Selasa, 15 Disember 2015

FILEM - Isteri Untuk Dijual



Assalamualaikum...


Ahaa lama dah tak tulis review untuk filem kan.. Nisa ada je menghadiri majlis-majlis pratonton filem.. tapi kebanyakan masanya tidak sempat nak update di blog, banyak Nisa kongsikan di laman instagram Nisa aje. Hehe... Tapi kali ni semangat sungguh Nisa nak share pengalaman menonton filem terbaru terbitan MIG ni haaa...




Padiaaa?? NAK JUAI BINI ???! Haaa marah kejap iols sebagai wanita ni tau ! Ada pulak nak jual-jual isteri. ISTERI kotttt !! Ingat barang mainan ! Haa cekik kangg ! Eh emosi lebih pulak iolss... 


Filem arahan Eyra Rahman ni kisahnya dalam filem ni Reza (lakonan Kamal Adli_ telah jatuh cinta dengan Bella (lakonan Nora Danish). Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel, jujur dan pendek kata segalanya perfect kat mata dia. Tak lama selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka berkahwin. Namun apa yang terjadi selepas mereka berkahwin nyata membawa jauh angan-angan Reza untuk kehidupan berumah-tangga yang indah bak dunia khayalan. Gittoooohhh !!!





Ternyata "imej sempurna" seorang insan bernama BELLA hanya untuk paparan luaran. Di rumah, Bella sangat sangat lah clumsy, makan bersepah, tidak berhias seperti model dan mempunyai perangai yang pelik-pelik. Namun di depan Bella, Reza tidak mampu dan tidak sanggup untuk meluahkan apa yang tidak disukainya. Reza terpenjara dengan sikap sendiri yang tidak mampu menyatakan pendirian. Apabila Bella mula tidak menunjukkan perubahan, mulalah Reza keluar dengan idea agak bengong iaitu menyuruh kawan baiknya, Adi (lakonan Azwan Kombos) untuk menggoda Bella agar Bella akan meninggalkannya.





Mulanya Adi macam taknak tolong si Reza ni. Gile ke apa kan nak goda bini kawan baik sendiri ! Nak nasihat pun berbuih dah mulut, dah si Reza ni asyik datang kat dia and cerita yang dia tak bahagia lah apa lah. Last-last Adi ni tolong lah jugak. Bermula daripada situ lah konflik yang sudah sedia ada semakin berbelit-belit. Adi mula mengenali diri dan personaliti Bella yang sebenar.






Orang kataaa... tak kenal maka tak cinta... Dah kenal dengan Bella yang gila-gila ni, Adi pulak tersangkuttt ! Haaa masa tu apa Reza nak buat agaknya ??? Apa yang akan jadi kat perkahwinan Bella dan Reza akhirnya ? Adi dengan Reza tak bergaduh bertumbuk ke pasal Bella ni ?? Haaa iolss dah tahu... uolss yang belum tahu ni haruslah amik tahu dengan menonton filem ISTERI UNTUK DIJUAL yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember 2015 nanti !! Ye dak ???






KENAPA KENA TENGOK FILEM NI ???


  • Nilai kasih sayang dan cinta

Boleh nampak watak Bella ni amat menyayangi Reza, namun sebagai seseorang yang mempunyai personaliti yang unik. cara Bella menunjukkan rasa sayang dia tu berlainan dari yang lain haha.


  • Pengajaran : tak kenal maka tak cinta

Perumpamaan ni memang kena sangat dengan apa yang berlaku dalam filem ni. Bila kita hanya memandang luarannya saja, kita akan nampak yang indah je.. Dan bila nampak yang indah je, we tend to put high hopes and expectation.


  • Belajar menerima orang yang kita sayangi seadanya.

Ini berkaitan dengan point di atas. Bila kita letak expectations, bila kita dapat yang sebaliknya, maka disitu lah kekecewaan akan bermaharajalela. Seandainya kita bersedia mengenali orang yang kita sayang luar dan dalam, kita akan belajar untuk melengkapi satu sama lain. Auwww.


  • Nilai persahabatan.

Bella mempunyai sahabat baik iaitu Kat (lakonan Vicha Saywho) yang selalu mendorong beliau untuk mencapai impiannya. Aku suka watak Kat ni, personaliti wataknya yang sentiasa positif dan sentiasa menasihati Bella. Bila Bella sedih pun dia ada untuk Bella.


  • Pengajaran : Nak tolong biar berpada.

Sebagai sahabat baik Reza, Adi sampai sanggup bersetuju dengan permintaan Reza untuk menggoda Bella, dengan harapan Bella yang akan meninggalkan Reza nanti. Kedengaran satu pertolongan yang bodoh kan ? Sebabnya bila Adi dah mula baik dengan Reza, Reza pulak yang tak keruan haa ! Padan muka. So nak tolong biar berpada. Jangan sampai tergadai persahabatan sekian lama !



  • Kena tengok Kamal Adli, Nora Danish dan Azwan Kombos menari !

Kamal Adli, Nora Danish dan Azwan belajar tarian salsa untuk babak-babak dalam filem ni ! Haaa menarik betul !! Ada part yang fuhhh romantis kata kawww ! Ada part yang buat satu panggung gelak mengekek ! Haa kenalah tengok kan !






Ahaaa yang kat atas tu cuma sebahagiannya sahaja ! Ada banyak lagi pengisian filem ISTERI UNTUK DIJUAL nii... nak tahu lebih-lebih kalian boleh tunggu 24 Disember ini lepas tu serbu beramai-ramai ya ! Memang cukup rencah filem ni.. ada lucunya... ada part sedihnya.. ada pengajarannya jugaa... Plus, filem arahan pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman iaitu Eyra Rahman memang aku boleh expect something good and nice to watch.


Lakonan Nora Danish yang membawakan watak yang tidak ayu-ayu, tidak control lawa memang agak berlainan dari biasanya. Dia dah memang lawa, bawak watak pulak ala-ala gadis desa yang kelam-kabut, tak control percakapan, bersuara lantang, bersepah.. haha memang satu kelainan.




Si Kamal Adli pulak memang aku suka watak dia dalam citer ni ! Tak tau nak citer macam mana.. Tapi rasanya watak seumpama ini tidak asing buat Kamal.. Ada part gila-gila sikit.. Ada part emosi yang hujung-hujung tu.. fuhh terbaik laa !


Ahaa komen mengenai watak Adi si pemilik kafe hipsturrr lakonan Azwan Kombos pulak. Tak dinafikan sebagai bintang baru Azwan sedang menaiki tangga ke hati-hati peminat filem dan drama. Namun bagi aku yang memerhatikan dari jauh perkembangan beliau (ecehh!) aku rasa Azwan ada potensi besar. Makin lama makin improve. Suke watak dia dalam filem Nasi Tangas sebelum ni.. Dalam filem Isteri Untuk Dijual pun best. Watak seorang sahabat yang baik, yang bersahaja dan cool-cool.. pandai uli tepung buat roti.. menari pun, not bad. Muahahah !!!!








Sayangnya semasa majlis pratonton malam tadi Nora Danish tidak dapat datang sebab sekarang dia ada kat Korea uolss.. Filem ISTERI UNTUK DIJUAL ini dibawa oleh pelakon-pelakon Kamal Adli, Nora Danish, Azwan Kombos, Vicha Saywho, Anam Azizani dan Abam Bochey.



Oh yaa.. jemput semua tonton sedikit video sekitar malam pratonton filem
ISTERI UNTUK DIJUAL ya ! :)








Jangan kecam sis ! Haha.










XOXO,

Putewi Hensem

4 ulasan:

  1. nk tgk nora danish je dlm movie ni...hehehehe

    BalasPadam
  2. Wah macam best je filem ini,kak nisa :-)

    BalasPadam
  3. Yup, setuju. Filem ni best! :)
    Suka dengan lakonan bersahaja semua orang. Unexpected sungguh.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay