Isnin, 13 Januari 2014

DIARI KARAT #1

**Mohon jangan muntah jika anda decide nak teruskan pembacaan. Sebarang effect seperti alahan yang teruk, muntah, meluat, menyampah dan apa apa perasaan yang bakal mengundang caci maki serta umpat keji TAK AKAN DILAYAN SAMA SEKALI.**





SABAN HARI aku tatap wajahnya, melalui laman sosialnya.
Kenapa?
Aku sendiri tak pasti, apa aku cari.


SERINGKALI aku menatap gambar lama kita berdua.
Entah apa yang aku kenangkan, aku tak pasti.


KITA BERDUA cuma kawan kan dulu?
Kawan rapat, kawan baik, yang ada untuk satu sama lain, susah dan senang.
Aku yang letakkan had itu, cuma kawan.


AKU AKUI kau tersangat baik pada aku. Sangat baik.
Layanan mesra kau, pandangan mata kau.
Alang kan orang sekeliling pon dengan mudah menebak.
Yang kau punyai perasaan lebih dari kawan kepadaku.


BUKAN KAU tak pernah mencuba menangi hati aku.
Bukan kau tak pernah bersabar melayan kerenah aku.
Tapi cuma aku yang ego dan berkeras.
Mengingatkan kembali had yang sudah aku ukir.


NAMUN HATI manusia kan.
Setelah berkali aku menolak, kau move on.
Ya, move on.
Aku dengan jalan aku, kau dengan jalan kau.


TAPI AKU pernah jua cuba menebak isi hati kau semula.
Apa jika kau masih berperasaan seperti dulu?
Ternyata aku macam bodoh.
Kini menyaksikan kau sedang berbahagia.


AHHH.. JIKA aku benar hanya anggap kau kawan,
Kenapa mesti aku berasa... Cemburu?


SUDAHLAH.
Mungkin aku cemburu kerana dulu kita teramat rapat.
Ya, amat rapat hingga hampir setiap malam bertemu di Skype,
Dan kau akan menyanyikan ku lagu.







Mungkin aku cuma rindu sahabatku yang dulu. Mungkin...?

13 ulasan:

  1. you have that feelings actually, tanpa kita sedari perasaan tu ada, kalau tidak kenapa kita cemburu kan.. just like me... now brharap kalo2 dia akan meluahkan prasaan utk kali ke 2 atau x..huuhuu

    BalasPadam
  2. pergh.
    berpuitis teman ambo sorang nih.. :)

    BalasPadam
  3. nasib baik ah megi aku tak tersembur kuar... hahahaha

    BalasPadam
  4. auu.. dalam hati ada taman yeaa.. heeeee

    BalasPadam
  5. Nisaaa.. bila nak umum pemenang ni? huk3.. letih nunggunyaa.. kui3

    BalasPadam
  6. coretan yang osem ;)

    semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  7. Salam kenal.. Hm, perhaps you're merely jelouse that his whole attention is no longer on you. Or maybe you've realised that you wanted to be more than friends. Apa pun, kalau jodoh xkan ke mana. Sabar ya. ^^

    BalasPadam
  8. Peminat Susah Mati7 Mac 2014 pada 3:34 PTG

    relek la der...itu dipanggil cinta sepintas lalu...bila dah berlalu jgn nak berlagu...hahahaha

    p/s : Hidup la kamu dgn sunyi kerna ego tinggimu...tapi hidup la kamu dgn kasih kerna dgn kerendahan hati mu...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay