Assalamualaikum..
Yeahh Nisa kembali berkongsi mengenai brand kegemaran Nisa ni, iaitu innisfree.. Baru-baru ini, seperti yang anda lihat di laman instagram Nisa, Nisa ada bawak The Green Tea Seed Serum jalan-jalan cari sunset. Tapi apakan daya, cuaca yang tidak begitu mengizinkan tidak membolehkan Nisa dan The Green Tea Seed Serum menikmati pemandangan matahari terbenam. Apa-apa pun, Nisa gembira kerana Nisa dan juga beberapa blogger lain berpeluang mengiringi The Green Tea Seed Serum menikmati pemandangan dan makanan di sekitar Kuala Lumpur.
Jadi semalam Nisa ke Pavilion untuk mengiringi encik The Green Tea Seed Serum ni untuk ke Global Pop-up Store yang sedang berlangsung di sana. And yeah, more goodies from innisfree !! They have been so generous and I know they will always be. Oh no, more reasons to love this Korean brand ! Kekekee~
Kat mana The Green Tea Seed Serum Global Pop-up Store ni ? Betul-betul di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur ! Ya ampun besar-besar punya papan tanda kat depan tu, dari fountain depan Pavilion tu dah nampak.. Kalau tak nampak jugak tak tahu nak kata apa lah haha !
Aktiviti best ?
1. Virtual Tour ke Pulau Jeju ! Haa pakai peranti virtual reality dan rasai pengalaman di green tea farm di Jeju Island, Korea secara realiti maya. Menarik kan !
2. Photobooth ! Yess kalau ada photobooth memang syok. Boleh print gambar dan hantar soft copy ke alamat emel sendiri.
3. Pemeriksaan tahap kelembapan kulit ! Kita selalu rasa kulit kita dah cukup okay, tapi bila check sebenarnya kulit kita kering ! Kita tak mosturize betul-betul. Haa jadi kenalah dapatkan produk The Green Tea Seed Serum dari innisfree ni untuk rawat kulit ye dak hehe.
Lepas selesai ketiga-tiga aktiviti di atas, anda boleh join contest instagram innisfree Malaysia ni ! Sekeping kad akan diberikan, dan bila anda buat tiga aktiviti yang Nisa senaraikan tadi, anda akan dapat cop. Selesai dapat tiga cop, anda dapat free gift dan juga keratan kad warna biru tu, anda tulis instagram ID anda dan masukkan di dalam kotak dalam gambar ni. Haa mana tahu anda menang hadiah eksklusif dari innisfree Malaysia ke kan ?
Haa dalam kotak comel ni lah free gift yang anda akan dapat tu. Di dalamnya terkandung set percubaan produk rangkaian The Green Tea Seed. Jadi, kit istimewa ini boleh dijadikan set percubaan bagi mereka yang belum pernah guna produk ni, atau bagi yang memang pengguna, boleh jadikan travel kit. Haa senang lah nak travel bawak yang kecik-kecik je !
Lagi perkara best ?
Eksklusif di The Green Tea Seed Serum Global Pop-up Store sahaja, anda berpeluang membeli set promosi Green Tea Seed Serum Lucky Box. innisfree The Green Tea Seed Serum Lucky Box ini mengandungi sebotol The Green Tea Seed Serum (saiz penuh) dan sekeping It's Real Squeeze Mask Green Tea. Jika anda cukup bertuah, anda mungkin mendapat satu lagi produk bersaiz penuh dari rangkaian The Green Tea. Wahhh best nya ! Selain tu, dengan setiap pembelian lucky box ni, anda berpeluang bermain permainan Pinball Gaming Zone untuk memenangi lebih hadiah menarik ! Wahh banyak nya hadiahhh !
Uhukkk.. Kalau ke Pavilion KL tu kan, kat luar tu awak boleh jumpa bae kite tengah jalan-jalan kat ladang teh hijau hahaha !! Kemain tau semua serbu bae kite hahaha !!! Takpe, nasib kita faham yang bae kita ni memang diminati ramai... kah kah kahhh !!! Okay dah boleh muntah.
Oh yeah this is the little green fella that I've been carrying around these few days. And I even cared for it like a fragile baby ! I didn't allow my little sister hold it haha ! And next to it is a box of freebies from innisfree Malaysia :) Ohh yeah it is the Eco-Friendship Green Tea Kit with LINE FRIENDS !! OMG I know that LINE ia quite big in Korea.. I just came back from Korea a week ago and LINE merchandises are E V E R Y W H E R E !!!
Isn't this awesome ???? This travel set of The Green Tea products line come with LINE FRIENDS characters on it ! This is so awesome and I do feel exclusive having this ahaha !! If you want to win this set too, please do come to innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store at Pavilion Kuala Lumpur to find out how !
WIN A TRIP TO JEJU ISLAND, KOREA FOR TWO !
OMG this is so easy ! What do you have to do ???
- Take a photo of The Green Tea Seed Serum at any signature landmark of our country.
- Describe briefly why this landmark is so special to you.
- Log on to www.myinnisfree.com , register to this website via Facebook or email and upload your photo there !
- Share your picture on your Facebook and Instagram and include these hashtags #innisfree #innisfreemy #journeyofseedserum
Oh yeah you can submit as many photos as you want. May the best photo win, and yeah may the force be with you :D Contest will end on 31st May 2016 .
innisfree x Pavilion KL for Earth Day !
innisfree dan Pavilion Kuala Lumpur akan mengadakan acara khas sempena kerjasama mereka untuk Earth Day. Beberapa aktiviti yang menyokong persekitaran yang lebih baik dan sihat telah disusun untuk semua pengunjung nanti !!
1. ECO-HANKIES PERCUMA !
Sebanyak 500 eco-hankies dengan corak edisi terhad dari innisfree akan diberikan kepada pengunjung. Menggunakan eco-hankies ini akan membantu kita untuk kurangkan penggunaan kertas / tisu dan sebagainya.
2. BIKE AND BLEND !
Pernah tak korang kayuh basikal untuk menggerakkan blender? Haa korang kena cuba tau ! Blend jus pilihan anda dengan menggunakan basikal. Air pun sedap, jimat tenaga elektrik !
3. SLAM DUNK THE JUNK !
Bawa botol plastik kosong for some fun shots dan berpeluang memenangi set percubaan innisfree. Haa ala-ala main basketball, anda kena baling botol kosong tu ke dalam jaring dan recycling bin.
Ya ampunnn mudahnya nak dapatkan hadiah dan free gift dari innisfree ! Jangan lupa ramai-ramai datang ke sambutan Earth Day !
DI MANA ?
Pavilion Kuala Lumpur (Bukit Bintang entrance)
BILA ?
Jumaat, 22 April 2016
PUKUL BERAPA ?
12.00 tengahari hingga 3.00 petang
DATANG RAMAI-RAMAI YAAA !!
XOXO,
Putewi Hensem
XOXO,
Putewi Hensem
Sweet travel kit tu..kalau husband rajin nk gi Pavi, mmg ajak singgah ni..hehe
BalasPadam