Rabu, 2 Julai 2014

Pasar Ramadhan Seksyen 20, Shah Alam


Assalamualaikum...



Aku rasa sepanjang Ramadhan ni memang banyak la kot entry pasal pasar ramadhan... Makin tak malu tak segan pulak aku duk snap gambar sana.. snap gambar sini kat pasar ramadhan. Hahahaa.. Kau tau tak feeling dia bila kau tetibe angkat phone tinggi-tinggi sebab nak ambil gambar suasana pasar ramadhan? BAHAHAHAA!!!






Soo kelmarin aku try la pusing-pusing area Seksyen 20 tu, dekat area KPJ Shah Alam tu... mulanya aku tak nampak pun mana pasar ramadhannya.. tapi sebab banyak benor kereta park tepi jalan, aku pun park la juga tepi jalan... rupanya, pasar ramadhan kat situ terlindung dek barisan kedai.







Ohh ye.. tak banyak aku nak highlight untuk pasar Seksyen 20 ni.. Tapi apa yang buat aku tertarik ialah gerai Murtabak Awe ni... Haaa apa yang menariknya?








Yang buat aku tertanya-tanya ialah punyalah ramai orang beratur kat gerai murtabak ni haaa... Ingatkan apa la special sangat.. Memandangkan macam best je beratur ramai-ramai ni, maka aku dengan adik aku pun join beratur sama.. ahaha.. boleh? 




Ye lah aku nak tahu jugak apa yang buat dorang sanggup beratur ramai-ramai nii... Sedap ke? Sebab murah ke?? Sebab abang yang jual tu hensem ke? Haaa.. kesimpulannya aku beli dan rasa sendiri murtabak ni masa berbuka hari tu... Aku rasa orang ramai beli sebab penjual ni tak kedekut inti. Aku beli murtabak daging, so memang terasa lah inti dagingnya tu.. Takde la banyak bawang jaa.. nak kata murah pun tak jugak la, sebab RM3 untuk murtabak yang saiznya sedang-sedang saja.. gituu..








Aku rasa adik aku dan kepak ayam memang tak boleh dipisahkan. Suka sangat beliau dengan kepak ayam. Ikutkan nafsu sangat haa aku pun mintak jugak 5 ketol.. alih-alih balik makan dua tiga ketol je. Sangat la membazir ye adik-adik sekalian... Membazir amalan syaitonnnn... Ish ish ishhh!!







Haaa kisahnya iman kau agak agak tergugat bila kau lalu kat gerai yang jual makanan dibakar macam ni.. Sebabnya bila asapnya menyapa wajah polosmu itu, maka terhidulah aroma makanan yang sedang dibakar, menusuk-nusuk ke organ kau yakni perutmu.. maka bergelojaklah perut dan anak tekak menginginkan nya.. Muahahhaaa...



Memang payah betol kalau lalu kat tempat yang jual makanan goreng-goreng atau dibakar macam ni, memang rasa nak beli sepuluh je.. Tapi perut yang nak diisi cenonet je haa!! Adalah baiknya kalau kau beli lebih, then kau bagi orang makan ke apa kan.. Duit habis, pahala dapat takpa.. inshaAllah keikhlasan kita memberi tu biar ALLAH saja yang tahu... InshaAllah..






Thank you for your time reading this entry ! Xoxo.

11 ulasan:

  1. urmmm..manarik..dah taw nk berbuka apa hari ni..mertabak daging la haha

    BalasPadam
  2. murtabak dekt tg malim pon area 2.30 juga.. tpy inti sikit jer.. tpy mmg terbaik ah kalo orng ramai beratur..

    BalasPadam
  3. Ramai sekali pasarnya. Murah murah kan?

    BalasPadam
  4. bazar ramadan yg byk dugaan..semua nakkkkk....betul la tu membazir amalan syaitooon..

    BalasPadam
  5. pergi bazaar nih semua benda nampak sedap.. walhal balik makan tak banyak mana pon..:p

    BalasPadam
  6. bazar situ bnyk pilihan ehhh
    tgk murtabak dgn kepak ayam tuhh
    lazat! haha

    BalasPadam
  7. Tetiba ngidam nk makan murtabak cicah dhal lah plak lepas tgk pic kt atas tu..

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)


    BalasPadam
  8. menyelerakan sungguh kepak ayam tu..
    kena cari kat bazar petang ni.
    huhu

    BalasPadam
  9. Pasara ramadhan memang selalu menarik minta untuk pergi dan belanja

    BalasPadam
  10. dtg la ke bazar sec.20....pekena fresh mangga madu v/s kedondong asam boi..TERBAIKKKK....

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay