Memaparkan catatan dengan label Birthday Wish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday Wish. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Februari 2016

Selamat ulangtahun blogger Ahmad Fauzi Aryaan !



Assalamualaikum...


Harap masih belum terlambat untuk Nisa berkongsi dengan pembaca blog semua mengenai detik-detik manis membuat "kejutan kecil" untuk seorang rakan blogger  ni. Kisahnya Nisa dan kawan Nisa iaitu Syahzan datang dari Melaka sebelum kami masing-masing menuju ke destinasi sendiri. Dah alang-alang hari tersebut hari jadi kepada rakan blogger ni (rakan kami berdua), jadi kami ajaklah beliau makan tengahari sama-sama.


Asalnya memang tiada perancangan untuk membuat sebarang kejutan kepada rakan blogger kami ni. Tapi setelah kami sampai di IOI City Mall - lokasi yang dipersetujui untuk lunch, maka datanglah idea Nisa untuk menyerikan sesi makan tengahari kami dengan sedikit keseronokan haha gituu. Takdelah nak prank apa pun. Nisa dan Syahzan segera ke kedai kek Secret Recipe untuk beli sepotong kek dan Nisa ternampak kiosk kecil menjual barang-barang hari jadi. Haha jeng jeng jeng.






Sementara kami tunggu kedatangan rakan blogger kami tu, kami lepak kat Restoran Boat Noodle dan siap-siap order makanan. Memandangkan lama dah tak makan Boat Noodle, so aku order la dua tiga mangkuk dengan side dish. Tapi let me tell you, tak berbaloi tau beli dua cucuk meatball tu dengan harga RM5.90. Mahal ! Mi aje lah yang RM1.90 semangkuk. Air pun harga RM4 ke atas haha. Okay entry ni bukan pasal Boat Noodle ye.






Haaa ini lah dia rakan blogger kami a.k.a. birthday boy - Ahmad Fauzi Aryaan dari blog WWW.DUNIAPATIK.COM 


Haha memang sengaja kot Nisa belikan topi pink tu. Kalau ikutkan nakal nak mengusik si bithday boy, Nisa nak je belikan ala-ala flower crown ke, selempang ala-ala ratu cantik ke. Lepas tu kena jalan satu mall. Haha... takdelah sampai camtu sekali. Sekadar suka-suki nak bergambar je hehe... Tetap lah pink yang Nisa pilih okay.





Hehee sepotong kek ala kadar je la ye abam Pojie ? Si Syahzan yang pilih patut gula berbentuk baby tu sebab nya abam Pojie kan dah melepasi empangan three-series, so kenalah cepat-cepatkan apa yang patut ye abam ? Rasanya calon ahkak kepam masham dah ada kan ? Ehh hahaha ! Hehehe maafkan sambutan tak seberapa dari kami ya abam. Next year mohon buat sambutan hari jadi sekali dengan majlis kawen ko ye abam haha. 





Tengah-tengah bergelak sakan sesama kami, meja kami dihampiri oleh pekerja Boat Noodle. Beliau tanya birthday siapa hari ni. So, Pojie pun katalah birthday dia. Lepas tu pekerja Boat Noodle tu bagi abam Pojie kuih dalam mangkuk. Alaa macam kuih tepung pelita tu la, bezanya dia letak dalam mangkuk kecik hehe. Alhamdulillah rezeki bithday boy.. eh man. HAHA.







Hehe mintak tolong staff Boat Noodle ambilkan gambar. Not bad lah dia ambilkan gambar haha. Jadilah kan, sebagai kenang-kenangan kita orang. InshaAllah next time birthday Nisa pulak tau ! Haha berangan je weyh. Ada pulak suruh orang surprise kan birthday sendiri HAHA.



Heee tu saja perkongsian dengan pembaca semua ya.. Rasanya macam lama dah Nisa tak menulis samngat mengenai aktiviti personal di blog ni. Mana yang rahsia sangat tu takdelah Nisa share kat sini kan. Hehehe... So, that's all for now. Thank you so much and teruskan membaca blog Nisa ya. Byee !






XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Selasa, 30 Jun 2015

Kejutan hari jadi !

 

Assalamualaikum..

 

Terasa mengada dan gedik pulak nak berkongsi pasal kejutan ni.. Sedangkan kejutan ni tak adalah kejutan besar mana pun.. Cukup sebagai tanda ingatan dari seorang sahabat kepada aku… ini pun dah cukup buat aku gembira dan terharuuu.. Dan aku nak abadikan kenangan ni dalam blog aku…

 

20150626_133237

 

Lebih kurang seminggu lebih selepas hari jadi aku, aku menerima parcel ni. Serious, sebesar zarah pun tak terlintas dalam hati aku hadiah yang menanti aku. Aku mati-mati ingatkan parcel ni dari online shop yang nak bagi aku barang untuk aku review. Bila aku baca nama instashop yang tertera di atas borang poslaju tu, aku terfikir, “Ehh bila masa pulak aku deal dengan instahsop ni untuk review barang?” Haa bertambah pelik sebabnya macam mana dia dapat alamat aku kannn!

 

 

20150626_133246

Bila aku bukak parcel tu, aku macam impress jugak lah dengan packaging produk dia. Masa ni aku masih belum syak apa-apa. Memang tak syak sikit pun ! Aku fikir maybe untuk bagi gift, dia pack dalam kotak.. Kalau untuk buyer biasa aku tak sure la kan..

 

 

20150626_133539

Tapiiiii… aku keluarkan aje kad tu ! Memang terkejut besar akuuu !!! Sebab ada nama PENGIRIM SEBENAR kat belakang kad tu. Tergelak besar aku dalam kereta ! Hahahahah ~~~ You got me ! Memang aku sikittt pun tak syak barang yang sampai ni sebenarnya HADIAH hari jadi yang dikirim seorang rakan !

 

 

20150626_133600

Simple je ucapan kawan aku sorang ni. Haha aku memilih untuk tidak dedahkan nama beliau.. sebab aku rasa beliau tak suke publisiti kot ? Hahahhaaaa !!! Kot la lepas ni ramai pulak nak berkenalan. Kawan aku ni dah la single lagi. Ehh terbagi hint pulak. KAH KAH KAH !!

 

 

20150626_144600

Ini lah dia hadiah yang diberi oleh rakan aku… dua helai halfmoon shawl.

 

 

image1

Excited punya pasal, aku pakai terus esoknya… Hehe yang kaler hijau tu nantilah pakai.. Tengah tengok baju lain yang boleh match Hehe.. Apa apa pun aku bersyukur punya rakan yang mengingati aku, mengingati hari penting aku. Walaupun aku memang ada bagi dia alamat sebab nak kan hadiah, tapi niat aku masa tu TAK LEBIH DARIPADA GURAUAN semata-mata. Aku tak bermaksud nak mintak betul-betul pun..

 

Tapi rezeki aku pulak kan, rupanya kawan aku tu betul-betul bagi aku hadiah. Mungkin hadiah ni tak lah semewah mana, mungkin orang yang membaca entry aku ni ada yang akan fikir aku saja nak show off atau melebih-lebih.. Tapi percayalah, aku takde niat macam tu. Sekadar nak mengabadi kenangan… dan tanda aku hargai ingatan kawan aku tu… Syukur aku dikelilingi rakan rakan yang macam ni… Kepada rakan yang sudi memberi hadiah ni, sejuta kali ucapan terima kasih pun takkan cukup. Semoga Allah memberimu keberkatan dalam hidup, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Sabtu, 13 Julai 2013

Hadiah dari follower

 

Assalamualaikum..

 

Rasanya dah terlalu lambat untuk aku bercerita pasal ni.. Pasal hadiah hari jadi.. Ye lah kemain nak update entry padahal birthday aku dah berlalu sebulan yang lepas. Ok. SEBULAN. Ahh peduli pulak kan. Gambar-gambar nye dah lama aku ambil dan edit letak watermark.. Baru sekarang aku ada masa nak update blog.

 

ALHAMDULILLAH things get better as time goes by. Gitchuuuu!! Setelah melepaskan diri dari bayang-bayang manusia berhaluan songsang (ooppsss) aku akhirnya bahagia hidup berdikari dan disayangi rakan-rakan sekeliling… Jodoh? Kita bercakap pasal benda lain la dulu ye. Koff koff.

 

DSC04691

Birthday aku bulan lepas aku jalani dengan bahagia.. kejutan dari si dia (ehhh??) dan ucapan yang tidak putus-putus di twitter, facebook, blog dan instagram.. hadiah dari kawan baik dan sambutan kecil-kecilan dengan orang sekeliling…

 

Yang specialnya tahun ni buat pertama kalinya aku menerima hadiah dari follower aku. Aku tak pasti beliau follow aku dari blog atau di instagram sahaja… Tapi buat pertama kalinya aku bagi alamat kepada orang yang tak aku kenal untuk kiriman hadiah. Sebab tahun lepas aku ada refuse orang mintak-mintak alamat ni. Heee sorryyyy~

 

DSC04693

Ahaaaa tuuuu diaaaaa~ Nisa Kay versi kartun uolllsss !!! Hikhik walaupun versi kartun aku maintain kurusss dan jugaa.. ehemm COMEL. Bahahaha sila muntah berbaldi-baldi sekarang !

 

 

DSC04695

Ini comel. Siap berbaju kurung uolllsss.. Ada skuter and meow meow kat situ. Hik hik.. Kening tuu pentingggg.. kening tuuuuuu. Hak hak hak. Berbaju kurung okeh. Terasa ayu sangat di situ. Lalalalala…

 

 

DSC04699

Ahaaa kartun ini sebenarnya hadiah dari adik Aku Napie haaa suke suke je aku panggil dia adik kan? Sebab aku agak-agak dia ni muda belia lagi. Ehh habis aku apa? Aku forever 15 years old, boleh? Bahahahhaa!!!

 

 

DSC04701

DSC04704

Turut disertakan dalam sampul yang dikirim adalah sebuah komik hasil karya beliau. Patut lahh pandai melukis.. Har har har bila layan komik macam ni memang teringat zaman dolu-dolu aku memang layan bonar dengan komik kartunis tempatan.. macam majalah APO, majalah UJANG.. macam-macam lagi la..

 

 

DSC04711

Ahaaa kot la memerlukan perkhidmatan yang berkaitan, boleh lah contact adik Aku Napie ni… (apesal aku panggil dia adik?) kakakaka…

 

 

DSC04715

Haaa alang-alang pergi IKEA kann ari tu aku rembat laa dua frame gambar. Yang penting PINK okeh. Warna lain tidak diberi muka sama sekali. Wakakaka.. So just test test la letak dalam frame ehh macam cantikk. So biar jelah kat  situ kennz..

 

Kepada adik Aku Napie, akak (huk huk) mengucapkan ribuan jutaan terima kasih atas hadiah hari jadi ni.. Hahahha terharu laa ade jugak orang sudi hulur hadiah pada diriku yang tak seberapa ni.. Blog pun kian terabai je sekarang. Ishh sadis !

 

 

 

Okaylah thanks ! Bye love love !


Read More»

Khamis, 13 Jun 2013

SEJARAH HARI JADIKU – Termasuk tandas lelaki dan kek dari Mr Handsome

 

Assalamualaikum..

 

Pertama-tama sekali aku memanjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku nikmat hidup hingga ke hari ini, mengizinkan aku mencapai apa yang aku mahu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah ke dalam hidup aku. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH…

 

Hari ini, tanggal 13 Jun 2013 maka dengan rasminya aku berumur 22 tahu. Ehemmm kalau boleh korang buat-buat tak ingat je lah ye umur aku. Anggap je aku ni 15 tahun sebab aku ni masih berperangai kebudak-budakan dan tak berapa nak matang dalam banyak benda. Kekeke…

 

Pada hari yang bersejarah ini. Cehh konon je kan. Aku telah mengalami dua peristiwa yang TAK PERNAH aku alami sebelum ni. Betul tak pernah ni ! Seperti yang aku nyatakan di tajuk entry ini, haa maka korang boleh agak la kann..

 

DSC03942

Hari birthday pon bekerja uolss.. Berkejar ke sana sini mengambil stok untuk jualan di online shop aku. Ehemm nak promote kejap, siapa ada INSTAGRAM jom follow online shop @fsyn_my ye. Kui kui kui.. So hari ni aku gerak dengan bos aku, dari KL Sentral. Selesai urusan aku, aku decide nak lepak Starbucks The Gardens, Mid Valley City.

 

Sebelum tu aku haruslah mengosongkan tangki kan. Kang lepak kat Starbucks nak minum-minum lagi… Maka aku pon menonong la mencari toilet… Dah jumpa toilet, takde pandang kiri kanan aku laju je melangkah masuk. Sekali aku nampak “mangkuk berdiri” elok bersusun kat dinding pastu ade lengchai yang tengah basuh tangan kat singki pandang pelikkk kat aku.

 

DSC03940

Maka aku pon tersedar yang AKU DAH TERMASUK KE TANDAS LELAKI !!!!!!!!!!!!!!! Ya ampunnn mana nak sorok muka haihh !! Nasib baik takde ramai orang. Ade sorang je kat singki dan dia je nampak aku. Waduhh jatuh saham gua selaku besday girl hari ni ! Wuargghh !! Ni first time gua termasuk tandas lelaki tau ! Sudahnya aku berlari keluar sambil cakap “Sorry”.

 

 

DSC03944

Okay dah sudah lepas hajat tu, daku tuju lah ke Starbucks, dengan harapan dapat la sedas dua line wifi percuma sebab daku nak submit kojeee.. Tengah aku melayan perasaan yang kacau bilau dek internet yang semput-semput, aku didatangi lengchai staf Starbucks membawa dulang berisi kek, dan dia cakap “Happy Birthday Miss”

 

 

DSC03946

Dengan hidung yang sekembang yang mampu aku mengucapkan “Thank You” dan letak dulang tu atas meja. Aku ingatkan memang STARBUCKS ni tahu aku punye birthday, sekali kat tisu ade pulak pesanan dari seseorang yang menggelarkan dirinya HANDSOME. Oke bagi aku perasan gilo orang ni. Ehh kbai. HAHA.

 

 

DSC03949

Aku syak la kan.. bos aku yang beli kek ni, pastu suruh staf tu hantar kat aku. Sebab bos aku Tekong dengan Aman memang ade kat Gardens ni, sebab ade event. Aku je malas join sebab nak submit koje. Nasib la aku boleh makan kek ni. Buatnye belikan kek lobak? Aku buat hiasan je la..

 

Apa-apa pun terima kasih banyakk banyakk kepada insan yang telah menggelar dirinya HANDSOME ini kerana bagi aku kek. Aku tetap rasa ni mesti keje bos-bos aku ni, nak buat aku perasan la ni =.- Demyu kahkahkahhh… Kalau orang yang bagi ni bukan bos aku dan betul-betul handsome, kenapa tak tinggalkan nombor phone ye dak? Kihkihkih.

 

 

P/S : Serius macam tulisan bos aku. Nak kena dorang ni =.=”

 

XOXO


Read More»

Rabu, 5 Jun 2013

JUNE wishlist

 

Assalamualaikum…

 

Dah hampir seminggu kita menempuhi bulan pertengahan tahun iaitu bulan June… Bagi yang lahir dalam bulan Jun seperti aku, semestinya mengharapkan bulan ni penuh dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan membahagiakan..

 

Tapi semestinya kita tak dapat nak elak kalau kita ditimpa dugaan dan ujian dariNYA… Cuma mengharapkan situasi akan jadi lebih baik dan setiap masalah tidak memburukkan keadaan.. Begitulah harapan aku.. mengharapkan perkara yang lebih baik dan semoga masalah-masalah dapat diselesaikan !

 

june nisakay

 

Selain daripada mengharapkan keajaiban akan berlaku pada hari jadi aku kurang 10 hari akan datang (berangan je laa haha) aku ada beberapa wishlist yang nak aku laksanakan dalam bulan ni InshaAllah..

 

1. LULUS UJIAN KOMPUTER

Haaa ujian ape ke benda pulak ni.. Hahaha aku sekarang dah mula masuk kelas di Metro Driving Academy sebab nak amik lesen. See? Dah tua-tua xdok lesen lagi.. sobs sobs. So aku harap aku dapat lulus computer test dengan sekali percubaan je, so aku dapat start belajar bawak kereta cepat-cepat okay?

 

 

2. MENYAMBUT HARI JADI DENGAN KAWAN-KAWAN

Takdelah nak buat celebration sangat ponnn… dapat keluar berjimba dengan kawan-kawan pun jadilah yee.. Tapi malangnya hari jadi aku jatuh pada weekday.. so nampaknya macam tipis jugak harapan aku nak berjimba dengan kawan-kawan. Huk huk..

 

 

3. NAK BACKPACKING DENGAN KAWAN KE PULAU

Haaa ini kerja gila. Sebenarnya aku nak pi backpack sorang-sorang ke mana-mana pulau kat Malaysia niii. Tapi macam seram lak nak pi sorang-sorang. Plus nanti sapa nak ambik gambar aku nanti? Muehehe…

 

 

4. HANDPHONE BARU !

Aku bukanlah nak tukar kepada phone baru, tapi aku tengah target nak beli another android phone supaya senang aku nak berurusan dengan customers online shop aku dengan nombor lagi satu. Plus atas sebab-sebab tertentu aku nak bertukar nombor telefon.

 

 

5. NAK MENANG PERTANDINGAN T.O.P GIRL by THE FACE SHOP !

Kalian sudah mengetahui nya kan? Ke ada yang tak tahu lagi? Aku terpilih sebagai TOP 24 untuk pencarian TOP Girl oleh The Face Shop. Lepas tu aku diumum menjadi finalis TOP 12 untuk pencarian tuuu… Dan aku ni satu-satunya perserta MELAYU dan GADIS BERTUDUNG yang menjadi finalis. So nanti undian dah dibuka, korang undi aku ye ! Aku nak menang ! HAAA….

 

DSC00896

Okayyy lahhh kalau nak ikutkan wishlish aku ade beratus ribu benda yang aku nak dapatkan atau nak capai.. Tapi kita manusia hanya mampu merancang, yang berkuasa untuk mengizinkan ia terlaksana ialah Yang Maha Esa, ALLAH SWT.

 

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk semua pembaca blog aku, dan especially for those yang lahir dalam bulan Jun juga, HAPPY BIRTHDAY aku ucapkan yee ! Tak kisahlah sama ada birthday korang dah lepas atau tidak ! 

 

 

 

P/S : Best nya berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan adik, abah dan my childhood friend, Hazirah!

 

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 4 Mac 2013

[EVENT] Nuffnang Is 6 ! It was a blast yeah !

 

Assalamualaikum dan hai semua…

 

InshaAllah lepas ni aku akan lebih rajin memenuhkan dashboard Blogger.com korang dengan entry terbaru dari aku… Maklumlah, sejak memulakan kehidupan yang baru ni semuanya bukan mudah. Tapi alhamdulillah aku gembira dan aku bersyukur dengan rezekiNYA…

 

Semalam, tanggal 2 Mac 2013, genap 6 tahun Nuffnang bertapak di Malaysia. Sepanjang 6 tahun ni mesti banyak jatuh bangun syarikat ni untuk berada di tempat mereka sekarang.. Dan dengan Nuffnang jugaklah aku dapat merasa satu sisi lain dalam hidup aku. Berpeluang join events, dapat hadiah dan jumpa artis!

 

Dan aku pun hampir berhenti blogging selama lebih 4 bulan aku rasa. Blog aku seakan mati bila aku jarang sangat-sangat update blog. And now I’m back to blogging arena. Dan antara event yang mula-mula aku libatkan diri ialah NUFFNANG 6TH BIRTHDAY BASH yang diadakan di LUST, Kuala Lumpur.

 

**PHOTO SPAM**

DPP_0002

LUST, KL. Satu bangunan dengan Paper n Toast je haaa… Tempat aku and geng Amanz selalu co-working dulu…

 

 

DPP_0010

Diva merah menyala si Kifli Mally. Rantai kau taknak kalah kan nyah! Hahahha.. Yang baju nye berkotak-kotak itu Cik Lily Putih. Yang tudung warna warni tu pulak entah feeling gapo dio sampai duk jeling tempat lain. Almaklumlah kamera kiri kanan atas bawah sume nak pandang ahah!!

 

 

DPP_0022

Yang baju merah tu blogger baru Dyana Hassan. Jom ramai-ramai follow blog dia ye ! And yang kat tengah-tengah tu kawan beliau :)

 

 

DPP_0055

Yang berjaket biru tu sapa tak kenal memang nak kena ketuk kepala la kot. Blogger femesssss akak Pen Merah oh em gee !!! And jelita kat tengah-tengah tu Ceera Moon.

 

 

DPP_0053

With a few Chinese bloggers friends. And oh em gee, look who’s on my right. It’s Fui Chen, my classmate during from 5 ! Gosh I was shocked. I dont know what to say, what to react ahah! She’s so pretty and stylish now ahaa! Nice to meet you back dear !

 

 

DPP_0058

Lapor wehh laporrr !!!! Dari kiri, blogger dengan fanpage 1 juta like Pen Merah, Mokky, the burung hantu girl who always make faces in front of the camera Yen Ling, traveller yang comel Rayyan Haries and muka yang tidak lagi disembunyikan iaitu Pak Lan.

 

 

DPP_0070

Taking pic with my oppa is a must! Hahahahha!!!

 

 

DPP_0142

Hoyeahhhh!!!!!!!!!!! I won a 3 days 2 night stay at Awana Porto Malai Langkawi !! Yeahh thank you so much Resorts World Genting as one of the sponsors for NUFFNANG 6TH BIRTHDAY BASH !!! Thank you so muchhhhh  ♥

 

Well, itu sebahagian daripada gambar-gambar yang beratus-ratus yang diambil oleh Pak Lan. Banyak lagi pic kat kamera hakak Pen Merah… Nanti iols buat entry second part ehhh. Banyak lagi pics nak share dengan uollss hahahaha~ Till then !

 

 

XOXO


Read More»

Khamis, 21 Februari 2013

Songs that will definitely rock the Nuffnang 6th Birthday Bash party!

 

Hello everyone..

 

logo-cropped

It has been a while since I attend a concert.. Well, this time I’m NOT going to a concert but a birthday party!! Hey hey our Nuffnang’s Stickman here is turning 6 very soon and yeah I wanna join the birthday bash so bad! I couldn’t join last year because of some unexpected problems! Duhh let’s just forget it.

 

422091_10150644068871870_950355896_nLast year’s Nuffnang’s Birthday Bash at Neverland KL.

 

So this year I’m expecting bigger, louder and more fun birthday bash! So, let’s just imagine that I’m going to a concert. It will be great and fun if my favourite songs being played at the party! And hope others will be enjoying the songs too! And here are some of the songs that I think will rock the party wohooo!!

 

Cata-Alcohol-Art-640x640

The Cataracs - Alcohol (Remix) ft. Sky Blu
(Dance all night long yeahh!! )

 

 

Justin-bieber-ft-Nicki-Minaj-Beauty-and-a-beat-justin-bieber-31242491-480-480

Justin Bieber - Beauty And A Beat ft. Nicki Minaj
(Heyy heyy JB has been growing up okay, and so do his songs. This one could be more fun if the DJ do a remix for it.)

 

 

maroon-5-overexposed-600x450

Maroon 5 - One More Night
(Do some remixes please Mr DJ ! We’re breathing the same air, people! Turn up the love and just have fun throughout the partyyyy)

 

 

2ne1-i-am-the-best-lyrics-jpg

2NE1 – I Am The Best
(We certainly cannot deny how hot Kpop songs nowadays, and there are some songs that can make you dance and move according to the beats!)

 

 

Pitbull infotecdj

Pitbull - Rain Over Me ft. Marc Anthony
(I always always loveee PITBULLL!!! Goshhh his sexy eyes, and when he raps I just couldn’t stop myself dance to his songs!)

 

 

And guyssss have you ever heard of DEEZER ?? Well, if you’re the type of people who don’t really have time to download songs and hate filling up your hard disk memory with songs, DEEZER IS THE PLACE ! Listen to latest songs and create your own playlist online! And hey check this out, I already registered with the site. It was so easy, logging in with your facebook!

 

Capture DEEZER

 

I’ve been exploring this DEEZER site and I find it is really cool. I don't have to spend my precious time Googling around where to download FREE mp3 songs, blergghh! See, I even created a special playlist for NN Stickman’s Birthday muehehehee~ And look, you can even share your playlist with your friends on Facebook and Twitter !

 

Capture share fbShared it on my facebook.

 

Capture share twitterShared it on twitter too!! Hik hik hik~

XOXO


Read More»

Selasa, 10 Julai 2012

21 TAHUN – Dah layak mengundi dah???

 

Assalamualaikum…

 

Semalam duk blogwalking, dan salah satu blog wajib baca ialah blog Fatin Liyana. Aku duk syiok la baca entry birthday beliau. Bila beliau mention yang birthday beliau jatuh pada 12 Jun lepas, aku macam wondering “Ehhh kenapa macam ada something yang aku lupa nih?”

 

Maka lepas ku ingat-ingat, lepas ku paksa-paksa otak aku mengingat apa yang aku nak ingat, baru aku sedar yang… birthday aku jatuh sehari selepas birthday FL, iaitu pada 13 JUN!! Wohooo yeahh yeahh baru aku sedar yang aku ni dah 21 tahun. Ehh masih muda kan? Sobss…

 

So masa hari birthday aku tu, bersamaan dengan hari RABU, aku ingat lagi ada beberapa perkara yang aku buat dari pagi sampai malam! Huhuhu. Pagi-pagi lagi aku dah keluar pergi event.. Lepas tu, ikut boss meeting kejap. Lepas tu paksa boss belanja makan sebab aku birthday girl! Hahaa..

P1010897

Yeehuuu yehhuu dapat pizza ! Sebenarnya boss dah plan nak ajak makan-makan kat Seoul Garden, tapi apakan daya Seoul Garden yang kami tuju tutup pulak??? Grrr! Tapi takpe.. rezeki aku dapat makan pizza hut pon dah okay sangat!

 

 

P1010901

Pepsi for four.

 

 

P1010905

Creamy and hot mushroom soup.

 

 

P1010909

Hot and fluffy garlic bread!

 

 

P1010910

Cheesy Bite Steak Pizza yang mengancam! Pizza ni baru je keluar masa tu. Sedap jugak ar masa tu, boleh order pizza daging atau pizza ayam. Nyum nyum~

 

 

P1010914

Kasi close up sikitttt… Aummm sedap nye sedapnyee…

 

 

P1010921

Kalau pergi Pizza Hut mesti aku order smoothies ni! Sedapppp… Mango Tango Yoghurt Smoothie! So kami meeting sambil makan-makan gituuu. Sambil memanfaatkan plug dan wifi yang ade. Ngeh ngeh~

 

 

P1010938

Kami lepak sampai petang jugak lah.. Lepas maghrib, aku ikut boss pergi Menara TM pulak, sebab ada dinner sempena pelancaran MY1CONTENT. Aku tak paham sangat apa ke benda MY1CONTENT ni, aku ni ikut je boss aku dinner. Dapat makan free. Kekekee..

 

 

P1010966

Huehuehue ni lah muka aku selepas makan-makan. Actually masa tu perut ku masih kekenyangan sebab makan pizza tapi dah ikut pi dinner, maka aku makan la jugak. Hidangan lak sedap, ala-ala hotel 5 bintang gituu. Muehehee..

 

Baiklah sekian entry birthday yang bosan lagi melaghakan. Mihmihmih… Birthday aku biasa-biasa je, takde hadiah, takde surprise, takde sambutan yang betul-betul sambutan. Paling grand pun tu la dia pergi makan pizza. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay