja. Privacy dan keselamatan pengguna serta penjual juga terjaga. Transaksi urusan semua direkodkan, dan penjual yang mendaftar akaun email mereka akan dapat notifikasi melalui email juga. Jadi.. apa tunggu lagi ? Create akaun Shopee sekarang !!!

 

 

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa jenguk jenguk sini

Official Website : http://shopee.com.my/mobile/

Official Facebook : https://www.facebook.com/ShopeeMY

Official Instagram : https://instagram.com/shopee_my/

 

 

Psstttt !!! Siapa yang dah ada akaun Shopee tu.. jangan lupa shopping barang barang yang Nisa jual ya ! InshaAllah akan Nisa update lebih banyak produk baru dan juga preloved di akaun Shopee Nisa !

Follow me : shopee.com.my/nisakay

Dengan pembelian minimum RM50, anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM20 ! Wowwww separuh harga dah tu, dengan menggunakan kod diskaun NISAKAY. Tapi kod diskaun hanya sah untuk pembelian dengan pembayaran secara online sahaja okayy. Soo jom shopping dan jangan lupa gunakan kod diskaun ya !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Ahad, 10 November 2013

[FESYEN] Kimono Outerwear – Terkini, ringkas dan bergaya

 

Assalamualaikum…

 

_6365006-horzPic credit : HERE , HERE and HERE :)

 

KIMONO OUTERWEAR atau lebih glemer nye Kimono Cardi memang tak asing lagi dalam dunia fesyen zaman sekarang kan? Trend yang dibawak dari pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono ni memang memberi impak kepada dunia fesyen termasuk kat negara kita ni kan?

 

Rekaan lebar, ala batwing dan petak membuatkan outerwear (pakaian luar) ni mendapat jolokan “kimono” haha amboi.. kemain macam ayat majalah dah entry aku haaa.. Tapi memang tengah glemer dan in sungguh fesyen kimono outerwear ni kan.. baik yang free hair atau yang berhijab, ramai dah wanita kat negara kita ni yang menggayakan kimono outerwear ni kan.

 

Even aku pun terasa macam aww aww comey angat laa kimono outerwear ni.. Just sarungkan ke badan je dah siap. Memandangkan benda tengah trend ni, so aku rasa kimono outerwear ni memang a-must-have attire in our wardrobe kannn!

 

IMG_1936

Ehemmm… dan Jumaat lepas, untuk shoot video dengan AMANZ, aku terlintas nak menggayakan Kimono Outerwear ni. Muehehee. Mulanya macam nak pakai baju lain. Tetibe teringatkan Kimono Outerwear ni dah seminggu beli tapi tak pernah pakai, so aku pakai je laa..

 

 

IMG_1944

Ohh ye.. Kimono Outerwear yang aku pakai ni tailor made tau. So design ni kemungkinan besar korang takleh dapat sesuka suki hati di pasar malam, uptown or Jalan TAR gituhh. So exclusive sangat la kan.. Sebab tukang jual kimono outerwear ni pilih sendiri kainnya, design dan hantar ke tailor gituh.

 

#1 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Pastikan pakaian belah dalamnye simple ! Tudung pun simple. Kang nampak macam sarat sangat and end up nampak macam pokok krismas. Kalau macam dalam gambar, aku pakai dengan tshirt hitam lengan panjang dan skinny je.

 

#2 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai maxi dress kat dalam, pakai yang plain sajo, even though kimono outerwear tu warna plain jugak. Kena pandai colour-blocking la kan, and pakai tudung bercorak.

 

 

IMG_1939

Macam dalam gambar ni, aku pakai tudung plain je. Warna kontra. Hee berani je nak pakai warna kontra sebab baju dengan seluar dah plain, warna gelap pulak tu. Psstt tudung ni bukan tudung bawal biasa ! It’s one of the collection from Sincerely By Us boutique. Material chiffon tak panas. Sangat selesa dan senang bentuk ! I like like like (sejuta kali) !!

 

#3 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai tudung yang warnanya kontra dengan kimono outerwear, dapatkan nasihat kawan-kawan. Supaya pada pandangan mata orang tak nampak pelik / kelakar. Rujuk jugak gambar-gambar kat internet, tengok macam mana warna plain boleh match dengan pakaian bercorak.

 

#4 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Kalau nak pakai tudung yang kontra warna dengan outerwear tu, pastikan pakaian belah dalam warna yang gelap / warna selamat / satu warna sahaja. Contoh paling mudah – aku pakai seluar dan tshirt kat dalam warna gelap. Nak lagi mudah, pakai tshirt dan seluar / dress warna hitam.

 

 

IMG_1937Maafkan muka sememeh daku..

 

#5 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Nak pakai dengan maxi skirt kegemaran? Pakai tshirt lengan panjang yang SAMA WARNA dengan skirt korang tu. Contohnya skirt warna pink lembut, tshirt pon pink lembut.

 

#6 Tips pemakaian Kimono Outerwear menurut aku haha : Aku tak sarankan pakai inner belah dalam. Sebab seperti kita tahu material inner tu nipis. Kang nampak alur baju dalam kang haa maluu! Aku beli tshirt lengan panjang tu kat FOS (Brand Outlet pon ade). Or pakai je dengan mana-mana tshirt lengan panjang korang yang selesa tuh.

 

 

IMG_1946

 

Okay sekian bebelanku pasal Kimono Outerwear.. Segala tips yang gua curahkan adalah dari kepala hotak kudus gua semata-mata.. Har harr. Aku bukanlah pakar fesyen ke apa eh.. Aku just menaip mengikut pengalaman sendiri..

 

Kalau korang gemarkan cara pemakaian yang berlainan daripada apa yang aku taip di dalam entry ni, tak apa.. teruskan ye.. Ini semua dari sudut pandangan dan perspektif aku sendirian berhad sahaja yaa… Hehehe tak semestinye kena ikut cara aku kann. Masing-masing punya cara dan kesukaan tersendiri kan.

 

Psstt ! Kimono Outerwear yang aku pakai ialah koleksi eksklusif By Els Zny . Sangat best sebab design cantik, trendy. Saiz tak besar sangat, JUST NICE ! Orang kurus macam aku pon ade masalah nak beli outerwear. Kalau beli yang saiz besar kang nampak macam baju tidur / bathroom robe. Huwaaa!!

 

 

 

FOLLOW :

Instagram @byelszny

Instagram @sincerelybyushawls

Facebook Page Sincerely By Us

 

 

 

XOXO !


Read More»

Selasa, 30 Julai 2013

NEELOFA in FSYN

 

Assalamualaikum..

 

Seperti yang aku selalu war-warkan, aku memiliki sebuah online shop yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan online ni. I’m doing this ALONE. All alone. I believe in working hard will results in great return inshaAllah. Rezeki yang sudah ALLAH janjikan, memang akan ada untuk kita, cuma kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkannya bukan?

 

Kalau korang sudi, ushalah online shop aku yang tak seberapa iaitu FSYN by NK. Apa tu FSYN? Susoh benor nak menyebut satu-satu hurufnya. Hahaa I get that a lot.. :P But actually FSYN is pronounced as FESYEN. FSYN by NK bermaksud FESYEN by NISA KAY. Gituhhh. Macam rojak pulek. Hahaha. So to make it unique kononnya, hasil idea bos aku, terhasillah nama FSYN. Haha.

 

DSC06406

Haipppp? Apakah letak gambor Neelofa pulak ni haaa? Ini kan gambar masa aku jumpa Neelofa di majlis berbuka puasa bersama duta LINE Malaysia dan aku personally berpeluang interview duta-duta LINE Malaysia untuk video selingan Amanz. Ahaaa ni nak citer ni masa majlis ni berlangsung aku sempat laa bawakkan hadiah yang memang dah lama aku nak bagi beliau. Alhamdulillah beliau sudi menerimanya… Dan pada suatu hari…

 

Capture1

Neelofa cc kan kepada aku gambar beliau bersama Hans Isaac serta anak-anak yatim di satu majlis berbuka puasa yang beliau hadiri. Wahhh terkujat aku sebab dalam gambar tu beliau pakai Kimono Outerwear yang aku bagi beliau ! ALHAMDULILLAH thanks Lofa sudi pakai !!

 

1002319_555542914509122_590972216_n

And she did mention in her instagram that the Kimono Outerwear is from my online shop FSYN by NK. Thankssss Lofa ! She is too gorgeous and Lofa pin kan outerwear tu so it looked like an oversized blouse. Glad that se love it, and sudi pakai !

 

 

CSC_0040

And this pic is from Neelofa’s Team sendiri ! Lofa meminta wakil Neelofa Team nya untuk emel gambar-gambar berkaitan kepada aku. Wahhh terharu jugak lahhh ! Sebab dapat this pics. And seeing a popular figure like her sudi pakai baju dari online shop aku FSYN by NK yang masih baru dalam industri ni make me super excited !

 

 

CSC_0123

Lofa and Hans Isaac bergambar bersama anak-anak yatim di majlis berbuka puasa tersebut. Heee hope to see you again Neelofa !

 

 

3659_555537631176317_1606568192_n

So this is the outerwear that I gave her along with other pieces. Thanks a lot yaa for doing this ! Aku jarang sangat bertemu Neelofa di acara-acara.. Tapi first time aku jumpa beliau di majlis pelancaran produk Avon bersempena hari ibu di Sg Wang, kali kedua ialah malam gala filem Azura 2013. Iftar with LINE Malaysia adalah kali ketiga aku bertemu beliau. And baru kali ni aku dapat nampak karatkter sebenar Lofa.

 

 

Soooo this is really made my day. Thank you so muchhh !

 

 

XOXO


Read More»

Ahad, 28 Julai 2013

So apa yang terbaru?

 

Assalamualaikum..

 

Aku agak pasti kebanyakan pembaca blog aku terdiri daripada golongan wanita. Oleh sebab itu, aku sekali lagi nak promote la sikit apa produk terbaru dari online shop aku iaitu FSYN by NK kennzzz..

 

Tak penat ke promote barang sendiri je? Heyyy nak penat apa.. Blog sendiri kann.. Nak penat apa.. lagipun untuk memajukan bisnes sendiri kan. Hehehe.. So malas taip banyak-banyak sebab kepala dah agak wenggg setelah telan ubat selesema. Wwuwuwuu..

 

TEASER PRINTED BLOUSE

PRINTED BLOUSE
Sangat mudah kalau korang nak pakai untuk sehari-hari.. pergi kelas ke, pergi jalan ke. So simple.. just sarung je kan?

 

 

TRIBAL DRESS TEASER

TRIBAL DRESS
Corak tribal masih dapat sambutan nampaknya? Ada dress yang simple tapi menyerlah. Stretchable dan sesuai juga untuk ibu-ibu mengandung gituuu.

 

 

TEASER PAISLEY-PLAIN DRESS

PAISLEY-PLAIN MAXI DRESS
Haaa dress lagi ! Ye lahhh bagi kita wanita sopan le sikit pakai dress labuh macam ni… Nampak sungguh ayu bila berjalan-jalan feewwwiitt!!

 

 

TEASER WIDE SHAWL

PLAIN WIDE SHAWL
Ahaaa asyik pakai yang bercorak je kan? Yang plain lah senang nak matching. Kann tak gituuu… Yang ni BELOM UPDATE ya ! Korang like la dulu page FSYN dan nantikan bila aku nak update ok?

 

 

Boleh like Facebook fanpage FSYN di sini :
https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

Atau pada sesiapa yang ada akaun instagram, jom follow :
http://instagram.com/fsyn_my/

 

Dan boleh tweet kami di akaun twitter FSYN :
https://twitter.com/FSYN_MY

 

 

Selain baju dan beg, FSYN by NK ada jugak jual produk kecantikan. Ada mekap dan macam-macam lagi.. Kalau nak tahu boleh usha page FSYN by NK okay? Thank you so much semua ! Muahh !!!

 

 

 

Okaylah thanks ! Bye love love !

YOSHH!!


Read More»

Rabu, 17 Julai 2013

Jom usha ushaa~

 

Assalamualaikum..

 

Heeee bukan selalu aku nak promote barang camni dah kann.. Lama dah tak camwhore dengan baju-baju dari pelbagai online shop. Kali ni nak promote online shop sendiri boleh? Hahaha aku selaku founder bertanggungjawab mempromosi brand FSYN by NK ni ye dakk? Hahhaa~

 

Aku banyak dah pakai baju from my own online shopp.. Puas hati. Bila orang tanya beli kat mana, boleh refer dorang terus kepada online shop aku ye dak? And nak nak raya ni aku akan update banyak stok la, sebab nak kejar waktu cuti poslaju kan. So jom cuci mata.

 

SM TEASER

 

COVER PHOTO AC

 

LF TEASER

 

TEASER WC

 

 

Boleh like Facebook fanpage FSYN di sini :
https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

Atau pada sesiapa yang ada akaun instagram, jom follow :
http://instagram.com/fsyn_my/

 

Dan boleh tweet kami di akaun twitter FSYN :
https://twitter.com/FSYN_MY

 

 

Selain baju dan beg, FSYN by NK ada jugak jual produk kecantikan. Ada mekap dan macam-macam lagi.. Kalau nak tahu boleh usha page FSYN by NK okay? Thank you so much semua ! Muahh !!!

 

 

 

Okaylah thanks ! Bye love love !


Read More»

Khamis, 14 Mac 2013

Ada apa dalam ALMARI BUDAK JAMBU ?

 

Assalamualaikum..

 

Hah sudah! Takde keje laa nak mengintai-ngintai dalam almari orang haa.. Korang pun jangan pulak datang umah orang, pi jengah lak ape yang ada dalam almari orang tu. Tu biadap + kurang ajar + perangai tak semenggah sangat tahu tak??

 

Tapi almari yang satu ni yang aku nak ajak uolls mengintai ni, memang patut dintai-intai dari tirai kamar.. Ehhh!!! Motiff sangatt tetibe ade tirai kamar. Oke berhenti mengarut. Korang usha la duluuu apa isi dalam ALMARI BUDAK JAMBU ni haaa. Nama almari pun nak feeling. Kuang kuanggg!

 

jambu 3

Ni apa? Sampul surat ke? Ade kad kawin ke di dalam nyer?

 

 

jambu2

Ni apa bulat-bulat ni? Lampu raya sesuci lebaran ke camne neh?

 

 

jambu1

Ambui tu dia stud nye macam nak cucuk mata orang! Cucuk mata kaki skodeng! Haha!!

 

 

Haaa tu dia serba-serbi isi dalam ALMARI BUDAK JAMBU nih ! Ada yang masih tak tahu atau buat-buat tahu apakah isi di dalam nya ini? Nak kena rebus buat sup otak ke ape ni? Ahaaa kalau nak tahu lebih lanjut, nak usha dengan lebih jelas bolehlah terjah blog KIFLI MALLY ! Curlasss!

 

 

XOXO


Read More»

Ahad, 24 Februari 2013

Ready stock vintage watches at FSYN !

 

Assalamualaikum…

 

Seperti yang kalian tahu aku sekarang turut menguruskan online shop aku. Dan sejak kebelakangan ni alhamdulillah online shop aku berjalan dengan lancar.. Aku ada sewa tapak kat butik orang. Sales pon okay.. And now tengah nak fokus stok yang online pulak…

 

IMG_2751

 

Taraaaa… antara stok yang aku nak update hari ni ialahhhh VINTAGE WATCH !! Aku tengok pasaran vintage watch ni boleh tahan.. Sebelum ni aku buat pre order pun ramai yang beli jam.. Jam tangan memang one of the in thing right now eh??

 

Tapi stok limited.. aku jual 10 pcs dulu.. Kalau permintaan tinggi aku akan restock banyak sikit laa.. hehehe… Harga? Aku letak harga yang amat berpatutan iaitu RM30 termasuk postage, tak kira anda di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

 

cats

 

Ni antara stok vintage watch yang akan aku update di online shop aku malam ni.. Errr maybe petang ni? Sebab dah siap shoot gambar items and dah edit.. Tinggal nak update aje.. Semoga ada sambutan.. Hehehee….

 

Kalau ada yang dah berkenan, and nak order, jangan order kat sini tauu!! Aku update kat sini sekadar nak mengwar-warkan udpate terbaru dari online shop aku.. Hehehe kalau taknak terlepas collection vintage watch ni, jangan lupa like fanpage online shop aku atau follow blog online shop aku.

 

 

FANPAGE FSYN : https://www.facebook.com/FSYNbyNK

BLOG FSYN : http://fsyn.my/

 

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 30 Januari 2013

Kurung Riana Peplum Layer Fishtail from MEENA BOUTIQUE HOUSE

 

Assalamualaikum..

 

Ramai yang tanya dan suka baju yang aku pakai dalam entry INI. Soo.. entry kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang baju yang aku pakai tu.. So, seperti tajuk entry ni, baju yang aku tempah tu namanya Kurung Riana Peplum Layer Fishtail. Haaa gituuu….

 

P1010900

Baju ini aku tempah dari Meena Boutique House (MBH). Aku tempah warna hijau turqoise untuk baju dan kain, manakala layernye pulak aku pilih warna pink salmon. Haaa gituu.. Saje aku pilih warna ini sebab nak pergi kenduri, dan family belah kami dah decide nak pakai turqoise + hijau.

 

Meena Boutique House terletak di Temerloh, jadi masa aku tempah tu aku dengan adik aku pergi direct ke kedai untuk ukur baju. Yess baju ni ditempah mengikut ukuran kita sendiri, tak ade saiz S ke.. M ke.. L ke.. tarak ye…

 

meena 2

Pandangan dari tepi, nampaklah fishtail nye tuu… Oh ye, aku dan adik aku si Tasya Amin. So sekali pandang memang sama sangat baju kami berdua, warna layer aje lain-lain. Adik aku pilih warna pale pink sebagai layer nye.

 

cats2

Di sebelah kiri adalah warna sebenar baju kami, serupa dengan gambar pertama sekali dalam entry ni.. Gambar belah kiri lak warna baju tu nampak lain sebab dewan majlis perkahwinan sepupu aku tu guna lampu warna oren-oren gituuu…

 

MATERIAL? Baju ni diperbuat menggunakan kain lycra bermutu tinggi sebab tak mudah kedut seribu, tak panas sangat dan tak kasar di bahagian dalam. Pada masa yang sama materialnya lembut dan agak ringan bila dipakai. Dan memandangkan baju ni diperbuat mengikut ukuran badan sendiri, bila pakai memang rasa best dan terletak aje.

 

cats1

HARGA? Haaaa isu harga ni paling banyak ditanya kat aku. Sepasang baju ni harga dia RM189. Kalau korang tinggal di luar kawasan Temerloh, korang boleh order baju ni secara online, dan harga yang aku sebut tadi tak termasuk postage tau…

 

 

74990_438554219550374_652302621_n

Pic from Meena Boutique House. Korang tak semestinye pilih warna yang sepadan saja.. Kalau berani try la order colour block style macam contoh di dalam gambar ni haa.. gabungan biru dan mustard disulami salmon pink gituuu.. tudung boleh la match dengan warna mustard kain nye. Tak gitu?

 

Meena Boutique House cuma ambil masa 10 hari dari tarikh pre-order ditutup untuk menyiapkan tempahan korang. Memang servis yang efficient, pantas dan cekap gitu. And entry ni aku tulis ikhlas sebab I’M A FULLY SATISFIED CUSTOMER. Bukan aku dibayar atau ditaja oleh mana-mana pihak okay?

 

Baju ni mungkin plain aje, tapi kita kena pandai match warna untuk jadikan ia menyerlah. Lebih menawan jika dipadankan dengan tudung yang bercorak. And tunang sepupu aku cakap baju ni lawa walaupun dia plain, sebab baju ni kaya dengan fkare / pleated looks ape tu. Huhuu…

 

393900_238475172891614_2105926016_n

So pada yang nak order Kurung Riana Peplum Layer Fishtail boleh tanya terus kepada pihak Meena Boutique House sendiri okay? Bukan senang aku nak promote barang yang aku betul-betul puas hati ni.. HAHAHA!!! And please jangan tanya aku pasal baju ni okay? Aku hanya membeli, aku tidak menjahitnya, aku tidak menjualnya.. dan aku bukan kaunter pertanyaan. Harharharr.

 

Meena Boutique House

ALAMAT : NO. 9, JALAN SUDIRMAN 3, BANDAR SRI SEMANTAN, 28000 Temerloh

INSTAGRAM : @meenaboutiquehouse

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/meenaboutiquehouse

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay