Selasa, 1 September 2015

Nisakay Ke Melbourne – DAY 5

 

Assalamualaikum…

 

Nisakay Ke Melbourne - DAY 1

Nisakay Ke Melbourne - DAY 2

Nisakay Ke Melbourne - DAY 3

Nisakay Ke Melbourne – DAY 4

 

 

Ahaaa seperti disebut-sebut di dalam entry Melbourne aku yang sebelum ini, hari kelima aku di Melbourne merupakan hari terpanjangggg kami sepanjang kami di bumi Australia ini ! Kenapa ?? Kerana perjalanan yang sememangnya panjang dan jauh, dan banyakk tempat nak singgah gituu ! Sekitar jam 7 pagi waktu Australia, kami dah berangkat menuju ke GREAT OCEAN ROAD yuhuu !

 

 

# THE FARMER’S PLACE, FRESHWATER CREEK #

0

Trip hari ini sekali lagi dibawa oleh abang koboi XPLOREVIC haha ! Nak tahu dengan lebih lanjut boleh baca entry Nisakay Ke Melbourne - DAY 2 aku yaaa, belek part bawah sekali hehe… Okay cerita apa tadi ? Ha oh ye… Pagi kami dimulakan dengan sarapan pagi di restoran THE FARMER’S PLACE yang terletak di Freshwater Creek. Memandangkan hari masih pagi, dan aku sangat penat, tak cukup tidur dan kesejukan giler, aku jadi macam takde mood sangat. Kawan yang lain sibuk bergambar kat luar, aku pulak tak sanggup nak bangun pun dari tempat duduk aku !

 

 

1

Pagi kami dimulakan dengan bersarapan dengan makanan yang disediakan segar oleh THE FARMER’S PLACE. Jangan risau ye, sayuran mereka semua tanam sendiri, very organic and fresh gituuu… Alhamdulillah kami memesan beberapa makanan dan makan kongsi kongsi gitu, kire semua merasa haaa.. sweet tak kami ? Eekeke…

 

 

# SPLIT POINT LIGHTHOUSE, AIREYS INLET #

3

Perjalanan kami diteruskan, dan persinggahan kami yang seterusnya ialah SPLIT POINT LIGHTHOUSE yang terletak di Aireys Inlet, sebuah bandar kecil di Great Ocean Road, Victoria Australia. Pemandangan ? Breathtaking !! Udara ? Nyamannyaaa !!!

 

2

Ahahaa gambar seakan-akan tengah  feeling… padahal angin laut sejuk menyucuk ke tulang tu.. maklumlah, masih awal lagi kan.. Tapi demi menghayati indahnya ciptaan Allah, aku gagahkan diri berdiri kat situ untuk beberapa ketika dan hanya berdiri merenung laut. Haha aku dah kenapa nak emo pagi pagi ni…

 

4

Masihhhh di kawasan SPLIT POINT LIGHTHOUSE, kisahnya kami nak cari tandas yang terletak agak jauh… dan kami pun jumpa spot yang memang ummphh nak ambik gambar ! Dan aksi lompatan kijang memang tidak dilupakan ! Ekspresi muka haruslah macam tengah posing ala ala peserta next top model gituu !

 

 

# GREAT OCEAN ROAD #

5

Yeahhh ini dia ! Gerbang tanda bermulanya perjalanan kami nak meneroka GREAT OCEAN ROAD ! Great Ocean Road ni merupakan warisan nasional Australia dan jarak keseluruhannya ialah 243 kilometer ! Dah macam dari Shah Alam balik ke Pahang pulak aih ! Di sepanjang Great Ocean Road ini terdapatnya beberapa bandar seperti Aireys Inlet (yang kami singgah lighthouse tadi), dan bandar bandar lain yang bakal kami singgah selepas ini.

 

 

# LORNE TOWN, GREAT OCEAN ROAD #

6

Perjalanan kami diteruskan lagi, kali ini kami singgah kejap di bandar LORNE, Great Ocean Road. Sebenarnya kami singgah sebab nak ke tandas muahaha… Tapi kebetulan di tepi pantai ada acara pameran kereta antik gituu. Jadi kami cuci mata la sikit kan. Ada jugak pengunjung yang mengambil peluang mandi manda di pantai. Bandar kecil ni sangat cantik di mata aku, bangunan kedainya.. kawasan kediamannya.. tampak ringkas. Kawasan persekitaran pun bersih dan angin segar je !

 

 

# KENNETT RIVER #

7

Ahaaa acara memberi makan burung burung pula berlangsung di KENNETT RIVER Holiday Park. Tapi kami tak masuk jauh ke dalam.. Kat bahagian luarnya pun dah banyak burung burung yang jinak dan mendekati manusia untuk makanan. Hee seronok pulak layan bagi makan burung macam ni. Warna warni pulak tu burung tu semua. Kami jugak nampak seekor koala yang tengah malas giler, tidur atas pokok. Muahaha..

 

 

# CAPE PATTON, GREAT OCEAN ROAD #

8

Ahaaaa, di pertengahan jalan, kami singgah di Cape Patton ni.. Memang tempat orang berhenti dan tengok pemandangan lautan yang gah diciptakan Yang Maha Esa. Memang refreshing sungguh ! Tapi melihatkan keadaan di bawah, mak oiii gayatnyaaaaa !!!!!!!!!!

 

GOPR4763

Amacam ? Feeling tak iollss???

 

9

GAMBAR ATAS : Ahaaa caught on camera ! Muka penakut sebab tak sanggup nak membayangkan betapa tingginya tempat tu ! Ternampak pulak ombak ganas menghempas ke tebing !
GAMBAR BAWAH : Ini tak tahu lah si Adam dengan Ray buat posing ala Titanic ke apa ni ? Hahaha..

 

 

11

Perjalanan diteruskan lagi ayuhhhhh ! Kami kemudian melalui bandar bandar kecil seperti ini.. Nyaman dan tenang je kawasan mereka ni ye..

 

 

# APOLLO BAY FISHERMEN’S CO-OP , BREAKWATER ROAD #

12

Ahaaaaa dah sampai mana ni ? Memandangkan waktu pun dan menginjak ke tengahari.. maka perut pun berkeroncong la uolllsss !! Masa untuk lunch ! Memandangkan hari ini kita duk mengadap pantai je kan, maka tak sah lah datang Great Ocean Road ni kalau tak pekena seafood yea dakkk !! Kedai yang kami singgah ni agak popular, sebab beberapa kawan aku pun dah suggest pergi ke sini.

 

13

Yeahhaaaa dah macam tempura je semua ya ! Ada macam macam ! Aku pun lupa. Yang pasti ada sotong, ikan, kentang goreng ahhahaha….. Portion nya agak besar. So kami beli 3 bekas macam ni, campur-campur je jenis makanannya.. dan kami makan beramai. Memang seronok ! Harga affordable gitu, sederhana je lah. Makanannya masih panas dan memang sedap dimakan tanpa ditunggu-tunggu lagi !

 

 

# GIBSON STEPS #

14

Ahaaa hentian pertama kami di sekitar Port Campbell National Park, GIBSON STEPS ! Dari atas bila pandang ke bawah.. huiii curam nyaa tangga ! Kayu pulak tu lahaiii.. Tapi demi nak bergambar punya pasal, gagahkan jua diri, gigih lah menahan gayat dan takut gituuu…

 

15

Okayyy penat lah asyik melompat seorang diri sajor.. Marilah kawan kawan kita lompat kijang ! Hahah tapi memandangkan kami ada kat Aussie ni, haruslah lompat kangaroo kann ! Hahaa seronok ye semua. Yang Ayie belakang tu, siap terbang terbang selendang dia tutup muka ! Dah macam berpurdah pulak hehe..

 

17

Bila dah sampai spot yang cun nak bergambar, kita apa lagiii.. hulur GoPro, tekan butan ON, lepas tu snap snap snap ! Haha banyak lagi pic kat sini tapi takpelah… esok lusa kalau rasa nak throwback, aku post kat instagram ye ? Jangan lupa follow instagram @nisa_kay ehh promote lak ahahha !

 

 

# 12 APOSTLES, GREAT OCEAN ROAD #

16

Dari tempat Gibson Steps tadi tu, dari kejauhan dan nampak sebahagian daripada 12 Apostles… Apostles ni semua merupakan batuan besar batu kapur yang terbentuk dari hakisan air laut yang berterusan. Amboi macam kelas sains dah aku kat sini ye. Ada 12 ketul yang boleh dilihat dengan jelas, tapi kalau tak silap 4 daripadanya dan runtuh separuh / runtuh sepenuhnya dek kerana hakisan dan yang betul betul gah berdiri ada lagi 8 ketul.. Tapi masih, namanya 12 Apostles.. hehe..

 

18

Eh uolss ! Gambar feeling feeling harus lah ada kannnn…

 

21

A bunch of people who are made great company for a trip ! I do miss you guys ! Sobsss….

 

19

Gambar lelompat haruslah ada kannnn…

 

24

Gambar berkumpulan terakhirrrr… kenapa terakhir ???? Haaaa kisahnyaaaa sepatutnya aku ada lebih kurang sehari dua lagi di Victoria, Australia ni.. Tapi.. ermmm nanti lah aku cerita yee ! Hahahhaa….

 

 

# PORT CAMPBELL TOWN #

22

Dannn perjalanan kami yang panjang sudah pun bertemu penghujungnyaaa… Kami singgah di lokasi terakhir iaitu pekan kecil PORT CAMPBELL untuk berehat, mengambil udara laut buat kali terakhir, dan makan mengalas perut yang kembali lapar.

 

23

Kita berpiknik sebentar di dalam cuaca yang semakin sejuk dek kerana matahari yang semakin tenggelam di ufuk barat, menggantikan langit cerah dengan kegelapan…

 

 

Tiba-tiba.. semasa perjalanan pulangg….

 

 

DSC02189

KOALA !!!!!!!!!!!!! Banyak kereta dan bas berhenti di bahu jalan, menyaksikan seekor beruang Koala yang kelihatannya bingung kerana tiba-tiba dikeliling manusia dan disuluh suluh pula dengan lampu. Kesian pulak tengok. Saiznya tidak begitu besar, so aku tak pasti koala ni dewasa atau masih anak anak.

 

Ternyata yang menonton kejadian ini bertukar teruja kerana dapat melihat beruang koala secara dekat ! Mungkin koala ini sesat dari belukar berhampiran. Beberapa orang cuba untuk menghalaunya kembali ke belukar di tepi jalan, namun sikit pun koala ini tidak berganjak. Takut, mungkin. Kerana orang semakin ramai berhenti dan mengerumuni kawasannya. Seorang lelaki bertindak cuba untuk menolak badan koala ini. Kemudian koala ni tiba tiba berlari ke belukar di tepi jalan. Jadi kami semua pun meneruskan perjalanan balik…

 

 

Oh ya ! Jangan lupa untuk nantikan entry seterusnya ya … Nisa akan cerita kenapa Nisa seorang je yang kena pulang ke Malaysia lebih awal, manakala kawan kawan yang lain ada dua hari lagi di Melbourne ! Haaa ade lah tuu. Tunggu ya !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


4 ulasan:

  1. bestnya pi Melbourne Nisa. Gibson steps tu cantik lah dengan rumah api tu. Nisa pakai GoPro ke ? or yang seangkatan dengan GoPro yang harga dia slightly lebih murah tu, tak ingat lah apa nama dia. Gambar selfie cantik-cantik.

    BalasPadam
  2. bestnya dapat pergi melancong macam kak nisa,comel koala tu :-)

    BalasPadam
  3. Hai awak. Lepastu journey back to CBD awak lalu the same route ke atau lalu jln lain pulak? Thank you in advance :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay