Jumaat, 19 Februari 2016

Selamat ulangtahun blogger Ahmad Fauzi Aryaan !



Assalamualaikum...


Harap masih belum terlambat untuk Nisa berkongsi dengan pembaca blog semua mengenai detik-detik manis membuat "kejutan kecil" untuk seorang rakan blogger  ni. Kisahnya Nisa dan kawan Nisa iaitu Syahzan datang dari Melaka sebelum kami masing-masing menuju ke destinasi sendiri. Dah alang-alang hari tersebut hari jadi kepada rakan blogger ni (rakan kami berdua), jadi kami ajaklah beliau makan tengahari sama-sama.


Asalnya memang tiada perancangan untuk membuat sebarang kejutan kepada rakan blogger kami ni. Tapi setelah kami sampai di IOI City Mall - lokasi yang dipersetujui untuk lunch, maka datanglah idea Nisa untuk menyerikan sesi makan tengahari kami dengan sedikit keseronokan haha gituu. Takdelah nak prank apa pun. Nisa dan Syahzan segera ke kedai kek Secret Recipe untuk beli sepotong kek dan Nisa ternampak kiosk kecil menjual barang-barang hari jadi. Haha jeng jeng jeng.






Sementara kami tunggu kedatangan rakan blogger kami tu, kami lepak kat Restoran Boat Noodle dan siap-siap order makanan. Memandangkan lama dah tak makan Boat Noodle, so aku order la dua tiga mangkuk dengan side dish. Tapi let me tell you, tak berbaloi tau beli dua cucuk meatball tu dengan harga RM5.90. Mahal ! Mi aje lah yang RM1.90 semangkuk. Air pun harga RM4 ke atas haha. Okay entry ni bukan pasal Boat Noodle ye.






Haaa ini lah dia rakan blogger kami a.k.a. birthday boy - Ahmad Fauzi Aryaan dari blog WWW.DUNIAPATIK.COM 


Haha memang sengaja kot Nisa belikan topi pink tu. Kalau ikutkan nakal nak mengusik si bithday boy, Nisa nak je belikan ala-ala flower crown ke, selempang ala-ala ratu cantik ke. Lepas tu kena jalan satu mall. Haha... takdelah sampai camtu sekali. Sekadar suka-suki nak bergambar je hehe... Tetap lah pink yang Nisa pilih okay.





Hehee sepotong kek ala kadar je la ye abam Pojie ? Si Syahzan yang pilih patut gula berbentuk baby tu sebab nya abam Pojie kan dah melepasi empangan three-series, so kenalah cepat-cepatkan apa yang patut ye abam ? Rasanya calon ahkak kepam masham dah ada kan ? Ehh hahaha ! Hehehe maafkan sambutan tak seberapa dari kami ya abam. Next year mohon buat sambutan hari jadi sekali dengan majlis kawen ko ye abam haha. 





Tengah-tengah bergelak sakan sesama kami, meja kami dihampiri oleh pekerja Boat Noodle. Beliau tanya birthday siapa hari ni. So, Pojie pun katalah birthday dia. Lepas tu pekerja Boat Noodle tu bagi abam Pojie kuih dalam mangkuk. Alaa macam kuih tepung pelita tu la, bezanya dia letak dalam mangkuk kecik hehe. Alhamdulillah rezeki bithday boy.. eh man. HAHA.







Hehe mintak tolong staff Boat Noodle ambilkan gambar. Not bad lah dia ambilkan gambar haha. Jadilah kan, sebagai kenang-kenangan kita orang. InshaAllah next time birthday Nisa pulak tau ! Haha berangan je weyh. Ada pulak suruh orang surprise kan birthday sendiri HAHA.



Heee tu saja perkongsian dengan pembaca semua ya.. Rasanya macam lama dah Nisa tak menulis samngat mengenai aktiviti personal di blog ni. Mana yang rahsia sangat tu takdelah Nisa share kat sini kan. Hehehe... So, that's all for now. Thank you so much and teruskan membaca blog Nisa ya. Byee !






XOXO,
Putewi Hensem

1 ulasan:

  1. alhamdulillah..bila kita gembirakan orang lain in sha Allah kita juga akan gembira malahan berlebih lebih kegembiraan itu...amin...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay