Sabtu, 23 April 2016

Terbang ke Busan, Korea bersama Air Asia X !!




Assalamualaikum..





Haaa.. siapa yang memang follow instagram Nisa mesti dah tengok gambar-gambar percutian Nisa di Korea lebih kurang dua minggu yang lalu.. Cantik-cantik tempat kat Korea ni kan ? Seronok sangat kalau dijadikan lokasi percutian anda yang seterusnya ! 


Biasanya kalau ke Korea, mesti kebanyakan orang fokus ke Seoul, Nami Island atau Pulau Jeju.. kan kan kan ? Haa jangan tak tahu, di bahagian lain di Korea terdapat banyak lokasi yang boleh dilawati.. Jom Nisa kongsikan dengan you guys apa yang best ya !






Baiklah, sebelum ni ingin Nisa jelaskan.. trip kali ini tidak bertumpu di Busan, Korea sahaja. Kami turut meneroka kawasan menarik di sekitar Busan. So dalam blog post ni, Nisa akan kongsi sekali kawasan lain yang kami pergi menerusi Busan dan kembali ke Busan sebelum pulang ke Malaysia.


Penerbangan :

  • Kami terbang ke Busan menaiki pesawat Air Asia X, tiba di Gimhae International Airport
  • Kalau anda nak tahu, penerbangan Air Asia X ni merupakan syarikat penerbangan tambang rendah yang PERTAMA memperkenalkan "Premium Flatbed", seterusnya penumpang yang booking seat ni boleh menikmati pelbagai kelebihan lain - Pick A Seat, Priority Check-in, Priority Boarding, Priority 40kg Baggage Allowance, Complimentary Premium Meal dan juga dapat guna bantal dan selimut. Wahhh best nya ! Mudah perjalanan !
  • Air Asia X juga telah dianugerahkan dengan anugerah World's Best Low Cost Airline Premium Cabin
  • Air Asia X turut menerima anugerah Best Low Cost Airline Premium Seat di acara tahunan Skytrax World Airline Awards untuk tiga tahun berturut-turut dari tahu 2013 ke 2015.


Hari pertama (Rabu, 6 April 2016) sekitar Daegu :
  • Dari Busan kami ke Daegu menaiki bas.
  • Menikmati deretan pohon-pohon cherry blossoms yang sedang kembang mekar di sepanjang Suseong Lake
  • Membeli belah di Seomun Market 
  • Menikmati lebih pemandangan di E-World Daegu, turut kunjungi Trick-Eye Museum, 83 Tower dan nikmati suasana malam penuh lampu dan suasana romantis di sini
  • Penginapan : Hotel Interbulgo Daegu



Hari kedua (Khamis, 7 April 2016) sekitar Mungyeong dan Andong :

  • Pengalaman menghasilkan facial mask sendiri di Skylake Cosmetic Cafe yang terletak di Dongseong-ro Daegu. 
  • Kami naiki bas ke Mungyeong
  • Lawati Mungyeong Coal Museum dan juga bergambar di sekitar lokasi penggambaran yang dibina oleh KBS.
  • Singgah di Ceramic Museum untuk melihat skil menghasilkan mangkuk dari tanah liat.
  • Kemudian kami ke Andong. Kami berpeluang menikmati angin malam dan pemandangan di Woelyeong Bridge
  • Penginapan : Andong Grand Hotel


Hari ketiga (Jumaat, 8 April 2016) sekitar Yeongju dan Gyeongju :
  • Kami bertolak ke Yeongju Train Station untuk menaiki V-Train menuju ke Cheoram Station
  • Dari Cheoram Station kemudian kami teruskan perjalanan menaiki V-Train ke Buncheon Station
  • Kami bertolak ke Gyeongju
  • Tonton persembahan teater tanpa dialog - teater yang berdasarkan jalan cerita sejarah BaSilla
  • Penginapan : Gyeongju Hyundai Hotel


Hari keempat (Sabtu, 9 April 2016) sekitar Busan :
  • Kami menyaksikan acara Gyeongju Cherry Marathon
  • Kemudian kami bersiar-siar di Shilla Millenium Park
  • Melihat kawasan sekitar Tumuli Park, menyaksikan Flying Horse Tomb di Cheomseongdae
  • Bertolak ke Busan menaiki bas
  • Makan malam di Oase Seafood Buffet, Jagalchi Market
  • Membeli belah di sekitar kawasan BIFF Plaza, Nampodong, Gwangbok Shopping Street
  • Penginapan : Homers Hotel


Hari kelima (Ahad, 10 April 2016) sekitar Busan :
  • Nakdong River Canola Flower Festival
  • Membeli belah di kawasan Busan National University
  • Melawat Al-Fatah Mosque di Dusil, Busan
  • Makan tengahari : makanan Turki di Restoran Capadoccia
  • Menikmati pemandangan dari atas Geumjeong Fortress
  • Makan malam seafood di Cheongsapo Hajininae
  • Penginapan : Homers Hotel


Hari keenam (11 April 2016) pulang ke Malaysia :
  • Sekali lagi penerbangan pulang kami naiki Air Asia XWahh rindu sangat dengan makanan Malaysia ! Di dalam pesawat Air Asia X, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu makanan apa yang anda nak ! Boleh check website Air Asia untuk pra-tempahan makanan. Pssst ! Nasi Dagang tu sedap sangat ! Pada yang belum cuba, boleh tempah yang tu hehe !




Haaa ini dia Nisa belanja la sikit suasana di Nakdong River Canola Flower Festival di Busan. Khasss untuk musim bunga tau ! SERONOK SANGAT ! Gambar pun kemain lawaa je masing-masing posing. Hehehe memang tak rugi lah terbang dengan Air Asia X pergi ke Busan, Korea ni tau. Busan ni bandar besar jugak macam Seoul. Tapi bonusnya, dia ada laut yeah! Nak tahu dengan lebih lanjut nantikan blog post lanjutan Nisa mengenai trip ke Korea bersama Air Asia X dan Korea Tourism Organization (KTO) ni okayyy !






XOXO,
Putewi Hensem








4 ulasan:

  1. bestnya nisa selalu dpt travel sana sini..

    jg diri n kesihatan yaaa..

    BalasPadam
  2. Bestnya... Byk tmpt best... Teringin nak pergi dan bergmbar puas2...

    BalasPadam
  3. seronoknyaa! arfa pn suka travel byk tmpt.. untung Nisa dpt sponsor, hihi

    BalasPadam
  4. Salam. Cantik tempat-tempat yang awak pergi tu. Antara bandar Gyeongju dan Busan ada satu bandar yang awak lalu iaitu Ulsan. Bandar ni pun banyak tempat cantik. Salam kenal dari saya dari Ulsan korea :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay